01 Januari 2010

Kristian juga boleh sebut Allah ( bhgian ke 2)

Saya masih tertarik untuk membincangkan penggunaan perkataan Allah oleh Gereja Katholik sebagaimana yang saya tulis di dalam posting yang lepas, didalam tulisan tersebut saya mengatakan tidak salah bagi orang Kristian untuk memanggil tuhan mereka dengan panggilan Allah juga, ini saya perolehi dari pendapat ulamak juga, bukan saya reka-reka sendiri.

Persoalannya kenapa pihak Gereja Katholik beriya-iya sangat mahu memanggil tuhan mereka dengan panggilan Allah juga, sedangkan di Malaysia ini, tidak pernah sebelum ini mereka memanggil God itu Allah, disinilah punca masaalahnya.

Adalah di percayai, tindakan mereka ini adalah di dorong oleh hasrat mereka mahu menyebarkan dakyah ugama Kristian mereka kepada orang-orang Melayu dan juga pekerja Indonesia yang ramai di negara kita ini.

Mereka akan berdakyah melalui akhbar mingguan mereka The Herald yang sudah tentu juga boleh di akses melalui internet, melaui cara tersebut mereka menjangka, mereka boleh mempengaruhi pemuda-pemuda Melayu yang dangkal imannya dan lemah pengetahuannya tentang Agama Islam. Itulah matlamat mereka sebenarnya.

Satu lagi kesan buruk yang di jangka akan berlaku ialah penyalah gunaan perkataan Allah yang sengaja dilakukan oleh penganut ugama Kristian ini, antara yang mereka akan lakukan ialah mencetak perkataan Allah ini di tempat yang tidak sewajarnya seperti selipar, kasut, seluar, baju dan lain-lain lagi.

Kemunkinan seterusnya ialah, mereka akan mengantikan lambang salib yang terlekat pada rantai yang mereka pakai pada leher mereka dengan perkatan Allah ini, dan si pemakainya adalah terdiri dari mereka-mereka yang berpakaian menjolok mata, kalau pun tidak berbogel.

Apabila perkara ini berlaku, sudah tentu ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan Agama yang dahsyat dikalangan penganut Islam dengan penganut Kristian, sesuatu yang tidak pernah berlaku di Malaysia.

Oleh itu sebagai satu ikhtiar bagi menghalang perkara ini dari berlaku, adalah diharapkan campurtangan dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagi penaung Agama Islam di Malaysia perlu di segerakan.

Kini kita bukan bercakap soal kebebasan beragama lagi, tetapi soal keselamatan dan kesejahteraan negara, soal kebebasan usah di pertikaikan lagi di Malaysia, semua rakyat bebas mengamalkan ajaran ugama masing-masing.

Buktinya di Kelantan, patung Buddha terbesar di Asia Tenggara berada disana, ditengah-tengah majoriti orang Islam, tiada siapa pun nak usik, tiada masaalah sejak puluhan tahun dahulu.

Oleh itu kita berharap pihak Gereja Katholik usah mencari pasal dengan perkatan Allah ini, orang Islam di Malaysia ini sangat sensitif dengan perkataan tersebut, walau pun munkin kita lihat orang itu tidak pernah sembahyang, tetapi apabila mereka melihat perkataan Allah itu di injak-injak, mereka tidak akan membiarkan................................










Kenyataan =


Dibawah ini saya siarkan 3 pendapat yang berkaitan posting diatas, rajin-rajinlah membaca, supaya kita memperolehi ilmu darinya......



(1) NATRAH KE 2 sila klik disebelah untuk mengikuti kisahnya.


(2) Ismu Allah (Satu penjelasan oleh Khalid Samad)



(3) Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
[Dr. MAZA]




3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Bro, kwan setuju sangat dengan artikel tuan ini..... mengapa pehak gereja khatolik herald terlalu bersungguh-sungguh agar 'Allah' dipergunakan bagi Tuhan mereka.... inilah putarbelit musuh-musuh Islam di Malaysia........

Perkara serupa telah berlaku di Indonesia, walau pun umat Islam serta ramai golongan ulama, tetapi mereka tidak mampu membendung penggunaan perkataan "Alah", kerana apa ? kerana perlembagaan Indonesia tidak termaktub seperti di Malaysia.... akhirnya berapa ramai anak-anak muda Islam Indonesia bertukar akidah.... bertambah-tambah lagi dengan keadaan kemiskinan yang dihadapi....

Gaya peneroka berkata...

visitor counter
betul la..tu...
janji masa dia minta alamat blog....beri alamat yang sebenar...

LKTP1436 berkata...

Terima kasih kepada Yang Gambi dan Gaya Peneroka di atas ulasan sdr berdua, saya skrg berada dan bermlm di K.Kangsar, kerana menghantar anak yg bersekolah di sana.........