25 November 2010

Sampai bila nak taat ni weh......

Terowong, jambatan tonjol keunikan PLBE




Terowong larut antara terowong kereta api elektrik yang pertama di negara ini.



SATU ketika dahulu kereta api merupakan pengangkutan utama penduduk negara ini. Ia satu-satu jalan perhubungan yang lancar dan selesa dari utara ke selatan dan ke pantai timur semenanjung.
Tetapi apabila Lebuhraya Utara Selatan wujud, penggunaan kereta dan bas menjadi lebih cepat dan mudah. Berkereta dari utara ke selatan tanah air menjadi lebih senang.

Diatas tu hal pembangunan diUtara


Di bawah pula di Johor........Pahang mananya  ?


Kerajaan perinci bina jambatan  ( Klik )

PASIR GUDANG: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan membina jambatan menggantikan Tambak Johor seperti disarankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.


Sejak Datuk Sri Najib menjadi Perdana Menteri, saya tertunggu-tunggu pengumumannya mengenai sesuatu projek yang mengkagumkan dilaksanakan di Pantai Timur amnya dan di Negeri Pahang khasnya, namun sehingga ini semua itu hanya sekadar mimpi sahaja.

Rakyat Kedah semasa Tun Mahathir menjadi PM mendapat pelbagai projek yang tidak munkin dilaksanakan jika bukan orang Kedah yang menjadi PM, namun orang Pahang hanya dapat berbangga setakat orang Pahang dah jadi PM tetapi rakyat Pahang tak merasa apa-apa.

Apakah orang Pahang tidak terfikir untuk memberikan sesuatu isyarat bahawa orang Pahang marah dengan keadaan ini , dan isyarat yang paling berkesan ialah melalui peti undi, tetapi orang Pahang ni payah nak melakukannya kerana ketaatan mereka  dah peringkat gaban.

Tidak cukupkah lagi pengajaran dengan penutupan LKWJ dan DARA sedangkan egensi serupa dinegeri lain tidak di tutup, semuanya gara-gara ketaatan melampau inilah....................fikir-fikirkanlah........





21 November 2010

Felda tubuhkan Bapak untuk menyaingi Anak


Nov 21, 10 3:59PM
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK sangat dialu-alukan kerana ia membantu menjelaskan dan menyelesaikan isu dengan lebih cepat.

Setelah saya terbaca berita diatas, saya hanya sengeh, terfikir juga bahawa sesungguhnya besar juga jasa Mazlan Aliman, dengan usahanya menubuhkan Anak dan bergerak keseluruh negara mendengar keluhan para peneroka dan mendapat sambutan pula, telah menyebabkan pihak-pihak yang selama ini enak tidur di tilam empok tersentak dan bangun terpinga-pinga......

Sebagai salah seorang peneroka felda, saya secara peribadi menyokong Mazlan Aliman menubuhkan Anak dan juga menyokong  Tan Sri Rozali Ismail   menubuhkan Bapak, bagi saya, peneroka tidak rugi apa-apa dengan kewujudan Anak dan Bapak ini malah memperolehi keuntungan pula.

Sebenarnya, didalam dunia ini sering wujud orang-orang yang berkepentingan yang berjuang demi kepentingan mereka sendiri, didalam keadaan seperti ini para penerokalah yang perlu bijak mempergunakan orang-orang seperti ini demi kepentingan mereka.

Masaalah yang sering berlaku ialah, para peneroka ini, oleh kerana ketaksupan mereka kepada sesuatu pihak, telah bertindak memusuhi orang yang mahu menolong mereka dengan alasan pihak tersebut ada kepentingan, disini kita perlu bertanya kepada mereka-mereka ini siapa yang tiada kepentingan.....


Apakah kewujudan Bapak ini tiada kepentingan ?


Tan Sri Rozali Ismail ialah seorang ezekutif yang sedang mencari kedudukan didalam Umno, oleh itu sebagai usaha menonjolkan dirinya, maka timbullah idea mewujudkan Bapak sebagaimana Azlina Othman membawa idea Putri Umno kepada Mahathir semasa Mahathir menjadi PM dahulu.


Maka andaikata usaha Rozali ini berjaya, siapa yang untung ? sudah tentulah Rozali yang akan menerima keuntungannya, munkin diketika itu beliau akan di calonkan bertanding di dalam PRU dan jika menang akan dilantik sebagai Menteri yang berkaitan dengan Felda pula.


Tambahan pula kini kerajaan menyedari bahawa simpanan tetapnya selain pengundi di Sabah, Serawak, dan pengundi Pos ialah peneroka Felda, oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengekallkan sokongan tersebut terutama menjelang PRU ke 13 nanti, maka semua ini adalah berkaitan kepentingan belaka.


Apakah kewujudan Anak tiada kepentingan ?


Memang diakui, kewujudan Anak melalui Mazlan Aliman juga mempunyai kepentingan, ini adalah kerana Mazlan Aliman adalah salah seorang AJK PAS pusat dan memegang jawatan sebagai pengerusi biro felda Pas di peringkat kebangsaan dan antara peranan Mazlan ialah menarik seramai munkin para peneroka supaya menyokong Pas.

Nah kini terbukti kedua-dua pihak yang menerajui dan mengerakkan Anak dan Bapak mempunyai kepentingan, oleh itu para penerokalah yang perlu bijak memperalatkan mereka dan bukan membiarkan NGO ini memperalatkan peneroka.


Antara cara bijak para peneroka ialah perlu memberikan sokongan kepada Kedua-dua NGO ini dan biarkan mereka menyelesaikan masaalah para peneroka dan kita perhatikan siapa diantara kedua-dua NGO ini yang lebih bekerja keras di dalam menyelesaikan masaalah peneroka dan setelah itu kita bolehlah  memberikan sokongan kepada salah satu dari mereka.

Dari apa yang kita perhatikan, oleh kerana Anak terlebih dahulu di tubuhkan, kita dapati NGO ini lebih terkedepan didalam memperjuangkan masaalah peneroka manakala pihak-pihak yang mahu menerajui Bapak ini lebih banyak bertindak menidakkan masaalah yang dihadapi dan cuba memusuhi para peneroka yang membuat aduan masaalah mereka kepada Anak.

Kini munkin setelah menyedari bahawa tindakkan menidakkan masaalah yang dihadapi oleh para peneroka adalah satu tindakan yang merugikan kerajaan sendiri, baru mereka kini terhegeh-hegeh mahu menubuhkan Bapak dan cuba mengambil tahu masaalah peneroka pula.

Sama-samalah kita para peneroka memperhatikan kesungguhan AJK Bapak ini didalam kerja-kerja mereka menyelesaikan masaalah para peneroka, apakah ada kesungguhan dikalangan AJK ini atau sekadar gempak menjelang PRU13 sahaja.





17 November 2010

Felda merayu supaya guna kaedah Timbang Tara

Selamat Hari Raya aidil adha kepada semua pembaca blog ini dengan harapan semoga semua ceria dan sejahtera sentiasa, jika selama ini ada tulisan dari saya yang boleh menyinggung perasaan, kemaafan juga yang di pinta.

Pagi ini selepas sembahyang sunat Aidil Adha, di ketika mahu melewati pintu Masjid, saya terpandang sekeping kertas berlipat yang di letakkan di tepi pintu masuk Masjid, saya terfikir,  kad apa ini ?   setelah diteliti rupanya sekeping kertas yang di lipat menyerupai kad undangan kahwin, isinya adalah merupakan surat rayuan daripada Pengarah Besar Felda Dato' Dzulkifli Abd.Wahab kepada seluruh peneroka felda di Malaysia .

Antaranya meminta selepas ini jika berlaku perselisihan di antara peneroka dengan felda, di minta peneroka menggunakan kaedah  timbang tara sebagai jalan penyelesaian, jangan menggunakan Mahkamah.

Selepas membaca warkah tersebut saya tergelak besar, apa tidaknya, selepas felda kalah kes di Felda Kemahang 3,  baru keluar warkah rayuan tersebut, jika tidak, tak pernah di dengar pun.

Memang betul, semasa mula-mula mahu  masuk ke rancangan felda dahulu, ada termasuk didalam pernyataan yang di persetujui bersama  antara peneroka dengan felda menyatakan jika ada apa-apa pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak maka kaedah timbang tara adalah tempat rujukan utama.

Namun perlu kita fahami bahawa,  apa yang berlaku di Felda Kemahang 3  tidak begitu, ketika jawatan kuasa bertindak peneroka Felda Kemahang 3 mahu memulakan rundingan,  mereka bukan di rundingi malah sebaliknya di ugut mahu disingkirkan dari rancangan  ( klik di sini ) akhirnya ajk tersebut terpaksa bertindak memulakan  prosiding melalui peguamnya ke Mahkamah .

Setelah pergi ke Mahkamah pun di peringkat permulaan, ajk ini masih dihina, masih di ugut dan pelbagai dugaan lagi, sehingga keluar keputusan Mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka, baru mereka ternganga.........

Itu pun ada yang masih berdalih, kononya kemenangan peneroka felda Kemahang 3 itu bukan kemenangan sebenar sebaliknya satu konspirasi diantara peguam yang mewakili Felda dengan peguam yang mewakili peneroka dengan cara berpakat supaya peguam yang mewakili felda jangan hadir dihari perbicaraan. 

Inilah masaalahnya, apabila dah jadi seperti sekarang baru di minta, kalau ada yang tidak berpuas hati jangan guna Mahkamah tetapi guna timbang tara, saya sendiri sebenarnya tidak kisah, sebab di Felda Kota Gelanggi 01 ini sehingga kini belumlah lagi di temui masaalah yang begitu kusut di antara Felda dengan peneroka sehingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Walau macamana pun andai kata, jika di temui di masa akan datang kekusutan yang tidak boleh di rungkai, saya menyokong penuh  sepertimana saranan dari Pengarah Besar Felda itu, tetapi pihak Felda usahlah mengulangi  LAGAK  persis yang di lakukan oleh bekas Pengurus Felda Kemahang 3 ( sudah aruah)  itu.

Memang tiada kekusutan yang tidak boleh di rungkai, tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali jika kita mangamalkan sifat sombong membuta tuli, namun Alhamdulillah dengan kemenangan peneroka di Felda Kemahang 3 itu rupanya telah memberikan kesedaran ( itu pun jika ikhlas ) bagi Felda kembali kemeja Timbang Tara bagi menyelesaikan sesuatu masaalah di antaranya dengan peneroka.

Semoga selepas ini Felda dan masyarakat peneroka akan semakin maju didalam menghadapi cabaran dialaf akan datang.....................Sekian.







01 November 2010

Memang Cari Nahas

Jual Mercun Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Pekerja Kantin Sekolah Dipenjara Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lepas, dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret pada Isnin.  

( Kisah seterusnya )


 Inilah yang dikatakan tiada sakit cari penyakit, ada ke patut dia jual mercun kepada pengunjung perlawanan bola sepak, patutlah mercun meletup di tengah padang........

Itu nasib baik Kelantan menang, kalau kalah tak tahu nak cakaplah......macam bertih digorenglah jadinya.....