12 April 2013

Pertelingkahan Dalaman Yang Menguntungkan Musuh

Oleh kerana cara permuafakatan di antara parti-parti di dalam BN telah berjaya membuatkan Umno yang mengepalainya berupaya memerintah Malaysia selama 55 tahun, maka parti-parti pembangkang yang merangkumi PKR, PAS, dan DAP, juga beruasaha untuk menirunya dengan menubuhkan Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Didalam usaha permuafakatan tersebut dan cuba melaksanakan sebaik munkin, sebagai usaha menandingi keampuhan perikatan BN, ternyata ada juga berlaku pertelingkahan di kalangan pakatan PR ini,  sehingga terbentuk penentangan dari kalangan sesetengah ahli di sesetengah kawasan, yang tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan yang menetapkan calon dari kelumpok berlainan parti itu di kawasan mereka.

Contoh yang saya ambil dari ketidak setujuan ini adalah di kawasan Parlimen Bera dimana pada PRU ke 12 dulu di tandingi oleh calon Pas ia itu Mazlan Aliman manakala BN menurunkan seorang tokoh dari Temerloh iaitu Ismail Sabri, namun di dalam PRU yang ke13 ini telah di putuskan akan di tandingi oleh calon PKR pula.

Kawasan Parlimen Bera ini bukanlah kawasan yang boleh di kategorikan sebagai lumayan, kerana di sini sejak dulu lagi pembangkang tidak pernah menang, sebuah kawasan yang di huni oleh rata-ratanya peneroka felda serta majoriti kekalahan yang di hadapi pembangkang adalah dalam angka beribu-ribu.

Memang di akui, di pihak pembangkang, kawasan ini di ungguli sejak dulu oleh Pas, maka jika ada dikalangan ahli Pas yang kecewa kerana kawasan ini di serahkan kepada PKR pada PRU ini,  tidaklah memeranjatkan kita.

Tetapi kita perlu ingat, di dalam sesuatu permuafakatan dan perundingan untuk meletakkan calon, pucuk pimpinan yang berunding sesama mereka terpaksa mengambil kira pelbagai faktor ketika mahu menentukan calon mana yang mahu di letakkan bertanding di satu-satu kawasan.

Jikalau faktor di kawasan tersebut sejak dulu ditandingi oleh Pas dan jentera nya yang mantab di ambil kira, maka PKR tidak ada kawasan lah, sebagai parti baru, semua kawasan yang majoriti Melayu dan bukan Melayu adalah asing bagi PKR, kalau kaedah itu di ambil kira, PKR langsung tidak boleh bertanding, yang boleh bertanding hanyalah Pas dan Dap sahaja.

Perlu di fahami, bahawa Pas dan Dap telah menyertai PRU sejak puluh tahun yang lalu, tetapi peluang mereka jangankan untuk memerintah, untuk menafikan majoriti dua pertiga pun tidak pernah tercapai, namun setelah permuafakatan yang di ungguli oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim melalui partinya PKR di PRU ke 12 dulu telah berjaya memecahkan kebuntuan tersebut.

Di dalam perundingan untuk menentukan kerusi di PRU ini, Pas mendapat tambahan kerusi yang agak lebih jika dibandingkan dengan peruntukan yang di perolehinya pada PRU lalu, di fahamkan tambahan tersebut melebihi 10 kerusi, satu tambahan yang memuaskan bagi sesuatu pakatan.

Pertambahan yang di berikan kepada Pas itu sudah tentu melibatkan pengurangan kepada rakan nya yang lain didalam pakatan baik melibatkan PKR atau DAP.

Masaalah yang sukar di fahami bagi ahli parti yang membantah kerana kawasannya yang dulu di wakili oleh partinya dan kini di serahkan pula kepada rakannya yang  juga sesama Pakatan Rakyat juga ialah berkaitan PENGORBANAN bagi menjayakan misi yang lebih besar ia itu menawan Putra Jaya.

Cuba fikirkan, jika di kawasan lain ada ahli dari PRR yang kawasannya di tandingi oleh Pas atau Dap juga memboikot terhadap calon yang di ketengahkan kerana tidak berpuas hati dengan  pucuk pimpinan menyerahkan kawasannya kepada rakan se Pakatan, apa akan jadi ? sudah pasti jika ini terjadi, cita-cita untuk menawan Putra Jaya hanya akan tinggal mimpi sahaja.

Oleh itu di sinilah, penting bagi kita patuh kepada pucuk pimpinan, kerana ibarat kita di medan perang, jika kita tidak patuh kepada arahan ketua kita, mana munkin kita boleh memenangi peperangan tersebut, kerana itu, buanglah rasa ego, rasa tak puas hati dan sebagainya. dari diri kita demi menjayakan matlamat kita bersama ia itu menumpaskan BN dari Putra Jaya.

Kita faham perasaan AJK Pas di kawasan Parlimen Bera yang begitu kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan menyerahkan kawasan itu kepada calon dari PKR tetapi kita juga kena faham bahawa Pas  telah berjaya menuntut kerusi yang lebih banyak dari gabungan Pakatan tersebut di seluruh Malaysia.

Matlamat kita sekarang ialah berusaha bagi memenangkan kesemua 76 kerusi yang di peruntukkan kepada Pas, buat apa berbalah untuk mendapatkan kerusi yang lebih banyak,  jika menang hanya separuh dari apa yang di peruntukkan itu,  cuba lah menahan sabar, jangan ikutkan perasaan marah sehingga sanggup mengistiharkan rakan Pakatan kita dari PKR sebagai musuh utama pula.

Saya secara peribadi sangat kecewa dengan keadaan ini, sehingga ada yang menuduh saya sebagai membela PKR kerana abang saya  ABBAS BIN AWANG yang menjadi ketua PKR Bera, perjuangan kita untuk ke Putra Jaya bukan kerana abang, adik, ayah atau emak kita yang menjadi ketua atau sebagainya, tetapi adalah demi generasi yang akan datang.

Kita kena faham, selagi BN berkuasa, maka selagi itulah kita rakyat bawahan akan di tindas dengan pelbagai cara sehingga menekan hidup kita seharian, mereka cuba menutup kerakusan mereka dengan pemberian BR1M dan pelbagai lagi gula-gula sehingga rakyat terus memilih BN sebagai pemerintah mereka.

Usaha mereka menjadi lebih mudah apabila ada dikalangan kita tanpa di sedari menjadi alat kepada mereka dengan mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti kita sehingga melupakan matlamat sebenar kita bersama iaitu menawan Putra Jaya dan membuat perubahan demi kejayaan masa depan generasi yang akan datang............................. Reformasi !!!!........INI KALI LAH....

Sekian dari saya, maafkan saya jika terkasar bahasa ........................ dari Azi Nang.

Berita terkini di khabarkan bahawa satu mesyuarat AJK Pas kawasan Bera memutuskan, kawasan Parlimen Bera tetap juga mahu minta di berikan kepada Pas, kawasan Parlimen Temerloh macam mana, kenapa cepat sangat di umumkan di beri kepada Nasrudin Hassan ( ketua pemuda Pas M'sia) siapa yang pandai-pandai buat pengumuman ni....... siapa yang tamak sebenarnya.

Dan di bawah ini pula petikan dari akhbar Sinar Harian.

Pas bantah PKR letak calon di Bera
( sila klik di tulisan biru sebelah )


PKR Labu tolak calon Pas di Dun Labu




Di bawah ini adalah sebahagian petikan yang saya ambil dari Face book saya berkaitan kempen Protes PKR rampas Parlimen Bera.......



Kepada semua ahli, penyokong, aktivis dan jentera pilihan raya Parlimen Bera;

Jawatankuasa bertindak telah memutuskan untuk TIDAK AKAN MENERIMA sebarang tawaran berbentuk "kewangan" dari ejen-ejen Zakaria Abd. Hamid atau mana-mana ejen PKR yang lain, yang kini dikesan mula merapati setiap Unit Peti Undi (UPU) dalam Parlimen Bera.

Perjuangan kita bukan untuk duit seperti segelintir mereka. Kita secara fokus sedang berusaha melalui saluran-saluran tertentu untuk mendapatkan balik hak kita yang telah dirampas di luar dari perundingan dan dengan cara yang tidak sihat.

Kerja-kerja di Dun Guai teruskan macam biasa.

Ada lagi update/kemaskini dalam masa terdekat, mungkin selepas isyak nanti untuk tindakan selanjutnya.

#Protes PKR Rampas Parlimen Bera.
SILA TAG dan SHARE.

Gerakan memprotes PKR rampas kerusi Parlimen Bera (P90).

- Kerusi Parlimen Bera bukan kerusi bertindih, telah dipersetujui sebagai kerusi PAS, tidak pernah terlibat dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi sebelum ini.

- Jentera dan ahli bawahan telah bekerja bersungguh-sungguh dan berkorban kerana PAS Pahang telah meletakkan kerusi ini sebagai parlimen target.

- 30 dari 37 ketua Unit Peti Undi (UPU) telah menyatakan bantahan.

- Tindakan PKR merampas kerusi Parlimen Bera dalam keadaan mereka tidak bekerja dan tidak mempunyai jentera dilihat suatu pengkhianatan kepada persefahaman dalam Pakatan Rakyat di Bera.

- PKR tidak seharusnya menjadikan PAS Bera sebagai kambing hitam setelah kecewa mendapatkan kerusi Parlimen Temerloh. Persengketaan mereka di Temerloh sepatutnya diselesaikan di sana, Bera tidak berkaitan.

- Calon yang diletakkan oleh PKR tidak dikenali oleh akar umbi, tidak bekerja di dalam kawasan, tidak pernah menyertai program-program kawasan selama ini. Cuma yang sering diwar-warkan oleh ejen-ennya beliau pernah kalah bertanding kerusi Dun di sini suatu ketika dulu.

- Satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan untuk mewakili suara-suara seluruh Ketua UPU dalam Parlimen Bera.

- Pengerusi jawatankuasa bertindak itu akan mengumumkan langkah seterusnya dalam masa kurang 5 hari.

-.
akan dikemaskini.
SILA TAG dan SHARE.

Gerakan memprotes PKR rampas kerusi Parlimen Bera (P90).

- Kerusi Parlimen Bera bukan kerusi bertindih, telah dipersetujui sebagai kerusi ...Lihat seterusnya..
2Suka · · ·
  • Bayu Senja JANGAN MAIN2 DGN ORANG PAS .... MEREKA PEJUANG TULIN, BEKERJA UNTUK PARTI ISLAM.
  • EgAponi Anis Jangan gelabah!! lu orang belum tawan putrajaya lagi.silap-silap lu orang hanya boleh lepak di jayaputra(jerantut)..tak habis2 dengan tak puas hati sana sini..babi lah.
  • محمد خيري Saya harap orang Pas kena redha,kan kita dalam Pakatan Rakyat dah berikrar apapun keputusan pucuk pimpinan kita kena terima.jangan kita berbalah sesama kita,kerana itu menguntungkan pihak lawan,mungkin sekarang ini mereka tengah tertawakan kita.berlapang dada lah wahai sahabatku
  • Ishak Tan Egaponi Anis curah minyak untuk nyalakan api.
  • Gen X Felda NAMPAKNYA ANWARIAN NIH TAK PERNAH PAHAM ..... tiada sebarang keuntungan bile mewujukkan kemenangan berssama golongan pengkhianat ... kita dah tengok dah rase apa yang jadi kat PERAK ... PENGKHIANTAN dari golongan yang sama , MANUSIA PENDUSTA, MANUSIA K...Lihat Lebih Banyak
  • Azi Nang Awas Gen x Felda ini adalah agen umno yg bertujuan utk melaga2 kan sesama PR, awasi dia, ckpnya dah melampau2, jgn terperangkap dng ulasannya.
  • Gen X Felda anda boleh menuduh saya sebagai AGENT UMNO .. tapi apa yang saya luahkan adalah isi hati sebenar JENTERA PAS DI BERA ... KAMI BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA UNTUK MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT DIBERA... Tapi bila DIKHIANATI SEBEGINI .... maka wajib laa kami mar...Lihat Lebih Banyak
  • Rashid Wsc tanya sikit , x suka calon ke , x suka parti
  • Putera Semantan ikut awok lah..... buatlah mende ngan patut....
  • Gen X Felda BERA Kerusi PAS ... Jentera PAS dah bertahun tahun bekerja di bera ... taruk laa anwar Ibrahim sekali pun di bera .... pengundi PAS akan tolak .... Bior reti bahasa sikit puak biadab nih ..
  • Azi Nang Tengok ulasan Gen X Felda, dah melibatkan DSAI pulak, sebab tu sy kata dia agen umno, berpura2 membela Pas yg sebenarnya dia nak menghancurkan pakatan Rakyat.
  • Azi Nang Gen X Felda, usah anda risau, BN akan menang besar nanti, x perlu anda melaga2kan PR.
  • Azi Nang Kpd sesiapa di Bera dan seluruh M'sia yg terpengaruh dng usaha melaga2kan sesama PR, sedarlah bahawa anda sdg bekerja utk BN sebenarnya, BN tdk perlu mengeluarkan wang tetapi dpt khidmat percuma, tahniah.
  • Gen X Felda Mintak Maaf laa Azi Nang setakat aok nok jage periuk nasik abah aok ... tak payah nok nuduh koi org UMNO .... Koi yang ngentam PENGKHIANATAN PKR nih aok tuduh Org UMNO ...... PENGKHIANATAN PKR, MENIKAM KAWAN DARI belakang tu Agen mende pulok ??? agen yahudi ?? Nikam kawan dari belakang tu kije ape??? kije MENGKHIANAT namenye ... tak ade Bezenye PKR dengan UMNO ... Golongan Biadab Jahanam mereka semua nih ...
  • Rashid Wsc ni marah tahap gaban dah ni
  • Rashid Wsc kite lantik diri sendiri je lah
  • Panglima Sumur Tujuh Azi Nang. dia ni peneroka felda kota gelanggi adek kepada cikgu Abas Awang sama pengkhianat macam Anuar. Cikgu Abas Awang yg mempengaruhi Anuar untok umum calun pkr sebaik saja PJ Pas pahang umum parlimen bera untok Pas. mereka sama2 pengkhianat dan pe...Lihat Lebih Banyak
  • Panglima Sumur Tujuh Gen X Felda.. jangan risau dgn Azi Nang..dia bukan orang bera, sebesar hama pun sumbangan dia takde dibera.. kita berkerja dibera kita tahu hal bera..
  • Panglima Sumur Tujuh calun pengkhianat Zakaria Hamid ni pun tidak tinggal dibera, orang bera tak kenal dia kerana beliau gulongan elit..sombong dengan masyarakat kita kenal juga dengan calun ni.
  • Panglima Sumur Tujuh Umno musuh kita yang nyata memang bahaya..tetapi lebih bahaya pkr khianat sebagai musuh dalam selimut..kita kena tentang musuh dalam selimut dulu.. kerana merosakkan jemaah dan umat dimasa akan datang.

BANTAHAN TERHADAP CALON PKR ZAKARIA ABDUL HAMID DI PARLIMEN BERA.

Wakil2 ketua-ketua Unit Peti Undi (UPU) telah bermesyuarat tergempar sebentar tadi dan koi difahamkan mereka akan mengambil tindakan selanjutnya dalam tempoh kurang 5 hari dari sekarang.

Ketika info ini ditulis, 25 UPU telah menyatakan penolakan kepada calon PKR. 5 UPU lagi dijangka menyertai bantahan ini menjelang selepas subuh nanti.

Di Bera ada 37 UPU. 7 ketua UPU yang lain akan dihubuni esok untuk mengetahui pandangan mereka.
1Suka · · ·