29 Julai 2010

Siapakah yang dikatakan orang muda ?

Kita sering mendengar beberapa ayat yang menyentuh mengenai 'orang muda'. 'Dunia ini milik orang muda', 'kita memerlukan tenaga orang muda', dan macam-macam lagi.

Masalahnya, siapa itu orang muda? Apa bezanya hak orang muda dan orang tua di Malaysia?

NONEBagaimana pula dengan belia? 'Belia' tu muda juga kah? Kanak-kanak pula bagaimana? Adakah mereka dari spesis lain?

Pernahkah anda rasa nak termuntah, bila seseorang yang rambutnya sudah beruban dan berperut boroi, mengaku dirinya sebagai orang muda dan belia?

Bagi sesetengah orang, muda atau tua itu adalah perkara yang subjektif. Kalau umur tua tapi hati muda, maknanya kita masih muda. Banyak juga teknologi moden di zaman serba canggih ini yang boleh mengubah si tua menjadi si muda.

Ada juga orang muda yang mahu cepat tua supaya pandangannya diambil serius. Tapi, bagaimana pula dari segi undang-undang?

NONESaya cuba mencari jawapan siapakah sebenarnya anak muda dari segi undang-undang, tetapi jawapan yang saya temui tidak memuaskan hati saya.

Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan bahawa kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Akta ini juga memperuntukkan bahawa bagi kanak-kanak yang dibicarakan atas mana-mana kesalahan, kanak-kanak tersebut haruslah dibicarakan di mahkamah yang berasingan daripada orang dewasa, kecuali di dalam beberapa keadaan yang khas.

Terdapat juga beberapa peruntukan di dalam akta tersebut yang memberikan layanan yang berbeza bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

NONEDahulunya terdapat Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, yang mana kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 14 tahun, manakala orang muda ialah mereka yang berumur di antara 14 hingga 18 tahun. Tetapi akta ini tidak lagi digunapakai.

Menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 pula, belia ialah mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Ini bermakna, kalau seseorang itu berkahwin pada umur 24 tahun dan mendapat anak pada umur 25 tahun, beliau dan anaknya akan sempat 'membelia' bersama-sama selama setahun.

Jadi, sekiranya anda berada di antara usia 15 hingga 18 tahun, anda boleh jadi kanak-kanak, orang muda dan juga belia sekaligus, tetapi layanan yang anda dapat adalah berdasarkan situasi.

Jikahuman trafficking tip report 131607 prostitute held anda melakukan kesalahan jenayah, anda akan dilayan seperti kanak-kanak, tetapi jika hendak menyertai mana-mana persatuan belia, anda akan dilayan seperti orang dewasa lain di bawah umur 40 tahun.

Sekarang, mari kita bercakap tentang seks.

Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sekiranya seseorang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kerelaan kanak-kanak perempuan tersebut, ia dianggap secara jenayah rogol.

Jika kanak-kanak perempuan tersebut berusia di antara 16 hingga 18 tahun, walaupun beliau masih seorang kanak-kanak, ia bukan lagi satu jenayah (jika bukan Islam), tetapi hanyalah masalah moral.

PersoalNONEannya, bagaimana pula jika pasangan seks kanak-kanak perempuan tersebut juga masih di bawah umur? Adakah kita patut melayan kanak-kanak lelaki tersebut sebagai seorang penjenayah, atau pesalah moral?

Pada masakini, kebanyakan kes-kes yang melibatkan 'perogol statutori' ini dibicarakan di bawah undang-undang jenayah.

Perbezaan-perbezaan layanan ini bukan sahaja dialami oleh orang muda yang masih dianggap kanak-kanak, tetapi juga orang muda yang sudah memasuki kategori belia.

Yang menariknya, perbezaan layanan yang mereka perolehi bukannya disebabkan umur, tetapi disebabkan latarbelakang pendidikan yang mereka terima.

Mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan kita rata-rata berusia di antara 18 hingga 25 tahun. Mereka termasuk dalam kategori belia. Di dunia luar, mereka akan dilayan seperti orang dewasa yang lain.

Akan tetapi, sebaik sahaja mereka mendaftar sebagai pelajar universiti atau kolej tempatan, mereka akan secara automatik kehilangan beberapa hak yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka yang mungkin tidak berpeluang untuk ke pusat pengajian tinggi tempatan (atau mungkin lebih bernasib baik kerana mampu belajar di luar negara?).

university malaya student demostration 050210 19Hak-hak tersebut ialah, antara lain, hak untuk berekspresi, berpersatuan dan berpolitik (Oh maaf, anda mungkin boleh menikmati hak itu secara terbuka jika anda menyertai parti politik dari pihak pemerintah).

Disebabkan halangan-halangan ini, mahasiswa-mahasiswa kita sering mendakwa bahawa mereka dilayan bagai warganegara kelas kedua di negara sendiri, dan saya tidak menyalahkan mereka.

Diseborang asli court 200905 palace of justiceabkan perbezaan layanan, beberapa contoh ringkas yang saya beri di atas masih belum cukup untuk kita mengenalpasti siapakah sebenarnya orang muda dan apakah peranan mereka dalam pembangunan negara kita.

Sehingga ke hari ini, orang-orang muda Malaysia dianggap cepat dewasa untuk mengenal seks dan jenayah, tetapi dianggap lambat matang untuk mengenal politik atau mengendalikan pertubuhan yang tidak bergantung kepada kerajaan.

Bagaimana pula dengan orang-orang muda yang tidak terlibat di dalam mana-mana perkara di atas? Apakah pandangan penggubal undang-undang terhadap mereka?
Apa pula pandangan mereka terhadap penggubal undang-undang dan kerajaan yang menentukan nasib mereka?

Di petik dari tulisan

Puspawati Rosman


Puspawati Rosman merupakan aktivis Lawyers for Liberty - sebuah perkumpulan peguam muda bagi mempromosikan hak asasi dan reformasi undang-undang.







28 Julai 2010

Promosi TMnet, internet Pakej 38 sebulan.

Ini bukan nak tolong promosi Telekom, tetapi hanya sebagai pengetahuan  bersama sahaja........( azinang )

 Promosi terbaru Telekom Malaysia, pakej jalur lebar beserta netbook dengan harga serendah RM38 sebulan. Penulis tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej ini setelah melihat Tmpoint penuh sesak dengan pelanggan yang ingin melanggan pakej terbaru TMnet ini.

Penulis terus balik kerumah dan mencapai DECT phone penulis dan terus mendail 100 dan terus bertanya dengan pihak Tm untuk mengetahui dengan lebih lanjut term dan condition pakej ini.
Jalur Lebar Beserta Netbook
Pakej ini terbahagi kepada dua pakej netbook samaada netbook 1 Malaysia atau HP. Harga langganan diantara dua netbook ini adalah tambahan sebanyak RM21 sebulan untuk anda mendapatkan netbook HP. Dibawah saya sertakan harga langganan untuk kedua-dua pakej netbook ini.
Pakej netbook 1 Malaysia
RM38 = speed 384kbps
RM53 = speed 512kbps
RM68 = speed 1Mbps
RM83 = speed 2 Mbps (tak kesemua kawasan dapat langgan pakej ini)
Pakej netbook HP
RM59 = speed 384kbps
RM74 = speed 512kbps
RM89 = speed 1Mbps
RM104 = speed 2 Mbps (tak kesemua kawasan dapat langgan pakej ini)
Hp Mini 210
Untuk makluman anda, pakej ini hanya untuk pelanggan baru streamyx sahaja. Kepada yang telah sedia ada talian tetap TM, tetapi masih tidak pernah melanggan stremyx, anda juga layak untuk mendaftar pakej netbook ini. Jadi, melepas la kepada pelanggan streamyx sedia ada yang ingin medapatkan laptop secara “percuma” ini (penulis pun sama.. huhu :-( .

Pakej netbook ini adalah kontrak selama 2 tahun. Jadi kalau nak terminate awal pakej ini, anda perlu membayar bayaran penalti sebanyak RM600. Menariknya, pakej ini tidak mempunyai sewa bulanan untuk talian tetap iaitu sebanyak RM25. Jadi, pakej ini amat sesuai untuk pelanggan yang telah ada talian tetap Tm tapi tiada akses internet kerana anda cuma perlu tambah RM 13 sahaja dari sewa bulanan anda untuk mendapatkan akses internet dan juga laptop percuma. Berbaloi bukan?

Apabila anda berjaya mendaftar pakej netbook ini, anda akan menerima 1 unit netbook samaada netbook 1 Malaysia atau HP dan 1 unit wireless modem. Mengenai bayaran atau cas yang akan dikenakan kepada anda, jika anda tiada talian tetap TM sebelum ini, casnya adalah seperti dibawah.
Rm75 = Deposit untuk talian tetap
Rm10 = Duti Setem
RM50 = Bayaran untuk pemasangan wayar telefon di dalam rumah ( Dibayar terus kepada kontraktor semasa pemasangan)
Untuk cas pemasangan streamyx adalah percuma ( anda jimat Rm50+rm88+Rm75 = RM213)
Total bayaran yang dikenakan untuk bulan pertama = RM135 + Harga bulanan pakej/2 (50% diskaun untuk bulan pertama)
Contoh:
Anda melanggan pakej netbook 1 Malaysia dengan berharga RM38 sebulan, jadi bulan pertama anda perlu membayar Rm 135 + RM19 =RM 154 sahaja.

Bulan kedua dan seterusnya adalah mengikut harga bulanan pakej yang dilanggan tetapi untuk pakej netbook HP, harga bulanan pakej akan berkurang sebanyak RM21 pada bulan langganan ke 25 dan seterusnya. Contohnya jika anda melanggan pakej netbook Hp yang berharga RM59 sebulan, anda perlu membayar harga ini selama 24 bulan (2 tahun) dan kemudiannya pada bulan ke 25 dan seterusnya, anda cuma perlu membayar sebanyak RM38 sahaja sebulan.

Anda juga boleh menambah sebanyak RM10 sebulan untuk menikmati penjimatan kadar telefon iaitu telefon adalah percuma jika anda telefon ke talian tetap Tm diseluruh Malaysia dan jika kadar rata 25sen/minit ke talian telefon mudah alih. Anda juga akan diberikan telefon cordless DECT percuma.

Pakej netbook ini hanya terbuka untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya adalah RM3,000 untuk kawasan luar bandar dan RM5,000 untuk kawasan bandar. Kawasan yang terlibat untuk pakej netbook ini tidak dinyatakan secara khusus tetapi anda bolehlah ke TMpoint terdekat untuk mendaftar terlebih dahulu dan jika kawasan rumah anda layak untuk menerima pakej ini, anda bolehlah menikmati pakej ini. Dokumen yang perlu dibawa adalah salinan kad pengenalan dan juga slip gaji terbaru atau borang J.

Nampaknya, setelah persaingan dari wireless broadband seperti Maxis, Celcom, Digi dan P1 Wimax, Telekom Malaysia akhrnya telah berjaya memberikan pakej yang amat menarik dan berpatutan. Cuma penulis terkilan kerana pelanggan sedia ada streamyx seperti penulis yang terpaksa membayar RM110 untuk kelajuan 1 Mbps tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat walaupun sudah hampir 7 tahun penulis setia dengan Streamyx.      (sumber asal) ... 












24 Julai 2010

Setujukah anda dengan cadangan ini ?



SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.



MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.

Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.
"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.

Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.

Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.
"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya. ( Sumber asal )

 Entahlah......... tak reti dah saya dengan pusingan dunia hari ini, bagi saya cadangan diatas hanyalah menggalakkan penzinaan sahaja, munkin saya kolot kot..........saya dah ketinggalan zaman....walau macam manapun saya tetap tidak bersetuju..............





17 Julai 2010

Apa perlunya potongan ini ?

Hari ini aku ke Pejabat Felda Kota Gelanggi 01 untuk mengambil baki jualan buah sawit aku bagi jualan bulan lepas, Jun 2010, nilai tahanan 10% yang ditahan oleh felda itu bagi aku, adalah sebagai kerja mudah menguruskan peneroka yang urus sendiri.

 Ini adalah pysheet kali pertama yang di buat potongan 10% bagi setiap jualan buah sawit yang dihantar oleh peneroka yang urus sendiri ke kilang sawit yang di miliki oleh felda, Setelah aku teliti rupanya terdapat potongan caruman tanam semula kali ke 2 yang bernilai RM166.82 .

Aku heran juga, bagaimana potongan ini boleh dibuat, sedangkan semasa didalam mesyuarat diantara AJK urus sendiri dengan pengurusan felda beberapa bulan lepas, telah pun dipersetujui bahawa potongan caruman tanam semula hanya akan dibuat kepada peneroka urus sendiri yang bersetuju sahaja, manakala kepada peneroka yang tidak bersetuju dikecualikan.

Aku tak nampak apa rasionalnya potongan ini dilaksanakan, dari pengalaman yang lepas, peneroka yang mahu urus sendiri terpaksa menempuh pelbagai kesukaran untuk mendapat kembali wang carumannya yang di buat semasa caruman tanam semula kali 1 dahulu.

Teringat lagi betapa deritanya peneroka yang mahu urus sendiri sampai terpaksa menggadaikan tanahnya kepada Bank Pertanian, ini semua dilakukan hanya kerana mahu mendapatkan modal bagi menjayakan tanaman semula kebun mereka, sedangkan duit mereka ada disimpan oleh felda.

Pelik sungguh felda ini, semasa nak buat potongan, dinyatakan kononya ini adalah bagi kemudahan dimasa hadapan peneroka sendiri, namun apabila sampai masa yang di perlukakan, dia buat duit yang peneroka simpan bertahun-tahun dan penuh kesengsaraan itu macam duit mak bapak dia pulak.

Dia buat syarat, kalau mahu duit mesti serah kepada felda,.... weh....duit orang ikut oranglah, nak serah atau tidak, mana boleh nak paksa-paksa.

Dah lah tu, bermusuhnya felda dengan peneroka yang nak urus sendiri ni, sampaikan nak beli benih sawitnya yang berada di nursery PPPTR Sungai Tekam itu pun tak diberinya, ini semua Datuk Najib bukannya tahu, maklumlah ...... sapa nak beritahu dia, semua yang disekeliling dia kaki bodek felda belaka.

Kini bila peneroka yang urus sendiri sudah memilih berpatah arang, berkerat rotan dengan felda, baru dia tahu.......ingat orang yang urus sendiri tu orang PAS semua ke.....?

Ada juga yang Umno nye.......................

Begitu juga duit yang dibuat potongan sebagai simpanan bagi membaiki jalan pertanian kali 1 dahulu, sampai sekarang di bekukan, dah dibuat permohonan untuk membaiki jalan, tapi tiada jawapan, senyap je...

Aku fikir cukup setakat ini dahulu, kerana kalau aku tulis banyak-banyak nanti ada yang kata kat aku macam-macam pulak ............maklumlah sekarang musim orang tengah marah......musim buat sokongan kepada felda,............macam kawan aku  Gaya Peneroka saksikan di Trolak tempoh hari............... Mazlan Aliman tak gunalah, Parti Keadilan  penipulah.

Sebenarnya felda banyak duit,  felda bankrap ? Eh....mana boleh felda bankrap, felda banyak duitlah.....................esh...esh...esh....esh...........memang tak patut kata felda bankrap...............habis yang patut apa  ?.................carilah sendiri jawapannya................










14 Julai 2010

Belajar Buat Dadah Melalui Internet




BEBERAPA peralatan memproses dadah yang
disiarkan dalam salah satu laman web.


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, pengedar-pengedar dadah dan penagih kini mampu menghasilkan dadah syabu seberat 10 kilogram bernilai ratusan ribu ringgit hanya dengan berpandukan maklumat daripada Internet di rumah.

Lebih menarik, modal yang diperlukan untuk melakukan kerja haram itu kira-kira RM2,000 sahaja. Ketika mendedahkan perkara tersebut, seorang remaja yang dikenali sebagai Amir berkata, wang tersebut diperlukan untuk membeli lapan jenis bahan kimia bagi memproses dadah tersebut.

Dia yang pernah menyertai kumpulan memproses dadah setahun lalu berkata, wang tersebut juga digunakan untuk membeli tawas biru yang merupakan ramuan utama bagi memproses dadah tersebut. "Sekiranya bahan kimia yang diproses itu mengalami kekurangan ramuan atau terlebih ramuan, seseorang penagih dadah itu boleh berhadapan dengan risiko kematian," katanya kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.

Berita ini menarik perhatian saya, apalah nak jadi generasi akan datang terutamanya dari bangsa Melayu, kalau dah cara-cara memproses dadah pun, telah di ajar dan disiarkan  di internet, apalah  payahnya lagi ........susah nak cakap kalau macam ni..................................

13 Julai 2010

Memang Serabut Sungguh

Hari ini aku ke Putrajaya diatas urusan menghantar borang permohonan pengambilan buroh asing di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Aras 4, (Podium ) Blok 2G4, Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62550 Putrajaya.


 Tujuan aku mahu mengambil buruh asing tersebut ialah bagi memotong buah sawit di kebun aku.

Aku pergi dengan Asmah ( Isteri akulah), konon asalnya, aku nak pergi sambil bercuti dan berehat di Port Dickson, oleh kerana laluan untuk ke Putrajaya termasuk dilaluan ke Port Dickson juga, maka untuk menjimatkan masa, aku memilih menjalankan kedua-dua perkara secara serentak.

Pada fikiran aku, upacara penyerahan borang tersebut hanya mengambil masa yang singkat sahaja.

Aku bertolak dari rumah jam 6.40 pagi dan sampai ke Putrajaya jam 10.30 pagi termasuk masa minum pagi sebentar di Kuala Krau, oleh kerana perkara pertama yang aku perlu buat ialah menyerahkan borang, maka aku pun mencarilah pejabat yang di hajati itu seperti dialamat diatas.

Setelah puas aku mencari di jalan Precint 2 tetapi tidak berjumpa, maka aku pun bertanyakan kepada sesiapa yang aku fikirkan patut, ada yang tunjuk kesana dan ada yang tunjuk kesini, di sana terdapat berbagai Kementerian, antaranya Imegresen, Kewangan, Kastam  dan lain-lain, namun apabila aku pergi, tidak juga aku jumpa KHEDN itu, maka aku faham bahawa mereka juga tidak tahu.

Akhirnya aku setkan di GPS aku kepada POI Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan GPS aku pun dengan setianya menunjukkan jalan dan menghantar aku tepat di hadapan Kementerian tersebut, namun apabila aku bertanya kepada petugas di kaunter pertanyaan, dia mengatakan bahawa pejabat yang aku nak pergi itu bukan disitu sebaliknya di Precint 2, tempat yang telah pening aku mencarinya.

Akhirnya aku sekali lagi ke Precint 2, tapi kali ini dibahagian belakang, bukan dibahagian hadapan bangunan sebagaimana yang aku pergi kali pertama, kali ini aku ke bahagian urusan berkaitan imegresen, disana aku teliti di white boardnya dan didapati disana ada bahagian pengambilan buruh asing, tetapi bahagian Imegresen, namun bahagian pengurusan pekerja asing Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak juga wujud disana .

Setelah aku bertanyakan kepada pegawai imegresen tersebut, barulah aku tahu bahawa bahagian pengurusan pekerja asing Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu sebenanya berada di tingkat atas sekali dan menumpang dibangunan yang sama dengan Imegresen, yang peliknya,  tiada langsung sebarang kenyataan memberitahu bahawa unit pekerja asing KHEDN itu berada di Pejabat imegresen,  patutlah sehari aku cari tak jumpa......

Aku pun mengambillah nombor giliran, pada masa tu  waktu menunjukkan  pukul 2.10 ptg, setelah selesai, seperti biasalah sepertimana  kita berada di Bank atau di Pejabat Pos, kita menunggu dengan sabar dan setianya, sehingga nama kita dipanggil, namun nombor aku tidak juga di panggil.

Jam sudah menunjukkkan pukul 3.45 ptg, namun nombor aku tidak juga dipanggil................

Tiba-tiba seorang gadis yang duduk disebelah aku, bertanya aku datang dari mana, aku cakap dari Jerantaut, dia tanya dapat nombor berapa, aku cakap nombor 2192, dia cakap nombor tersebut tidak akan di panggil kerana yang dipanggil sekarang adalah setakat orang yang mengambil nombor gilirannya pada pukul 12.00 tengah hari sahaja.

Aku tercengang, apahal pulak ni.....betul ke ni.......

Aku ke kaunter dan bertanyakan hal yang sebenarnya, kerani di kaunter memberitahu bahawa apa yang dikatakan oleh gadis tersebut adalah benar, aku kata, mengapa di biarkan sahaja orang mengambil nombor giliran selepas pukul 2.00 ptg ?  dia jawab, mesen nombor tu tetap jalan juga walau pun selepas jam 2.00ptg,   ye...lah, kenapa tidak di tulis sesuatu dan lekatkan dimesen tersebut.......aku protes......dia diam.

Akhirnya aku diberitahu bahawa aku dikehendaki datang semula pada hari esok dan mengambil semula nombor sekali lagi sebelum pukul 12.00 tengah hari.

Haiya..ini macam pun ada  ooooooo, mati lah ini macam............







09 Julai 2010

Akhirnya Kassim L Nor berjaya mendapat kembali ladangnya

Awal 2010, Kassim L Nor telah berusaha untuk mendapatkan kembali ladangnya di Felda Rentam untuk diusahakan sendiri olehnya dari Felda.

Beliau berhajat untuk mengambil alih ladangnya itu dari Felda untuk mengelakkan bebanan hutang yang besar yang dikenakan oleh Felda.

Beliau juga mahu mengerjakan sendiri ladangnya kerana pendapatan untuk mengerjakan sendiri dengan pendapatan yang diberikan oleh Felda jika ladang itu diusahakan oleh Felda amat jauh bezanya.

Beliau sanggup membayar hutang setakat ini kepada Felda daripada terus berhutang dengan hutang yang besar jika Felda terus mengendalikan ladangnya.

Sejak awal tahun, Kassim telah menulis surat kepada Felda menyatakan hajatnya untuk mengambil alih kawasan ladangnya untuk dikerjakan sendiri. Felda bukan sahaja menentang bahkan Kassim dikasari dan beliau dibawa ke Balai Polis.

Setiap kali Kassim mahu menurunkan buah kelapa sawit di ladangnya, beliau telah dihalang oleh Felda, dan Felda menghantar anggota-anggota Rela bagi menghalang Kassim, dan Kassim seolah-olah tidak mempunyai jalan keluar untuk mengerjakan ladangnya sendiri.

Di pertengahan bulan Mac 2010, Kassim telah menemui saya untuk beliau mendapatkan nasihat guaman, dan melalui notis kepada Felda, saya menyatakan hasrat Kassim untuk keluar dari urusan Felda mengendalikan ladangnya.

Felda langsung tidak menghiraukan beberapa Notis yang dihantar oleh Firma Guaman saya, dan memandangkan bahawa Felda bersikap seolah-olah Notis-Notis itu tidak ada kesan undang-undang, maka Notis untuk tindakan dikemukakan kepada Felda dan firma guaman kami juga mengemukakan tuntutan gantirugi kepada Felda.

Dengan Notis itu Felda telah menunjukkan sikap berlembut bahawa jika Kassim sanggup menggugurkan tuntutan gantirugi, Felda akan bersetuju untuk menyerahkan ladang itu untuk diurus sendiri oleh Kassim. Kassim bersetuju dengan keputusan itu, dan melalui surat bertarikh 30hb Jun 2010 ruj. Bil (61) 3182/6-1-3 Pt. 1, Felda membenarkan Kassim mengambil alih (Rampas) Ladang No. Hakmilik 2544 - Blok 4 Pkt 01 Felda Rentam.

Maka mulai 1hb Julai 2010 bebaslah Kassim dari pegangan Felda, beliau bebas dari hutang yang dibebankan dan bebas untuk membuat pendapatan yang jauh lebih tinggi dari peneroka-peneroka yang ladang mereka dikendalikan oleh Felda.  ( Di petik sepenuhnya dari blog Hj. Suhaimi Said )
 

08 Julai 2010

Doktor Perancis berjaya lakukan pemindahan wajah lengkap pertama di dunia

PARIS: Doktor Perancis mendakwa berjaya melakukan pemindahan seluruh muka yang pertama di dunia, menurut laporan akhbar, Le Parisien/Aujourd’hui hari ini.

Pembedahan itu dilakukan pada penghujung Jun lalu, membabitkan lelaki berusia 35 tahun di mana mukanya mengalami kecacatan akibat masalah genetik.

Ketua unit pembedahan pembentukan semula wajah di Hospital Creteil Henri-Mondor di pedalaman Paris yang melakukan pembedahan itu, berkata pesakit kini dalam keadaan baik. Beliau sudah berjalan, makan dan bercakap.

Pemindahan itu membabitkan proses mengeluarkan keseluruhan wajah satu mayat, termasuk mulut dan kelopak mata dan menempatkannya pada rangka pesakit. - AFP


Hei.....seramnya ! cuba bayangkan, macammana agaknya jika kita pakai keseluruhan muka dari kulit mayat orang mati.....

ooooooiiiiiiiii  tak dapt bayangkan........munkin tak boleh tidur.....

05 Julai 2010

Ketinggalan lagi....................

 
 Baru  pada 19hb.Jun  yang lepas, saya dengan gembiranya menghebohkan kepada para pemusafir Gelanggi 01 dan 03 yang bertaburan diseluruh negara, bahawa pengendali telefon mudah alih Celcom, baru sahaja memasang pemancar 3G nya, di Gelanggi 01.

Tiba-tiba keluar pulak berita seperti dibawah.....................

Rupa-rupanya Gelanggi dah ketinggalan, kita baru dapat 3G, orang dah mula pakai 4G pulak .

 Begitulah dunia................

Jikalau P1 menyumbang kepada komuniti melalui Pusat Komuniti Jalur Lebar dan sebagainya, kini YTL turut mula menguji rangkaian 4G mereka dengan menyediakan rangkaian 4G secara meluas untuk kampus UTM Skudai.

YTL Comms mengambil langkah pertama dengan mula menguji rangkaian 4G mereka dengan menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G secara percuma kepada para pelajar UTM Skudai, dan dijangka akan diperkembangkan kepada beberapa universiti awam yang lain.
Melalui perjanjian bersama UTM, YTL Comms akan menyediakan sambungan internet membolehkan penggunaan data sehingga 300 MB seorang pengguna untuk setiap bulan. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh YTL untuk tempoh selama 3 tahun daripada pelancarannya.

 Sekiranya had 300MB tidak mencukupi untuk anda, anda boleh menaik-taraf pakej anda pada bila-bila masa dengan sedikit bayaran. Pada masa yang sama, untuk mengakes rangkaian 4G, para pelajar memerlukan modem yang menyokongnya, ataupun laptop dengan kebolehan 4G. Setiap pelajar akan diberikan dengan ID login dan juga kata laluan untuk mengakses rangkain 4G yang disediakan oleh YTL Comms pada UTM.






 

01 Julai 2010

Pernahkah anda guna GPS ?

Kali ini izinkan saya mengisi ruangan ini dengan sesuatu yang baru dan tidak pernah saya tulis iaitu berkaitan teknologi baru (sekurang-kurangnya bagi saya) iaitu GPS. (nak tahu apa itu GPS klik disini).

GPS adalah satu alat yang boleh menunjukkan arah dan jalan walau kemana sahaja kita mahu pergi, sekali pun sebelum ini jalan tersebut kita tidak pernah lalui atau dalam erti kata lain kita tidak tahu langsung mengenai jalan itu.

Saya beli alat tersebut melalui Internet kira-kira sebulan yang lepas dan tidak berpeluang untuk mengujinya lagi sehinggalah hari ini baru berjaya saya ujinya......

GPS yang saya beli ini ada mempunyai tulisan dan arahan suara didalam bahasa Malaysia, ikutilah pengalaman yang saya perolehi sepanjang hari ini......

01.07.10 Hari ini saya menghadiri satu seminar usahawan internet bertempat di Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor yang beralamat di, no.50C-3 tingkat 3, Kelana Mall, Jln SS 6/14 , Kelana Jaya, P.Jaya, Selangor.(berdekatan dengan Giant Kelana Jaya) masa dari jam 2.30ptg-4.40ptg.

Saya pergi dengan dua matlamat, matlamat pertama, nak belajar perihal mencari duit melalui Internet, manakala matlamat kedua ialah, nak mencuba dan mengetahui sejauh mana keberkesanan dan kebolehgunaan GPS ditempat yang kita tidak tahu langsung jalan dan arahnya, kebetulannya tempat kursus tersebut saya tidak pernah pergi sebelum ini.

Saya bertolak dari rumah jam 8.20pagi, sampai di Tol Karak baru GPS itu disetkan, saya memandu dan terus mengikuti arah tunjuk jalan yang di cadangkan oleh GPS tersebut.

Sepanjang perjalanan pergi, saya dua kali tersasar dan terpaksa berpatah balik akibat kekaburan arahan dari GPS itu, antara tempat yang paling mudah menjadi keliru ialah apabila kita hendak memilih atau memasuki sesuatu simpang, tetapi setelah saya berpatah balik dan mengikuti arahan kali kedua, saya berjaya sampai ketempat yang dituju dengan selamat.

Tetapi perkara berpatah balik ini juga, bukanlah perkara mudah bagi jalan sehala seperti di KL ini, kalau nasib tak baik kita terpaksa meneruskan perjalanan berkilo-kilometer dulu baru ada u-turn.

Semasa balik saya sekali lagi tersasar, ini adalah kerana GPS tersebut menunjukkan jalan yang berlainan antara pergi dan balik, namun berjaya di betulkan dan sampai dengan selamat kerumah.

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah, peta yang digunakan oleh GPS tersebut adalah peta lama, buktinya, pada satu ketika, saya lihat di skrin, GPS mengarahkan supaya belok kekiri dan masuk kesatu jalan, sedangkan jalan tersebut sudah tidak wujud kerana sudah dibina tembok bagi laluan Jejambat, maka barulah saya sedari dan fahami bahawa arahan GPS tersebut adalah berdasarkan peta lama, iaitu semasa jalan tersebut belum dibina Jejambat lagi. (boleh di update kan sebenarnya dan saya akan up-date kan selepas ini)

Namun apabila saya meneruskan pemanduan kedepan lagi, GPS tersebut boleh pula menyesuaikan dirinya dengan jalan baru dan begitulah seterusnya sehingga sampai kedestinasi.

Kesimpulannya GPS ini sangat berguna kepada kita, kerana mudah dan ringkas, kita tak perlu bertanya kepada orang, arah jalan yang kita tidak tahu, setelah menggunakannya saya sedikit pun tidak merasa rugi, malah bersyukur kerana membuat keputusan membelinya.

Berbalik pula kepada kisah kursus yang saya hadiri itu, alhamdulillah dapat jugalah sedikit sebanyak ilmunya, padanlah dengan kursus free.............kalau nak banyak lagi ilmunya kenalah hadiri kursus yang berbayar pula, munkin pada bulan Nov nanti saya akan pergi sekali lagi.