31 Disember 2009

Kristian juga boleh sebut Allah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, hari ini memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.klik di sini untuk berita selanjutnya.

Pendapat saya =

Kekecohan tentang hasrat Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan " Allah" didalam penerbitan Herald Catholic Weekly telah tertangguh atas arahan Mahkamah, tetapi pihak Gereja Katolik terus membuat rayuan dan hari ini mereka berjaya juga akhirnya.

Persoalannya apakah menjadi kesalahan kalau orang Kristian mahu memanggil tuhan, yang bagi kita orang Islam sebut Allah itu dengan panggilan Allah juga ?

Sebenarnya kalau ditanya salah atau tidak, jawabnya tidak salah, cumanya di bimbangi boleh menyebabkan kekeliruan di sebabkan definisi perkataan Allah ditauhidkan sebagai ‘satu’ bagi orang Islam dan bukannya tuhan seperti yang difahami orang bukan Islam.

Walau macammana pun bagi masyarakat Islam di Mesir, perkara ini tidak menjadi masaalah kerana mereka sudah biasa dengan keadaan ini, di Mesir, orang Arab yang berugama Kristian disana memanggil God itu Allah juga, perkara ini telah berlaku sejak sekian lama, tanpa apa-apa masaalah.

Cumanya yang kita bimbangkan di Malaysia ini, perkara ini baru di sini, oleh itu di bimbangi pihak Kristian akan menggunakan kebenaran Mahkamah ini untuk mempengaruhi anak-anak muda kita yang jahil tentang Agama Islam, bahawa ugama mereka
juga benar, sebab tuhan mereka pun di panggil Allah juga.

Ini sudah tentu akan memberi kesan yang agak besar jika kita orang Islam leka dan tidak memberikan penerangan yang secukupnya kepada anak-anak kita.

Sebenarnya kita di Malaysia ini sepatutnya bertuah kerana kita memiliki Majlis Agama Islam, Kita juga ada Yayasan Dakwah Islamiah, kita ada Pejabat Agama Negeri-Negeri, kita ada pelbagai lagi Institusi Agama, Kita juga cukup bertuah kerana memperolehi peluang untuk menyerapkan mata pelajaran Agama Islam untuk diajar di sekolah-sekolah dari sekolah rendah sampai kesekolah menengah.

Kita juga setiap tahun menerima peruntukkan yang agak besar dari Kerajaan, Oleh kerana Agama
Islam termaktub didalam Perlembagaan Negara sebagai Agama Resmi bagi Negara Malaysia maka peruntukkan kewangan boleh disalurkan kepada Institusi Agama ini tanpa boleh di bantah lagi oleh penganut ugama lain.

Oleh itu sepatutnya penerangan secukupnya sudah diberikan oleh institusi ini kepada seluruh rakyat Islam di Malaysia tanpa kita bimbang lagi untuk pihak gereja mengekploitasi perkataan Allah ini.

Masaalahnya sudahkah pihak Institusi Agama Islam ini berusaha kearah itu ? dari apa yang saya perhatikan institusi Agama ini agak lembab didalam kerja-kerja seperti ini, di zaman IT ini sepatutnya internet adalah medan yang baik untuk institusi ini memainkan peranannya kerana memandangkan mereka memperolehi peruntukan kewangan setiap tahun.

Namun adalah diharapkan semoga dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan perkataan Allah ini akan mendorong kesemua Institusi Agama Islam kita bangun dari tidur dan bekerja lebih keras supaya perancangan pihak Gereja Katolik ini, yang mahu memesongkan pemikiran orang Islam akan menemui kegagalan.............................






27 Disember 2009

Bas ekspres lagi......


10 maut tragedi bas ekspres begitulah diantara bunyi berita diakhbar-akhbar perdana dan juga tv, peristiwa seperti ini berlaku adalah untuk kali yang ke berapa ? pun sukar untuk kita mengingatinya lagi, oleh kerana begitu banyaknya peristiwa seperti ini berlaku.

Begitulah senario yang sering terjadi di negara kita, masaalahnya, apakah di pihak kerajaan tidak memikirkan dan bertindak mencari jalan bagaimana cara untuk mengurangkan masaalah ini dari terjadi, jawapannya memang ada, tetapi masih belum cukup untuk menyelesaikan masaalah tersebut.

Antara langkah yang paling praktikal di fikirkan ialah, menjadikan keretapi sebagai pilihan utama untuk rakyat berulang alik pergi kerja, untuk perjalanan sehari-hari, untuk balik semasa cuti sekolah, untuk balik kampung dihari perayaan dan pelbagai lagi keperluan.

Cumanya masaalah yang dihadapi buat masa sekarang ialah, landasan Keretapi yang masih sehala, ini telah mengakibatkan perjalanan Keretapi menjadi lambat akibat Keretapi terpaksa berhenti di stesen untuk memberi laluan kepada Keretapi lain semasa berselisih.

Betul ! kita sudah memiliki landasan keretapi berkembar, tetapi malangnya ianya hanya dari Seremban ke Ipoh sahaja, Oleh itu di pihak kerajaan perlu memikirkan supaya semua landasan Keretapi di seluruh negara menggunakan sistem landasan Keretapi berkembar, supaya perkhidmatan Keretapi menjadi lancar dan sekali gus di minati penggunaannya oleh rakyat jelata.

Disamping itu satu landasan baru keretapi dari KL, Mentakab, Kuantan, seterusnya ke Trengganu dan Kota Bharu perlu di bina segera sebagai satu cara mempercepatkan perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Andai kata ianya berjaya di laksanakan, adalah diyakini bahawa peristiwa Bas Expres seperti beritanya diatas akan dapat di kurangkan.

Persoalannya pemimpin manakah yang sanggup memikul tanggung jawab untuk melaksanakan ini semua, di zaman Mahathir, beliau telah berjasa membina pelbagai prasarana termasuk Lebuh Raya utara selatan dan Pantai Timur.

Di zaman Najib, apakah beliau boleh menabur jasa kepada rakyat untuk merialisasikan ini semua ? ..................................entahlah.........................









21 Disember 2009

Sekadar Perbandingan ............

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada para pembaca budiman semua, andai kata perbandingan yang saya buat ini boleh menyinggung perasaan saudara-saudara semua...........

Apakah perbandingan tersebut ?

Berita pertama...

(1) Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000

Berita tersebut menyebut

KUALA LUMPUR - Harapan pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 43, atau lebih dikenali sebagai ' Detektif Lim' didalam siri drama itu di TV2, untuk bebas daripada tuduhan mencuri dua buah buku di Mid Valley, Megamal di sini tinggal harapan apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 apabila didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.


Berita kedua...

(2) Jeneral TUDM diarah bersara

KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.

Berita berkaitan menyebut Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, Perdana Menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak TUDM dan Angkatan Tentera untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Apakah perasaan saudara-saudara semua setelah meneliti berita diatas ?

Lihat betapa jauhnya dan berbezanya diantara kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang diterima oleh dua individu ini......................

(1) Pesalah pertama seorang pelakun drama TV, telah melakukan kesalahan mencuri 2 buah buku yang bernilai tidak lebih dari RM200.00, saya ulang, Dua ratus ringgit, telah di hukum 2 bulan penjara serta denda RM2,000.00.

(2) Pesalah kedua Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia bersama beberapa orang rakannya telah mencuri Enjin Jet F-5E bernilai RM50 juta, saya ulang, Lima puluh juta ringgit, telah di hukum suruh bersara awal,(rehat bersama anak-anak) dan dendanya, pencennya terus dibayar setiap bulan.(noktah)

Faktanya...

Perkara ini dikatakan berlaku pada tahun 2007, diketika DS Najib menjadi Menteri Pertahanan, dan lapuran Polis kononnya sudah di buat pada awal tahun 2008, tetapi sekarang 19hb Dis 2009 iaitu dua hari lepas, baru berita ini bocor dan disiarkan oleh akhbar .......dan didalam berita di TV3 malam ini menyebutkan bahawa kes ini, akan, saya ulang sekali lagi......AKAN dibawa kepada pendakwa raya dalam masa terdekat dan munkin didakwa di Mahkamah.(baru nak didakwa, itu pun setelah berita ini bocor, jika tidak, munkin senyap terus)

Berita terbaru yang diterima pula mengatakan bahawa kehilangan tersebut rupanya bukan satu, tapi dua.......................Yahhhhh....tu..dia.

Yang menariknya, Enjin yang kedua hilang itu diketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara TUDM Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian, tetapi tiada sebarang tindakkan diambil, sehinggalah kini pendedahan di buat oleh akhbar-akhbar barulah kecoh kononnya mahu diambil tindakkan...............


Setelah membaca apa yang dipaparkan diatas, apakah perasaan saudara-saudari sekelian, atau saudara-saudara telah hilang daya deria perasaan ?

Saudara tak rasa apa-apa ? oooooo kalau saudara tak rasa apa-apa, pada firasat saya, saudara-saudari ni .......dah kena sakit teruk ...............oleh itu saya nasihatkan, pergilah jumpa doktor ..................




Untuk penjelasan lebih lanjut tentang kes kehilangan Enjin Jet F-5E ini sila baca Di sini

dan juga .......

Avionik F-5E turut hilang – Zahid

Syarikat beli enjin pesawat F-5E dikenal pasti

Polis siasat kes kehilangan enjin jet pejuang

Peguam Negara jamin siasatan penuh kehilangan enjin F-5E

. Kehilangan Jet Pejuang, salah siapa ?



20 Disember 2009

Janganlah buat perangai macam ni..............

KUALA LUMPUR 20 Dis. — Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa lima peguam dan 15 lain, yang ditangkap kerana enggan bersurai dalam perhimpunan haram kerana perhimpunan itu tiada unsur keganasan atau kekerasan, siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.

Pegawai penyiasat kes itu ASP Hoo Chang Hook berkata selepas penangkapan pertama melibatkan 14 orang dan penangkapan kedua lima peguam itu dan seorang wartawan, pihak polis telah merujuk kes itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Hoo berkata hasil perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, pihak polis diberitahu kes itu tidak perlu didakwa ke mahkamah atas alasan tiada unsur keganasan dan kekerasan.

Hoo berkata Tun Abdul Majid juga menasihati pihak polis supaya pada masa depan perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mengunakan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah dalam menafikan hak tangkapan untuk mendapatkan khidmat peguam.

Lima peguam yang ditahan itu adalah Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan, manakala seorang lagi ialah wartawan akhbar Suara Keadilan, Law Teck Hao dan 14 lagi. - Bernama

Komen saya =

Sebagai rakyat yang cintakan keadilan, saya cukup terkilan dengan peristiwa yang berlaku sepertimana yang dilapurkan diatas, betapa Polis begitu mudah di peralatkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dengan menangkap sesuka hati orang-orang yang tidak melakukan sebarang kesalahan pun.

Kalau sekadar hanya berarak secara aman pun ditangkap dan dikurung didalam lokap serta tidak dibenarkan pula menemui peguam, seolah-olah layanan yang diterima oleh mangsa adalah seorang penjenayah yang begitu besar kesalahannya. Yang lebih mendukacitakan ialah mangsa tangkapan pula hanyalah beberapa peguam wanita.

Persoalannya, atas arahan siapakah tindakkan ganas sebegitu rupa dilakukan ?

Kalau dah kesalahannya begitu besar, kenapa tidak didakwa pula ? ooooo kerana tiada unsur keganasan atau kekerasan...................... cis sial punya olang, suka-suka tangkap ooooooo

Inilah yang aku bencinya.......seolah-olah negara kita tiada undang-undang, macam zaman Jepun, suka-suka tangkap, kurung..........dah tu.....di lepaskan......dan kamu mesti ucap terima kasih pada itu askar jepun kerana tidak pancung kamu....................aik....apa ni ?

Atau kisah di zaman fir'aun apabila ditangkap dua orang, kemudian pancung seorang dan seorang lagi di lepaskan dan beritahu orang ramai bahawa fir'aun berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan seseorang.

Buktinya seorang di pancung dan seorang di lepaskan, kononnya jika dia mahu bunuh kedua-duanya dia boleh buat tetapi demi menunjukkan bahawa fir'aun berkuasa, maka di lepaskan seorang, maka seorang hidup dan seorang mati............ wah tuhanlah kononnya dia.

Oiiiiiiii janganlah ditiru perangai fir'aun tu............................................



19 Disember 2009

Bila fulus menjadi perhitungan ...............

Saya tertarik dengan berita GILA BABI ini, iaitu bagaimana Enjin jet TUDM hilang. Cis ! harapkan pagar, pagar makan padi, berita tersebut menyebut bahawa Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.


Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md Anvar, berkata hasil siasatan berjaya mengenalpasti empat suspek, membabitkan orang awam dan pegawai pasukan itu.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghubungi kami awal tahun ini meminta bantuan menyiasat kehilangan

peralatan itu yang dilaporkan berlaku di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

"Berikutan itu, 18 individu dipanggil bagi membantu siasatan yang membawa kepada kejayaan mengenalpasti empat suspek terbabit, termasuk penjual dan pembelinya serta lokasi enjin itu dijual," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti empat individu terbabit, selain lokasi sebenar enjin itu yang harganya dianggarkan hingga RM50 juta mengikut pasaran semasa.

Namun, Berita Harian difahamkan enjin itu dijual kepada seorang pembeli di sebuah negara Eropah tetapi tidak dapat dipastikan tujuan penggunaannya.

Noryah berkata, kehilangan enjin itu diklasifikasikan sebagai kes pecah amanah dan fail siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

TUDM mula menggunakan pesawat tempur enjin berkembar buatan Amerika Syarikat (AS) itu pada 1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan, masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Difahamkan, khidmat pesawat itu pernah digantung beberapa tahun lalu berikutan cadangan menggantikannya dengan pesawat baru.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, enjin yang masih berkeadaan baik itu dibawa dari Skuadron 12 Scorpion Butterworth ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan sepatutnya diserahkan kepada satu daripada tiga kontraktor swasta yang dilantik kerajaan untuk penyelenggaraan.

"Ia dipercayai dilakukan secara terancang dengan pembabitan orang dalam TUDM sendiri. Jika tidak, mana mungkin enjin sebesar itu, lengkap dengan 'after burner' (sistem turbo) boleh hilang dan melepasi kawalan keselamatan ketat pangkalan dengan mudah.

"Taktik mereka memang licik dan berpengetahuan luas dalam hal berkaitan enjin pesawat tempur. Mereka tahu enjin itu tiada apa-apa nilai tanpa rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan," katanya.

Sumber itu memberitahu enjin jenis J-85 keluaran General Electric (GE) itu boleh dijual dalam bentuk set lengkap atau sebagai komponen alat ganti kepada pihak yang menggunakan model pesawat lama berkenaan.

Selain Malaysia, model itu masih digunakan oleh Singapura, Indonesia dan beberapa negara di timur tengah serta Eropah. Difahamkan, kejadian itu menyebabkan rombakan kecil dalam TUDM, terutama di Markas Logistik yang turut menyaksikan beberapa pegawai dan anggota dipecat.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan prosedur dokumentasi dan memperincikan proses audit dalaman setiap aset miliknya bagi membendung penyelewengan peralatan.

Beliau berkata, kegiatan yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan secara terancang hingga sukar dikesan.

"ATM memandang serius kerana ia juga mencemarkan imej pasukan. Justeru, tindakan segera sudah diambil untuk mengatasinya bagi memastikan kejadian tidak berulang," katanya.

Beliau berkata, ATM bersikap terbuka dalam isu penyelewengan dan sentiasa mengalu-alukan pembabitan agensi berkaitan bagi menangani kes seumpama itu.

"Jika polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mahu campur tangan, mengapa tidak kita benarkan jika ia boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada pasukan dan negara. ATM mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat membantu siasatan, terutama dalam membongkar lebih banyak kes seumpama ini," katanya.

Komen =

Apakah kita kini sudah sampai keperingkat tidak peduli apa lagi, .....tiada lagi nilai etika dan moral, yang penting fulus, fulus dan fulus...........haiiiiiii mampos kalau macam ini.





17 Disember 2009

Atuk-atuk yang tak laku ..........

http://lh6.ggpht.com/_k6h1DIEhlt8/SbmuZwiB9pI/AAAAAAAAA_I/Kr7PIFjSFZQ/bung_thumb%5B12%5D.jpg
Gegar seketika buat peminat-peminat pelakon Zizie Ezette akibat berita kononnya beliau mahu bernikah dengan Datuk Bung Mokhtar Radin, ehhhh apa salahnya, kalau benar beliau mahu bernikah.

Yang riuh tu ialah kerana Zizie tu nak bernikah dengan suami orang .........tetapi kata Zizie...

Tolong bagi tahu saya, siapa yang hendak berkahwin dengan suami orang? Sepanjang hidup, sudah banyak kali saya mengelak bercinta dengan suami orang sebab tak mahu melukakan hati wanita lain. Tetapi kalau itu jodoh yang tuhan berikan kepada saya, apa yang saya boleh buat lagi? Saya pernah bercinta dengan lelaki bujang, tetapi kami tidak berjodohan, jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada takdir sajalah.

Zaman sekarang ni, ramai perempuan/gadis/janda yang jelita, mengejar lelaki yang bergelar Datuk, maklumlah Datuk-datuk ni kebanyakkan nya kaya-kaya belaka.

Apabila berkahwin dengan gadis-gadis jelita seperti Zizie tu, semua kemahuan akan dituruti, nak kereta besar akan dibeli, rumah besar akan dibeli, pendek kata semuanya dapat, mana dia orang tak nak..................itu sebab Datuk-datuk ni laris macam goreng pisang panas !.

Tetapi kepada Atuk-atuk pula macam mana ? siapa Atuk-atuk ini ?

Atuk-atuk ini ialah para duda-duda yang kematian isteri di ketika usia sudah tua .....golongan ini nampaknya semakin meningkat.

Kepada Atuk-atuk jenis ini siapa yang mahu..................atuk-atuk yang tua dan miskin !

Atuk-atuk yang tua dan miskin ni kebanyakkanya berada didalam felda, sekarang ini ramai sekali peneroka yang sudah bertitle duda atau janda, mereka ini kebanyakkannya bergelar kalau lelaki di panggil Atuk manakala kalau perempuan di panggil Nenek.

Kepada yang bergelar Nenek, saya rasa tiada masaalah sangat, sebab mereka mudah menyesuaikan diri dengan keadaan, tetapi kepada yang bergelar Atuk, saya perhatikan ada masaalah sedikit.

Orang lelaki ni .............. kebanyakkannya kerja yang paling malas dilakukannya ialah memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Anak-anak pula tinggal dan bekerja jauh, oleh itu mahu atau tidak, semua kerja perlu dilakukan sendiri ................itulah yang lecehnya...tapi nak buat macam mana ?

Di tempat saya ini ada beberapa orang duda yang sudah puas keliling kampung mecari pasangan, tetapi tak dapat, puncanya, kebanyakkan janda tak mahu berkahwin lagi, maklumlah janda-janda peneroka ni ada pencen!, iaitu hasil ladang RM2,000.00 sebulan, mana mereka mahu berkahwin lagi, bagi mereka berkahwin hanya menyusahkan saja.......

Maka terkapai-kapailah si duda yang bertaraf Atuk ini kehulu kehilir mencari tak dapat-dapat........................

Apakah anda boleh tolong mencarikan mereka-mereka ini pasangan ?









16 Disember 2009

Munkinkah ianya akan menjadi kenyataan ?


Kajian Kemungkinan Laluan Rel Pantai Timur sedang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kajian itu meliputi kajian sambungan rel antara Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Baharu.

"Hasil kajian ini kelak akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan keretapi yang akan dilaksanakan di Pantai Timur nanti," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini Isnin.

Fatimah ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi ke Terengganu dan menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan keretapi sedia ada di Pahang dan Kelantan.

Abdul Rahim berkata kerajaan sememangnya bercadang meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di pantai timur Semenanjung.

-- BERNAMA





Sekeping nota -
Saya memang ada menulis tentang issue ini semasa mula-mula perlantikan Najib dahulu semoga ianya menjadi kenyataan.







15 Disember 2009

Menyanyi menjadi syarat untuk dihantar balik ke Thailand


KUMPULAN 210 orang pendatang Thailand termasuk ada yang memegang potret Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit Kitiyakara menunggu untuk diserahkan kepada wakil kerajaan mereka di Sadao semalam.


SADAO (Thailand) - Pihak berkuasa Thailand ada cara tersendiri untuk menentukan status rakyat negara mereka sebelum dibawa pulang selepas menjadi pendatang tanpa izin di Malaysia.

Selepas menempuh beberapa tapisan, mereka kemudian secara spontan diminta menyanyi lagu kebangsaan negara itu, Phleng Chat.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Che Din Yusoh berkata, dalam pemilihan itu, hanya 210 orang pendatang tanpa izin yang melepasi saringan tersebut dan dihantar balik ke Thailand semalam sempena hari lahir ke-82 Raja Thailand, Raja Bhumipol Adulyadej.

"Thailand menghantar pasukan khas untuk melakukan saringan itu selepas ada kes pendatang negara lain seperti Myanmar menyamar menjadi rakyat mereka,'' katanya pada pemberita selepas majlis penyerahan kumpulan pendatang itu kepada pihak berkuasa Thailand di sini semalam.

Menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand merangkap wakil rakyat Songkhla, Thawom Senneam.

Kumpulan itu adalah antara 520 warga Thailand yang dihantar pulang dalam tiga program seumpama itu selepas yang pertama pada Januari lalu dan diikuti fasa kedua pada bulan Ogos.


Komen saya =

Saya sangat tertarik dengan cara Kerajaan Thailand menyaring rakyatnya untuk diterima pulang sebagai warga negaranya, apabila saya membaca berita diatas saya teringat tentang bagaimana mudahnya Malaysia menerima dan menyesahkan status seseorang warga negaranya.

Sebagai contoh, apabila tv kita menemuramah seseorang yang dikatakan rakyat kita di negara asing yang berjaya didalam sesuatu bidang, tetapi temuramah tersebut diadakan didalam bahasa Inggeris, maka bercakaplah "warganegara" tersebut dengan lancarnya menceritakan tentang kejayaannya didalam bahasa tersebut.

Persoalannya, betul ke dia ni warga negara Malaysia kalau sepatah haram pun dia tidak pandai berbahasa kebangsaan ? apalah maknanya untuk kita berbangga dengan warga negara seperti ini, inilah akibatnya apabila kita tidak mensyaratkan semua warga negara mesti tahu dan boleh berbahasa Malaysia.

Satu lagi contoh, apabila kita secara kebetulan pergi kekampung-kampung baru (perkampungan orang cina) atau kepenempatan perumahan yang dihuni oleh orang-orang India, lantas kita ingin bertanya sesuatu berkaitan jalan atau apa-apa sahaja, dan kita dapati orang yang kita tanya tersebut,langsung tidak tahu berbahasa Melayu.

Apa ni................ dia ni betul-betul ke warga negara....atau pendatang haram ? kita tidak dapat membezakannya, rupa sama, kulit sama, silap-silap kalau Polis periksa pun, ada i/c biru pulak .........

Jikalaulah semasa perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan dahulu disyaratkan bahawa semua yang mahu menjadi warga negara Malaysia mesti wajib boleh berbahasa Malaysia, munkin kerja penilaian menjadi mudah.

Jumpa je.....warga asing tetapi memiliki i/c biru, namun sepatah haram tak tahu bahasa Malaysia, sah dia ni, memiliki i/c palsu.......... kan senang.





Penduduk lihat hukuman rejam

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi







12 Disember 2009

Teringinnya nak beli handphone ni.........

Teknologi baru berkembang dengan pesatnya, terkini muncul handphone baru dengan teknologi yang paling terkini..............apa dia ? T'fon baru dari HTC HD2

Bukan apa........apabila berada dimana-mana, senang nak buka internet, sambil jumpa Doktor dan tunggu ambil ubat, boleh buka akhbar, blog dan lain-lain........ewah......cuma harganya boleh beli seekor kerbau.............termenung di buatnya..........




HTC HD2

Sila klik

Size:
Size
Weight: 157 grams (5.54 ounces) with battery

Buttons:
Button

Telefon bimbit terbaru daripada HTC kini di Malaysia

Tips memilih Smartphone: kenali dulu Sistem Operasinya










Menjawab ulasan.................

Pada posting saya yang lepas, saya telah menulis satu lapuran tentang dialog yang saya hadiri di felda Mayam, Bera, Pahang. Seperti biasa didalam lapuran yang saya tulis, saya akan menulis mengikut apa yang saya lihat dan saya fikirkan.

Munkin ada orang yang tidak bersetuju dengan tulisan saya, itu tidak menjadi masaalah bagi saya kerana apa yang penting, saya dapat sampaikan apa yang ingin saya sampaikan......

Setelah tersiar, maka muncullah komen seorang pembaca blog ini, yang menamakan dirinya Mooncake, dibawah ini saya siarkan kembali komen beliau dan jawapan saya buat tatapan saudara-saudara semua..........( Betul sdr-sdr boleh baca komen ini di ruangan komentar dibawah sana, tapi biarlah saya siarkan dimuka depan, supaya sdr-sdr boleh membacanya dengan lebih jelas)

Blogger Mooncake berkata...

Assalamualaikum..

Kerjasama dengan FELDA dan PPK...????

Yang inginkan kebebesan dan keuntungan orang urus sendiri..supaya dapat tawar menawar dalam masa menjual buah.. Nak beli baja dengan FELDA kononnyer nak dapat murah dan mudah. Boleh hutang dulu pastu bayar ngan buah...seronoknyer biler mendengarnyer..
Macam mane pula dengan perasaan orang masih bersama FELDA yang tidak berkeupyaan untuk urus sendiri kebun. Mereka sentiasa diperlekehkan, tak cerdik lah kononnyer.Urusan maintanence ladang diserahkan kepada FELDA dan kosnyer ditanggung pekebun yang bersama FELDA. Makin Botak la kepala dia orang.
Nak mintak duit dengan orang tanam sendiri nak buat maintanence jalan pertaniaann!!! jangan harap.. mintak 5 ringgit pun untuk urusan kampungpun..kena maki hamun. Itu belum lagi dengan kerja- kerja parit ladang. ermm entah lah..

Mereka usaha sendiri nie.. selalu mendabek dada mengatakan urus sendiri pendapatan gempak.. yelah hari ini hari mereka.. esok lusa belum tau. Pandai urus pendapatan selamat lah akan datang..sementara boleh ke ladang.. ye dak.

Peneroka bersama FELDA sabar ajelah... ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA PENGASIH. Bagi peneroka yang bersama FELDA dan ingin keluar menjadi seperti mereka..tepuk dada tanyer selera..

Walau apapun.. FELDA tetap FELDA. Cara FELDA adalah tujuannyer.

Kiter daripada tak bertanah.. ada tanah... daripada hidup merempat..ada tempat berteduh.. dari negeri lain datang merantau mencari tanah. Daripada mendengar kata sampai dah boleh melawan..kena ingat tu..

Waallahuaalam...

2009 Disember 11 11:30




Berikut jawapan saya...................

Terima kasih Mooncake kerana membuat ulasan,

Berkaitan dng jalan pertanian diladang, kami masih ada duit simpanan bersama felda berjumlah L|K RM70,000.00 yang tersimpan entah berapa puluh tahun yg lepas.
Felda tidak pun mengira faedahnya,

Duit itu adalah duit bersama semasa belum tanam semula dahulu, cadangan telah pun dibuat agar wang itu di gunakan untuk membeli batu kapor utk jalan..........jadi tiada masaalahlah agaknya buat sementara waktu.

Tentang maintanence jalan, itu persatuan akan pujuk peneroka urus sendiri untuk membuat bayaran.... utk simpanan masa akan dtg, memanglah ada sesetengahnya yg berkira, tetapi tidak semua macam tu....

Tentang beli baja, bukan kita org yg minta tetapi felda yg menawarkan, munkin baja felda berlebihan kot, itu pun kalau mahal kita tidak mahu, lebih baik kita beli luar, kalau di luar lebih murah.

Tentang hutang baja, di luar pun boleh hutang, cuma yg penting kita jujur,

Kalau kita buat rekod baik, org berebut-berebut nak beri kita hutang, tetapi kalau kita rekod buruk, siapa pun tak mahu beri hutang.

Lagi satu saya harap sdr jangan bersikap bermusuhan dng org yg urus sendiri, ungkit itu dan ini, macam sdr itulah felda nya.

Perlu saya beritahu dan memperingatkan kpd sdr bahawa satu ketika dahulu kedapatan seorang dua peneroka yg urus sendiri, dng bongkaknya mengutuk felda dng bermcm-mcm kutukan sehingga satu ketika dia berkata lambang felda pun dia benci nak tengok, saya larang dia bercakap sombong seperti itu, tetapi dia tidak peduli.....

Akhirnya setelah setahun dua, dia serah balik kepada felda, dan kini dia memuji-muji felda pula....

Begitu juga ada seorg dua yg memang asalnya bersama felda, wah bukan main lagi puji nya dia kepada felda dan mengutuk org yg urus sendiri dng bermcm-mcm kutukan, tetapi kini dia telah ambil aleh kebunnya dan mengutuk felda pulak..... terbalik.

Oleh itu saya nasihatkan sdr jangan bersikap seperti mereka, jangan kutuk sana, puji sini, rasional lah didalam tindakkan, bukan apa! saya bimbang sdr juga nanti menjadi seperti mereka....ambil aleh kebun lepas tu.........mengutuk felda pulak....

Itu kita tidak boleh tahu, kalau Tuhan nak tunjuk dia akan tunjuk terus mcm apa yg terjadi kpd kedua-dua puak yg saya ceritakan diatas tadi...

Tentang Allah maha adil tu ....memanglah Allah tu maha adil, cumanya kita jangan berlebihan sangat, Membenci jangan berlebihan dan sayang pun jangan keterlaluan.

Berpada-padalah....felda bukan terlalu bagus dan peneroka pun bukan terlalu burok...........

Masing-masing ada kesilapan, oleh itu sama-sama pakat betulkan.













10 Disember 2009

Felda mahu kerjasama dengan pekebun yang urus sendiri ?


Hari ini saya telah menghadiri satu majlis dialog yang diadakan di Dewan orang ramai Felda Mayam, di gugusan Bera, Pahang. Majlis dialog yang julung kali diadakan dan mendapat kerjasama dari Felda ini diadakan diantara Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) dengan Felda dan MPOB, adalah anjuran PKPKM peringkat Negeri Pahang.

Kerjasama yang saya maksudkan itu lebih bermakna apabila felda sanggup membiayai separuh dari kos makan tengah hari dengan penyembelihan seekor lembu yang di hidangkan oleh tuan rumah iaitu PKPKM cawangan felda Mayam dan Purun, satu perkara yang tidak pernah di lakukan oleh felda.

Kehadiran yang menjangkau hampir 500 orang peserta ini turut dihadiri oleh Presiden PKPKM Dato' Aliasak Ambia dan Timbalannya Tuan Haji Yusof, En.Jaya Zainal, Pengawal Wilayah Mempaga, Pengurus-pengurus Felda berhampiran dan En.Hamdan pegawai MPOB dari Kuala Lumpur.



Pengawal Wilayah Mempaga En. Jaya Zainal yang Felda Mayam adalah antara Felda yang dibawah seliaannya yang juga merangkumi 36 rancangan lain di Negeri Pahang didalam ucapan perasmiannya telah menyatakan hasrat Felda untuk bekerjasama dengan PKPKM .

Antara langkah awal di dalam usaha kerjasama tersebut ialah semua pengurus rancangan diarahkan menubuhkan jawatan kuasa kebun urus sendiri disetiap kawasan felda yang menurut En Jaya, akan dipengerusikan oleh pengurus rancangan.

Langkah Felda yang menetapkan bahawa jawatan kuasa kebun urus sendiri ini di mestikan di pengerusikan oleh Pengurus Felda telah di sambut dengan penuh kewaspadaan dari kalangan ahli PKPKM cawangan felda masing-masing.

Andaikata jawatan kuasa tersebut nanti ditubuhkan dengan melantik AJK baru dengan mengenepikan AJK yang sedia ada di dalam AJK PKPKM cawangan, Maka sahlah bahawa felda hanya berhasrat mahu mengkucarkacirkan ahli-ahli yang urus sendiri kebunnya. Perlu diingat, bahawa PKPKM adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan, bukan sebuah pertubuhan haram !

Oleh itu sebarang usaha untuk mengkucarkacirkan ahli-ahli jika ada, pasti akan di tentang habis-habisan.

Setelah sekian lama para peneroka felda di seluruh negara memohon supaya diwujudkan sebuah persatuan peneroka felda tetapi permohonan mereka telah ditolak, sedangkan golongan lain boleh pula berpersatuan.

Hanya persatuan peneroka felda di peringkat Negeri Johor sahaja berjaya di tubuhkan atas pertolongan Datuk Musa Hitam ketika itu, tetapi selepas Datuk Musa Hitam tidak berperanan lagi didalam politik, maka usaha mengembangkan ke negeri lain atau di peringkat persekutuan telah di tolak, di ugut dan pelbagai cara halangan lagi oleh felda didalam usaha menggagalkannya.

Akhirnya persatuan peneroka felda Negeri Johor berkubur tanpa batu nisan, begitulah kaedah yang dilakukan oleh felda didalam usaha mereka mengawal peneroka felda diseluruh negara agar kekal kemas didalam gengaman mereka, tetapi yang peliknya pegawai-pegawai felda boleh pula berpersatuan. Mereka ada bermacam-macam persatuan, dari peringkat rendah sampailah keperingkat tertinggi.


Setelah Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah kepada peneroka felda, maka diatas daya usaha beberapa pemimpin peneroka, mereka telah berjaya menubuhkan persatuan pekebun kecil dengan menyerap masuk kedalam persatuan yang telah sedia ada iaitu PKPKM.

Usaha yang berterusan PKPKM didalam memperjuangkan nasib peneroka felda yang urus sendiri kebunnya semakin menampakkan hasilnya, apabila dengan kerjasama MPOB, iaitu sebuah badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan sawit telah memberikan pelbagai bantuan dan pinjaman didalam usaha meningkatkan kehidupan bekas peneroka yang terpinggir ini.

Kepimpinan PKPKM pusat sebelum ini, sering mengadakan dialog dengan pelbagai agensi Kerajaan, selain MPOB, mencari jalan mengatasi masaalah yang dihadapi oleh bekas peneroka felda yang urus sendiri ini, cuma dengan felda sahaja belum berjaya, kerana sikap felda yang menganggap PKPKM adalah musuh mereka, cuma disaat-saat terakhir ini didapati felda sudah berlembut sedikit, tetapi disesetengah tempat sikap felda kepada peneroka yang nak urus sendiri ini masih keras.


Dan terkini diberitahu oleh Timbalan Presiden PKPKM semasa majlis dialog tersebut bahawa, PKPKM sedang berunding dengan MPOB bagi memohon lesen mengumpul, mengalih dan menjual buah sawit bagi setiap kebun yang dimiliki oleh pekebun kecil.

Mengikut undang-undang, pekebun kecil berhak memperolehi lesen tersebut, malangnya setakat ini felda telah berusaha menghalang peneroka memperolehinya dengan alasan peneroka felda tertakluk di bawah akta GSA.

Namun kini setelah Felda menghulurkan tangannya untuk bekerjasama dengan pekebun yang urus sendiri kebunnya maka diharapkan halangan tersebut tidak wujud lagi, andaikata felda masih lagi dengan sikapnya yang membantah MPOB yang dikatakan bersedia mahu memberi lesen tersebut kepada pekebun kecil, jelaslah kerjasama yang di war-warkan oleh felda itu hanyalah satu sandiwara sahaja.

Sebenarnya lesen sawit MPOB ini adalah penting sebagai lambang pembebasan, lambang merdeka ! kepada peneroka yang urus sendiri, disini saya ingin menjelaskan bahawa bukan bermaksud apabila peneroka yang urus sendiri mahukan lesen MPOB tersebut, bahawa mereka berhasrat mahu menjual buah sawit mereka kepada pengilang luar, tetapi apa yang diinginkan oleh peneroka ini ialah mereka ada kuasa tawar menawar didalam urusniaga tersebut.

Kuasa tawar menawar itulah yang dinamakan kebebasan ! bebas membuat pilihan ...............

Setelah pegawai MPOB selesai membuat tayangan slaid tentang peranan yang telah dilakukan oleh MPOB didalam membantu para pekebun sawit dengan pelbagai bantuan, majlis diakhiri dengan soal jawab dan majlis berakhir di sekitar jam 1.00 tnghari dengan makan tengah hari dan bersurai ..........................sekian.




Sila klik di bawah untuk mendapatkan web PKPKM............

Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia





06 Disember 2009

Tak tahu berterima kasih

Didalam entri yang lepas, saya ada menyentuh berkaitan cadangan untuk mengkaji bagi menghentikan subsidi harga gula, dan sehari dua kemudian keluar kenyataan dari Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik subsidi gula dalam masa terdekat, sekaligus mengekalkan harga barangan tersebut pada RM1.45 sekilogram

Maka selepas itu keluarlah kenyataan dari penulis blog yang pro kerajaan bahawa kenapa tidak ada ucapan terima kasih dari orang-orang seperti saya diatas kesudian kerajaan menarik kembali cadangan menghentikan subsidi harga gula tersebut.

Sebenarnya kalau kita teliti dari kenyataan Tan Lian Hoe ini, bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik subsidi gula dalam masa terdekat, saya ulang " dalam masa terdekat", bermaksud, hasrat tersebut masih ada, cuma di hentikan sementara dalam masa terdekat.

Satu lagi perkara, kita sering mendengar ungkitan dari Kerajaan diatas cadangan untuk menarik balik subsidi tersebut kerana kerajaan tidak sanggup lagi menanggung subsidi sebanyak RM720 juta setahun, iaitu subsidi sebanyak 60 sen bagi setiap kilogram, bagi mengekalkan harga gula RM1.45 sekg.

Begitu juga semasa Pak Lah menjadi PM, beliau telah membuat keputusan menghentikan subsidi petrol, atas alasan tidak sanggup lagi menanggung kos yang begitu tinggi dan akhirnya subsidi dihentikan, lantas telah menyebabkan harga bahan tersebut naik.

Yang lucunya, tiga bulan kemudian, harga petrol diturunkan kembali atas alasan harga petrol telah turun dipasaran dunia, tetapi akibat kenaikan petrol yang terdahulu telah mengakibatkan harga pelbagai barangan naik mendadak, kalaulah Kerajaan boleh bersabar sedikit, harga petrol tidak perlu dinaikkan terus, maka harga barang-barang tidaklah akan naik, dengan itu Cuepacs tidaklah akan meminta gaji dan bonos kakitangan awam dinaikkan.

Peliknya, peristiwa tersebut tidak pula dijadikan pengajaran didalam kes subsidi gula ini, yang diungkitkan ialah negara-negara lain tidak pun memberi subsidi gula kepada rakyat mereka, contoh yang terdekat di Indonesia, harga gula tanpa diberi subsidi mencecah RM3.60 ke RM4.50 sekilogram...kononnya.

Perkara ungkitan ini sebenarnya samalah seperti seorang ayah yang diminta oleh anaknya membeli basikal yang lebih baik kerana basikal lamanya sudah buruk, maka siayah pun berkata.........ahhhhhhhh ayah sianu tidak pun membeli basikal untuk anaknya, kamu ni... nak lebih-lebih.

Sebenarnya gula ini adalah salah satu bahan penting didalam kehidupan rakyat bawahan, contohnya seorang buruh kasar yang bekerja di kebun kelapa sawit dengan mengcungkil dan melonjakkan buah sawit seberat 10....25 kg setandan sawit kedalam lori, sangat memerlukan bahan ini untuk menambah tenaga,

Bayangkan jika harga gula naik sampai RM1.00 sekg atau lebih, maka secara tidak langsung, para peniaga akan menaikkan harga minuman, biskut, kueh mueh, dan semua yang berkaitan dengan gula.

Maka apakah akan jadi kepada golongan buruh-buruh ini, mereka perlu bawa bekal air kopi dan kueh mueh untuk membolehkan mereka bekerja sepanjang hari, begitu juga driver lori, pekerja kilang, pengawal keselamatan dan lain-lain yang berpendapatan kecil tetapi tenaga tetap perlu dikeluarkan, semakin terhimpitlah kehidupan mereka, tidak perlukah semua ini diambil kira ?

Betul ! mengambil gula yang berlebihan, boleh mengundang pelbagai penyakit, tetapi itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menaikkan bahan penting didalam kehidupan ini, kerana pelbagai jenis makanan lain juga banyak yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Kalau masaalah kesihatan dijadikan alasan, maka Kerajaan terpaksa menaikkan pelbagai bahan makanan lagi untuk menjadikan alasan ini boleh diterima.

Lagi satu yang saya geramnya, kerajaan ni, kalau hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat jelata, berkira sangat.............di ungkitkan, subsidi sini 720 juta, subsidi sana 800 jutalah, tetapi dalam berkira-kira tu...............lesap puluhan Bilion Ringgit didalam kes PKFZ, lesap Ratusan Juta Ringgit didalam kes Jejambat runtuh, Stadium runtuh dan pelbagai lagi yang baru di bina tetapi runtuh.

Itu belum lagi disebut kes penyelewengan sejak zaman dulu-dulu, dari kes BMF di zaman Tengku Razaleigh jadi Menteri kewangan dan lain-lain sampai sekarang, tak terkira lagi bagi saya seorang peneroka felda ni..........dah tak reti nak kira, punya banyaknya.

Yang peliknya, tak pula kita dengar, kes ni di bawa ke Mahkamah................................

Sepatutnya sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, inilah yang perlu dikawal, kalau segala penyelewengan ini boleh diatasi, maka tidak timbul lagi ungkitan subsidi yang diberikan kepada rakyat jelata yang bernilai berapa sen sangat jika dibandingkan dengan yang di lesapkan oleh buaya-buaya darat itu.

Tentang rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan pelbagai subsidi dan dibandingkan dengan sesetengah negara yang langsung tidak memberi subsidi.............

Ini lagi satu masaalah, semasa kempen pilihan raya, di beritahu bahawa jika menang parti sianu berjanji, jika berjaya membentuk kerajaan, mereka akan berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik munkin, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.........kononnya.

Dah tu....... nak diungkit apa lagi weh !..... dah tanggung jawab kamulah.............

Macam pengantin sedang bertaklik di depan wali, berjanji akan menjaga anaknya sebaik munkin, memberi makan, pakaian dan lain-lain keperluan, lepas kahwin beberapa tahun kemudian, mengunkit pula segala tanggungannya selama ini.................

Terima kasih tu.....terima kasihlah.......tapi tak kan tak boleh ditegur langsung, salah silap mesti di tegur juga.







02 Disember 2009

Cadangan bagus dari Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob adalah Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beliau adalah seorang ahli Parlimen yang secara tidak lansung adalah wakil rakyat dikawasan Parlimen Bera di Pahang.

Kawasan yang diwakilinya adalah meliputi sebahagian besarnya penempatan Felda dan juga perkampungan tradisional, maka apabila beliau membuat kenyataan bahawa Kerajaan Kaji Cadangan Tarik Balik Subsidi Gula dengan beralasan kononnya, Presiden CAP S.M. Mohd Idris juga menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini .

Namun usaha beliau di sanggah oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason dengan mengatakan Mansuh Subsidi Gula Perlu Dikaji Dengan Teliti.

Bagi Datuk Jamalrul Khan Kader, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) beliau menyuarakan kerisauan terhadap bebanan pengguna yang akan menanggung akibat sekiranya kerajaan menarik balik subsidi gula.

"Jika perkara ini terjadi, kita kena fikir rasionalnya. Harga barang yang pasti melambung akan menyebabkan peniaga restoran akan menaikkan harga makanan. Kenaikan ini bukan disengajakan tetapi pengusaha restoran terpaksa menanggung kos yang tinggi," ulasnya apabila ditanya kemungkinan para peniaga akan menaikkan harga makanan.

Begitulah petikan saya dari kenyataan tokoh-tokoh tertentu berkaitan cadangan pemansuhan subsidi gula yang akan dikuatkuasakan munkin diawal January 2010 ini.

Persoalannya seperti kata Ismail Sabri sendiri, harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementeriannya mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi bahan tersebut.

Antara alasan yang di berikan didalam usaha penarikan subsidi gula ini, bahawa setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram seperti sekarang.

Selain itu katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini, kerana gula adalah salah satu punca ramai rakyat dinegara ini menjadi pengidap penyakit kencing manis.

Oleh itu apabila harga gula berada di tahap yang mahal, maka diharapkan rakyat akan mengurangkan penggunaan gula sebagaimana harapan kepada perokok mengurangkan menghisap rokok apabila cukai rokok dinaikkan setiap tahun, begitulah alasan yang diberikan oleh Datuk Ismail Sabri.

Wah-wah! pandai pulak Menteri kita ni bercakap berkaitan hal kesihatan, kalau begitulah alasan untuk menarik balik subsidi gula, dan disebabkan penarikkan itu menyebabkan harga gula naik, namun kenaikan tersebut dikatakan baik pula untuk kesihatan, maka naikkanlah harga beras sekali, sebab nasi juga adalah salah satu punca penyakit Diabetis.

Harga daging juga perlu dinaikkan kerana, daging juga salah satu punca penyakit jantung, harga kelapa juga perlu dinaikkan, kerana ianya salah satu punca kolestrol.

Harga tepung gandum juga perlu dinaikkan kerana roti canai juga banyak mengandungi kolesterol.

Wahai penduduk dan peneroka felda dikawasan Bera, boleh ke kamu orang terima alasan Ismail Sabri ni.........

Kalau kamu orang boleh terima ......bagus lah.

Antara kesannya ialah harga Teh dan kopi yang sekarang RM1.00 secawan akan naik kepada RM1.50 ke RM2.00 secawan, harga Nescafe pula sekarang pun antara RM1.00 ke RM1.50 secawan akan naik kepada RM2.00 ke RM2.50 secawan.

Munkin Ismail Sabri akan kata, jangan pergi minum teh kat kedai, minumlah di rumah........minum di rumah pun, bahan-bahan ini tetap tinggi juga.

Kalau harga gula dinaikkan juga nanti, maka bertepatanlah slogan PM Datuk Sri Najib Tun Razak bahawa Rakyat akan di dahulukan, apa dia rakyat di dahulukan ?...................anda jawablah sendiri......

Sekali lagi saya tanya kepada peneroka felda di kawasan Bera...........kamu orang boleh terima ke........

Kalau kamu orang tidak boleh terima...........senang je ...............tubuh cawangan parti keadilan banyak-banyak di kawasan Bera......selepas itu panggil Datuk Sri Anwar Ibrahim merasmikannya........kita tengok....apa kata Ismail Sabri Yaakob.





01 Disember 2009

Majlis Pakatan Urus Sendiri Di K.Gelanggi 01

Seperti saya telah beritahu pada posting yang lepas, maka majlis kesyukuran itu pun dilansungkan.... dibawah ini saya siarkan sebahagian gambar yang saya ambil untuk kenangan kepada peserta yang ambil bahagian dan juga bagi tatapan anda semua.........











Di sini saya yang mewakili AJK sambutan, mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama ahli-ahli semua didalam menjayakan majlis yang tidak sepertinya ini, dan juga di atas kesudian anda semua menghadiri majlis yang serba kekurangan ini, sehingga kita berjumpa lagi............................
Felda Logo