Kajian Kemungkinan Laluan Rel Pantai Timur sedang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kajian itu meliputi kajian sambungan rel antara Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Baharu.
"Hasil kajian ini kelak akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan keretapi yang akan dilaksanakan di Pantai Timur nanti," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini Isnin.
Fatimah ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi ke Terengganu dan menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan keretapi sedia ada di Pahang dan Kelantan.
Abdul Rahim berkata kerajaan sememangnya bercadang meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di pantai timur Semenanjung.
-- BERNAMA
Sekeping nota - Saya memang ada menulis tentang issue ini semasa mula-mula perlantikan Najib dahulu semoga ianya menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan