31 Mac 2009

Koperasi yang semakin nazak, munkin tidak boleh di selamatkan lagi

Masaalah yang ingin di sentuh kali ini ialah mengenai Koperasi felda Kota Gelanggi 01, walau pun pahit untuk diluah, tetapi pahit juga untuk di telan, bak kata pepatah di luah mati emak ditelan mati bapak.

Terpaksalah diberitahu bahawa keadaan pusingan kewangannya adalah semakin tenat,
modal perniagaannya semakin mengecil, dari modalnya berpuluh-puluh ribu, kira-kira tiga tahun yang lalu, kini tinggal sedikit sahaja lagi.

Semuanya gara-gara perasaan takut, gara-gara perasaan bimbang, gara-gara perasaan risau, kalau diberi sokongan, musuh dilihat berjaya, musuh dilihat hebat, untuk itu, satu cara difikirkan iaitu................ disekat.

Diketika tender membuat jalan pertanian diperingkat 1 dan 2 yang bernilai hampir RM 1 juta di keluarkan pada tahun 2008, koperasi memang sudah memasuki tender, siap dengan membayar deposit sekali, diketika itu memang koperasi di beritahu akan diberi keutamaan, malah sudah sampai di peringkat 90% akan berjaya.

Malangnya ada pula dikalangan ahli-ahli, iaitu peneroka sendiri yang agak berpengaruh didalam masyarakat, oleh kerana bimbang pengaruhnya akan merosot, jika pengurusan koperasi yang baru mengambil aleh, akan berjaya mendapat tender tersebut, mereka pun bergegas ke ibu pejabat felda di Kuala Lumpur, membantah, kononnya jika projek jalan tersebut diberi kepada koperasi, kononnya dibimbangi koperasi gagal menjalankan tugasnya dan boleh menyebabkan projek jalan tersebut gagal.

Walhalnya sudah diketahui umum, bahawa mana-mana koperasi pun, tidak pernah membuat sendiri projek jalan yang diperolehi, sebaliknya akan hanya mengambil komisyen disekitar 10%, dan jika di kota gelanggi 01 ini, komisyen yang akan diperolehi ialah disekitar RM80,000.00.

Dengan wang sebanyak itu maka diyakini bolehlah dibuat modal pusingan, dan koperasi bolehlah bernafas, tetapi setelah gagal, maka wang tersebut menjadi milik pihak lain yang memperolehi projek tersebut.

Yang menjadi kemuskilannya ialah apabila sampai masa mesyuarat agong dan namanya di calonkan oleh ahli, dia tidak pula mahu memegang jawatan pengerusi koperasi tersebut, rupa-rupanya dia memang jenis suka mencari peluang keuntungan untuk dirinya sendiri,
bukan jenis mahu berkhidmat untuk masyarakat.

Kini yang terbaru pula, ialah tender mengangkut buah kelapa sawit di peringkat 1, juga dikatakan gagal, sebab wang deposit telah di kembalikan, sekali lagi orang tersebut memainkan peranannya, kali ini orang tersebut merebut peluang untuk dirinya sendiri, dengan menyertai
tender dan kerana dia agak rapat dengan pihak atasan, maka dialah yang berjaya.

Setelah gagal untuk memperolehi projek sebanyak dua kali berturut-turut, adalah diyakini koperasi felda kota gelanggi 01 ini akan ditutup didalam masa tidak berapa lama lagi, dimasa itu nanti bas sekolah tidak akan beroperasi lagi, yang menjadi mangsa nanti ialah para pelajar sekolah, bagaimana mereka mahu ke sekolah jika bas sekolah tiada .

Apakah orang yang berkepentingan tersebut, memang merancang supaya koperasi ini ditutup, dengan itu bolehlah mereka mengambil aleh, semua kepentingan koperasi, seperti setesen minyak dan bas sekolah, jika itulah yang terjadi nanti, yang akan merana ialah peneroka sendiri,
masaalah besarnya ialah, ramai dikalangan peneroka felda sendiri yang tidak tahu tindak tanduk
orang tersebut,

Ini adalah kerana orang tersebut memang pandai berselindung di sebalik jawatannya didalam masyarakat dan memang mendapat kepercayaan dikalangan pihak atasan, baik dikalangan felda atau pun dipihak kerajaan negeri.

Walau macam mana pun, adalah di percayai, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ketanah juga, diketika itu nanti, barulah dia tahu langit ini tinggi atau rendah..............


Felda Logo

28 Mac 2009

Nik Aziz kata, perokok lebih hina dari lembu ...........



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu .

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).


"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

Aku sokong penuh cakap Nik Aziz tu............kadang-kadang aku perhatikan, kopiah diatas kepala, tetapi hisap rokok........puncanya masa dulu-dulu, banyak ulamak yang menfatwakan kononya hisap rokok tu.......makruh je....... tu lah sebabnya sampai sekarang, ada orang yang masih menganggap hisap rokok tu makruh, walau pun telah ada fatwa baru yang mengatakan hisap rokok tu HARAM !!!!!!!!!!!!!!!!!!! nasib baiklah aku ni sejak azali lagi tidak merokok.........


Awas bila berumur 30 tahun - Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat

Felda Logo

24 Mac 2009

Kejayaan felda Chini 04 , dibidang Edible Garden boleh di contohi ....



Setelah meneliti blog rakan saya iaitu Gaya Peneroka dari felda Chini 04, ternyata di sana sudah jauh terkedepan didalam hal taman sayur-sayuran (EDIBLE GARDEN) jika dibandingkan dengan felda-felda lain .

Mereka telah pun boleh memasarkan Chili Chini 04 kepasaran, begitu juga didepan kawasan perumahan mereka di penuhi sayur-sayuran yang sangat teratur, apakah masyarakat difelda
kota gelanggi 01 tidak teringin seperti itu ?



Felda Logo

23 Mac 2009

Apakah anda menjadi mangsa musuh di dalam selimut ?



Kadang-kadang didalam hidup ini, kita akan berhadapan dengan musuh didalam selimut, puncanya kita tertipu ialah kerana individu tersebut pandai berpura-pura, oleh kerana pandainya dia menyembunyikan sikapnya maka kita mudah terpedaya.

Manusia seperti ini wujud dimana-mana, baik didalam politik, didalam dunia perniagaan, didalam masyarakat pekerja atau dimana -mana sahaja .

Kalau di zaman pemerintahan Jepun dahulu, orang-orang seperti ini, akan diberi minum air sabun sekenyang-kenyangnya, kemudian diletak sekeping papan diatas perutnya, lantas dipijak, maka air sabun tersebut akan memancut-mancut keluar dari semua sumber pengeluaran di tubuhnya, begitulah seterusnya diulang berkali-kali sehingga manusia durjana seperti ini akan mati .

Begitu juga semasa kumpulan bintang tiga, iaitu satu puak komunis yang berkuasa semasa zaman peralihan diantara tentera Jepun yang meninggalkan Tanah Melayu dan menantikan ketibaan tentera British, maka semasa itu puak-puak bintang tiga telah bertindak memerintah Tanah Melayu, selama 14 hari.

Mereka bertindak membalas dendam kepada orang-orang yang menjadi tali barut kepada Jepun dan juga British, orang-orang seperti ini akan didatangi sewaktu tengah malam dan dipanggil turun, apabila turun akan menghadapi tindakan ditembak terus atau dibawa ketempat lain untuk diseksa terlebih dahulu, setelah puas mereka menyiksanya, barulah ditembak atau dipancung .

Tetapi semasa keadaan aman seperti sekarang, perlaksanaan hukuman seperti ini tidaklah dapat dilakukan, cumanya kadang kala kita dapati didalam berita TV atau akhbar, sering kita dapati mangsa pembunuhan yang dijumpai sangat mengerikan, ada yang diikat kaki dan tangannya lantas dihumban kedalam sungai atau lombong.

Munkin ada diantara mangsa tersebut, adalah dari golongan seperti yang disebutkan diatas selain dari mangsa rogol, rompakan atau penginiayaan lain .

Mangsa yang dari kategori musuh didalam selimut ini, dipanggil oleh polis sebagai mangsa membalas dendam, ianya tidak akan berakhir sampai bila-bila, ianya sentiasa ada dan akan terus terjadi, kerana perangai manusia yang buruk juga akan berterusan .

Sebagai contoh, seorang pekerja yang ingin dinaikkan pangkat, sanggup menginiayai rakan sekerjanya, dengan membuat aduan yang bukan-bukan sehingga rakannya dikenakan tindakkan.

Begitu juga seorang gadis atau wanita yang pandai menggoda lelaki sehingga lelaki tersebut jatuh bangkrap akibat sering berpoya-poya dengannya, tetapi setelah lelaki tersebut bangkrap gadis atau wanita tersebut pergi meninggalkannya .

Apakah setelah kejadian sedemikian rupa, lelaki tersebut boleh membiarkan sahaja gadis atau wanita tersebut pergi darinya, tanpa mengambil tindakan membalas dendam ?

Cumanya kadangkala perkara seperti ini berlaku kepada orang-orang yang boleh bersabar, seringkali orang yang seperti ini hanya membiarkan sahaja, kerana menganggap semuanya adalah takdir, oleh itu dia sanggup menerimanya, dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Allah ............................wallah huaklam .



Felda Logo

20 Mac 2009

Lagi kisah membantah buku Mazlan Aliman, janda-janda pulak di peralatkan


Pagi ini sekitar jam 7.30 pagi, ketika aku kekedai kopi nak sarapan, aku terpandang sekumpulan janda-janda dan satu dua orang lelaki yang sudah tua, sedang menaiki Bas Sekolah yang disewa khas, aku bertanya kepada orang-orang yang sedang minum dikedai kopi tersebut, kumpulan ini nak kemana............

Kebanyakannya tidak tahu, tetapi adalah seorang dua yang tahu, kata mereka, kumpulan tersebut mahu pergi keperhimpunan membantah dan membakar buku Mazlan Aliman di Jengka 23 .

Ahhhhhhhh kan malam tadi dah keluar berita diTV3, sekumpulan orang-orang membakar buku-buku tu............. itu kumpulan dari majlis belia felda, ini dari kumpulan peneroka pulak, jawab mereka.

Wah beria betul bantahannya............................. betul-betul ke orang yang membantah ini, membantah..............atau pun hanya Pak turut sahaja .

Kalau aku perhatikan dari orang-orang yang pergi ke Jengka 23 tu, aku tengok rata-rata adalah janda-janda je.............

Janda-Janda ni, sebenarnya memang didalam acara apa pun, merekalah yang ramai menyertainya, ketika khenduri kendara ke, ketika mesyuarat PIBG ke, mesyuarat UMNO ke, atau majlis apa sekali pun, kumpulan merekalah yang paling ramai .

Seringkali apabila ada lawatan pemimpin bertemu rakyat, baik perdana menteri atau pembesar-pembesar lain, janda-janda inilah yang menjadi sasaran, untuk diajak supaya meramaikan orang.

Kebetulannya janda-janda di felda sekarang memang ramai dan mereka pula bosan duduk dirumah je............ apabila diajak kesesuatu tempat, seronok sangatlah mereka-mereka ini .

Begitulah yang terjadi didalam peristiwa pembakaran buku Mazlan Aliman ni..............mereka -mereka yang pergi membantah, bukannya tahu apa-apa, diajak pergi, mereka pergi, janji bas free, ada diberi minuman dan nasi sebungkus dah cukup bagus .

Pasal kenapa Mazlan Aliman menulis buku tu............. mereka tak ambil tahu pun, malah tak tahu
apa-apa pun, aku sebenarnya bukanlah menyokong sangat tentang buku Mazlan Aliman tu, tetapi cuma aku berpendapat, bahawa orang macam Mazlan Aliman tu perlu juga ada .

Dan apa yang diperjuangkannya terutama berkaitan dengan perumahan generasi kedua ada benarnya, contohnya apa salahnya tanah-tanah yang banyak terdapat dipinggir perumahan felda, dipinggir ladang felda, dan dipelbagai tempat lagi, diberikan kepada generasi kedua untuk mereka membina rumah .

O o o o o kononnya akta GSA tidak membenarkan dibina perumahan lain dikawasan felda, oi
itu akta GSA manusia yang buatlah, takkan tak boleh dipinda, mana dia UMNO yang sibuk sangat mengaku memperjuangkan rakyat, kenapa tak dibawa usul tersebut.

Ini Majlis belia felda beria-ia sangat marah kepada Mazlan Aliman, nampak sangat MBF diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi MBF sendiri tidak pernah pun mengemukakan cadangan kepada kerajaan tentang cara mana, untuk mengatasi masaalah perumahan kepada generasi kedua.

Apakah mereka yang berkenaan, tidak melihat bagaimana golongan generasi kedua felda yang tidak berpelajaran tinggi, yang bekerja buruh, yang menjadi kuli, tetapi telah pun berkahwin, terpaksa berasak-asak tinggal bersama keluarga, kerana tidak mempunyai tempat untuk membina rumah sendiri ?

Apa yang MBF buat, apa puak-puak yang memperalatkan janda-janda bagi membantah buku Mazlan Aliman itu buat ? tak ada apa-apa pun, masing-masing hanya memperjuangkan tembolok mereka sahaja .

Yang puak- puak ini, diajak membantah, mereka pergi, apa yang ditulis pun mereka tidak tahu, apa yang dibantah pun mereka tidak tahu.......................... janji dapat air sebotol, nasi sebungkus dah ...........................



Felda Logo

Tugasnya menggoncang pokok, kadang - kadang digigit kerengga


Semasa aku menonton berita di TV3, tiba-tiba keluar berita sekumpulan orang yang menamakan dirinya dari Majlis belia felda, ditunjukkan sedang membakar buku " Felda dulu tolong, sekarang along " tulisan Mazlan Aliman, iaitu seorang Peguam dan anak peneroka felda dari Johor.

Aku perhatikan bukan main bersemangat lagi mereka, ada yang bertakbir, dan yang lainnya memijak-mijak buku yang terbakar tersebut.

Sebenarnya aku dah baca buku tersebut, walau apa pun, bagi aku lah..............................................

Memang diakui kebanyakkan yang ditimbulkan adalah peristiwa lama, sejarah lama, keperitan lama dan kebanyakkannya sudah diatasi, cuma masaalah perumahan generasi kedua yang masih
belum diatasi .

Walau apa pun, bagi aku yang tiada kepentingan dengan felda, aku rasa bagus juga Mazlan Aliman menggegar, menggoncang pokok tersebut, sekurang-kurangnya apabila kena gegar, tak lah selesa sangat orang yang diatas pokok tu, sekurang-kurangnya dia terpaksa juga turun ke tanah melihat apa yang bergoncang-goncang ni................

Tetapi memanglah perangai manusia, walau pun aku berpendapat Mazlan Aliman bagus menggoncang pokok, tetapi bagi orang lain, terutamanya yang berkepentingan dengan felda, marah bukan main lagi

Tetapi kebanyakkannya marah ketika ada jawatan, bila tak ada jawatan sokong pulak, macam
Zainal Hasan, bekas wakil rakyat jengka tu.................. ketika pegang jawatan sebagai ALP Felda,
wah bukan main marah lagi kepada Persatuan Pekebun Kecil, kata pertubuhan pengganaslah, dan macam-macam lagi tuduhan .

Tetapi apabila tidak lagi terpilih sebagai wakil rakyat, sibuk pula nak jadi ketua PKPKM (Pertubuhan kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia) masa tu aku salah seorang perwakilan yang mengundi .

Aku tak ingin mengundi dia, akhirnya tersungkur, kalah kepada seorang peneroka felda Kumai
sekarang dialah salah seorang yang sibuk didalam kempen membakar buku Mazlan Aliman tu ..........

Seorang lagi pejuang peneroka ialah Haji Suhaimi Said juga seorang peguam veteran, beliau lebih awal memperjuangkan nasib peneroka, beliau juga seperti Mazlan Aliman, tugasnya
ialah mengoncang pokok.

Tetapi memanglah nasib orang yang menggoncang pokok ni................kadang-kadang badannya
pedih, gatal-gatal digigit semut atau kerengga, tetapi buah-buah yang gugur tu, kadang-kadang dia sendiri pun tidak merasa, di kebas oleh orang yang duduk dibawah .

Begitulah nasib pejuang rakyat, dikata nista, dicaci dan berbagai lagi kerenah yang terpaksa dihadapi ........................




Felda Logo

19 Mac 2009

Bertuahnya peneroka Felda sebagai anak emas kerajaan, betul ke ?

Sering kali apabila bercerita berkaitan Felda, maka gambaran yang diperolehi, terutama oleh orang luar felda, bahawa kononya, peneroka ini adalah anak emas kerajaan, kononnya semua kemudahan di sediakan oleh kerajaan .

Tetapi tahukah anda yang di luar felda sana, bahawa kami didalam felda ini, banyak kemudahan yang biasanya diperolehi, terutamanya kepada penduduk di kampung-kampung tradisional, kami tidak memperolehinya .

Sebagai contohnya, jalan-jalan pertanian, jambatan, baja, dan sebagainya, kami terpaksa keluar duit sendiri, melalui potongan yang dilakukan setiap bulan .

Sehingga kini duit kami untuk peruntukan jalan pertanian, bagi sessei sebelum tebang dahulu masih ada RM55,000, apabila dituntut, banyak helahnya, akhirnya kami bosan dan diam .

Kalau dikampung-kampung tradisional, jalan pertanian, kadang-kadang siap bertar, terus masuk jauh kedalam kebun-kebun getah, kelapa sawit dan sebagainya, kami jangankan yang bertar, yang berbatu kapur pun tiada kecuali.................... keluar duit sendiri .

Begitu juga baja, kami tidak pernah menerima baja subsidi, tetapi dikampung-kampung tradisional, baja-baja ini berlambak-lambak, sehingga reput dipangkal tiang rumah .

Apabila perkara ini ditimbulkan didalam mesyuarat JKKK, jawapannya ialah kemudahan ini tidak disediakan kepada masyarakat felda, kononnya didalam felda sudah banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan .....

Masaalahnya percaya atau tidak bahawa kami, khususnya di felda kota gelanggi 01 ini, pada penghujung tahun 2008, telah dikeluarkan tender membaiki jalan pertanian didalam kebun-kebun kami, meliputi peringkat 1 dan 2 sehingga hampir RM 1 juta ?

Dan peruntukan tersebut, dikira hutang dan kami terpaksa membayarnya secara bulanan, apabila tiba masanya nanti .

Sepatutnya dengan peruntukan sebanyak itu, jalan-jalan tersebut bolehlah bertahan sekurang-kurang 2 atau 3 tahun, tetapi apa yang berlaku, ialah dibulan Mac 09 ini, dilakukan sekali lagi pembaikian dengan dikenakan kos baru RM200,000.

Apakah puncanya, sehingga jalan yang kosnya sehingga hampir RM1 juta, hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja ? sebab utama ialah, cara pengendalian dan pembinaannya, hanya untuk kepentingan keuntungan semata-mata .

Sebagai contoh, sepatutnya ditempat yang asalnya, tanahnya sangat lembik dan berlubang, sepatutnya ditabur batu kapur yang besar-besar supaya tahan lama, tetapi apa yang dilakukan ialah, diceduk tanah biasa ditepi jalan tersebut, kemudian dikambus kedalam lubang, akibatnya apabila tiba musim hujan, keadaannya menjadi lebih teruk dari sebelum dibaiki dulu .

Yang menghairankan ialah, apabila semasa saya masih menjadi AJK tanam semula dahulu, iaitu sebelum saya mengambil alih, dan menggurus sendiri kebun .

Saya adalah, semasa didalam mesyuarat, mencadangkan supaya dilaksanakan kaedah, menabur disemua jalan-jalan utama dengan batu-batu kapur yang kasar-kasar dan dilapisi dengan batu-batu halus, setelah itu dibuat longkang-longkang, dan dibaiki semua culvert-culvert yang tersumbat, tetapi pihak pengurusan felda menjawab, kononya kaedah yang dicadangkan oleh saya tidak boleh dilaksanakan, sebab kosnya mahal .

Masaalahnya, apakah kaedah, ceduk tanah tepi dan di kambus ditempat berlubang ini praktikal,
saya memprotes kaedah ini, sebab ianya boleh menyebabkan perbelanjaan membaiki akan berlarutan dan kosnya lebih mahal disegi jangka panjang, lagi pun kalau diteliti, dengan kaedah
yang dilaksanakan itu pun kosnya tetap mahal, apa hampir RM1 juta tu tak mahal ke..............

Alangkah membazirnya duit peneroka, jalan dibuat cincai-cincai saja, tetapi kosnya hampir RM1 juta, yang kenyang kontraktor dan kuncu-kuncunya .

Apabila banyak komplen, dikata tidak mengenang budi, tak tahu berterima kasih, tak tahu bersyukur dan bermacam-macam ungkitan lagi, akhirnya penulis bosan, lantas buat surat pemberitahuan untuk mengurus sendiri kebun dan tidak mahu bersama felda lagi ........


Sekian .




18 Mac 2009

Telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah wajar di sokong ..........



Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan. Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Penulis yang juga seorang bapa, sangat bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran tersebut, cumanya adalah diharapkan ketegasan tersebut biarlah berterusan serta berkekalan.

Memang benar, remaja-remaja yang sedang belajar, apabila ada telefon ditangan akan leka, dengan menulis mesej, dan bertukar-tukar gambar, keadaan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan pelajaran mereka .

Walau pun jika anak-anak ada telefon, terutama yang tinggal diasrama, memang memudahkan bagi ibu bapa untuk menghubungi dan bertanya khabar, tetapi kerana memikirkan mudharat lebih banyak dari kebaikan, adalah lebih baik, digunakan sahaja telefon awam yang memang ada disediakan di asrama.

13 Mac 2009

Tamak punya pasal, tak sudah - sudah kena tipu ..........................


Berita yang disiarkan oleh Utusan Online hari menarik perhatian penulis, ianya berkaitan dengan jenis SKIM CEPAT KAYA yang diolah, diadun, diuli, diramas dan dicampur gula, garam secukup rasa, lantas dibentuk seindahnya , hingga akhirnya ramai yang tertipu, manakala "Mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional selain personaliti terkenal termasuk artis," .

KUALA LUMPUR 12 Mac - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang menawarkan pelaburan dikenali sebagai ESOS - Employee Share Option Schemes membabitkan syarikat British American Tobacco (BAT).

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, sehingga kini, sebanyak 19 laporan diterima daripada mangsa di beberapa negeri yang melibatkan kerugian kira-kira RM6.4 juta.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan dalam penipuan itu ialah suspek menawarkan pembelian saham-saham dalam BAT dengan pulangan keuntungan tinggi sehingga 50 peratus.

"Urusniaga yang dijalankan oleh suspek ialah dengan menggunakan nama sebuah syarikat dan ada juga melalui orang tengah.

"Mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional selain personaliti terkenal termasuk artis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya meminta seorang wanita, Rohaniza Aladib, pemegang kad pengenalan bernombor 781220-14-5792 untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, alamat terakhir Rohaniza ialah di No. 12, Jalan RTU, 33/17A, Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Rohaniza diminta tampil menghubungi Senior Asisten Komisioner II Mohd. Hazam Abdul Halim di talian 03-26163747 atau 019-6000132.

"Selain itu, mereka boleh menghubungi Asisten Komisioner Latt Mazura Mansur di talian 03-26163779 atau 019-6000803 dan Supritendan R. Rajagopal (03-26163863 atau 012-4853388)," katanya.

Seperti biasa, oleh kerana ketamakkan, manusia tidak pernah mahu menjadikan apa-apa yang berlaku terdahulu itu, sebagai pengajaran .

Kononnya yang terdahulu itu tipu, yang ini tidak, yang ini betul, cuma kadar keuntungan yang ditawarkan saja sama, tetapi kaedah lain ...................

Sebenarnya untuk memahami bahawa sesuatu skim itu tipu atau tidak, mudah sahaja, jikalau skim tersebut menawarkan pulangan yang terlalu tinggi, tipu lah tu........................

Mana ada perniagaan sebenar mampu membayar keuntungan berlipat kali ganda, kecuali perniagaan yang menyalahi undang-undang, apakah kita mahu terlibat dengan perniagaan yang menyalahi undang-undang ? terutamanya undang-undang ugama

Tepuk dada tanyalah iman .....................






10 Mac 2009

Kenapa orang Melayu masih lemah di bidang perniagaan ?

Usaha kerajaan ingin melihat orang Melayu Islam berjaya dalam bidang keusahawanan sangat ketara dengan kewujudan pelbagai kemudahan pinjaman seperti Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Ekonomi Negeri dan pelbagai lagi.

Sehingga kini kita masih tertanya-tanya mengapa sebahagian besar daripada orang Melayu masih lemah dari sudut ekonomi dan masih lagi ketinggalan. terdapat beberapa sebab penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu lemah. Antaranya ialah orang Melayu lebih cenderung makan gaji daripada berniaga.

“Ini disebabkan persekitaran budaya dan sosial orang Melayu melihat berniaga itu sesuatu yang asing. Dan selalunya orang kita sering kaitkan perniagaan dengan rugi dan bankrap. Ia memberi gambaran bahawa berniaga dan rugi itu adalah seiring.

Manakala budaya orang Cina pula sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga di anggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai pekerjaan sementara dan untuk mendapatkan pengalaman sementara menunggu masa sesuai untuk memulakan perniagaan.

Pada masa yang sama kita juga hampir tidak terfikir bahawa orang Cina juga menghadapi kerugian dalam berniaga. Apa yang kita nampak ialah orang Cina berniaga untung, orang Melayu berniaga rugi. Persepsi sedemikian perlu diperbetulkan. Untung dan rugi adat orang berniaga tetapi jika bijak merancang saya percaya untungnya lebih banyak daripada rugi. Jika kita selalu memikirkan rugi, maka rugilah yang kita dapat.

Saya bercakap bukan dalam konteks di Malaysia sahaja malah melibatkan seluruh dunia. Masyarakat Cina menguasai ekonomi dunia sebanyak 90% manakala orang Yahudi pula menguasai ekonomi melalui pengurusan. Buktinya, kebanyakan di sudut dunia ini akan ada bangsa Cina berniaga dan akan ada bandar mereka yang digelar ‘China Town’.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa tidak ada satu sektor perniagaan pun di dunia ini dikuasai oleh orang Islam samada pertanian, penternakan, perladangan, perkhidmatan dan seterusnya. Sedangkan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.9 bilion. Jadi di manakah kedudukan orang Islam dalam bidang Ekonomi sebenarnya?

Dan apabila timbul isu boikot dan isu halal dan haram, ia sukar ditangani secara bijak kerana umat Islam boleh di katakan bergantung sepenuhnya kepada produk bangsa asing daripada hal yang kecil hinggalah kepada yang besar.

Contohnya dalam soal pemakanan. Walaupun ia kelihatan remeh namun ia memberi impak yang besar dalam pembentukan sikap seseorang kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Lalu sampai bila orang Islam akan terus bergantung pada bangsa lain?

Bukan tidak ada orang Islam yang berjaya dalam dunia perniagaan tetapi jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Apa yang saya dapati, kebanyakkan usahawan-usahawan Melayu Islam perlu keluar dari kerangkanya jika ingin maju dan lebih berjaya. Terutama sekali syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan membuka lebih banyak cawangan di luar Malaysia kerana kuasa membeli dalam Malaysia adalah terhad.

Suka saya nyatakan di sini bahawa samada kita suka atau tidak, kita harus akui bahawa kita perlu belajar daripada bangsa yang berjaya menguasai ekonomi dengan melihat serta mempraktikan apa yang mereka buat kerana saya percaya hampir semua umat Islam tahu bahawa berniaga itu lebih baik daripada makan gaji kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan.

Namun pada masa yang sama harus juga diingat bahawa mempelajari ilmu berniaga itu penting sebelum kita terjun ke dalam gelanggang. Tanpa persiapan yang lengkap belum tentu kita dapat bertahan dengan segala cabaran yang mendatang.

Dan selebihnya jadikan pengalaman-pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan sebagai pengajaran dalam memperkemaskan lagi strategi dan perancangan perniagaan.

08 Mac 2009

Pernahkah anda merasai masakkan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh ?







Temerloh, adalah satu bandar yang berada ditengah-tengah negeri Pahang, bagi para penduduk disekitar Jengka, Temerloh adalah bandar yang paling hampir dan terbesar, yang mempunyai banyak kemudahan yang diperlukan

Bagi generasi lampau, Temerloh adalah satu bandar yang terletak berhampiran sungai Pahang, yang menjadi nadi penghubung, sebelumnya wujudnya rangkaian jalan raya, istimewanya Temerloh ialah kerana ianya terletak berhampiran dengan bandar Mentakab dan berkemunkinan besar dimasa akan datang ianya akan bercantum menjadi satu .


Temerloh adalah lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin, nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 327 disebelah utara dan 102 26 di sebelah selatan.

Terletak lebih kurang 130 km dari Kuala Lumpur dan disitu juga terdapat Kuala Sungai Semantan.

Ianya juga adalah terletak ditengah-tengah laluan antara Kuantan dan Kuala Lumpur, Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini.

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi, terdapat berbagai jenis patin seperti Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya.

Ikan Patin asalnya memang hidup bebas didalam Sungai Pahang, dan dimasa dahulu sangat mudah diperolehi, dengan pelbagai cara untuk menangkapnya, seperti menggunakan tajor, aran,
setapu atau pancing .

Dimasa itu jaring atau pukat belum wujud, dan
orang yang menangkapnya pun tidak ramai,
oleh sebab itulah, ikan tersebut, sangat mudah diperolehi .

Tetapi oleh kerana keadaan telah berubah,
manusia semakin bertambah dan ikhtiar menangkapnya pun semakin canggih,
maka wujudlah jaring atau juga dikenali dengan pukat .

Pukat ini pula ada berbagai-bagai cara dan yang
popular ialah pukat hanyut, selain dari bom dan tuba, pukat hanyut inilah menyebabkan ikan patin sungai semakin sukar diperolehi dan menyebabkan harganya meningkat sehingga ke RM220.00 sekilo, manakala yang sudah dimasak boleh berharga sehingga RM100.00 seketul .

Itulah sebabnya timbul cerita, bagaimana orang luar yang tidak tahu betapa mahalnya ikan tersebut, telah memakannya untuk sekeluarga, apabila mahu membayarnya, terkejut besar mereka dan akhirnya terpaksa meninggalkan jam, rantai emas dan sebagainya, untuk bayaran
kerana tidak cukup wang .



Oleh kerana ikan Patin sungai menjadi begitu mahal, maka timbul idea untuk menternaknya, mula-mula orang menternaknya didalam kolam, tetapi ikan patin yang diternak didalam kolam, rasanya sangat jauh berbeza dari ikan patin sungai, rasa lumpur dan sebagainya, oleh itu ianya tidak popular.

Maka timbullah idea menternaknya didalam sangkar, dan sangkar tersebut pula diletak didalam sungai, iaitu ditempat habitat asalnya dan didapati rasanya tidak jauh berbeza dari ikan patin sungai, malah boleh pula dijual dengan harga yang jauh lebih murah, oleh itu ianya popular secara mendadak .

Menyedari potensi ternakan Ikan Patin ini boleh dilakukan secara komersil, Jabatan Perikanan Daerah telah menggalakkan orang ramai menternak ikan didalam sangkar, dengan menyediakan bantuan nasihat dan kewangan .



Ikan Patin Sangkar ini diberi makan yang cukup berkhasiat seperti Pallet, TP, Cargill, Bintang dan bermacam-macam lagi seperti disyorkan oleh Jabatan Perikanan Daerah Temerloh, makanan ini mempunyai protein yang amat tinggi dan baik untuk kesihatan.

Pihak Jabatan Perikanan Daerah sering memantau penternak Ikan Patin ini agar tidak memberi makanan selain dari apa yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan ini.

Okey, mari kita cerita sedikit tentang harga ikan Patin Sangkar ini. Ianya dijual sekitar RM10 – RM12 sekilogram. Ikan Patin Sangkar ini ada dijual di Pasar Besar Temerloh, Pasar Minggu atau “Pekan Sehari” (setiap hari Ahad), Pasar Tani Temerloh, Pasar Malam dan juga di tempat ternakan ikan serta juga ditepi-tepi jalan .


Kalau anda ada masa, silalah datang pada hari Ahad, dari jam 6 pagi sehingga jam 2 petang, kerana pada hari tersebut adalah hari Pekan Sehari Temerloh .

Pekan sehari ini letaknya di sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah hinggalah ke Jalan Semantan di Lurah Semantan iaitu ditepi Sungai Pahang, dipekan sehari ini terdapat berbagai-bagai jualan yang tidak munkin diperolehi ditempat lain, seperti kueh-kueh tradisional, ikan pekasam Pahang dan lain-lain.




Hmmm…apa kata kita bercerita sedikit tentang masakan ikan Patin ini, yang paling istimewa sekali tentang masakan ikan Patin ini, ialah masak gulai tempoyak, itulah masakan yang paling disukai ramai di Temerloh ini, bukan sahaja orang Temerloh yang menggemarinya, malah orang luar pun beritahu yang lauk ini cukup istimewa, seketul ikan patin sangkar masak gulai tempoyak, dijual dalam harga RM10.00 .


Rata-rata di Temerloh, sama ada di kedai makan, restoran, atau hotel, ada menjual masakan gulai tempoyak ikan patin, antara kedai yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah, Gerai Pak Usop, Gerai MPT Lurah Semantan, Anjang JR, R & R Bukit Angin Nan Planed, Taman Esplanade MPT, Restoran Selera Puncak (berhadapan Mini Stadium Temerloh ) Borak-Borak Café, Hotel Seri Semantan, Hotel Seri Malaysia Temerloh, dan SZ Restoran (sebelah Stesen Minyak BHP Seberang Temerloh) .


Kita sesungguhnya bolehlah andaikan bahawa Ikan Patin Sangkar ini sebagai antara ikan yang paling baik didunia, rasanya yang amat manis dan sedap jika dibandingkan dengan Ikan Salmon atau ikan- ikan yang lain, oleh itu, bagi mereka yang belum mencuba ikan patin sangkar, apa kata anda berkunjung ke Bandar Temerloh, dan rasai sendiri masakan tempatan yang cukup menyelerakan lagi enak ini.

Ok lah, berbalik kita kepada cerita ikan Patin Sangkar ini, kalau nak kenal macamana rupanya Ikan Patin Sangkar, ianya mempunyai jalur hitam dikedua-dua belah badannya disamping badannya yang putih ataupun cerah, ekor Ikan Patin Sangkar ini biasanya agak rosak sedikit kerana pergeseran didalam sangkar, jangan takut atau bimbang jika anda ternampak ekornya rosak, kerana itu sebenarnya adalah perkara biasa.