13 Mac 2009

Tamak punya pasal, tak sudah - sudah kena tipu ..........................


Berita yang disiarkan oleh Utusan Online hari menarik perhatian penulis, ianya berkaitan dengan jenis SKIM CEPAT KAYA yang diolah, diadun, diuli, diramas dan dicampur gula, garam secukup rasa, lantas dibentuk seindahnya , hingga akhirnya ramai yang tertipu, manakala "Mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional selain personaliti terkenal termasuk artis," .

KUALA LUMPUR 12 Mac - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang menawarkan pelaburan dikenali sebagai ESOS - Employee Share Option Schemes membabitkan syarikat British American Tobacco (BAT).

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, sehingga kini, sebanyak 19 laporan diterima daripada mangsa di beberapa negeri yang melibatkan kerugian kira-kira RM6.4 juta.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan dalam penipuan itu ialah suspek menawarkan pembelian saham-saham dalam BAT dengan pulangan keuntungan tinggi sehingga 50 peratus.

"Urusniaga yang dijalankan oleh suspek ialah dengan menggunakan nama sebuah syarikat dan ada juga melalui orang tengah.

"Mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional selain personaliti terkenal termasuk artis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya meminta seorang wanita, Rohaniza Aladib, pemegang kad pengenalan bernombor 781220-14-5792 untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, alamat terakhir Rohaniza ialah di No. 12, Jalan RTU, 33/17A, Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Rohaniza diminta tampil menghubungi Senior Asisten Komisioner II Mohd. Hazam Abdul Halim di talian 03-26163747 atau 019-6000132.

"Selain itu, mereka boleh menghubungi Asisten Komisioner Latt Mazura Mansur di talian 03-26163779 atau 019-6000803 dan Supritendan R. Rajagopal (03-26163863 atau 012-4853388)," katanya.

Seperti biasa, oleh kerana ketamakkan, manusia tidak pernah mahu menjadikan apa-apa yang berlaku terdahulu itu, sebagai pengajaran .

Kononnya yang terdahulu itu tipu, yang ini tidak, yang ini betul, cuma kadar keuntungan yang ditawarkan saja sama, tetapi kaedah lain ...................

Sebenarnya untuk memahami bahawa sesuatu skim itu tipu atau tidak, mudah sahaja, jikalau skim tersebut menawarkan pulangan yang terlalu tinggi, tipu lah tu........................

Mana ada perniagaan sebenar mampu membayar keuntungan berlipat kali ganda, kecuali perniagaan yang menyalahi undang-undang, apakah kita mahu terlibat dengan perniagaan yang menyalahi undang-undang ? terutamanya undang-undang ugama

Tepuk dada tanyalah iman .....................






1 ulasan:

mehta berkata...

Nice Stuff!

Commendable Blog indeed!

Dear Blogger, need your valuable feedback for:

www.octandigital.com

Regards,
Mehta