23 Mac 2009

Apakah anda menjadi mangsa musuh di dalam selimut ?



Kadang-kadang didalam hidup ini, kita akan berhadapan dengan musuh didalam selimut, puncanya kita tertipu ialah kerana individu tersebut pandai berpura-pura, oleh kerana pandainya dia menyembunyikan sikapnya maka kita mudah terpedaya.

Manusia seperti ini wujud dimana-mana, baik didalam politik, didalam dunia perniagaan, didalam masyarakat pekerja atau dimana -mana sahaja .

Kalau di zaman pemerintahan Jepun dahulu, orang-orang seperti ini, akan diberi minum air sabun sekenyang-kenyangnya, kemudian diletak sekeping papan diatas perutnya, lantas dipijak, maka air sabun tersebut akan memancut-mancut keluar dari semua sumber pengeluaran di tubuhnya, begitulah seterusnya diulang berkali-kali sehingga manusia durjana seperti ini akan mati .

Begitu juga semasa kumpulan bintang tiga, iaitu satu puak komunis yang berkuasa semasa zaman peralihan diantara tentera Jepun yang meninggalkan Tanah Melayu dan menantikan ketibaan tentera British, maka semasa itu puak-puak bintang tiga telah bertindak memerintah Tanah Melayu, selama 14 hari.

Mereka bertindak membalas dendam kepada orang-orang yang menjadi tali barut kepada Jepun dan juga British, orang-orang seperti ini akan didatangi sewaktu tengah malam dan dipanggil turun, apabila turun akan menghadapi tindakan ditembak terus atau dibawa ketempat lain untuk diseksa terlebih dahulu, setelah puas mereka menyiksanya, barulah ditembak atau dipancung .

Tetapi semasa keadaan aman seperti sekarang, perlaksanaan hukuman seperti ini tidaklah dapat dilakukan, cumanya kadang kala kita dapati didalam berita TV atau akhbar, sering kita dapati mangsa pembunuhan yang dijumpai sangat mengerikan, ada yang diikat kaki dan tangannya lantas dihumban kedalam sungai atau lombong.

Munkin ada diantara mangsa tersebut, adalah dari golongan seperti yang disebutkan diatas selain dari mangsa rogol, rompakan atau penginiayaan lain .

Mangsa yang dari kategori musuh didalam selimut ini, dipanggil oleh polis sebagai mangsa membalas dendam, ianya tidak akan berakhir sampai bila-bila, ianya sentiasa ada dan akan terus terjadi, kerana perangai manusia yang buruk juga akan berterusan .

Sebagai contoh, seorang pekerja yang ingin dinaikkan pangkat, sanggup menginiayai rakan sekerjanya, dengan membuat aduan yang bukan-bukan sehingga rakannya dikenakan tindakkan.

Begitu juga seorang gadis atau wanita yang pandai menggoda lelaki sehingga lelaki tersebut jatuh bangkrap akibat sering berpoya-poya dengannya, tetapi setelah lelaki tersebut bangkrap gadis atau wanita tersebut pergi meninggalkannya .

Apakah setelah kejadian sedemikian rupa, lelaki tersebut boleh membiarkan sahaja gadis atau wanita tersebut pergi darinya, tanpa mengambil tindakan membalas dendam ?

Cumanya kadangkala perkara seperti ini berlaku kepada orang-orang yang boleh bersabar, seringkali orang yang seperti ini hanya membiarkan sahaja, kerana menganggap semuanya adalah takdir, oleh itu dia sanggup menerimanya, dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Allah ............................wallah huaklam .



Felda Logo

Tiada ulasan: