31 Julai 2009

Sementara nunggu goreng pisang masak.......

Minta maaf banyok-banyok weh, koi tengoh kering idea ni, maklumlah mengkalau nak cite he dalam felda je............ mane ade kesohnya lagi........tamboh lagi nak cite he kota gelanggi 01 je, lagi payoh.......maka kene tunggulah....

Sesambil nunggu kok datang idea tu, make koi petiklah kisoh-kisoh dari surat kabor, kalau awok orang tak nak bace pun takpe, koi bace sendiri je ....... kah..kah..kah.

Sebenornye, sejok koi melanggan internet ni, koi tok beli surat kabor doh, untung jugek weh, mase langgan surat kabor dulu, habis jugek RM50.00 sebulan, masa tu langgan Utusan Malaysia dengan majallah Al Islam je.

Masa ni dengan gune internet, koi boleh bace macam-macam surat kabor, blog lagi, baru kene RM61.00, hai kire untong lah tu....

Ok jangan banyok cite, bacelah rangkaian cerite dibawoh ni.............

  • Buaya kuning muncul di tengah laut
    SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya.
  • Suara melolong atas jambatan
    AZMAN, begitulah nama abang penulis yang lebih mesra kami panggil Itam saja. Itam anak kelima daripada sepuluh adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah, kami adik-beradik suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran kampung atau memancing ikan. Masa itu sekitar tahun 70-an, masih banyak lagi ikan seperti haruan, putih, terbol dan keli dalam paya atau anak sungai tidak jauh dari rumah kami.
  • Diserang gerombolan lembaga putih
    HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan. Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru yang sangat lazat isinya.
  • Ular, suara misteri di air terjun Tengkil
    SETIAP kali pergi memancing di hulu sungai atau kawasan air terjun, penulis pasti teringat peristiwa yang berlaku pada dua tahun lalu. Kejadian berlaku ketika penulis pergi memancing ikan tengas di air terjun Sungai Tengkil di kaki Gunung Muntahak. Peristiwa itu tidak akan penulis lupakan sampai bila-bila.
  • Diserang kerbau jadian di ladang kelapa sawit
    MUSTAFA, Bakar, Jamal dan Hamid adalah sahabat karib yang amat gemar memancing. Hampir setiap hujung minggu mereka akan keluar untuk memenuhi hobi itu. Pantang mereka mendengar ada tasik, kolam , sungai atau tali air yang banyak ikan, pasti mereka akan pergi menduga. Bagaimanapun kumpulan pemancing ini tidak pula gemar memancing di laut.
  • Orang tua, harimau tepok jaga tasik Bukit Koman
    SEKITAR 1960-an, kawasan tertentu di Raub, Pahang menjadi sarang gerombolan komunis termasuk bekas lombong emas di Bukit Koman. Tempat itu sering dikunjungi anggota pengganas terbabit untuk mengambil air dan memancing.
  • Tidur di kelong, terjaga di kolam Ah Tong
    SEBAIK saja meninggalkan jeti Sungai Besar, Selangor pada tengah hari itu, sekumpulan lima orang kaki pancing Sungai Buluh diketuai oleh jagoan pancing kolam iaitu Zaidi, dipelawa tekong Yop Atan untuk turun memancing di tukun konkrit dan tukun bot karam yang sudah bertahun bersemadi di dasar laut.
  • Rebah dilanggar makhluk ghaib di pesta kepah
    PERISTIWA ini berlaku lebih kurang 28 tahun lalu. Ketika itu, aku masih kanak-kanak. Kampung kami dikejutkan dengan kehadiran kepah yang banyak di pantai berhampiran. Tidak pernah begitu banyak hidupan laut itu ditemui di pantai kampung kami.
  • Pulau Tokong Burung lesap dari pandangan
    DIA tidak menafikan bahawa laut menyembunyikan banyak misteri yang tidak terdapat di darat. Namun trip memancing selama tiga hari, dua malam yang dianjurkan oleh kumpulan enam pemancing itu kali ini menepati kehendak mereka yang diketuai seorang anak tempatan Kota Tinggi, Johor.
  • Tidur di lubuk, terjaga di pangkalan
    LIMA kali tarikh ditunda untuk turun memancing udang di hulu Sungai Semantan yang terdapat banyak lubuk udang galah bersepit biru tetapi sentiasa berdepan dengan bahaya sang bedal.
  • Kahar berkelah dengan kanak-kanak di tepi tasik
    SUDAH beberapa kali Kahar mengajak kami meredah puncak Bukit Raya di Kampung Budu dekat Kuala Lipis, Pahang. Konon katanya, di situ terdapat banyak pokok salak berbuah dalam pelbagai perisa. Beriya-iya dia memujuk tetapi kami tidak berapa yakin. Ramai penduduk memberi tahu seperti dakwaan Kahar tetapi apabila pergi, tiada sepokok salak pun dijumpai.
  • Mat Beruang muncul dua wajah
    BOLEH dikatakan pelbagai cerita yang didengar malah beberapa peristiwa aneh berlaku di hulu Sungai Bera, Pahang pada ketika itu yang dialami sendiri oleh kaki pancing yang tidak mengenal erti takut atau putus asa.
  • Allah gerakkan hati Kadri ke arah selamat
    PERISTIWA berlaku sudah agak lama, tapi masih menjadi tanda tanya di kalangan pemancing yang terbabit hingga ke hari ini. Bertitik tolak dari meninggalkan Kuala Parit Haji Baki Muar, lima pemancing anak tempatan melahirkan hasrat untuk melakukan ekspedisi memancing selama tiga hari dua malam di sekitar perairan laut pantai Sungai Muar meliputi perairan Tanjung Tohor di Batu Pahat, Johor.
  • Badrul ghaib dari bot, muncul di pulau
    SATU trip ekspedisi memancing laut diatur rapi oleh Razak, seorang pemancing serba boleh yang dilahirkan di Sabak Bernam, tetapi dibesarkan dalam keluarga nelayan di perairan Dungun, Terengganu.
  • Sesat cari perumpun di Sungai Derhaka
    KALAU tidak silap penulis, peristiwa itu berlaku pada 1997. Ketika itu, penulis baru menceburi hobi memancing udang galah. Lokasi terbaik memancing udang galah ialah di Sungai Permatang Bendahari, Penaga. Ketika itu, penulis baru berjinak-jinak belajar memancing udang galah.
  • Beruk gergasi kaut ikan dalam bot
    CERITA yang hendak dikongsi ini benar-benar berlaku ketika sekumpulan pemancing meneroka perairan Pulau Jerejak pada April 2003 lalu. Pada suatu malam selepas selesai mesyuarat di pejabat, penulis dan seorang rakan - Suhairi, singgah makan dan minum di sebuah gerai di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sambil berbual datang pula rakan baik kami seorang peguam. Uzair namanya.
  • Puteri bunian teman Pak Su Nus tidur
    MASYARAKAT dulu, terutama yang tinggal di pedalaman begitu taksub dengan kepercayaan karut-marut. Antaranya fobia dengan bulan mengambang. Kehadiran bulan yang melimpahkan cahaya di segenap alam itu dikaitkan dengan beberapa kejadian berunsur tahyul. Kenapa ini boleh berlaku? Apakah minda mereka terpenjara dengan lakonan syaitan?
  • Makhluk menyerupai sepupu temani Hazwan
    HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.
  • Hantu melolong di jambatan Kuala Sedili
    AZMAN begitulah nama yang diberi oleh abah dan emak kepada abang saya yang lebih mesra kami panggil Itam saja. Itam anak ke-5 daripada sepuluh orang adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah, saya, Itam serta adik-beradik yang lain suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran kampung kami, pergi memancing ikan.
  • Arwah rakan beri ikan sembilang
    TRAGEDI ini terjadi 17 tahun lalu. Hobi memancing adalah lumrah aktiviti kami. Di sini, ingin penulis ceritakan pengalaman peribadi hampir 20 tahun yang lalu.
  • Disapa Nenek Mukut penjaga gunung Tioman
    BUDIN banyak menyaksikan keindahan Pulau Tioman melalui kaca televisyen. Malah terdetik hatinya pada satu hari nanti untuk ke pulau itu. Lebih menarik dan mengasyikkan lagi apabila Budin mengidamkan untuk memancing ikan bersaiz besar seperti rancangan pancing yang dilihatnya di peti televisyen itu.
  • Ular, suara misteri di air terjun Tengkil
    SETIAP kali pergi memancing di hulu sungai atau kawasan air terjun, penulis pasti teringat peristiwa yang berlaku pada awal tahun lalu. Kejadian yang berlaku ketika penulis pergi memancing tengas di kawasan Air Terjun Sungai Tengkil di kaki Gunung Muntahak, tidak akan penulis lupakan sampai bila-bila.
  • Gadis pengakap terjun dalam lombong
    CERITA ini adalah daripada pengalaman adik ipar saya. Dia memang boleh digelar kaki pancing malah tahap hantu pancing dan sewaktu dengannya. Cakaplah di mana tempat pancing baru, semua dia nak pergi. Dalam hutan atau ke laut dalam; dia memang tidak kisah. Pergi pagi atau malam pun tidak menjadi hal. Pukul berapa pun, dia memang tak kisah. Ajak saja, dia pasti pergi.
  • Penunggu pindahkan pemancing dalam lubuk
    "HATI-HATI... lubuk itu ada penunggu. Jangan buat tak menentu, cakap jangan lepas," demikian pesan Pak Dolmat kepada kumpulan pemancing yang singgah mengisi perut di warungnya sebelum bergerak ke Lubuk Bujang Jantan di hulu Sungai Kelantan.
  • Iblis siat kulit pokok terap
    DALAM perjalanan menaiki sampan dari Kuala Ketil menuju ke lubuk Batu Berarak di Sungai Sedim dekat Kampung Sidam, perasaan Wahab agak gugup. Fikirannya terbayang kisah yang menyeramkan pernah berlaku di kawasan lubuk berkenaan.
  • Wan Man bergendang di kampung bunian
    SUNGAI Rompin bukan saja tersohor dengan udang galah dan puluhan spesies ikan air tawar tetapi menempatkan pelbagai spesies hidupan bercengkerang seperti kepah, kupang dan siput.
  • Pontianak berang dilontar batu
    RAMAI pemancing pasti akan berdepan dengan pelbagai ujian dan pengalaman sepanjang mereka menceburkan diri sebagai pemancing sama ada suka, duka dan kadang-kadang aneh serta tidak kurang yang kelakar.
  • Teratai terkuak ditabur nasi kunyit
    TIGA malam berturut-turut beliau bermimpi kanak-kanak bermain di sebuah kolam dan ada antara mereka memberi makan ikan. Indah sungguh kawasan kolam itu ibarat taman bunga raja zaman dulu kala. Harum semerbak memenuhi persekitaran.
  • Terserempak bunian rai kenduri kahwin
    BUKAN mudah untuk menuntut ilmu daripada Tok Ngah Awang. Setakat minat belum tentu diterima menjadi anak muridnya...
  • Gangguan pontianak, buaya di Lubuk Cawan
    DUA jam menongkah arus, mereka masih belum tiba di Lubuk Cawan. Sepatutnya mereka sudah berada di lokasi berkenaan.
  • Dollah, Ali lemas dalam satu lubuk
    PEMERGIAN Dollah yang lemas di laut ketika memancing menjadikan lubuk itu dikatakan berhantu...
  • Tekong muda dirasuk cahaya lampu
    KALI ini, kita mencungkil pengalaman seorang tekong veteran nelayan laut dalam di Kuala Terengganu...
  • Hujan panas bawa petanda buruk
    ANAK muda ini kelahiran Tanjung Tualang, Perak, tetapi dibesarkan dalam kumpulan rakan muda darah petani di Sabak Bernam...
  • Pulau Aur, Tioman ghaib ketika siang
    INI cerita seorang teman pemancing lasak yang sering ke perairan Mersing bersama sekumpulan lapan pemancing dari Kota Tinggi dan Kluang, Johor...
  • Gadis ayu beri joran buluh bertuah
    MINGGU ini kita menyingkap kisah empat rakan pancing yang sering keluar menduga lubuk setiap hujung minggu atau hari kelepasan.
  • Bunian usung jenazah tengah malam
    “SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.” “Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”
  • Isteri membisu, lampam mengganas
    BOLEH katakan hampir semua orang Kampung Tuan Mandak mengenali Ku Ngah. Beliau pernah digelar sebagai gila mengail...
  • Abu nyenyak di atas pokok jejawi
    HARI itu hujan renyai-renyai turun dalam kawasan kami memancing yang agak jauh dari perkampungan yang baru diteroka oleh masyarakat Melayu
  • Pemancing udang berpaut di belakang buaya
    PADA mulanya beliau tidak menyangka sebatang kayu balak sebesar batang kelapa dan panjangnya hampir dua meter menyelamatkannya daripada...
  • Perempuan tua beri ramuan khasiat haruan
    APA yang tidak kena pada jorannya. Tiga petang berturut-turut memancing, haruan juga yang dibawa pulang. Hendak dibuang rasa bersalah...
  • Hamparan indah di puncak Bukit Pelangi
    AIR terjun Bukit Pelangi di Sungai Lembing, Pahang, dikatakan sangat terkenal kerana keindahannya.
  • Lembaga seperti pelajar di Hutan Royal Belum
    PADA pertengahan 2004, seramai 33 pelajar lelaki yang mendaftar mengikuti perkhemahan bina semangat tiba di Masjid Bandar Baru Sentul. Masing-masing siap dengan pakaian, makanan dan peralatan perkhemahan yang dijangka empat hari tiga malam di kaki gunung Hutan Royal Belom, Perak.
  • Memancing di tasik, muncul di lautan
    MISTERI hilang daripada kumpulan masih mengisi halaman misteri kali ini. Semuanya mengaitkan peristiwa kaki pancing di tasik yang jauh dari perkampungan. Lokasi terpencil seperti itulah yang menjadi kegilaan sebahagian pemancing lasak.
  • Burung camar tunjuk lubuk ikan
    HAMPIR tiga bulan kumpulan yang menggelarkan dirinya Naga Sari yang rata-rata kalangan kaki pancing dari Kota Tinggi, Sempang Renggam dan kawasan sekitarnya.

27 Julai 2009

Tindakkan bodoh dari orang bodoh.

Saya termenung setelah membaca berita " Dua polis ditahan jual senjata " yang di siarkan oleh Utusan Malaysia pada 26 hb Julai.

Berita yang di lapurkan berlaku di Kota Kinabalu tersebut menyatakan bahawa Dua anggota polis yang ditugaskan menjaga stor simpanan senjata api, bertindak sebaliknya apabila menggunakan peluang itu untuk menjualnya.

Kegiatan yang dikesan berlaku beberapa bulan lalu, setakat ini melibatkan sebanyak 30 laras dan pucuk senjata api milik pasukan telah dijual.

Dua anggota yang bertugas di Balai Polis Tenom melakukan perbuatan itu untuk memperolehi wang segera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kedua-duanya yang berusia 30-an dan 40-an itu berpangkat lans koperal.

Katanya, siasatan polis mendapati kesemua senjata api jenis baru dan lama itu dijual kepada penduduk.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jenis senjata api tersebut.

"Setakat ini, sebanyak 30 jenis senjata api telah dijual. Kami telah menahan kedua-dua anggota itu untuk siasatan awal minggu ini,"

Noor Rashid berkata, polis telah menyoal siasat seramai 27 orang pembeli senjata api itu yang terdiri daripada guru, petani dan kakitangan kerajaan.

"Kami telah rampas 27 senjata api daripada mereka. Kami masih mengesan beberapa laras lagi yang masih hilang.

"Semua pembeli tinggal di pedalaman Tenom dan menggunakannya bagi tujuan berburu, menjaga keselamatan dan kebun," katanya.

Katanya, siasatan mendapati pembeli senjata api itu tidak menggunakannya untuk kegiatan jenayah atau sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, kebanyakan pembeli tidak mengetahui kesalahan menyimpan dan memiliki senjata api membawa kepada hukuman yang berat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Mereka akan dikenakan hukuman mengikut akta itu iaitu tujuh tahun penjara atau denda dan boleh juga dihukum di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat)," katanya.

Beliau berkata, kehilangan senjata api itu hanya disedari beberapa bulan lepas selepas juruaudit melakukan pemeriksaan di tempat simpanan senjata.

"Siasatan mendapati polis berusia 30-an itu yang merupakan penjaga stor di balai tersebut adalah dalang utama," katanya.

Saya termenung kerana memikirkan betapa bodohnya pelaku ini, apakah tidak terfikir olehnya bahawa perbuatannya pasti akan di kesan juga suatu hari nanti.

Saya sangat percaya bahawa pelaku ini adalah seorang yang suka berjudi, atau suka berpoya-poya, orang seperti ini biasanya tidak mempedulikan risiko tentang apa yang akan terjadi di kemudian hari, yang penting ialah hajatnya tercapai.

Munkin berita ini boleh dijadikan ikhtibar untuk diri kita................

24 Julai 2009

Apakah harapan tinggal harapan ?

Setelah lebih dari 100 hari Datuk Sri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya sebagai orang Jerantut, sangat mengharapkan beliau memberikan perhatian kepada Daerah yang sangat ketinggalan ini, namun sehingga kini tiada kedengaran bahawa beliau akan mengadakan lawatan ke Daerah Jerantut.

Sesungguhnya Daerah Jerantut adalah Daerah yang sangat malang, sejak puluhan tahun yang lampau ahli Parlimennya sering sahaja adalah dari golongan yang tidak berkeliber, tidak bertokoh, oleh itu tidak layak menjawat jawatan penting didalam kabinet.

Kerana itu banyak projek yang sepatutnya di laksanakan di Daerah ini seperti Politiknik, Kolej Kominiti, Maktab Rendah Sains Mara dan sebagainya telah disambar dan dibawa ke Daerah lain, yang diletakkan di Jerantut ialah Pusat serenti untuk penagih dadah dan sekolah untuk budak-budak jahat yang di panggil Tunas Bakti.

Terkini ahli Parlimennya adalah Tengku Azlan, iaitu adik kepada Sultan Pahang, seorang yang berasal dari Daerah Pekan dan menetap diKuala Lumpur, telah tiga penggal beliau menjadi ahli Parlimen di Daerah ini dan tidak mustahil jika pilihan raya akan datang beliau sekali lagi beradu nasib di Jerantut, maka kita orang-orang Jerantut mohlah beramai-ramai memangkahnya.

Kenapa saya mengajak orang-orang Jerantut memangkahnya ? sebab kita orang-orang Jerantut
adalah dungu-dungu belaka.............

Sebut je dari keturunan raja........ho...berkejar ...........

Akhirnya apa yang dapat ? hapah pun tadak............

Antara yang perlu di minta dari Datuk Sri Najib untuk dilaksanakan didaerah Jerantut ialah sebatang jalan dari Jerantut, ke Kuala Tembeling dan terus ke Sungai Lembing di Kuantan, jika jalan ini di bina nescaya akan memendekkan jarak dari Jerantut ke Kuantan yang sekarang memakan masa 2 jam kepada 1 jam sahaja.

Bagi diri saya pula jika ditanya apa harapan saya kepada Datuk Sri Najib sebagai PM yang berasal dari Negeri Pahang, saya sesungguhnya sangat mengharapkan agar beliau membina landasan kereta api berkembar dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Andainya beliau berjaya melakukannya, maka orang-orang Pahang bolehlah berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri dari Negeri Pahang, tetapi sayangnya baru-baru ini beliau mengumumkan pembinaan Jambatan ketiga dari Singapura ke Johor............nak buat apa...

Bangunkanlah Pahang ni.............. Jambatan di Johor tu dah ada dua........cukuplah....tu.







19 Julai 2009

Mudahnya merompak duit

Saya hanya mahu menyimpan keratan akhbar ini untuk ingatan saya, almaklumlah di dunia yang semakin canggih sekarang, macam-macam boleh berlaku.

Sedar atau tidak, kemajuan IT bukan hanya sekadar membawa kemudahan maklumat tetapi menjadi kaedah terbaru bagi penyangak maya merompak duit orang. Hanya satu panggilan telefon, sepucuk e-mel atau SMS sudah cukup untuk mengosongkan akaun seseorang.




UNCLE Kok, 53, bukan generasi pengguna teknologi maklumat (IT). Malah, satu-satunya gajet paling kerap digunakannya setiap hari cuma sebuah telefon rumah.

Namun, lelaki yang merupakan seorang pengarang sambilan ini cukup peka dengan perkembangan semasa termasuk risiko ancaman rompakan maya. Meskipun tidak celik IT, Kok sedar risiko tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Suatu hari, Kok menerima panggilan yang memintanya agar memindahkan wang di dalam akaun banknya ke akaun pihak lain.

Alasannya, duit simpanan Kok dalam bank tersebut terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. Si pemanggil mendakwa hanya dengan cara pemindahan itu, wang simpanan Kok boleh diperoleh semula.

Kok pada awalnya cukup meragui dakwaan tersebut. Lalu, dia cuba mendapatkan pengesahan daripada si pemanggil yang mendakwa dirinya adalah pegawai bank tersebut.

Setelah mendengar 'pengesahan' berkali-kali yang cukup meyakinkan, Kok terus bergegas ke bank. Di kaunter bank, dia telah membuat pemindahan sebanyak tiga kali dengan harapan segalanya akan kembali seperti asal.

Malangnya, selepas pemindahan wang tersebut dibuat, barulah dia sedar betapa dirinya telah diperbodohkan. Pada saat itu, sudah terlewat untuk dia mendapatkan semula wangnya sebanyak kira-kira RM50,000 itu.

Kisah di atas mungkin hanyalah satu contoh klasik betapa mudahnya kita dimanipulasi oleh orang lain. Biarpun tidak memerlukan sebarang gajet canggih sekali pun, maklumat peribadi tetap berisiko terdedah tanpa kita sedari.

Berbeza dengan penggunaan medium teknologi seperti Internet atau rangkaian sosial, mangsa lebih cenderung untuk terpedaya.

Seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Zurina, 27, pula pernah berkali-kali menerima surat rasmi menerusi e-mel daripada bank akaun simpanannya. E-mel itu memintanya mengemaskini maklumat peribadi dan tanpa disangka, pendedahan itu telah menyebabkannya kerugian ribuan ringgit.


PENGGODAM atau penyangak maya suka menyasarkan entiti seperti bank. - Gambar hiasan


Pakar IT dalam aspek keselamatan, Muhamad Hazrul Mohamed Hamzah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini berkata, terdapat satu terma yang merujuk pada bentuk manipulasi ini iaitu Kejuruteraan Sosial (Social Engineering).

"Istilah Kejuruteraan Sosial ini mungkin kedengaran baru. Tetapi ia sebenarnya satu seni penipuan sama ada secara bersemuka atau menerusi medium lain seperti Internet dan gajet yang telah berlaku sejak sekian lama.

"Penipuan ini biasanya dilakukan untuk memperoleh maklumat peribadi dan sulit daripada seseorang tanpa kerelaannya," katanya yang sudah lebih lima tahun berkecimpung dalam aspek keselamatan IT.


MUHAMAD HAZRUL menerangkan bagaimana penyangak maya mengambil kesempatan terhadap pengguna komputer yang naif.


Menurut Muhamad Hazrul, lazimnya sasaran golongan penyangak ini hanyalah satu iaitu untuk mendapatkan akses data dan maklumat secara tidak sah. Trend masa kini lebih menjurus kepada rompakan maya yang tidak berpenghujung.

Memetik contoh penipuan pelanggan-pelanggan bank menerusi e-mel, penyangak akan membuat 'pertaruhan' dengan menghantar jutaan e-mel kepada bakal mangsanya.

"Bayangkan, penyangak hanya memerlukan seorang mangsa yang memberi maklumbalas dan itu sudah bermakna tipu helahnya berjaya. Satu lagi, ramai antara generasi IT hari ini, masih memandang remeh lampiran fail-fail dalam e-mel.

"Setiap kali, kita klik pada satu lampiran fail, tidak mustahil ia mengandungi malware yang akan memantau aktiviti perkomputeran dari tempat lain," jelasnya dengan terperinci.

Pola taipan kekunci akan direkodkan dan membantu penyangak mengenal pasti minat pengguna. Misalnya, pengguna yang kerap menggunakan space bar bererti dia seorang penggemar mainan video.




Dengan hanya berpandu pada 'pembayang' ini, penyangak akan mengirim e-mel bertemakan mainan video kepada mangsa.

"Apabila ini berlaku, pengguna perlu berhati-hati sewaktu membuka e-mel. Elakkan daripada mengklik sebarang lampiran kecuali selepas anda mengesahkan ia daripada sumber yang dikenali.

"E-mel bersifat penipuan (phishing) dari bank biasanya menggunakan istilah-istilah umum. Sebagai contoh, kandungan e-mel yang berbunyi Dear Valued Customer ataupun ..... your account is going to be closed merupakan indikasi ia satu penipuan atau spam," kata seorang lagi pakar IT, Muhammad Shahriman Samsudin.

Masalahnya, rakyat Malaysia terlalu percaya kepada entiti seperti bank sedangkan wujud golongan penyamar yang mendahagakan jalan pintas memperoleh wang.

Muhammad Shahriman turut menasihat pengguna komputer supaya tidak memuat naik terlalu banyak gambar atau maklumat peribadi dalam platform rangkaian sosial.

Platform seperti Facebook, MySpace dan Twitter yang sedang hangat dalam kalangan orang muda khasnya, sangat berisiko tinggi menjadi sasaran penggodam.


MUHAMMAD SHAHRIMAN memberitahu pemacu storan juga perlu diimbas oleh beberapa perisian antivirus sebelum digunakan.


Menggelarkan platform-platform ini sebagai Syurga Informasi Peribadi secara percuma, Muhammad Shahriman memberitahu, penggodam 'suka memancing di kolam yang banyak ikan'.

"Jangan sangka kalau dalam keadaan komputer yang dipadamkan, penggodam tidak mampu berbuat apa-apa. Sebenarnya, mereka telah lama memantau anda dari jauh.

"Jadi, sentiasa berjaga-jaga dan mengemaskini perisian antivirus. Tidak ketinggalan pemacu storan (thumbdrive) perlu diimbas oleh lebih daripada dua perisian antivirus," tambahnya.

17 Julai 2009

Munkinkah ada persamaan ?

Apakah yang anda fikirkan setelah membaca berita ini ? Ketua NUJ Utusan kena tindakan disiplin selepas ke SPRM beritanya ialah mengenai En. Amran Ahmad iaitu Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu dikenakan tindakan disiplin susulan tindakannya melaporkan isu perbelanjaan syarikat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara kesalahan yang di katakan di lakukan oleh ketua NUJ tersebut ialah mengadu kepada SPRM, kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" iaitu bernilai RM160,000.

Selain itu beliau juga membuat aduan mengenai perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro Utusan bernilai RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.

Bagi diri saya, saya terfikir tentang peranan seorang ketua sebuah kesatuan, En Amran Ahmad di kenakan tindakan disiplin kerana melapurlan kesalahan orang atasan majikannya yang menyalah gunakan kewangan syarikat, beliau terpaksa berkorban demi masa depan syarikat, pekerja dan dirinya sendiri.

Jikalau beliau mendiamkan diri sahaja, beliau pasti tidak akan dikenakan apa-apa tindakan, tetapi sudah tentu penyelewengan demi penyelewengan akan berterusan berlaku, dan sudah pasti pendapatan syarikat akan terjejas yang tempiasnya akan mengenai dirinya dan seluruh ahli kesatuan.

Masaalahnya ialah kemunkinan beliau akan di tuduh sebagai tidak mengenang budi, kacang lupakan kulit dan sebagainya dan beliau juga akan menghadapi pelbagai kesukaran.

Baik itu masaalah di Utusan Melayu, tetapi bagaimana pula dengan masaalah yang dihadapi oleh peneroka felda ? aik betul ke peneroka felda ada masaalah ni ?

Betul tak betul, mari kita lihat permasaalahan yang di bawa oleh sdr Hj Suhaimi said, sebagaimana yang di tulis didalam blognya, bertajuk PKR perlu lebih perihatin terhadap masalah Peneroka.

Antara lain beliau menulis, " Tidak cukup dengan membuat potongan, berlaku pula tuntutan hutang keatas mereka yang menanam sendiri yang langsung tidak menggunakan sebarang pembiayaan dari Felda seperti yang berlaku di gugusan Felda Trolak. Berlaku juga didalam Penyata Hutang bahawa Felda telah memasukkan kos yang tidak pernah berlaku seumpama kononnya Felda menanamkan kekacang semasa berlaku tanaman semula seperti dituntut kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 9 walhal Felda tidak pernah melakukan tanaman tersebut."

Munkin ada diantara pembaca blog ini yang beranggapan apa yang di tulis oleh Hj Suhaimi tersebut adalah remeh, mengarut dan sebagainya, tetapi peranan yang di mainkan oleh Hj Suhaimi itu munkin menyamai sebagaimana yang dilakukan oleh En Amran Ahmad di Utusan Melayu tu.

Tetapi biasalah didalam dunia ini, pandangan manusia tidak sama, oleh itu kita berhak membuat penilaian masing-masing mengikut cita rasa kita sendiri ..................... sekian.








12 Julai 2009

Imbasan Mesyuarat Agong PKPKM Bahagian Negeri Pahang

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat agong dwi tahunan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil (PKPKM) bahagian negeri Pahang kali ke- 17, 2009 - 2011 yang diadakan di Dewan Rakan Muda Bandar Baru Kerayong di Daerah Bera, sebagai salah seorang wakil dari felda kota gelanggi 01.


Upacara perasmian di lakukan oleh YB Adun Kemayan En. Fadhil Osman, yang mewakili YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob yang tidak dapat hadhir.

Yang menariknya YB En. Fadhil ini adalah ahli PKPKM seumur hidup dan pernah, sebelum menjadi wakil rakyat, menjadi wakil kemesyuarat PKPKM yang diadakan dua tiga tahun yang lepas mewakili cawangannya, beliau ada memberikan no. telefonnya untuk di hubungi jika ada masaalah dikalangan Pekebun kecil (019-2602456)


Antara cawangan yang menghantar wakil ialah dari Felda Purun, Bkt Kepayang, Sebertak, Kumai, Keratong 4, Lakum Baru, Keratong 1, Keratong 3, Kota Gelanggi 1, Kota Gelanggi 2, Kuala Lipis, Jenderak Utara, Jengka 6, Temerloh, Jengka 9, Jengka 16, Jengka 10, Jengka 17, Sg. Tekam Utara, Chini , Jengka 5, Mengkarak , dan Jengka 19.



Kini PKPKM bahagian negeri Pahang di ketuai oleh seorang peneroka dan juga usahawan dari Felda Kumai iaitu En. Mat Ali Bin Musa.



Majlis berakhir jam 1.30 tng hari.






10 Julai 2009

Penyelewengan didalam JKKK felda ?????????

Seperti perkampungan lain didalam felda, felda ???????? tidak terkecuali dari sistem pentadbiran yang di laksanakan.

Di satu ketika dahulu iaitu sebelum peneroka menerima surat hak milik, pentadbiran didalam rancangan di uruskan oleh Pengurus rancangan serta dibantu oleh Naib pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan ( JKKR ) serta barisan exconya, mereka akan mengadakan mesyuarat setiap bulan, serta segala aktiviti dilaksanakan dan dibiayai oleh wang peneroka sendiri melalui potongan gaji bulanan.

Diketika itu exco JKKR di wakili oleh ketua blok, oleh itu setiap blok ada wakilnya, dan pemilihan ketua blok pula adalah berasaskan undian, sama ada sulit atau secara mengangkat tangan, kerana itu perkiraan pegangan politik kurang di ambil kira dan Naib Pengerusi tadi di pilih dari kalangan ketua-ketua blok tersebut.

Tetapi setelah bayaran kembali selesai di kutip dan peneroka telah menerima surat hak milik masing-masing, maka atas arahan kerajaan negeri, semua tanah rancangan yang telah selesai menjelaskan bayaran kembali hendaklah bertukar kepada sistem Jawatan Kuasa Kemajuan kampung (JKKK).

Perbezaan diantara JKKR dengan JKKK ialah, exco JKKR di pilih secara undian dan peneroka bebas memilih sesiapa sahaja yang di fikirkan layak serta berkebolehan sebagai wakil mereka, manakala exco JKKK adalah dilantik oleh Ketua Kampung atau dipanggil Tok empat, manakala Tok empat tersebut pula dilantik dari kalangan ketua Umno dan perlantikkan pula di buat oleh kerajaan negeri, malah pendirian politik seseorang di ambil kira sebelum dilantik.

Keistimewaan Tok Empat ialah, ianya di bayar gaji bulanan oleh kerajaan negeri, tetapi naib pengerusi dahulu tiada gaji bulanan, cuma di bayar imbuhan tahunan sahaja.

Perlantikkan exco JKKK di lakukan diatas penilaian Tok empat serta munkin sedikit nasihat dari Pengurus rancangan, dan satu lagi kretria yang tersembunyi, yang juga diambil kira sebelum perlantikan seseorang exco JKKK ialah, calon tersebut mesti dari kalangan " yes man ", memang diakui kadangkala terlantik juga seorang dua dari kalangan luar ketegori " yes man" tetapi munkin Tok empat telah yakin bahawa calon tersebut boleh dikawal.

Antara kelemahan ketara didalam pemilihan exco JKKK selain yang saya senaraikan diatas ialah,
terlantik orang dari kalangan blok yang sama sebagai ahli exco, ini telah menyebabkan kurang cekap penyampaian maklumat, jika sesuatu maklumat penting perlu disebarkan segera selain beberapa kelemahan lagi.

Begitulah serba sedikit corak pentadbiran didalam sesebuah rancangan.

Apa yang saya cuba dedahkan sedikit disini ialah berkaitan kemelut didalam pentadbiran JKKK felda ????????? dan munkin juga berlaku ditempat lain.

Dari maklumat dalaman yang saya perolehi, JKKK felda ?????????? telah tidak mengadakan mesyuarat exco sejak dari awal tahun 2008, ini bermakna telah hampir 2 tahun, mesyuarat exco tidak diadakan, oleh itu segala kutipan duit yang di potong dari pysheet peneroka dan pengeluaran dilakukan tanpa di bentangkan didalam mesyuarat exco sejak dari masa tersebut.

Malah lebih dahsyat lagi di katakan bahawa beberapa keping cek telah di tunaikan untuk bayaran tertentu yang kerjanya tidak wujud ? tetapi ini tentulah ada kerjasama dari pengurus rancangan, jika tidak bagaimana cek tersebut boleh di tunaikan, kerana pengurus adalah salah seorang dari penandatangan cek tersebut.

Di beritahu juga bahawa seorang exco JKKK telah melapurkan kepada SPRM berkaitan penyelewengan yang berlaku dan penyiasatan sedang dilakukan, ekoran dari lapuran tersebut di khabarkan bahawa Tok Empat tersebut telah meletakkan jawatannya sebagai ketua Umno cawangan tetapi masih enggan meletakkan jawatannya sebagai ketua kampung.

Almaklumlah jawatan ketua kampung tersebut mendapat elaun bulanan, maka munkin dia masih sayang kepada jawatan tersebut.

Begitulah buruknya jika jawatan Tok Empat ini dilakukan secara lantikkan, maka munkin kerajaan negeri boleh memikirkan supaya jawatan tersebut diadakan secara undian sulit, secara pilihan raya, supaya masyarakat felda boleh memilih orang yang benar-benar layak untuk di jadikan ketua kampung.

Satu masaalah yang tidak boleh di tolak ialah, jika diadakan pilihanraya di dalam pemilihan jawatan ketua kampung, kerajaan bimbang munkin jawatan ketua kampung ada yang jatuh ketangan orang pembangkang, sesuatu yang sangat cuba di elakkan oleh kerajaan.

Saya tidak boleh menulis terlalu banyak berkaitan penyelewengan Tok Empat ini, sebab nanti saya akan di tuduh sebagai sengaja mengada-ngadakan cerita, atau pun saya boleh disaman, sedangkan saya hanya dengar cakap, oleh itu saya fikir cukup setakat ini sahaja coretan saya kali ini, sehingga berjumpa dilain catitan......................








08 Julai 2009

Felda membuat pemotongan 20% dari jualan sawit ?

Berita ini saya petik dari blog The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah tulisan sdr. Hj. Suhaimi Said, seorang peguam terkemuka/Veteran, di Pahang.

Ikutilah lapuran seterusnya dari beliau ......................




Sudiro bin Ahmad Dini (kiri) dan Md Zin bin Awang
=======================================
Lebih 100 orang Peneroka Felda Jengka 9, Bandar Jengka, Pahang akan membuat laporan kepada SPRM terhadap Pengurus Felda Jengka 9 kerana Pengurus tersebut telah memotong 20% daripada pendapatan peneroka-peneroka yang menjualkan buah sawit mereka kepada Kilang Sawit Felda.

Dua orang wakil peneroka tersebut telah menemui saya di Pejabat saya pada 8hb Julai 2009, iaitu En Md Zin bin Awang dan En Sudiro bin Ahmad Dini, dan mereka mewakili rakan-rakan mereka seramai lebihh kurang 100 orang.

En. Md Zin menerangkan bahawa kesemua 100 lebih peneroka tersebut telah menanam semula sawit di kebun masing-masing tanpa sebarang bantuan dan pertolongan Felda. "Usahkan bantuan, kami nak beli anak sawit dan baja dari Felda pun, tidak dibenarkan oleh Felda", kata Md Zin, "Tetapi apabila kebun kami sudah mengeluarkan hasil, Felda membuat potongan terhadap pendapatan kami, seolah-olah kami mengerjakan kebun kami Felda."

En Md Zin berkata bahawa semua peneroka-peneroka yang menanam secara bersendirian sangat tidak puas hati kenapa Felda mesti memotong 20% pendapatan mereka, dan potongan itu pula dibuat tanpa mengeluarkan apa-apa resit dan bukti, "dipotong begitu saja," katanya.

Sebelum ini Koperasi Peneroka Felda Jengka 9 memilikki Lesen MPOB dan peneroka-peneroka Felda Jengka 9 boleh membuat timbangan sendiri, dan Koperasi pula mendapat bayaran untuk membolehkan peneroka-peneroka mengadakan khidmat bas kepada anak-anak peneroka yang bersekolah diluar daripada kawasan Jengka 9.

Tetapi sejak Lesen MPOB dibatalkan dan semua timbangan dan jualan mesti dibuat kepada Kilang Sawit Felda di Jengka 8, pendapatan kepada Koperasi telah hilang dan Koperasi tidak lagi berupaya menyediakan khidmat bas persekolahan itu kerana kos yang tinggi untuk membeli minyak, gaji pemandu dan kos pembaikan bas.

Kini Felda dan Kilang Sawit Felda memonopoli pembelian dan timbangan buah kelapa sawit dan mereka mengenakan potongan yang tidak munasabah. "Kami, peneroka-peneroka yang menjalankan tanaman secara bersendirian menentang tindakan Felda ini kerana Felda telah menyempitkan pendapatan kami yang mempunyai tanggungan berat untuk keperluan keluarga dan persekolahan anak-anak," kata En Md Zin.

En Md Zin berkata lagi bahawa bukan sekadar peneroka-peneroka yang menanam bersendirian sahaja yang menentang tindakan Felda memotong 20% pendapatan itu, bahkan peneroka-peneroka yang menanam semula melalui agensi Felda juga tidak bersetuju dengan potongan itu, dan mereka juga akan mengambil tindakan kepada Felda, dan jika sekiranya Felda berdegil, maka mereka akan memberikan jawapan mereka semasa Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Sementara itu, En Md Zin menyatakan bahawa Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil cawangan Jengka 9 akan mengadakan perjumpaan dikalangan ahli-ahli mereka pada 26hb Julai 2009 di Dewan JKKR Felda Jengka 9 jam 2.00 petang. Perjumpaan itu akan dihadiri oleh beberapa orang peguam yang telah dilantik mewakili mereka.

Haji Suhaimi Said,
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
8hb Julai 2009.



Begitulah lapuran berkaitan kegiatan peneroka felda, apa pendapat anda ?










05 Julai 2009

Lagi terpedaya melalui internet

Rasanya tidak salah, untuk saya sekali sekala memetik lapuran dari akhbar, sekurang-kurangnya boleh disimpan untuk dijadikan ingatan dan ikhtibar bagi kita semua yang begitu ghairah dengan sesuatu yang baru dari internet.

Ini dia kisahnya yang di alami oleh sepasang suami isteri di Kuala Lumpur..............

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hajat sepasang suami isteri ini ialah untuk mendapatkan pulangan lumayan hasil pelaburan mereka melalui Internet.

Tetapi malangnya selepas menambah pelaburan sehingga sebanyak RM30,000 dan berhenti kerja untuk menumpukan bisnes dalam Internet itu, rupa-rupanya ia hanya tipu helah belaka.

Kisahnya bermula apabila pasangan itu mendaftar di sebuah syarikat yang menawarkan kerja memasukkan data kononnya untuk kegunaan pasar raya besar terkemuka dunia, Wal-Mart.

Mereka membuat pelaburan awal sebanyak RM3,120 untuk membuka tiga akaun di syarikat itu sejak Februari lalu dan tidak curiga kerana pelaburan membuahkan hasil.

Sebagaimana dijanjikan iaitu RM600 sebulan bagi setiap akaun yang dibuka, pasangan itu berjaya memperoleh RM3,600 untuk tempoh dua bulan pertama.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Eshwar, 40-an menceritakan, setelah membuka akaun mereka diberikan kata laluan untuk mengakses laman web syarikat tersebut bagi kegunaan memasukkan data-data yang diberikan setiap hari.

"Tugas pemegang akaun ialah memasukkan kesemua 30 data yang dimuat turun dari laman web itu ke dalam ruangan disediakan," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini.

Beliau berkata, data-data tersebut didakwa transaksi pembelian barangan secara online dari seluruh dunia untuk pasar raya besar Amerika Syarikat, Wal-Mart.

"Kami yakin dengan pulangan itu dan mengeluarkan wang simpanan RM30,000 pula untuk membuka 27 lagi akaun, dua minggu lalu.

"Saya juga telah meletakkan jawatan sebagai jurufoto di sebuah syarikat pengurusan majlis untuk memberi tumpuan kepada kerja itu," katanya.

Beliau berkata, malangnya minggu lalu, laman web syarikat itu tidak lagi dapat diakses dan kunjungan ke pejabatnya pula mendapati ia telah ditutup dan tidak lagi beroperasi.

"Semasa ke pejabat syarikat itu, kami menemui ramai yang menjadi mangsa. Rupa-rupanya ada yang lebih malang dengan kerugian RM120,000.

03 Julai 2009

Peneroka felda kota gelanggi 01, boleh ambil balik geran di pejabat

Hari ini semasa mempengerusikan mesyuarat khas mengenai perlantikan AJK baru koperasi felda kota gelanggi 01, En. Hamid selaku pengurus felda telah mengambil sedikit peluang memberi tahu bahawa sesiapa diantara peneroka yang telah menyerahkan gerannya kepada felda semasa menyerahkan tanahnya untuk di uruskan oleh felda beberapa tahun dahulu, boleh mengambil kembali geran tersebut.

Alasan En.Hamid ialah, sewaktu beliau menjadi penolong pengurus di felda padang piol dahulu, tiada pula dikenakan syarat bahawa sesiapa yang mahu menyerahkan tanahnya kepada felda mesti menyerahkan geran.

Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan semua geran milik peneroka yang di pegang oleh pihak pengurusan rancangan kepada peneroka semula.

Saya sebagai salah seorang peneroka menyambut baik keputusan En. Hamid tersebut, walau pun saya tidak terlibat kerana geran saya memang berada didalam simpanan saya sejak dahulu.

Tetapi pelik juga, kenapa selama ini geran tersebut di simpan oleh oleh pihak pengurusan felda kota gelanggi 01, sedangkan di tempat lain tidak pula mengenakan syarat sebegitu rupa.

Walau macam mana pun terima kasihlah kerana felda sudi menyerahkan kembali geran tersebut, walau pun hutang peneroka dengan felda belum pun di lakukan pemotongan lagi.

Sebenarnya di kalangan orang kampung dan peneroka felda di seluruh negara, geran adalah lambang kebebasan seseorang didalam hidupnya, dengan memiliki geran tanah yang tertera namanya tertulis didalam geran tersebut, bermakna orang tersebut adalah pemilik sebenar tanah itu, begitulah pentingnya geran terhadap hidup petani.

Setelah bertungkus lumus sewaktu diawal menjadi peneroka felda dahulu, akhirnya setelah selesai membayar hutang, peneroka diserahkan geran tanah, tetapi terpaksalah pula membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri, sebagaimana syarat yang telah ditetapkan, malangnya ada juga segelintir peneroka yang mengabaikan tugas tersebut.

Di khabarkan ada diantara peneroka yang tidak membayar cukai tanah sejak dari mula menerima geran tanah sehingga sekarang ini, tetapi bilangannya kecil sahaja, walau macam mana pun, tindakkannya itu pasti akan menyusahkan dirinya di satu masa nanti.

Begitulah liku-liku hidup difelda yang kini telah meningkat tarafnya menjadi felda global............






02 Julai 2009

Bakke Salleh Presiden Felda Global ?

Teruja sungguh saya setelah menatap berita mengenai felda di utusan malaysia hari ini dengan tajuk Perdana Menteri lancar Felda Global dan Felda perlu jadi syarikat multinasional.

Berita pertama menyebut bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekarang adalah masanya untuk Felda menjadi sebuah syarikat multinasional (MNC) dalam bidang pertanian multi-crop di peringkat antarabangsa.

Najib seterusnya berkata ‘‘Misi utama Felda Global ialah untuk membangunkan kekuatan dalam empat bidang perniagaan iaitu pertanian, minyak dan lemak, oleochemical serta logistik di peringkat antarabangsa,’’

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Felda Global yang menandakan bermulanya perjalanan Felda untuk mengembangkan aktiviti di luar negara dengan menetapkan pelaburan bernilai RM6 bilion dalam tempoh lima tahun di sini hari ini.

Najib berkata, wawasan beliau bagi syarikat tersebut ialah agar menjadi sebuah institusi yang mempunyai modal insan yang berkepakaran, membudayakan kejayaan berprestasi tinggi dan berpegang kepada standard yang tinggi dalam nilai-nilai utama.

Ujar beliau, ahli lembaga pengarah dan pengurusan Felda Global mempunyai tanggungjawab yang mencabar bagi menukar Felda menjadi MNC bertaraf dunia serta dihormati dalam bidang pertanian multi-crop.

‘‘Dengan adanya syarikat baru ini yang merupakan sayap komersial, Felda akan lebih jelas dalam arah yang dituju serta tanggungjawab perlu dilaksanakan bagi mencapai wawasan kerajaan bagi tempoh 50 tahun akan datang.

‘‘Struktur baru ini akan membolehkan Felda melaksanakan polisi pentadbiran dengan lebih cekap dan berwibawa bagi pelaburan komersial berdasarkan kepada tadbir urus antarabangsa serta lebih jelas dalam menterjemahkan peranan serta tanggungjawab yang dipikul,” katanya.

Najib memberitahu, pengasas Felda dulu yang berani mengharung banjir, cuaca yang tidak menentu, berhadapan dengan keadaan yang merbahaya serta kawasan muka bumi yang sukar bagi meletakkan Felda dalam kedudukan yang dihormati sekarang.

Sehubungan itu, katanya, pengurusan Felda Global juga perlu tabah menempuh pelbagai cabaran yang akan dihadapi dalam usaha mencapai misi yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

‘‘Kita sekarang tinggal di dalam dunia tanpa sempadan yang mana ‘padang permainan’ telah diratakan dengan sekatan perdagangan telah dihapuskan yang menyaksikan syarikat-syarikat Malaysia telah berusaha untuk melabur di luar negara.

‘‘Syarikat-syarikat ini tahu bahawa risiko yang dihadapi adalah tinggi dan keuntungan hanya bagi tempoh jangka pendek serta sederhana tetapi menyedari, untuk berjaya, mereka perlu mengerakkan inovasi dan mengadakan kerjasama yang betul bagi bersaing dalam keadaan sekarang,’’ katanya.

Najib memberitahu, Felda Global juga perlu melaksanakan perkara tersebut, jika tidak syarikat ini hanya akan beroperasi di negara sendiri dan paling buruk akan mendapati produk yang ditawarkan tidak lagi sesuai berikutan persaingan yang sengit.

Begitulah harapan dan semangat Najib semasa melancarkan projek Felda Globalnya, kita sebagai peneroka felda hanya mendoakan semoga Felda Global bakal meraih kejayaan.

Persoalan yang bermain dikepala saya ialah mengenai perlantikan Datuk Mohd. Bake Salleh sebagai Presiden Kumpulan Felda Global, ini adalah kerana sebelum ini sudah terdengar desas desus bahawa kononnya Datuk Bakke ini membawa masaalah kepada keuntungan felda.

Amatlah malang jika desas desus berkenaan adalah benar, lebih malang lagi jika Datuk Najib mengetahui perkara ini tetapi masih melantiknya sebagai Presiden Felda Global, malah bertambah malang jika sesudah bertahun-tahun nanti kehadapan, baru di ishtiharkan kononnya felda kerugian berbilion ringgit akibat pelaburannya di luar negara.

Diketika itu nanti di sebutkan bahawa antara punca kerugian ialah kerana dibawah Bakke Salleh tersebut, perbelanjaan adalah tidak terkawal, serta banyak dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak penting serta membazir akibat untuk menjaga imej koperat.

Begitulah selalunya yang berlaku, andainya ini yang berlaku nanti, maka tamatlah keagungan felda seperti mana tamatnya zaman keagungan MAS, akhirnya kita melihat betapa sukarnya Idris Jala untuk memulihkan semula MAS.

Somoga ini hanyalah khayalan saya sahaja dan diharapkan perkara ini tidak akan berlaku, kerana jika ianya berlaku, sudah tentu ia adalah satu malapetaka besar bagi seluruh peneroka felda.

Felda Logo


01 Julai 2009

Kecanggihan yang mengelirukan

Hari ini heboh di kedai kopi, biasalah peneroka ni, kalau tidak berpuas hati tentang sesuatu hal, maka kedai kopi adalah tempat yang pertama bagi mereka untuk meluahkan perasaan, perkara yang menjadi ketidakpuasan hati mereka pula adalah berkaitan dengan penyata hutang peneroka yang baru sahaja diterima setelah di pohon sejak tahun lepas.

Sebenarnya dimana-mana felda pun akan kedapatan tiga golongan, iaitu yang pertama ialah mereka yang menyerahkan terus pengurusan kebun mereka kepada felda, yang kedua mereka yang dulunya menyerahkan kepada felda tetapi mengambilaleh pengurusan dan menguruskannya sendiri, manakala yang ketiga ialah mereka yang dari awal mengusahakan sendiri dan terus menguruskannya sendiri sampai sekarang.

Yang bising di kedai kopi tadi adalah dari golongan yang dulunya menyerahkan kepada felda tetapi sudah mengambil aleh dan menguruskan sendiri kebun mereka sampai sekarang.

Yang dua golongan lagi senyap, sama ada mereka sudah berpuashati atau sengaja tidak mahu ambil kisah.

Setelah mendengar rungutan sebegitu rupa, maka saya pun kononnya cuba bertindak menjadi hakim yang tidak dilantik, oleh itu saya pun ke pejabat felda kota gelanggi 01.

Disana saya cuba untuk mendapatkan gambaran yang sebenarnya sambil menyemak hutang saya sendiri, setelah diamati, memang betullah seperti yang dibisingkan oleh peneroka tersebut, rupa-rupanya penyata tersebut memang bercelaru, yang patut hutang sedikit jadi banyak, yang patut banyak jadi sikit.

Saya sendiri yang tidak mengambil sara hidup, tertulis mengambil sara hidup dengan hutangnya sama dengan orang lain, apa punya akaun ni........

Kata felda canggih sangat, pakai on-line, tapi penyatanya macam orang duduk kat ulu sungai Serawak, maka saya pun beritahu kepada pengurus, bahawa saya menolak penyata tersebut dan mahukan penyata baru yang menepati hutang sebenar.

Oleh itu dibawah ini adalah penyata rakan-rakan saya, penyata saya tidak disertakan kerana saya tidak menerimanya. ........................


Walaupun dibawahnya tertulis bahawa penyata tersebut hanyalah sementara dan akan di betulkan kemudian jika ada kesilapan, tetapi jika tidak di beritahu dan dibetulkan, maka penyata tersebut kekallah seperti diatas.