Saya termenung setelah membaca berita " Dua polis ditahan jual senjata " yang di siarkan oleh Utusan Malaysia pada 26 hb Julai.
Berita yang di lapurkan berlaku di Kota Kinabalu tersebut menyatakan bahawa Dua anggota polis yang ditugaskan menjaga stor simpanan senjata api, bertindak sebaliknya apabila menggunakan peluang itu untuk menjualnya.
Kegiatan yang dikesan berlaku beberapa bulan lalu, setakat ini melibatkan sebanyak 30 laras dan pucuk senjata api milik pasukan telah dijual.
Dua anggota yang bertugas di Balai Polis Tenom melakukan perbuatan itu untuk memperolehi wang segera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kedua-duanya yang berusia 30-an dan 40-an itu berpangkat lans koperal.
Katanya, siasatan polis mendapati kesemua senjata api jenis baru dan lama itu dijual kepada penduduk.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jenis senjata api tersebut.
"Setakat ini, sebanyak 30 jenis senjata api telah dijual. Kami telah menahan kedua-dua anggota itu untuk siasatan awal minggu ini,"
Noor Rashid berkata, polis telah menyoal siasat seramai 27 orang pembeli senjata api itu yang terdiri daripada guru, petani dan kakitangan kerajaan.
"Kami telah rampas 27 senjata api daripada mereka. Kami masih mengesan beberapa laras lagi yang masih hilang.
"Semua pembeli tinggal di pedalaman Tenom dan menggunakannya bagi tujuan berburu, menjaga keselamatan dan kebun," katanya.
Katanya, siasatan mendapati pembeli senjata api itu tidak menggunakannya untuk kegiatan jenayah atau sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan awam.
Menurutnya, kebanyakan pembeli tidak mengetahui kesalahan menyimpan dan memiliki senjata api membawa kepada hukuman yang berat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
"Mereka akan dikenakan hukuman mengikut akta itu iaitu tujuh tahun penjara atau denda dan boleh juga dihukum di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat)," katanya.
Beliau berkata, kehilangan senjata api itu hanya disedari beberapa bulan lepas selepas juruaudit melakukan pemeriksaan di tempat simpanan senjata.
"Siasatan mendapati polis berusia 30-an itu yang merupakan penjaga stor di balai tersebut adalah dalang utama," katanya.
Saya termenung kerana memikirkan betapa bodohnya pelaku ini, apakah tidak terfikir olehnya bahawa perbuatannya pasti akan di kesan juga suatu hari nanti.
Saya sangat percaya bahawa pelaku ini adalah seorang yang suka berjudi, atau suka berpoya-poya, orang seperti ini biasanya tidak mempedulikan risiko tentang apa yang akan terjadi di kemudian hari, yang penting ialah hajatnya tercapai.
Munkin berita ini boleh dijadikan ikhtibar untuk diri kita................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan