15 September 2009

Saya mohon maaf

Pagi ini saya ke pejabat felda untuk mengambil wang bonos raya dan seperti peneroka lain saya telah menerima RM 350.00, pada jangkaan saya, saya termasuk didalam kategori tidak bersama felda, kerana saya menguruskan sendiri kebun saya, tetapi ternyata saya tersilap, rupanya saya masih dikira bersama felda oleh kerana saya menjual hasil sawit saya masuk akaun felda dan mempunyai paysheet.

Rupa-rupanya yang di kira tidak bersama felda ialah mereka yang urus sendiri kebun mereka tetapi buah sawit mereka tidak masuk Paysheet individu tersebut sebaliknya masuk nama orang lain, maksudnya mereka menjual buah sawit mereka kepada rakan-rakan, oleh itu paysheet yang sepatutnya diatas nama mereka telah berubah diatas nama rakan-rakan mereka.

Untuk pengetahuan mereka-mereka yang berada diluar felda sana , selepas proses penanaman semula sawit beberapa tahun yang lampau, telah muncul beberapa individu didalam felda ini, yang juga merupakan peneroka felda, telah memohon daripada MPOB untuk memiliki lesen mengaleh dan menjual buah sawit.

Mereka-mereka ini bijak mengeksploitasi keadaan, mereka memohon lesen diatas nama geran tanah kampung tradisional yang kebetulan banyak bertaburan berhampiran felda ini, diatas nama pemilik geran inilah mereka mendaftar dengan kilang bagi menjual buah sawit tersebut dikilang sawit felda.

Manakala peneroka-peneroka yang tanam sendiri ini telah menumpang nama pemilik geran kampung tradisional tersebut untuk menjual hasil sawit mereka kepada pelesen-pelesen ini, itulah sebabnya nama mereka tiada didalam paysheet felda.

Antara sebab-sebab peneroka tanam sendiri menjual kepada pelesen-pelesen ini ialah kerana mahukan wang segera dan satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh pelesen-pelesen ini ialah, mereka sanggup mendahulukan wang mereka untuk 1 bulan kehadapan bagi menjamin pelanggan mereka tidak lari dari menjual hasil sawit kepada mereka.

Walau macammana pun pelanggan seperti ini tidaklah ramai, difelda kota gelanggi 01 ini, saya difahamkan kelumpuk jenis ini hanyalah seramai 12 orang sahaja.

Oleh itu disini saya mengambil kesempatan memohon maaf diatas penulisan saya diartikel saya yang terdahulu bertajuk Felda Meneruskan Dasar Apartheid, semasa menulis artikel tersebut, saya tersilap faham berkaitan apa yang saya baca diakhbar mengenai ulasan yang di perkatakan oleh Datuk Sri Najib berkaitan bonos raya tersebut.

Semoga permohonan maaf saya ini boleh mengubat atau mengurangkan rasa marah daripada mereka-mereka yang berkaitan dan keharmonian kembali terjalin.

Sekian.................... Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.






07 September 2009

Mengatasi masaalah kebergantungan kepada buruh asing

Saya menyokong penuh hasrat kerajaan amnya dan Felda khasnya untuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing menjelang 2020.

Kita sesunggunya terlalu bergantung kepada buruh asing dan kesan ketara yang akan dihadapi ialah apabila buruh asing berkurangan mahu datang bekerja di Malaysia di satu masa nanti.

Oleh itu menjadikan matlamat 40 peratus pekerja ladang Felda rakyat tempatan menjelang 2020 adalah satu langkah bijak.

Antara salah satu cara untuk menarik supaya rakyat tempatan berminat dengan kerja-kerja ladang ialah dengan mengunakan kaedah-kaedah modern.

Sebagai contoh, buat masa ini kita masih menggunakan sabit tradisional untuk mengait buah, apa salahnya jika kita menggunakan sabit berinjin mengantikan sabit tradisional, kerja menjadi lebih ringan, mudah dan lebih cepat.

Bahagian penyelidikan MPOB telah pun berjaya mencipta sabit tersebut, cuma sayangnya tidak ramai diantara peneroka yang mahu membelinya, alasannya ialah harganya mahal.

Saya berpendapat sungguh pun harganya agak mahal iaitu RM3,600/ bagi satu unit jika dibandingkan dengan mesen rumput yang boleh diperolehi dengan harga hanya RM800/, tetapi jika kerjanya lebih ringan dan cepat, saya rasa munkin berbaloi kita membelinya.

Sebagai contoh jika kita mengunakan sabit tradisional, masa menyabit buah memakan masa dua atau tiga hari untuk menyiapkan satu kawasan jika buah banyak, tetapi jika mengunakan sabit berinjin boleh siap satu hari sudah boleh dikira cukup bagus.

Begitu juga membaja dan meracun, jika kita mengunakan jentera modern, munkin kerjanya jauh lebih banyak dan cepat.

Oleh itu saya kira sudah sampai masanya kita mengunakan kaedah modern ini sebagai satu cara menarik minat pekerja tempatan sebelum masaalah kekurangan buruh dibidang perladangan ini menjadi semakin tenat.

Kini terpulanglah kepada kita untuk mengatasi masalah kita sendiri, yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pepeh tidak akan datang melayang.


Klik di gambar untuk melihat cara kerja yg cepat dan mudah
Felda Logo

04 September 2009

Felda Meneruskan Dasar Apartheid




Buat kali yang ke 7 sejak tahun 2003, Peneroka dapat bonus raya, walaupun tidak banyak tetapi boleh juga dijadikan penambahan kepada apa-apa yang kurang.

Tetapi sejak tiga tahun yang lepas Felda telah membuat pembayaran dengan cara memisahkan peneroka kepada dua kategori, iaitu seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 % akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

Manakala seramai 10,963 atau 9.73 % peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Datuk Sri Najib semasa membuat pengumuman semalam menjelaskan bahawa perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.

Saya sebenarnya sejak awal membantah kaedah memisahkan peneroka kepada dua kategori ini, soal menghargai sumbangan peneroka tidak timbul, kerana peneroka apa yang di panggil "tidak bersama felda" ini juga memberikan sumbangan kepada felda.

Kami menjual buah kepada kilang felda, tak percaya sila minta resit, kami boleh tunjukkan, apakah sumbangan lagi yang tidak kami berikan kepada felda.

Sejak puluhan tahun yang lampau kami bersama felda, sejak dari membuka ladang sampailah pokok di tebang semula.

Bayaran kecerian kampung RM5.00 sebulan kami bayar, aktiviti kemasyarakatan kami serupa juga dengan apa yang di panggil " Peneroka bersama felda" itu, ada yang hadhir dan ada yang tidak.

Kesalahan kami, (kalau pun itu nak dikira satu kesalahan) ialah kerana menguruskan sendiri kebun kami, salah ke kami menguruskan sendiri kebun kami ?

Dulu semasa kami bebas menjual buah sawit kemana kami rasa selesa, dipaksa jual kepada felda, di beri janji kononnya nanti bila jual kepada felda, kami tidak lagi dikira "tidak bersama felda" segala kemudahan yang diperolehi oleh peneroka bersama felda, kami kononnya akan perolehi juga.

Nah kini terbukti semua janji tersebut hanyalah janji kosong semata-mata, saham KPF yang diberi pinjaman RM10,000, sampai sekarang kami tidak memperolehi semula, senyap je... walau pun dah nak masuk satu tahun kami menghantar buah kepada kilang felda.

Kalau berterusan kaedah pemisahan peneroka yang dilaksanakan oleh felda ini, jangan nanti menuduh kami memisahkan diri dari felda, semuanya di mulakan oleh felda, bukan kami yang mulakan.

Nanti wujud dua Mesjid di Felda baru riuh, mulalah menuduh kami tidak tahu bersyukurlah, tidak tahu berterima kasihlah, dan bermacam-macam lagi tidak tahu kepada kami.

Oleh itu saya menyeru kepada Datuk Sri Najib supaya membuang dasar Apartheid ini dari dilaksanakan oleh felda, cukuplah Africa selatan semasa di pimpin oleh Presiden F.W. de Klerk (seorang yang berkulit putih) sahaja melaksanakan dasar tersebut.

Semoga Datuk Sri Najib memberikan perhatian terhadap bantahan kami dari golongan apa yang di panggil " tidak bersama felda " ini demi kesejahteraan masyarakat felda keseluruhannya.


Sekian ............................. Selamat berpuasa.






02 September 2009

Nasib petani



Harga keledek jatuh

BACHOK 1 Sept. - Petani di beberapa kampung di sini yang mengusahakan tanaman keledek merasa tertekan akibat kejatuhan mendadak harga tanaman itu daripada RM1.20 sekilogram kepada hanya 40 sen sekilogram sekarang.

Pada masa yang sama, mereka terpaksa berdepan pula dengan keadaan cuaca tidak menentu iaitu ada kalanya terlalu panas dan ada hari hujan lebat yang menyebabkan kualiti keledek yang dihasilkan agak rendah.

Seorang petani dari kampung Hujung Repek, Latipah Muda, 35, berkata, pada musim lepas beliau memperoleh hasil jualan sehingga RM6,000 semusim sepanjang tiga bulan diusahakan di kawasan lebih dua hektar, dengan pendapatan purata RM700 sehingga RM1,000 setiap tuaian.

"Bagaimanapun, kebelakangan ini untuk mendapatkan RM100 setiap tuaian agak sukar," katanya.

Seorang lagi petani, Deraman Ya, 51, berkata dahulu beliau mampu meraih sehingga RM2,000 semusim tetapi kini jualan hanya kira-kira RM200 bagi setiap kali tuaian.

"Usahkan nak beli persiapan Ramadan dan hari raya bagi keperluan tujuh orang anak saya, nak beli kuih bagi berbuka puasa pun susah," kata Deraman yang mengusahakan tanaman itu di Kampung Telong.

Beliau merayu bantuan Fama untuk mencari pasaran baru bagi hasil tanaman itu.

Penyelia Pembangunan Mukim Hujung Repek, Mohd Ghazali Ibrahim menyifatkan kejatuhan harga ubi keledek kali ini amat membebankan terutama sekali kepada keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai dan masih bersekolah.

"Saya mengharapkan supaya kerajaan segera menyalurkan bantuan kepada golongan berkenaan bagi meringankan beban mereka," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kebanyakan petani terbabit sebelum ini bekerja sebagai penanam tembakau tetapi beralih kepada tanaman keledek sebagai menyahut seruan kerajaan yang tidak lagi menggalakkan mereka menanam tembakau. - Bernama


Inilah nasib para petani, pendapatannya sering tidak menentu, tidak pernah tetap, semuanya bergantung kepada pasaran.

Didalam keadaan sebegitu rupa
Ceupacs masih menuntut bonus raya, begitulah keadaan hidup, yang senang mahu lagi senang.

Setiap kali bonus keluar, barang-barang akan naik, yang menjadi mangsa ialah para petani, cuba anda bandingkan keadaan hidup masyarakat petani jika di bandingkan dengan kakitangan awam.

Kakitangan awam mendapat pelbagai kemudahan, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dengan faedah yang rendah atau tanpa faedah langsung, minta pula kemudahan Hospital class satu ............golongan petani dapat apa ?

Nasib.....nasib.