31 Januari 2010

Baja baru

Pagi ini, aku meluangkan masa menghadiri satu promosi Baja, keluaran Lembaga sawit Malaysia (MPOB), ia nya dianjurkan oleh dealer tempatan dan di adakan di kedai kopi Ramli Mamat.

Dari penerangan yang di berikan, jelas baja ini iaitu dinamakan MPOB F4 sangat sesuai dengan tanah aku yang berbukit dan berbatu leterit (batu kawi).

Aku memang berminat dengan baja ini dan berhasrat ingin mencubanya di pusingan membaja kali ke-2 tahun ini, iaitu di bulan Mei nanti, membaja pusingan pertama telah pun siap dilakukan pada bulan ini (Jan).

Baja keluaran terbaru MPOB ini di isi didalam beg 25 kg dan di jual dengan harga diantara RM40.00 ke RM45.00 sebeg, bagi setiap pokok perlu dibaja sebanyak 2.5 kg sepokok sekali membaja, ini bermakna bagi keluasan tanah 14 ekar, perlu disediakan sebanyak 76 beg @ RM 3,420.00 untuk sekali membaja.

Walau apa pun, aku perlu cuba dulu dan lihat hasilnya kemudian, perlu di ingat, pembajaan hari ini akan di lihat hasilnya 2 tahun akan datang, itu yang payah tu..................

30 Januari 2010

Masaalah lama yang belum selesai


Malam ini saya menghadiri satu majlis pertemuan antara beberapa orang peneroka yang mengambil aleh ladangnya dengan AJK Biro Felda PKR Pahang, yang di ketuai oleh Hj. Suhaimi Said, seorang peguam Veteran dari Temerloh, yang tidak jemu-jemu mendengar apa juga permasalahan yang disuarakan oleh golongan peneroka.

Pertemuan tersebut diadakan adalah di atas permintaan Idris Ali yang juga seorang peneroka dan Isterinya Ustazah Saadiah adalah ketua wanita Umno cawangan felda kota gelanggi 01 dan pertemuan tersebut diadakan di rumah beliau.

Sebenarnya tiada perkara baru yang di utarakan, tetapi masaalah ini tetap menghantui sanubari setiap peneroka yang menyerahkan kebunnya kepada felda, masaalah yang saya maksudkan ialah berkaitan hutang yang dikatakan sudah mencecah hampir seratus ribu ringgit.

Kebanyakan peneroka tidak faham kenapa hutang mereka boleh mencapai dan menjadi begitu banyak, sedangkan hasil kebun ada dan harga pula agak mahal.

Sebenarnya jika di teliti kenapa ini terjadi, ialah kerana felda teknoplant telah gagal didalam mengawal perbelanjaan, dan gagal mengawal didalam urusan pengeluarkan buah sawit, kebersihan ladang dan lain-lain semasa dari peringkat awal pokok sawit berbuah sampai sekarang.

Masaalah ini menjadi lebih parah, apabila felda menjadikan segala perbelanjaan dan pendapatan dari hasil ladang selama ini sebagai sesuatu yang harus dirahsiakan dari pengetahuan peneroka dan tidak pernah di bentangkan didalam mesyuarat AJK tanam semula.

Dari pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang AJK tanam semula, sebelum saya mengambil aleh kebun saya sebelum ini, apa yang di bentangkan ialah jumlah tan buah sawit yang berjaya di keluarkan setiap bulan, serta berapa pusingan meracun berjaya dilakukan setahun, itu saja........

Tentang berapa jumlah pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan atau setiap tahun tidak pernah di nyatakan, apabila ditanya, jawapannya ialah, segala perbelanjaan tersebut akan dinyatakan apabila tiba masanya nanti, iaitu apabila tiba masa titik pulang modal.

Saya sangat percaya, antara punca segelintir dari kalangan pegawai yang menjaga ladang berani melakukan penyelewengan dan bersubahat pula dengan mandur dan driver lori, menjual buah sawit kepunyaan peneroka ialah kerana faktor kerahsiaan inilah.

Apabila semuanya dirahsiakan, mana kita nak tahu berlaku penyelewengan, pengurus hanya memantau diatas kertas sahaja, kalau turun keladang pun hanya sekali sekala sahaja, maklumlah pengurus kerja banyak, nak mesyuaratlah dan lain-lain hal.

Kalau tahu pun, pengurus takut pula nama terjejas, dan dikatakan tidak tahu mengurus, oleh itu semua lapuran adalah baik belaka, Betul ada audit setiap tahun, tetapi audit bukan boleh mengesan penyelewengan yang berlaku diladang, kalau buah kurang, dibuat lapuran yang munasabah bahawa antara sebabnya berlaku begitu, beginilah.

Kalau ladang semak, dibuat lapuran bahawa antara sebabnya begitu beginilah, dan semasa lawatan keladang pula, sengaja di atur supaya lawatan hanya melalui kawasan yang terang sahaja dan yang semak jangan lalu.

Berkaitan kes kecurian buah sawit seperti yang saya sebutkan diatas, saya mendapat maklumat bahawa nilai kecurian yang di lakukan mencecah sehingga RM50,000.00 sebulan dan apabila perkara ini terbongkar, tiada lapuran Polis di buat, munkin pengurus bimbang jika perkara ini di lapurkan, prestasinya akan tercemar, oleh itu perkara ini di diamkan sahaja.

Peneroka pula, ramainya yang berfikiran ambil mudah, alah.....aku peduli apa, orang nak curi ke... nak ape ke...lantaklah, yang penting tiap bulan aku dapat RM2,000.00, kalau hutang pun bukannya felda minta kat rumah, inilah mentaliti subsidi yang di miliki oleh sebahagian peneroka, nah.....akibat dari pemikiran ini, kini peneroka baru tersentak, bahawa hutangnya telah menjangkau RM100,000.00.

Itu belum lagi dicampur dengan kes kecurian buah sawit yang dilakukan oleh anak peneroka sendiri, ini juga satu masaalah yang sehingga ini tidak dapat diatasi.

Kesimpulannya masaalah ini tidak akan selesai, selagi kebun kita di uruskan oleh orang lain, nak puas hati, ambil dan urus sendiri ..................habis cerita.







28 Januari 2010

Upahnya masih di era tahun 60an


Salam untuk semua,

Sudah lebih dari satu minggu saya tidak muncul menemui anda semua, bukan apa, saya banyak menghabiskan masa menulis kembali diary, mengemaskini tentang lapuran tahunan cukai pendapatan, menyusun album gambar-gambar lama untuk dimasukkan kedalam blog peribadi yang baru diwujudkan .

Alhamdulillah dengan cara ini, akan memudahkan jika saya mahu meneliti dan memerlukan segala dokumen tersebut walau di mana pun saya berada, yang penting di situ ada server internet dan sudah tentulah juga mesti ada komputer atau smartphone, inilah kecanggihan teknologi yang perlu kita manfaatkan.

Ok, kali ini saya ingin menarik perhatian anda semua, tentang satu penginiayaan yang masih berlaku, walaupun kini, kita sudah berada di zaman serba maju dan canggih seperti sekarang ini.

Apa yang saya maksudkan ialah, peri adanya orang atau pihak-pihak tertentu yang masih memberikan upah kepada pekerjanya dengan kadar upah yang diberikan di dalam era tahun 60an.

Semalam ketika saya mahu ke kebun meninjau kebun saya, saya terserempak dengan sekumpulan orang lelaki dan perempuan yang di kategorikan dari generasi kedua, mahu pergi membaja dan sedang bersedia mahu menaiki lori.

Saya bertanya tentang upah yang di berikan, terkejut saya apabila di beritahu bahawa upah membaja bagi sebeg baja seberat 50 kg ialah RM1.00 ke RM1.20.

Saya tanya " tidakah dulu upahnya RM2.00 ke RM2.20 sebeg ?," mereka jawab, "itu dulu."........ aik...apa ni...? makin lama kerja, makin murah upahnya.....bengong betul majikan mereka...

Didalam hal membaja ni, saya ada juga pengalaman, sebab, semasa mula-mula saya buat kebun sawit ni, saya memang membaja sendiri, tapi rasanya kalau upah RM1.00 sebeg di era sekarang ini, sangat tak patut.


Seorang pekerja menabur baja, untuk menyiapkan 10 beg, terpaksa bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tnghari, cuba bayangkan, yang diperolehi dari upah RM1.00 sebeg ialah RM10.00, didalam keadaan barang yang serba mahal sekarang ini, apakah patut masih ada orang yang bekerja bergaji hari, masih dapat RM10.00 sehari.

Itulah sebabnya, sekarang saya mengupah orang menabur baja, saya bayar sekurang-kurangnya RM2.50 ke RM3.00 sebeg.

Saudara-saudara nak tahu siapa yang upah membaja pada kadar upah ditahun 60an itu ? jawapannya ialah felda teknoplant, memang tiada hati perut betul mereka-mereka ini, tahunya nak untung sahaja.

Yang peliknya, didalam keadaan mereka membayar upah yang sangat murah itu, hutang peneroka masih bernilai ratusan ribu ringgit, patutnya apabila mereka dapat bayar upah buruh pada kadar yang rendah, hutangnya kuranglah........ini dak pulak.

Tetapi bagi generasi kedua yang tiada pilihan, walaupun upah sangat murah, mereka masih bekerja juga.......ya lah nak buat macam mana............dah nasib.....

Oleh itu disini saya mengambil kesempatan menyeru kepada pihak atasan felda, jengok-jengoklah apa yang terjadi di peringkat bawahan ini, nanye sangat pekerja generasi kedua ini.....................








20 Januari 2010

Tergamaknya pengurusan felda ugut peneroka.

Setelah peneroka felda Kemahang 3, di Tanah Merah, Kelantan, berjaya didalam tuntutannya mencari keadilan semalam, maka munkin ramai dikalangan umum mahu mengetahui, bagaimana mulanya kejadian, apa yang di panggil " felda tipu peneroka " ini.

Setelah saya membelek kisah lama, sejak bermulanya kes ini di Mahkamah, maka inilah yang saya temui =


PENEROKA DIUGUT OLEH PENGURUSAN FELDA


PUTRAJAYA 8 Jan.2009 – Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pernah didakwa mengugut untuk mengusir 354 orang peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan daripada tanah rancangan itu jika mereka mengambil tindakan yang boleh menjejaskan reputasi agensi kerajaan tersebut.

Peguam Yusfarizal Yusof berhujah, ugutan itu dibuat dalam satu pertemuan antara pengurusan tertinggi Felda dan pihak peneroka pada pukul 9.30 malam, 1 November 2002 di Pusat Kegiatan Ummah Felda Kemahang Tiga.

Beliau yang mewakili kumpulan peneroka tersebut menyatakan, perjumpaan itu turut dihadiri oleh Datuk Mustapa Mohamed yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jeli. Turut hadir, Naib Pengerusi Felda Kemahang 3 , Aziz Zakaria.

Yusfarizal berhujah, berikutan ugutan itu, peneroka-peneroka tersebut membuat laporan polis, dua hari kemudian.

Menurut peguam, pada 13 Oktober 2001, mereka pernah membuat laporan polis lain setelah mengesyaki wujud unsur-unsur penipuan dan konspirasi terhadap sistem timbangan kelapa sawit bagi mengurangkan mutu hasil tanaman itu bermula tahun 1997 hingga 2002.

Keadaan itu disedari apabila seorang daripada plaintif menemui salinan asal `Akuan Penerimaan BTS (berat timbang sawit)' yang dikeluarkan defendan ketiga yang mengandungi cop `penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (kadar perahan gred) 18 peratus.'

Mengikut salinan asal surat akuan berkenaan, `penjualan BTS itu adalah di atas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar.' Plaintif bagaimanapun menegaskan mereka tidak pernah bersetuju dan tiada pengetahuan mengenai persetujuan penjualan terbabit.

Menurut plaintif, mutu KPG di bawah 18 peratus bagi buah sawit yang diusahakan mereka adalah salah, tidak tepat dan bercanggah dengan mutu perahan sawit yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Selanjutnya, plaintif menegaskan defendan pertama dan kedua sama-sama (sebagai pihak menjalankan tanggungjawab menjual), berkonspirasi dengan defendan ketiga (sebagai pihak membeli) dengan melakukan penipuan mutu KPG hasil/buah sawit yang diusahakan plaintif. Plaintif mendakwa disebabkan penipuan dan/atau konspirasi itu, mutu KPG buah/hasil sawit mereka susut nilai antara dua dan tiga peratus KPG bagi setiap tan dan mengalami kerugian antara RM30 dan RM50 setiap tan yang dijual kepada defendan ketiga sepanjang tempoh penipuan itu dilakukan iaitu sejak defendan ketiga ditubuhkan pada 1995.

Plaintif juga menegaskan penipuan dan konspirasi menipu plaintif oleh defendan pertama, kedua dan ketiga dilakukan dengan sengaja dan berniat jahat untuk mendapatkan balasan kewangan yang dibahagikan mengikut persetujuan masing-masing, walaupun sedar cara yang digunakan tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan tuntutan moral.

Plaintif juga mendakwa sudah berkali-kali mendesak dan menuntut daripada defendan pertama, kedua dan ketiga untuk menunjukkan semua rekod jual beli dan membayar ganti rugi bagi setiap tan buah/hasil sawit yang dijual tetapi tidak dipenuhi.

Sehubungan itu, plaintif menuntut defendan supaya membayar segala kerugian yang ditanggung selama tempoh penipuan dilakukan. Mereka juga meminta ganti rugi teladan terhadap tindakan defendan yang mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan plaintif.

Plaintif juga menuntut kadar faedah lapan peratus setahun dikenakan bagi jumlah kerugian berkenaan dari tarikh memfailkan writ saman sehingga kes diselesaikan, lain-lain kerugian am dan khas, kos peguam, kos tindakan dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peneroka mendakwa, penipuan itu menyebabkan mutu KPG buah/hasil sawit susut nilai antara dua dan tiga peratus KPG bagi setiap tan menyebabkan mereka kerugian di antara RM30 dan RM50 setiap tan buah yang dijual.

Peguam itu berhujah, pihak peneroka kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi selepas mereka diugut untuk diusir dari kawasan penempatan itu berikutan penyerahan memo kepada seorang pegawai Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menolak rayuan Felda terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang tidak membenarkan permohonan agensi itu untuk membatalkan penghakiman ingkar selepas ia diperintah membayar RM7.8 juta kepada 354 peneroka itu.

‘‘Mereka telah menunggu selama enam tahun supaya kes mereka didengar dan hingga kini seramai 54 peneroka telah meninggal dunia dan dikhuatiri hak mereka untuk menuntut keadilan akan dinafikan,” ujar Yusfarizal.





19 Januari 2010

Peneroka Felda Kemahang 3 berJAYA !!!!!!



PUTRAJAYA 19 Jan. – Seramai 354 orang penduduk Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan mendapat `durian runtuh' berjumlah RM11 juta setelah Mahkamah Persekutuan memerintahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar ganti rugi kerana melakukan penipuan terhadap sistem timbangan kelapa sawit.

Penantian sekumpulan peneroka itu bagi mendapat pembelaan kerana ditipu selama enam tahun berbaloi, setelah mahkamah menolak permohonan agensi itu bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Ia diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram. - Utusan juga (klik di sini )


Kenangan indah, bagaimana sekumpulan Peguam yang terdiri dari anak peneroka turut memperjuangkan nasib peneroka felda Kemahang 3.

Kisah silam


13 Januari 2008:- Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Bin Talib menerukan nafas perjuangan menegakkan keadilan mereka di Mahkamah yang merupakan ruang mencari keadilan.


Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam kes Awang Soh & 353 yang lain lwn FELDA & 2 yang lain, Mahkamah telah memberikan gantirugi am sebanyak RM7.1 juta, gantirugi teladan sebanyak 10% iaitu RM710,000, faedah keatas jumlah penghakiman daripada tarikh pemfailan tindakan dan juga kos tindakan dalam sidang perbicaraan yang disambut tepukan gemuruh 354 orang peneroka FELDA yang setia menanti keadilan dipertegakkan.


Setelah 11 tahun menderita dek kerana hak yang terang-terangan dinafikan atas nama kuasa, FELDA dan Felda Palm Indutries Sdn Bhd diputuskan telah melakukan fraud, penipuan dan konspirasi keatas peneroka-peneroka dengan memaksa mereka menjual buah sawit dengan harga yang tidak munasabah dan mengredkan buah sawit berkualiti dibawah gred yang munasabah.

6 tahun dahulu, 354 orang peneroka memanjat tangga-tangga pejabat peguam bagi menyuarakan isi hati mereka, tetapi ditolak atas pelbagai alasan. Kos yang tinggi, melawan pihak berkuasa, tiada kes, tiada bukti dan sebagainya. Namun, setelah luahan isi hati peneroka tersebut didengari oleh insan yang masih tinggi prihatin terhadap nasib anak bangsa, keadilan ditunjukkan walau terpaksa menunggu lama.


Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, berbekalkan segenggam tekad dan segunung azam memperjuangkan nasib golongan bawahan peneroka, memfailkan saman pada bulan September 2002 tanpa sebarang ganjaran lumayan yang dijanjikan.


Sesungguhnya, membuka fail atas dasar "pro bono"(percuma) bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi seorang peguam yang hanya mementingkan kepala agong (wang) dan jawatan dalam persatuan mahupun dewan perniagaan. Apatah lagi menentang pihak dianjung kuasa. Namun, tidak bagi Tetuan Wan Rohimi & Asmadi yang senantiasa sedar bahawa hak dan keadilan itu jauh lebih penting daripada kepala agong (wang).


Pasukan peguam peneroka FELDA yang rata-ratanya terdiri daripada orang kuat AD hanya meneruskan nafas perjuangan yang sama sebagaimana yang acapkali dilaungkan dalam pendedahan dan tulisan AD. Korupsi, tumbuk rusuk, rasuah, makan suap, dan pecah amanah perlu, dan perlu dibanteras. Mungkin mutakhir ini menyaksikan AD dikecam hebat oleh segelintir golongan berfikiran sempit, namun kebenaran terserlah jua. Dan nafas perjuangan tersebut akan diteruskan selagi ada nyawa. Kepada pendokong agama korupsi diluar sana, tunggu dan lihatlah. Masa anda pasti tiba!!!

Walau bukan seorang peguam, Zairul Isham, pengasas AD telah tanpa mengenal erti penat, lelah dan keringat menyumbangkan tenaga bagi membantu pasukan peguam Peneroka mengumpul bahan dan membuat kajian. Jasamu tetap dikenang!



Untuk kisah selanjutnya ........ ( klik di sini )











18 Januari 2010

Jambatan Kuala Krau

Hari ini, semasa balik dari urusan di Temerloh, saya singgah sebentar untuk meninjau Jambatan Kuala Krau yang terletak antara perjalanan dari Jerantut ke Temerloh dan sedang didalam pembinaan, Jambatan ini di jangka siap sepenuhnya dan di buka dengan resminya pada awal March 2010 nanti .

Kelebihan Jambatan ini kepada penduduk di sekitarnya dan juga kami dari felda kota Gelanggi 01 ialah, dapat memendekkan jarak perjalanan ke Bandar Temerloh.

Masa yang di ambil jika mahu pergi ke Temerloh sekarang, iaitu sebelum siapnya Jambatan Kuala Krau ialah, Dari felda kota gelanggi 01 ke Simpang Jengka 8, 10 minit, dari Simpang Jengka 8 ke Jerantut, 15 minit, dari Simpang Jerantut ke Kuala Krau 25 minit, dari Kuala Krau ke Temerloh 20 minit. Jumlah masa 70 minit @ 1 jam 10 minit ( ujian di atas berdasarkan kelajuan kereta 80 - 100 km sejam, kadar yang sederhana)


Apabila Jambatan Kuala Krau siap kelak, masa yang diambil ialah dari felda Kota Gelanggi 01 ke Simpang Jengka 8, 10 minit, dari Simpang Jengka 8 ke Kuala Krau melalui Jengka 9, 12, 13, felcra Rumpun Makmur dan seterusnya Jambatan Kuala Krau ialah 25 minit, dari Kuala Krau ke Temerloh 20 minit, jumlah 55 minit, masa yang dapat dijimatkan, 15 minit.

Setelah balik, sebelum saya sampai ke rumah, saya singgah sebentar di Simpang jengka 8, meninjau kawasan perumahan di Jengka 8, kawasan perumahan ini sudah 60 peratus siap, tetapi sedang menghadapi masaalah kewangan dan telah tergendala, entah bilalah agaknya akan siap.






Jadikan Kuala Krau pusat pertumbuhan baru






15 Januari 2010

Serangan pengganas di felda kota gelanggi 01


Selama ini kita sering mendengar di TV atau membaca di akhbar tentang serangan pengganas, namun kali ini saya telah menyaksi dan mengalami sendiri peristiwa tersebut, memang hebat, ketika serangan tersebut berlaku, penduduk tempatan bertempiaran melarikan diri.

Ada yang berlari keluar dari rumah dan berlindung di rumah jiran, ada yang berlari dan berlindung di sebalik pokok, ada yang lari masuk kereta dan beredar ketempat yang lebih selamat.

Begitulah hebatnya serangan pengganas kali ini, tanpa rasa belas kasihan, tentera-tentera pengganas menyerang dan terus menyerang. Malangnya serangan tersebut pula di lakukan betu-betul dikawasan perniagaan dan disekitar rumah serta jiran saya, apa lagilah saya dan keluarga, serta jiran pun turut melarikan diri juga, namun kemana sangatlah yang mampu kami lari .

Serangan tersebut bermula jam 6.00ptg dan berakhir sejam kemudian iaitu sekitar jam 7.00 mlm, setelah serangan tersebut tamat, maka kami pun meninjau kerosakan harta benda yang telah kami alami.

Setelah di periksa didapati seorang pemuda telah tewas teruk, pemuda tersebut iaitu Abdul Salam, yang juga anak jiran saya, telah di di kejarkan ke Hospital Jerantut dan di tahan sehingga keadaan kembali pulih.

Semasa tentera pengganas melakukan serangan dengan melepaskan bom asap, satu pasukan lain pula merayau-rayau di sekeliling rumah dan juga dalam rumah mencari dan mengendap kedalam bilik mandi, dalam kolah, pasu bunga dan apa juga yang boleh di syakki sebagai tempat pembiakan sejenis benda halus tetapi merbahaya.

Akhirnya tentera-tentera pengganas dan pasukan pemusnah tersebut beredar setelah hari hampir malam, setelah saya tanya pasukan manakah yang berani melakukan serangan di dalam keadaan negara Malaysia yang aman damai ini .

Saya di beritahu bahawa pasukan tersebut rupanya dari Jabatan Kesihatan Jerantut, yang menyembur asap bagi membunuh baka-baka nyamuk aedes di sekeliling kawasan perniagaan felda kota gelanggi 01.

Semua ini di lakukan kerana seorang pemuda, Abdul Salam bin Hj Nasir, ia itu anak jiran saya Hj.Nasir Jaafar dikejarkan ke Hospital semalam dan terpaksa ditahan di wad kerana di syakki terkena demam Denggi .



Aiiii pengganas pompuan pun ada juga ? Hai...... peluru dah habis ke.............








12 Januari 2010

SPR pantau pilihan raya ketua murid


Biar betul.......fikir saya, didalam keadaan Mesjid yang kadang-kadang ada yang tidak mesyuarat agong dah lebih 10 tahun, tiba-tiba, sianak kecil boleh berpilihanraya pulak......saya nak jadi budak kecik pulak lah...............





MURID Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur, Aimi Sarafana Balqis membuang undi pada pilihan raya pemilihan ketua murid, semalam.

KUALA LUMPUR: Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya semalam dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

Pemilihan yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Pada pemilihan itu, Khairul Azli Khairul Razi diumumkan sebagai pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.


Calon lain, Nurul Amalina Amiruddin mendapat 177 undi, diikuti Nik Zaman Faisal Zakimi (86) dan Mohammad Shahril Mohammad Anuar (57) undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya yang juga Guru Besar sekolah berkenaan, Nik Nab Sulaiman pada jam 2.10 petang dan dipantau Timbalan Pengarah SPR Wilayah Persekutuan, Khairul Amri Ishak.

Seramai 966 atau 91.7 peratus daripada 1,053 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk satu undi pos melalui internet yang dilakukan guru yang kini melanjutkan pengajian ke luar negara, manakala tiga undi rosak.

Proses pembuangan undi itu dimulakan oleh Nik Nab, diikuti guru dan kakitangan sekolah serta murid Tahun Dua hingga Enam membabitkan lima saluran peti undi.

Nik Nab ketika ditemui pemberita, berkata pilihan raya bagi memilih ketua murid di sekolah itu sudah dua kali diadakan, tetapi tahun ini pertama kali dijalankan dengan kerjasama SPR bertujuan menerapkan konsep demokrasi yang diamalkan negara kepada generasi muda.

Beliau berkata, semua calon berkempen sejak seminggu lalu dengan pelbagai cara termasuk memasang poster, mengedar kalendar yang tertera nama dan slogan masing-masing serta mengadakan kempen dari kelas ke kelas.

Kelima-lima calon turut berkempen untuk kali terakhir pada sesi pidato semalam sebelum pusat pengundian dibuka. Proses pengiraan undi turut dilakukan kakitangan SPR dan sekolah bermula jam 1.20 petang.

Nik Nab berkata, perancangan untuk mengadakan pilihan raya itu bermula sejak Disember lalu dengan menghantar kertas kerja kepada SPR untuk mendapat kerjasama menjalankannya seperti pilihan raya sebenar.

"Setiap kelas diarah menghantar nama tiga calon menjadikan jumlah keseluruhan calon peringkat awal seramai 100 pelajar sebelum jumlah itu dikecilkan kepada 80 orang dan kemudian 60 murid dipilih untuk menjalani kursus sehari semalam bagi memenuhi syarat yang ditetapkan pihak sekolah.

"Daripada kursus itu, kita memilih lima pelajar terbaik untuk dicalonkan sebagai ketua murid pada sesi persekolahan kali ini dengan proses penamaan calon bermula pada 5 Januari lalu," katanya.


Dulu.................mahasiswa dilarang berpolitik, alasannya, mahasiswa adalah golongan pelajar, oleh itu mahasiswa mesti tumpukan kepada pelajaran.

Puncanya arahan ini dikeluarkan ialah kerana di masa itu, zaman Anwar Ibrahim menjadi ketua pelajar, yang mengetuai protes kes kebuluran di Baling Kedah dan lain-lain lagi.

Sejak itu, Mahasiswa Universiti di larang berpolitik dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 di wujudkan.

Yang anehnya untuk pelajar di luar negara, mahasiswa di bolehkan pula menubuhkan kelab politik iaitu kelab Umno, maka meratalah kelab Umno di tubuhkan, di Kaherah ada, di UK ada, di Indonesia ada, cuma di Malaysia tak boleh...................

Kini anak sekecil darjah enam kebawah di ajar cara-cara berpolitik pula.................hai...entahlah.............

nota =

Setelah di teliti, rupanya yang berlaku pelajar sekolah di ajar berpolitk ini adalah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, sekolah golongan elit, patutlah..............

Di zaman penjajah, Malay Kolej Kuala Kangsar adalah sekolah khusus untuk golongan atasan, orang biasa jangan harap nak bersekolah disana.................apakah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 dari spesis ini ? ...................jangan marah jika telahan saya ini tidak betul .......



Timbalan Pengerusi SPR kurang setuju pilih ketua murid ala pilihan raya


Itu pendapat timbalan pengerusi SPR.......anda pula bagaimana ? silalah komen










11 Januari 2010

Tidak pernah serik


Saya tertarik untuk menyiarkan kembali berita ini, sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan kejadian serupa menimpa kita,

Berita seperti ini bukanlah kisah baru bagi kita, tetapi yang menghairankan, orang ramai masih tidak serik-serik dengan skim pelaburan seperti ini............ikutilah berita selanjutnya.


KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kirakira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.

Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.

Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.

Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.

Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.
Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas.

Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.

"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran
KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.


Berdasarkan berita di atas, pelaburan ini di janjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus, bermakna setahun 39.6 peratus, pada saya ini adalah satu kadar yang munasabah, munkin atas sebab inilah maka ramai dari kalangan pelabur terlibat.

Jikalau begitu, apakah puncanya penganjur skim itu, iaitu Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd masih melarikan diri ? saya sangat percaya, punca utama ialah kerana sedari awal penubuhannya, ALP KWA ini sudah berniat mahu menipu orang ramai.

Mereka tahu, kalau berniaga secara biasa dan terpaksa pula membayar dividen sebanyak itu, sudah tentu perniagaan mereka kurang berdaya maju, satu perkara lagi yang perlu di fikirkan, jikalah kita andaikan bahawa KWA ini betul-betul mahu menjalankan perniagaan dan mereka yakin bahawa perniagaan mereka boleh berdaya maju.

Mengapa mereka membuka skim perniagaan mereka kepada orang awam ? bukankah lebih baik mereka membuat pinjaman Bank, yang kadar faedahnya didalam linkungan 6% setahun sahaja atau kurang dari itu.

Dengan membuka perniagaan seperti itu dan menerima deposit dari orang ramai, mereka terpaksa membayar dividen sebanyak 39.6 % setahun, kepada pendeposit, satu jumlah yang jauh lebih besar dari faedah yang dikenakan oleh Bank.

Lagi satu kemunkinan yang membuatkan ALP KWA berubah fikiran ialah kerana, setelah mereka membuka tawaran kepada pendeposit untuk membuat caruman, mereka dapati caruman mencurah-curah masuk sehingga berjumlah puluhan jutaan ringgit, melebihi dari nilai harta syarikat mereka.

Satu perkara biasa, syarikat yang beroperasi seperti ini, lazimnya mempunyai nilai harta yang sedikit, malah jika kita teliti didalam kes KWA ini, kita akan dapati bahawa KWA ini hanyalah menyewa premis orang sahaja, oleh itu modal harta mereka sebenarnya lagilah sedikit, setakat modal kos operasi sahaja.

Kerana itu mereka berpendapat, sebelum berlaku sesuatu yang boleh menyusahkan mereka, lebih baik mereka cabut dulu.


Inilah yang lazimnya berlaku dan setelah mereka menutup perniagaan, setelah mereka enjoy beberapa bulan, mereka akan membuka perniagaan baru dengan nama baru pula, inilah putaran yang sentiasa terjadi.

Setelah itu mereka akan mencari pelanggan lagi, kali ini pelangan mereka adalah pelangan baru yang belum merasa bagaimana peritnya kena tipu dan kini giliran pelangan baru inilah pula yang tertipu, begitulah roda berpusing tidak sudah-sudah sejak zaman Pak Man Telo sampai lah sekarang ........................................








09 Januari 2010

Antara dua kekeliruan .........

Oleh kerana penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian masih belum sejuk, maka saya sekali lagi ingin menarik perhatian anda semua terhadap isu tersebut, kali ini berkaitan kekeliruan dari aspek kepenggunaannya.

Kekeliruan pertama adalah berkaitan apa yang terdapat daripada poster dibawah, tetapi saya rasa kekeliruan ini hanya akan melibatkan kanak-kanak sahaja......................
Orang dewasa rasanya tidak akan keliru, kecuali bagi mereka-mereka yang sangat jahil tentang Ugama Islam.



Namun kekeliruan bagi gambar di bawah ini, saya percaya, akan melibatkan semua orang samada kanak-kanak, orang dewasa atau tok-tok lebai sekali pun.......

Kekeliruan yang saya maksudkan ialah, dari apa yang kita lihat daripada gambar diatas, di mana satu tunjuk perasaan telah dilakukan di Masjid Shah Alam semalam, para pendemontrasi ini telah membawa poster diatas dan memijak gambar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Persoalannya poster yang mereka pamerkan itu pada pendapat saya, boleh mengelirukan, Allah untuk Islam sahaja.

Bukankah Allah itu Tuhan semua manusia di dunia ini...........tidak terkecuali sesiapa pun, sama ada dia orang nak percaya atau tidak, hakikatnya Allah untuk semua...........

Tuhan hanyalah satu, iaitu Allah, mana betul Allah untuk orang Islam sahaja........

Apakah ada tuhan lain untuk Kristian, ada tuhan lain untuk Buddha, ada tuhan lain untuk Hindu ?

Hakikatnya kita tidak mengiktiraf tuhan-tuhan patung mereka itu, yang ada hanyalah Allah, oleh itu perbuatan orang diatas itu tidak betul, mengatakan Allah untuk orang Islam sahaja, adalah ajaran sesat...... tak gitu ustaz..........

Saya percaya Khalid Samad menjadi punca kemarahan para demontrasi ialah kerana gara-gara menerangkan konsep inilah......... jadi salahkah Khalid Samad ?







07 Januari 2010

Blog berjaya menjadi saingan kepada akhbar

Didalam keadaan dunia semakin maju sekarang ini, saya tertarik dengan kebimbangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Didalam satu kenyataan hari ini, Majlis Eksekutif NUJ menggesa pemilik media cetak supaya menilai semula operasi mereka ekoran kemerosotan edaran dan kehilangan pembaca yang beralih kepada media alternatif, Media cetak mesti mengambil kira realiti semasa bagi menyekat kemerosotan tersebut.

Tambahnya lagi "Akhbar sedang berdepan dengan cabaran-cabaran dari portal berita dan blog yang menyediakan kepada orang ramai berita dan pandangan yang sama ada tidak disiarkan atau tidak diberi keutamaan di media cetak . "

Menurut kenyataan itu lagi, orang sudah berhenti membaca surat akhbar kerana mereka rasa ia tidak lagi menawarkan nilai bagi wang yang dibelanjakan untuk membelinya - satu kecendurungan yang ketara, terutama selepas pilihan raya umum 2008.

Oleh itu, katanya, pemilik media mesti memberi perhatian terhadap persekitaran semasa dan membuat penilaian semula secara jujur untuk menyekatkan kemerosotan tersebut yang memberi kesan kepada kehidupan wartawan, editor, jurugambar dan kakitangan sokongan yang lain.

Menurut NUJ, ketika parti-parti politik sedang mengusahakan perubahan dan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi tuntutan pengundi, industri media pula masih terperangkap dalam kepompong masa.

"Pemilik media mesti menyedari bahawa pembaca merupakan pengguna yang mempunyai pilihan dan altenatif untuk mendapatkan maklumat.

"Jika keadaan semasa ini dibiarkan berterusan, maka akan tiba masanya apabila akhbar akan kehilangan peranannya sebagai penyedia maklum balas kepada kerajaan.

"Kita bimbang, pengiklan juga akan meninggalkan surat khabar dan beralih kepada bentuk media alternatif untuk memaksimumkan perolehan mereka.

"Anggota NUJ juga akan terjejas apabila pemilik media tidak lagi mampu untuk menyediakan gaji yang sewajarnya dan suasana kerja yang lebih baik kepada kakitangan mereka," katanya.


Saya memetik berita diatas dan menyiarkannya kerana merasakan bahawa kebimbangan NUJ itu ada asasnya, antara sebab orang ramai semakin beralih kepada blog untuk mendapatkan berita terkini ialah kerana berita dari blog lebih cepat dan boleh di percayai.

Namun ukuran " boleh di percayai " tersebut hendaklah di nilai berdasarkan, adakah tulisan penulis blog tersebut selama ini tidak di penuhi dengan pembohongan dan putar belit semata-mata.

Saya rasa ramai dari pembaca blog yang ada kaedah tersendiri untuk menilai tentang perkara ini, walau macammana pun tidak di nafikan ada segelintir pembaca blog yang membaca blog-blog tertentu berdasarkan keserasian mereka dengan cara penulis blog yang mereka minati.

Saya ada contoh beberapa blog yang bukan mementingkan kebenaran, tetapi yang penting bagi mereka ialah menyokong semata-mata, blog seperti ini ada dikalangan semua parti politik, namun saya tidak berhajat untuk menonjolkan mereka disini, saya percaya anda pembaca boleh mencari sendiri.

Secara individu saya mengharapkan semua penulis blog menulis secara bertanggung jawab, jauhi dari memaki hamun, mencarut dan seumpamanya walaupun kepada orang yang tidak kita sukai.

Semoga dunia blog berkembang semakin maju dan semakin diminati ramai...........




06 Januari 2010

Aiiikkkkkk kamu yang mencurinya ye ?

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN
K. Rajandran (kanan) dan seorang anggota tentera berpangkat Sarjan, N.Tharmendran (kiri), yang didakwa berhubung kehilangan dua enjin Pesawat F-5E milik TUDM dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.



Apabila saya membaca berita diatas, saya teringat kepada " keling " beli besi buruk, yang sering merayau-rayau di sekeliling kampung dan berteriak dari atas lorinya " besi buruk, besi buruk, besi buruk ada ka..."
( maaf ye kerana saya panggil keling, iaitu merujuk kepada orang India, sebab orang kampung selalu panggil keling)

Rupa-rupanya keling beli besi buruk ni, dah naik statusnya, boleh niaga juta-juta.....wow... hebat, hebat, ada hubungan bisnes diluar negara pulak tu.............., dan yang lebih hebatnya.....boleh jual enjin jet secara timbang kilo tu........................... kah...kah...kah.

Nasib baik lakunya 50 juta sebiji x 2 biji...............100 juta...beb.

Dah lah gitu, kehilangannya dah setahun baru disedari .............

Aiiiiiiiiii malunya tentera Malaysia, jadi berita dunia pulak tu......rupa-rupanya yang mencurinya, dan pembelinya ..........keling beli besi buruk.


Persoalannya, apabila saya tanya kepada 20 orang responden, semuanya kata karut....... kenapa karut ?

Dia orang cakap, tak munasabah langsung, tak kanlah sarjan je buat kerja ni, pulak tu beritanya terpendam begitu lama, macam menyembunyikan sesuatu je.................

Saya cakap, hai......... tak kan tak percaya, kan yang buat pendakwaan tu peguam negara, " alah.....semua tu saja nak tutup cerita sebenar je ".............kata mereka.

Saya terdiam dan berfikir......kalau macam ini, tiada jalan lain lagi bagi menyakinkan rakyat, tubuhkan sahaja Suruhanjaya DiRaja baru selesai.

Saya teringat kepada kes lama, apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim di pukul didalam lokap di Bukit Aman dulu sampai lebam mata, mula-mula di arahkan Polis siasat, siasat punya siasat keluar kenyataan, bahawa memang benar DSAI di pukul, tetapi Polis yang menyiasat kes tersebut tidak berani menamakan orang yang memukulnya, sebab pegawai penyiasat tersebut adalah dari pangkat rendah.

Akhirnya setelah di tubuhkan Suruhanjaya Di Raja, barulah di ketahui bahawa yang memukul DSAI ialah ketua Polis Negara sendiri iaitu Rahim Noor.

Begitu juga didalam kes pembunuhan Atantuya, yang kena hukum gantung ialah 2 orang Polis dari UTK, persoalan siapa yang mengarahkan 2 orang Polis ni membunuh tidak terjawab sampai sekarang.

Oleh itu kalau nak tahu siapa sebenarnya yang mengarahkan keling besi buruk itu mencuri enjin jet tersebut, maka tiada pilihan lain lagi kecuali di tubuhkan SJD, itu saja jalannya.

Tetapi tak tahu pulak lah, kot, kot sengaja tak nak tubuh SJD bagi menutup pekung yang terlalu besar ................. munkin juga........................






Nilai blog ini .............

Secara tidak sengaja, sewaktu saya merayau-rayau di laman blog, saya terjumpa website dibuat dengan tujuan menilai blog/website dalam bentuk nilai tukaran duit di blog Fakulti Siyasah Syar'iyah kelolaan Dr. Abdul Arbain, setelah saya mencubanya, maka inilah nilai blog saya menurut penilaian website tersebut...............berapa nilainya ? $ 6,690.9 je...........alahai sedihnya....................



Azinang.blogspot.com Valuation $6,690.9

Website Value $6,690.9
Daily Pageviews <>
Daily Visitors <>
Pagerank 1
External Links -
Display your website badge

My site is worth$6,690.9Your website value?

Valuation Notes
Voice your opinion, write a review about http://www.azinang.blogspot.com

discussion by DISQUS

Add New Comment

thumbnail
LKTP1436
Online Since: July 31st, 2000
Popular in Countries: United States
Value Metric
1.52

Web Recognition