28 Januari 2010

Upahnya masih di era tahun 60an


Salam untuk semua,

Sudah lebih dari satu minggu saya tidak muncul menemui anda semua, bukan apa, saya banyak menghabiskan masa menulis kembali diary, mengemaskini tentang lapuran tahunan cukai pendapatan, menyusun album gambar-gambar lama untuk dimasukkan kedalam blog peribadi yang baru diwujudkan .

Alhamdulillah dengan cara ini, akan memudahkan jika saya mahu meneliti dan memerlukan segala dokumen tersebut walau di mana pun saya berada, yang penting di situ ada server internet dan sudah tentulah juga mesti ada komputer atau smartphone, inilah kecanggihan teknologi yang perlu kita manfaatkan.

Ok, kali ini saya ingin menarik perhatian anda semua, tentang satu penginiayaan yang masih berlaku, walaupun kini, kita sudah berada di zaman serba maju dan canggih seperti sekarang ini.

Apa yang saya maksudkan ialah, peri adanya orang atau pihak-pihak tertentu yang masih memberikan upah kepada pekerjanya dengan kadar upah yang diberikan di dalam era tahun 60an.

Semalam ketika saya mahu ke kebun meninjau kebun saya, saya terserempak dengan sekumpulan orang lelaki dan perempuan yang di kategorikan dari generasi kedua, mahu pergi membaja dan sedang bersedia mahu menaiki lori.

Saya bertanya tentang upah yang di berikan, terkejut saya apabila di beritahu bahawa upah membaja bagi sebeg baja seberat 50 kg ialah RM1.00 ke RM1.20.

Saya tanya " tidakah dulu upahnya RM2.00 ke RM2.20 sebeg ?," mereka jawab, "itu dulu."........ aik...apa ni...? makin lama kerja, makin murah upahnya.....bengong betul majikan mereka...

Didalam hal membaja ni, saya ada juga pengalaman, sebab, semasa mula-mula saya buat kebun sawit ni, saya memang membaja sendiri, tapi rasanya kalau upah RM1.00 sebeg di era sekarang ini, sangat tak patut.


Seorang pekerja menabur baja, untuk menyiapkan 10 beg, terpaksa bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tnghari, cuba bayangkan, yang diperolehi dari upah RM1.00 sebeg ialah RM10.00, didalam keadaan barang yang serba mahal sekarang ini, apakah patut masih ada orang yang bekerja bergaji hari, masih dapat RM10.00 sehari.

Itulah sebabnya, sekarang saya mengupah orang menabur baja, saya bayar sekurang-kurangnya RM2.50 ke RM3.00 sebeg.

Saudara-saudara nak tahu siapa yang upah membaja pada kadar upah ditahun 60an itu ? jawapannya ialah felda teknoplant, memang tiada hati perut betul mereka-mereka ini, tahunya nak untung sahaja.

Yang peliknya, didalam keadaan mereka membayar upah yang sangat murah itu, hutang peneroka masih bernilai ratusan ribu ringgit, patutnya apabila mereka dapat bayar upah buruh pada kadar yang rendah, hutangnya kuranglah........ini dak pulak.

Tetapi bagi generasi kedua yang tiada pilihan, walaupun upah sangat murah, mereka masih bekerja juga.......ya lah nak buat macam mana............dah nasib.....

Oleh itu disini saya mengambil kesempatan menyeru kepada pihak atasan felda, jengok-jengoklah apa yang terjadi di peringkat bawahan ini, nanye sangat pekerja generasi kedua ini.....................








Tiada ulasan: