30 Januari 2010

Masaalah lama yang belum selesai


Malam ini saya menghadiri satu majlis pertemuan antara beberapa orang peneroka yang mengambil aleh ladangnya dengan AJK Biro Felda PKR Pahang, yang di ketuai oleh Hj. Suhaimi Said, seorang peguam Veteran dari Temerloh, yang tidak jemu-jemu mendengar apa juga permasalahan yang disuarakan oleh golongan peneroka.

Pertemuan tersebut diadakan adalah di atas permintaan Idris Ali yang juga seorang peneroka dan Isterinya Ustazah Saadiah adalah ketua wanita Umno cawangan felda kota gelanggi 01 dan pertemuan tersebut diadakan di rumah beliau.

Sebenarnya tiada perkara baru yang di utarakan, tetapi masaalah ini tetap menghantui sanubari setiap peneroka yang menyerahkan kebunnya kepada felda, masaalah yang saya maksudkan ialah berkaitan hutang yang dikatakan sudah mencecah hampir seratus ribu ringgit.

Kebanyakan peneroka tidak faham kenapa hutang mereka boleh mencapai dan menjadi begitu banyak, sedangkan hasil kebun ada dan harga pula agak mahal.

Sebenarnya jika di teliti kenapa ini terjadi, ialah kerana felda teknoplant telah gagal didalam mengawal perbelanjaan, dan gagal mengawal didalam urusan pengeluarkan buah sawit, kebersihan ladang dan lain-lain semasa dari peringkat awal pokok sawit berbuah sampai sekarang.

Masaalah ini menjadi lebih parah, apabila felda menjadikan segala perbelanjaan dan pendapatan dari hasil ladang selama ini sebagai sesuatu yang harus dirahsiakan dari pengetahuan peneroka dan tidak pernah di bentangkan didalam mesyuarat AJK tanam semula.

Dari pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang AJK tanam semula, sebelum saya mengambil aleh kebun saya sebelum ini, apa yang di bentangkan ialah jumlah tan buah sawit yang berjaya di keluarkan setiap bulan, serta berapa pusingan meracun berjaya dilakukan setahun, itu saja........

Tentang berapa jumlah pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan atau setiap tahun tidak pernah di nyatakan, apabila ditanya, jawapannya ialah, segala perbelanjaan tersebut akan dinyatakan apabila tiba masanya nanti, iaitu apabila tiba masa titik pulang modal.

Saya sangat percaya, antara punca segelintir dari kalangan pegawai yang menjaga ladang berani melakukan penyelewengan dan bersubahat pula dengan mandur dan driver lori, menjual buah sawit kepunyaan peneroka ialah kerana faktor kerahsiaan inilah.

Apabila semuanya dirahsiakan, mana kita nak tahu berlaku penyelewengan, pengurus hanya memantau diatas kertas sahaja, kalau turun keladang pun hanya sekali sekala sahaja, maklumlah pengurus kerja banyak, nak mesyuaratlah dan lain-lain hal.

Kalau tahu pun, pengurus takut pula nama terjejas, dan dikatakan tidak tahu mengurus, oleh itu semua lapuran adalah baik belaka, Betul ada audit setiap tahun, tetapi audit bukan boleh mengesan penyelewengan yang berlaku diladang, kalau buah kurang, dibuat lapuran yang munasabah bahawa antara sebabnya berlaku begitu, beginilah.

Kalau ladang semak, dibuat lapuran bahawa antara sebabnya begitu beginilah, dan semasa lawatan keladang pula, sengaja di atur supaya lawatan hanya melalui kawasan yang terang sahaja dan yang semak jangan lalu.

Berkaitan kes kecurian buah sawit seperti yang saya sebutkan diatas, saya mendapat maklumat bahawa nilai kecurian yang di lakukan mencecah sehingga RM50,000.00 sebulan dan apabila perkara ini terbongkar, tiada lapuran Polis di buat, munkin pengurus bimbang jika perkara ini di lapurkan, prestasinya akan tercemar, oleh itu perkara ini di diamkan sahaja.

Peneroka pula, ramainya yang berfikiran ambil mudah, alah.....aku peduli apa, orang nak curi ke... nak ape ke...lantaklah, yang penting tiap bulan aku dapat RM2,000.00, kalau hutang pun bukannya felda minta kat rumah, inilah mentaliti subsidi yang di miliki oleh sebahagian peneroka, nah.....akibat dari pemikiran ini, kini peneroka baru tersentak, bahawa hutangnya telah menjangkau RM100,000.00.

Itu belum lagi dicampur dengan kes kecurian buah sawit yang dilakukan oleh anak peneroka sendiri, ini juga satu masaalah yang sehingga ini tidak dapat diatasi.

Kesimpulannya masaalah ini tidak akan selesai, selagi kebun kita di uruskan oleh orang lain, nak puas hati, ambil dan urus sendiri ..................habis cerita.







4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum...

Petikan daripada ulasan pihak saudara...

"Saya sangat percaya, antara punca segelintir dari kalangan pegawai yang menjaga ladang berani melakukan penyelewengan dan bersubahat pula dengan mandur menjual buah sawit kepunyaan peneroka ialah kerana faktor kerahsiaan inilah. Apabila semuanya dirahsiakan, mana kita nak tahu berlaku penyelewengan, pengurus hanya memantau diatas kertas sahaja, kalau turun keladang pun hanya sekali sekala sahaja, maklumlah pengurus kerja banyak, nak mesyuaratlah dan lain-lain hal".


Astaqfirullahh al a"zim..bawak bersabar...

Kenapa pegawai asyik jadik mangsa hinaan saudara nie. Nabi Kita Muhammad SAW.. tidak mengajar kita menghina sesama kita.

kekadang tu biler tak ader orang menegur kiter.. kita main belasah ajer..kena ingat kesannye.. itu belum tulisan saudara yang lepas-lepas.. baik saudara delet..tapi kalau saudara rase tegap biarkanlah ajer..Cuba saudara encik aziz edarkan risalah ini kepada semua orang termasuk orang pejabat..aperlah tindakan daripada pihak dia orang...entahlah sayapun tak tau nak cakap aper.. takkan dia orang biarkan ajer..

Cakap siang pandang-pandang...jangan terlalu excited bila berbahas.. nanti ader yang kena saman...macam adukataruna..makan tak habislah jawabnnya.

masa saudara duduk dalam AJK tanam semula dulu..taklah selantang macam nie.. yelah..biasalahkan...

wallahu"alam....

LKTP1436 berkata...

Terima kasih Moncake kerana sudi mengulas,

Berkaitan kenyataan "Saya sangat percaya, antara punca segelintir dari kalangan pegawai yang menjaga ladang berani melakukan penyelewengan dan bersubahat pula dengan mandur menjual buah sawit kepunyaan peneroka ialah kerana faktor kerahsiaan inilah.

Sdr kena faham, kan saya kata segelintir, bukan semua,tak kan sdr tak faham, yg segelintir inilah yg merosakkan nama pegawai yg lain,yang bagus dan jujur, dan ini memang benar-benar berlaku.

Dulu ada peneroka dah dapat bukti melalui resit penjualan kepada Mat Putih gelanggi 03, bukan sikit berpuluh tan, tetapi dia org tak bawa keatas, atas alasan kesihan.

Akhirnya pegawai tersebut telah di tukarkan....sdr tak tahu ke ini berlaku ?

Kalau sdr tak tahu, maknanya sdr ni jenis tak cakna langsung dng harta mak bapa sdr sendiri, sedangkan sdr juga mewarisi kebun dah serahkan juga kepada felda.

Atau sdr ni jenis sokong felda semata-mata, mentang-mentanglah sdr jadi kerani dng felda teknoplant, maka tak boleh nak tegur langsung felda teknoplant.

Saya pun sokong juga, tetapi yg tak betul tu kenalah kita tegur, supaya di betulkan, saya pun bukan kata tak beralas, bukan semua felda tu tak betul, kan kaki tangan felda tu manusia, didalam ramai2 tu adalah yg tak betul seorang dua.

Berkaitan tuduhan sdr bahawa " masa saudara duduk dalam AJK tanam semula dulu..taklah selantang macam nie..

Sdr ada ke semasa di dlm mesyuarat tanam semula tersebut ?

Sdr tak pernah ada pun.....

Sdr boleh tanya en Azizan, iaitu pengurus telnoplant gelanggi 01 sekarang, bagaimana saya bangun dan mempersoalkan pelbagai ketidak kepuasan hati berkaitan ladang, bagaimana saya bertegang leher dng beliau.

Ada ke patut didalam lapuran yg dibentangkan didalam mesyuarat, tertulis kononya meracun ladang dilakukan setiap 60 hari sekali, apabila saya kata, saya ada bukti bahawa meracun tidak dilakukan sekurang-kurangnya lebih dari 120 hari, dia diam dan tak terkata apa.

Saya kata kenapa duit meracun tetap dibayar kepada kontrak setiap 60 hari sekali, sedangkan kerja tidak dilakukan, sekali lagi beliau terdiam.

Begitu juga berkaitan dng jalan pertanian, saya mencadangkan supaya ditabur batu kapur di tempat yg berlubang dan jangan lagi digunakan kaedah lama dng mengaut tanah di tepi longkang dan diletakan diatas jalan yg berlubang, kaedah ini merugikan peneroka, sebab melalui kaedah ini, tahap ketahanannya tidak lama, tetapi teguran saya tidak dihiraukan.

Sdr tahu tak bahawa, jalan pertanian yg di bina melalui kaedah lama tersebut hanya bertahan 3 bulan sahaja, sedangkan belanjanya ialah RM 800,000.00 untuk peringkant 1 & 2.

Sdr boleh terima ke keadaan ini ?

Lagi satu, wang simpanan jalan pertanian peneroka semasa belum tanam semula berjumlah RM 55,000.00 di peringkat 2, sampai sekarang tidak dapat di keluarkan, saya telah jumpa pengurus felda tentang perkara ini dan mencadangkan supaya di beli batu kapur dan ditabur dijalan utama yg rosak, sampai sekarang senyap je....

Apa sdr sebagai anak peneroka tak rasa apa-apa ke tentang perkara ini ?

Saya tak kutuk felda secara membuta tuli, saya hanya cuba menegur yg tak betul sahaja, yg betul tu ok lah.

Sdr insaflah bahawa sdr tu anak peneroka, sepatutnya sdr tolong kami dan bukan memusuhi kami.

Saya harap sdr faham tentang apa yg saya perkatakan dan tidak mengugut nak menyaman saya dan menyamakan saya dng Aduka Taruna.

Cuba sdr baca balik apa yg saya tulis di entry yg lepas,tak ade pun saya buat fitnah, apa yg saya tulis adalah berdasarkan realiti yg di suarakan oleh kebanyakan peneroka.

Kadang2 ada diantara isu tersebut tidak ada kena mengena lagi dng saya sekarang, cuma saya suarakan sebagai menyatakan permasaalahan peneroka, dan setelah mengetahui ini bolehlah felda membuat penerangan kembali, kalau tak betul, nyatakan di mana tak betulnya, dan jelaskan perkara yg sebenarnya... tiada masaalah pun.

Sekian.

rohaizul berkata...

Akum tentNg cerit abg di Atas sMa juga belaku di tempat saya..ramai dikalangan peneroka DA ceritA sama dengN saya..sya da fb ngan pihak atasan trntang pengurusN ladang.. Yg kurg baik apabila pihak atasan hentam balik kpd pejBat felda d tempat saya. Maka mereka tidak boleh terimA kompeln ada di antRa merekA bejumpa ngN sya memarahi saya kenPa atr gMbar kpd pihak atasan sedangkan ketua block selalu turun ladang.dia org ni tidak boleh terima komplen

rohaizul berkata...

Akum apA cita abg di atas sama juga belaku di tempT sYa