07 Januari 2010

Blog berjaya menjadi saingan kepada akhbar

Didalam keadaan dunia semakin maju sekarang ini, saya tertarik dengan kebimbangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Didalam satu kenyataan hari ini, Majlis Eksekutif NUJ menggesa pemilik media cetak supaya menilai semula operasi mereka ekoran kemerosotan edaran dan kehilangan pembaca yang beralih kepada media alternatif, Media cetak mesti mengambil kira realiti semasa bagi menyekat kemerosotan tersebut.

Tambahnya lagi "Akhbar sedang berdepan dengan cabaran-cabaran dari portal berita dan blog yang menyediakan kepada orang ramai berita dan pandangan yang sama ada tidak disiarkan atau tidak diberi keutamaan di media cetak . "

Menurut kenyataan itu lagi, orang sudah berhenti membaca surat akhbar kerana mereka rasa ia tidak lagi menawarkan nilai bagi wang yang dibelanjakan untuk membelinya - satu kecendurungan yang ketara, terutama selepas pilihan raya umum 2008.

Oleh itu, katanya, pemilik media mesti memberi perhatian terhadap persekitaran semasa dan membuat penilaian semula secara jujur untuk menyekatkan kemerosotan tersebut yang memberi kesan kepada kehidupan wartawan, editor, jurugambar dan kakitangan sokongan yang lain.

Menurut NUJ, ketika parti-parti politik sedang mengusahakan perubahan dan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi tuntutan pengundi, industri media pula masih terperangkap dalam kepompong masa.

"Pemilik media mesti menyedari bahawa pembaca merupakan pengguna yang mempunyai pilihan dan altenatif untuk mendapatkan maklumat.

"Jika keadaan semasa ini dibiarkan berterusan, maka akan tiba masanya apabila akhbar akan kehilangan peranannya sebagai penyedia maklum balas kepada kerajaan.

"Kita bimbang, pengiklan juga akan meninggalkan surat khabar dan beralih kepada bentuk media alternatif untuk memaksimumkan perolehan mereka.

"Anggota NUJ juga akan terjejas apabila pemilik media tidak lagi mampu untuk menyediakan gaji yang sewajarnya dan suasana kerja yang lebih baik kepada kakitangan mereka," katanya.


Saya memetik berita diatas dan menyiarkannya kerana merasakan bahawa kebimbangan NUJ itu ada asasnya, antara sebab orang ramai semakin beralih kepada blog untuk mendapatkan berita terkini ialah kerana berita dari blog lebih cepat dan boleh di percayai.

Namun ukuran " boleh di percayai " tersebut hendaklah di nilai berdasarkan, adakah tulisan penulis blog tersebut selama ini tidak di penuhi dengan pembohongan dan putar belit semata-mata.

Saya rasa ramai dari pembaca blog yang ada kaedah tersendiri untuk menilai tentang perkara ini, walau macammana pun tidak di nafikan ada segelintir pembaca blog yang membaca blog-blog tertentu berdasarkan keserasian mereka dengan cara penulis blog yang mereka minati.

Saya ada contoh beberapa blog yang bukan mementingkan kebenaran, tetapi yang penting bagi mereka ialah menyokong semata-mata, blog seperti ini ada dikalangan semua parti politik, namun saya tidak berhajat untuk menonjolkan mereka disini, saya percaya anda pembaca boleh mencari sendiri.

Secara individu saya mengharapkan semua penulis blog menulis secara bertanggung jawab, jauhi dari memaki hamun, mencarut dan seumpamanya walaupun kepada orang yang tidak kita sukai.

Semoga dunia blog berkembang semakin maju dan semakin diminati ramai...........




2 ulasan:

DJ AMIEY BUNTAT berkata...

Memg r ada asas nyer pakcik aziz..kerana bloger menulis jauh dari terma kewartawanan..menulis mengikut pendapat pribadi adalah lain caranya kerana ianya tidak sgt berdasarkan fakta tetapi berdasarkan apa yang dirasai dan difikirkan.Tulisan oleh blogger boleh dijadikan pengetahuan tapi untuk jadikan panduan"sendiri fikirlah ek" hehehe..dh x berniaga hardware ke..

LKTP1436 berkata...

Salam Amiey,

Mula-mulanya Pak cik tercari-cari siapa DJ.Amiey ni.....

Rupa-rupanya Ameiy yang pernah tinggal di gelanggi 01 dulu.....
Tahniah kerana dah kerja jadi DJ radio.

Selalu-selalulah menjengok blog LKTP 1436 untuk mengetahui berita berkaitan gelanggi 01.

Terima kasih kerana memberi ulasan.