28 Mei 2009

Along atau polong ?

Setelah lebih dari seminggu, blog ini tidak di updatekan, maka hari ini saya ingin mengulas hal berkaitan along seperti mana yang disiarkan oleh kebanyakkan akhbar-akhbar utama hari ini.

Kegiatan ah long atau along, telah lama berlaku, ianya mula di terokai oleh kumpulan gangster sebagai sambungan dari gerakkan mereka dan sebagai bidang baru pelaburan mereka.

Kebanyakkan along ini menggunakan wang dari hasil rompakkan atau samun mereka untuk menukar operasi dari kegiatan jenayah keras kepada jenayah lembut.

Jenayah lembut yang saya maksudkan ialah dengan memberikan pinjaman kepada peminjam maka kesalahannya adalah lebih ringan dari melakukan rompakkan, kecuali along tersebut melakukan kekerasan melampau terhadap pelanggan mereka seperti memukul atau membunuh.

Dari pengamatan saya di felda-felda, along ini sangat aktif beberapa tahun lalu tetapi sejak beberapa bulan ini saya tidak nampak lagi mereka beroperasi, antara kemunkinannya ialah sama ada mereka ini telah menghentikan kegiatan atau kebetulan tidak terjumpa dengan saya.

Kebanyakkan pelanggan along ini adalah dari kalangan kaki judi, peniaga yang disenarai hitamkan oleh bank atau orang yang terlalu mengikut kehendak hawa nafsu dan sedikit sahaja dari kalangan orang yang benar-benar terdesak dan tahu menguruskan hidup.

Kebanyakan pelanggan mereka tahu beban yang bakal mereka pikul, tetapi mereka meminjam juga oleh kerana yakin boleh membayar atau munkin benar-benar terdesak.

Oleh itu kita tidak perlu terlalu bersimpati kepada peminjam-peminjam along dari kategori pertama, kecuali mereka yang meminjam kerana benar-benar terdesak dan untuk mengetahui sama ada seseorang peminjam tersebut dari kategori mana, kita perlulah menyelidiki daripada jiran-jiran atau kawan-kawan rapatnya, tetapi kalau dibandar munkin susah juga, kerana tahap kejiranan di bandar terlalu longgar.

Kerajaan telah berikhtiar untuk mengatasi masaalah ini dengan mewujudkan sistem pinjaman tekun dan lain-lain jenis dengan kadar faedah yang berpatutan, malangnya sistem ini telah di salah gunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengenakan syarat yang tidak sepatutnya, dan ini telah menyebabkan ada sesetengah peminjam yang enggan atau tidak layak untuk mendapatkan pinjaman.

Satu lagi masaalah yang paling rumit untuk diatasi ialah sikap sesetengah peminjam yang terlalu liat untuk membayar hutang dan satu-satunya cara mengatasinya ialah dengan cara yang di lakukan oleh along tersebut, memanglah nampak zalim, tetapi kepada orang-orang yang tidak tahu menguruskan hidup dan terlalu mengikut hawa nafsu, itulah hukuman yang setimpal dengan mereka.

Cumanya kita kasihan kepada orang yang benar-benar susah dan tahu menguruskan kehidupan tetapi menghadapi kesukaran oleh kerana sesuatu masaalah dan kepada golongan inilah yang perlu dibantu .

Kita perlu bersimpati kepada golongan yang kedua tersebut, cuma cara untuk membantunya
masih belum di temui lagi .......................
Felda Logo

21 Mei 2009

'Air ikan haruan' bahaya kepada kesihatan

SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label 'Air Ikan Haruan; oleh kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang tidak diisytiharkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia telah mengesan dexamethasone, sejenis ubatan barat yang berbahaya dalam perubatan tradisional.

Ia menyatakan dexamethasone adalah dadah preskripsi yang biasa digunakan bagi merawat penyakit radang seperti arthritis.


‘Air Ikan Haruan’, yang dipakej dalam botol-botol kecil, mendakwa dapat "membersihkan darah kotor, mengurangkan gatal kulit, memulihkan luka dalaman, menambah tenaga, mengurangkan batuk, dan mempertingkat kesihatan ibu selepas bersalin," kata HSA.


Penggunaan dexamethasone secara berterusan dan tanpa penyeliaan boleh menyebabkan reaksi negatif yang serius seperti degupan jantung tidak tetap, peningkatan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, dan kedatangan haid tidak menentu, kerosakan otot dan tulang, sawan dan gangguan mental dan perasaan.

HSA berkata ubat berkenaan tidak ditemui di kedai runcit tempatan tetapi ia bimbang mungkin ada orang ramai yang membeli produk itu dari seberang laut dan dengan tidak sengaja terdedah kepada bahaya kesihatan yang serius disebabkan oleh produk tercemar itu. - Bernama

Inilah masaalahnya, kita sering memuji-muji perubatan tradisional, kononya ianya lebih baik dari perubatan moden, telah ramai yang menjadi mangsa, cuma tidak dihebohkan sahaja.

Perubatan tradisional pada zaman dahulu diusahakan secara ikhlas dan tidak bertujuan mencari keuntungan seperti hari ini, maka bahan yang digunakan adalah bahan yang benar-benar asli, tetapi hari ini bahan perubatan tradisional telah dicampur aduk dengan bahan moden, malah ada kalanya di campurkan dengan racun berjadual dan lain-lain bahan supaya cepat berkesan.

Akhirnya yang menjadi mangsa adalah peminat perubatan tradisional itu sendiri, oleh itu anda adalah diingatkan supaya berhati-hati.




13 Mei 2009

Benarkah penemuan benih baru bakal meningkatkan hidup peneroka felda ?

Saya tertarik dengan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bahawa Penemuan benih sawit baru oleh Sime Darby boleh meningkatkan pendapatan peneroka felda .

Menurut berita tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baka baru itu agak unik kerana ia boleh menghasilkan buah sawit dan perahan minyak lebih banyak serta mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

"Kita akan berbincang dengan Sime Darby ketika Felda membuat penanaman semula nanti untuk menggunakan benih baru ini.

"Dari segi pengeluaran kita boleh menggandakan hasil dengan jumlah keluasan sedia ada supaya terdapat peningkatan dalam produktiviti 100 peratus," kata beliau.

Sebenarnya bagi kita para peneroka felda yang telah pun selesai melakukan penanaman semula kebun masing-masing sejak tiga atau empat tahun lepas, berita-berita begini telah tidak memberikan apa-apa makna lagi, tetapi kepada kawasan-kawasan baru yang belum lagi bertanam semula, munkin bolehlah menaruh sedikit harapan.

Tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang pekebun yang berminat dengan kemunculan benih baru sawit yang diwar-warkan bermutu tinggi, namun setelah di cuba ternyata ianya berakhir dengan kekecewaan.

Perkara ini pernah berlaku di tempat saya yang kebetulan kedudukannya berhampiran dengan pusat penyelidikan pertanian yang di namakan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak ( PPPTR) Tekam, milik felda.

Kisahnya bermula apabila seorang rakan saya, sangat berminat dengan keluaran benih baru sawit yang di keluarkan oleh bahagian penyelidikan PPPTR tersebut, yang dikatakan akan meningkatkan pendapatan dua kali ganda dari pengeluaran biasa.

Benih tersebut dikatakan diambil dari pucuk sawit atau dipanggil tisu sawit dan diadun didalam makmal sehingga melahirkan benuh bermutu tinggi yang belum pernah kita temui lagi sebelum ini.

Maka rakan saya itu pun membelinya dengan harga RM15.00 sepokok, walaupun benih biasa lain di ketika itu hanyalah berharga RM3.50 ke RM5.00 sepokok, setelah ditanam dan membesar sehingga berumur 10 tahun sekarang, didapati pokok tersebut mempunyi beberapa kelemahannya.

Di antara kelemahannya ialah, benar pokok tersebut banyak mengeluarkan buah, tetapi buahnya kecil-kecil dan ringan, betul benih tersebut banyak mengeluarkan minyak, tetapi kilang sawit yang membeli buah sawit pekebun dimana-mana pun, tidak mengira banyak atau sedikit buah sawit mengeluarkan minyaknya, sebaliknya yang di kira ialah beratnya.

Makin berat buah sawit, maka makin banyaklah pekebun tersebut mendapat wang, itulah realitinya.

Satu lagi kelemahan benih tersebut ialah, masa melawasnya terlalu lama, akhirnya jawapan yang pasti ialah merugikan dan rakan saya itu telah membuat keputusan untuk menebang pokok sawit tersebut dan menggantikan dengan pokok baru.

Walau pun berita yang saya petik diatas, iaitu berkaitan dengan penemuan terbaru benih tersebut adalah ditemui oleh SIME DARBY dan bukannya oleh PPPTR, seperti yang saya ceritakan, namun oleh kerana ada berlaku kes seperti yang saya paparkan itu, maka kita sebagai peneroka perlulah berhati-hati.

Bagaimana pun adalah di harapkan penemuan hasil kajian tersebut kali ini, benar-benar boleh memberikankan satu sinar baru kepada kehidupan para pekebun sawit secara amnya dan para peneroka felda khasnya.

Felda Logo

08 Mei 2009

Goji Guarana Power rupanya ...........


Semua nya di petik dari http://ondscene.my/


GOJI?


Sg Chua
Kajang ,
Selangor
14 April, 2009 Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?
Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas. ------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.
Goji?
Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..
Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.
Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu. Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.
Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.
Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.
Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.
Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.
Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.
Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.
Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen..

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.
Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.
Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.
Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.
Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.
Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.
-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.
Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

05 Mei 2009

Sape kate melayu tak makan babi......................

Kisah ini aku perolehi dari e-mail anak saudara aku, tu sebab slengnya, sleng budak-budak sekarang...........ikuti kisah seterusnya......................azinang.


Assalamualaikum semua,

bab cite fasal makan daging babi ni aku pun nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite pengalaman dia ni.tiap2 mlm lepas habis keje dia selalu lepas kat kawasan gerai makan.

Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari. tokey nya cina pekerja nya indon.
dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat, nak makan punya fasal pegi la jgk kat kedai tu.
nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu. sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya.

nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan. Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia
pun tanya."Eh pakai tulang ke masak kari, u kan tak makan daging." ooo ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa."

uweeek dia pun muntah keluar semua isi perut. Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak samak peruk dia. Nak wat mcm mn selama ni dah bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut dia dah jd darah daging. pendek cite nya lepas tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua org yg dia kenal.lepas tu cina tu bungkus tak tau pindah mana gerainya.

Moralnya: Jgn makan kat kedai cina walaupun staff nya indon atau pun ada logo halal.
Cina ni semuanya nak menjahanam kan kita.


MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah.

Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi), pork fat(lemak babi), ham(ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa
bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still
contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas
sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti
Terrine dan Pate pun ada lemak babi.


Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan.

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini, Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.

Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting.
Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang
melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah
kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. .

Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan digaul bersama kemudian dijadikan burger..

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun takde. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S: Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.


Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia . Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja.

Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.

*frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.








03 Mei 2009

Seminar ANAK peringkat kebangsaan di Segamat.


Setelah beberapa lama saya hanya Copy dan Paste apa-apa juga yang saya fikirkan menarik dari akhbar-akhbar, maka hari ini saya ingin mengulas tentang sesuatu yang agak panas, perkara yang saya maksudkan ialah Seminar ANAK Peringkat Kebangsaan Yang Berlangsung Di Segamat Hari Ini

Seminar tersebut dianjurkan oleh Persatuan anak peneroka felda (ANAK), iaitu sebuah persatuan yang dianggotai oleh anak-anak peneroka felda dari seluruh negara yang terajui oleh Mazlan Aliman, seorang peguam dan juga anak peneroka felda.

Antara pembentang kertas kerja ialah pejuang peneroka yang tidak asing lagi di kalangan peneroka felda di seluruh negara iaitu Hj.Suhaimi Said. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk "Status peneroka dibawah akta GSA 1960 implikasi dan masa depan".

Sebenarnya apabila kita cuba bercakap berkaitan felda dan fungsinya, kita akan kerap bertemu dengan orang -orang yang akan memarahi kita dengan mengatakan, apa lagi yang kamu tidak puas hati dengan felda, kononnya felda sudah membuat semua yang perlu dilakukan untuk memberikan keselesaan kepada peneroka felda.

Sesungguhnya secara jujurnya, saya mengakui bahawa felda telah banyak membantu peneroka didalam mengatasi masaalahnya, akan tetapi didalam masaalah generasi kedua, ada sesuatu yang tidak kena dan perlu di perbetulkan segera.

Antara masaalah besar yang dihadapi oleh generasi kedua ialah perumahan, benar disesetengah tempat, ada perumahan kos rendah di bina di pinggir rancangan, tetapi tidak semua ada, dan bukan mudah pula untuk mendapatkannya.

Kebanyakkan perumahan kos rendah kini dibina oleh swasta, maka pembiayaan pinjamannya di perolehi dari bank, seperti biasa pihak bank, mahukan suatu bentuk pernyataan pendapatan seperti, pysheet gaji dan sebagainya, ianya adalah jaminan terhadap kemampuan peminjam tersebut untuk membayar balik.

Masaalahnya, ramai juga dikalangan anak peneroka yang bekerja diladang, yang tidak mempunyai dokumen tersebut, ini kerana mereka sekadar mengambil upah memotong buah sawit diladang peneroka, atau lain-lain kerja seperti bertukang, yang semestinya tidak mempunyai pysheet gaji.

Oleh itu felda dan kerajaan negeri harus memikirkan, satu kaedah bagaimana mengatasi masaalah ini, adalah tidak munasabah setelah anak-anak peneroka tersebut berkahwin, mereka masih terpaksa menumpang di rumah orang tua mereka, kepada peneroka yang tidak ramai anak, munkin masaalah ini tidak ketara, tetapi bagaimana bagi yang ramai anak, munkin seperti ikan sardinlah berasak-asak.

Berkenaan tuduhan sesetengah pihak, bahawa Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan lain-lain lagi aktivis yang memperjuangkan hak-hak peneroka, yang kononnya hanyalah memperalatkan peneroka felda, sebagai batu loncatan, untuk menaikkan diri mereka di dalam arena politik.

Saya berpendapat, kalau kita nak mengira atau berfikiran seperti itu, maka pemimpin UMNO juga tidak terkecuali dari bersikap seperti itu, berapa ramai dari kalangan pemimpin UMNO yang hanya menjadikan Peneroka felda dan orang-orang kampung sebagai alat untuk mereka melonjakkan diri didalam politik, tetapi setelah berjaya, semua janji yang ditaburkan hilang entah kemana.

Walau macam mana pun, ada juga dikalangan sesetengah pemimpin UMNO tersebut yang benar-benar ikhlas didalam perjuangannya, begitu jugalah Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan lain-lain lagi, yang kita tidak tahu dan tidak boleh untuk kita meramalkan, bagaimanakah sikap mereka jika di takdirkan mereka berjaya menjadi pemimpin nanti, kerana sehingga kini, orang-orang yang saya sebutkan itu, belum pernah berjaya menjadi ahli yang berhormat lagi.

Oleh itu amatlah tidak wajar, tiba-tiba kita menghukum mereka dengan pelbagai tuduhan, malah sepatutnya kita menjadikan kritikan mereka terhadap kita sebagai pendorong untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada..................
Felda Logo



01 Mei 2009

Bagaimana mahu mengawal hutang ?

Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat.


MENGURANGKAN penggunaan kad kredit membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik. - Gambar hiasan



MENYEDIAKAN hidangan sendiri di rumah adalah langkah terbaik bagi mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. - Gambar hiasan


UNTUK mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan mudah, selalunya pelbagai masalah akan timbul.

Hakikatnya, ia akan membawa padah apabila memiliki hutang yang banyak. Mana tidaknya, wang yang senang didapati itu diambil daripada transaksi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman overderaf dari institusi kewangan dan bank atau pinjaman menerusi khidmat ah long.

Bukan itu sahaja, sudahlah hutang meningkat, diri sendiri juga perlu membayar pinjaman perumahan dan kereta, termasuk membayar kos kehidupan seharian.

Persoalan, adakah anda mengalami masalah di atas? Sekiranya ada, anda dinasihat mengambil langkah-langkah yang positif bagi menangani proses membayar hutang yang banyak itu.

Walau bagaimana besar amaun yang kita berhutang, janganlah pula kita mengambil jalan penyelesaian yang salah atau secara bersendirian. Sekiranya anda seorang penuntut yang masih belajar atau belum berkahwin, kongsi bersama ayah dan ibu atau adik beradik. Sekiranya sudah berumahtangga, ceritakan masalah itu kepada pasangan hidup anda.

Penting bagi kita melakukan sesuatu dan jadikan amalan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Pepatah ini bukan sahaja digunakan untuk wang, tetapi untuk menambah ilmu di dada.

Inilah rancangan yang harus diselenggarakan mulai sekarang.

Tulis dan tampal di dinding

Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat. Yang pasti, ketepikan semua perkara selagi hutang yang tertulis itu tidak dilangsaikan. Lupakan impian untuk membeli baju, beg tangan, motor besar, kereta dan lain-lain. Tumpuan kita hanyalah satu iaitu mengurangkan bebanan hutang yang tertulis itu. Apabila kita melihat sekeping kertas yang tertulis amaun hutang kita setiap hari, diri kita sendiri akan memberikan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Bajet

Inilah satu daripada rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Tanpa bajet, kita tidak akan sedar di manakah kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Menulis bajet bukan satu hukuman.

Apabila kita menulis bajet, kita hendaklah menulisnya dengan tulus ikhlas kerana kita hendak tahu berapa banyak wang yang digunakan setiap bulan.

Dengan wang gaji kita dan isteri atau suami kita, setelah ditolak perbelanjaan itu, berapa banyakkah yang boleh kita simpan. Sehingga hutang dilangsaikan, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan ini.

Melalui proses ini juga, kita perlu berterus terang dengan suami atau isteri jika kita mempunyai masalah untuk menyimpan. Antara suami atau isteri, yang manakah lebih cermat. Pilih seseorang yang cermat untuk menyimpan wang simpanan keluarga.

Potong semua yang tidak penting

Apabila diri sendiri mempunyai masalah hutang yang disebabkan oleh pembelian menggunakan kad kredit yang berlebihan, kita seharusnya memberikan kad kredit kepada seseorang yang boleh dipercayai sama ada suami atau isteri. Seterusnya, semua transaksi yang ditulis di dalam bajet hendaklah menggunakan wang tunai.

*Wang tunai diketepikan untuk membayar bil-bil dan membeli keperluan yang penting sahaja. Perkara yang tidak penting dipotong atau ditunda buat sementara.

*Inilah masa untuk mengikat perut. Makan di rumah atau bawa bekal ke pejabat.

*Potong semua keahlian kelab sukan dan bersenam di padang permainan berdekatan.

*Sekiranya menggunakan dua buah kereta ke pejabat, simpanlah sebuah di rumah dan ini boleh mengurangkan perbelanjaan petrol.

*Apabila wang yang dibajet ini kehabisan, jangan keluarkan wang simpanan. Sabar sehingga anda mendapat gaji bulan hadapan.

Hutang boleh diselesaikan

Setelah semua perkara di atas berjaya dilakukan dan masih ada lagi hutang yang belum diselesaikan, eloklah kita menulis baki amaun hutang secara terperinci. Apa yang dimaksudkan itu adalah sekiranya kita mempunyai tiga atau lebih kad kredit, tuliskan amaun yang perlu dibayar. Dari sini, kita bayar amaun yang paling kecil dan kemudian tamatkan kad kredit tersebut. Lakukan proses itu sehingga kita hanya memiliki satu atau dua kad kredit sahaja.

Setelah selesai hutang kad kredit, kita perlu menulis semula hutang-hutang yang lain seperti hutang peribadi, hutang ah long dan lain-lain. Perhatikan hutang mana mempunyai kadar faedah yang tinggi. Selesaikan yang itu dahulu. Sekiranya kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan, gunakanlah wang itu untuk mengurangkan bebanan hutang kita. Akan tetapi, hendaklah kita berwaspada agar akaun simpanan tidak kosong. Ini kerana kita perlukan wang di saat kecemasan.

Bagi anda yang tidak mempunyai wang simpanan, jangan pula mengambil pinjaman yang lain. Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan kerja tambahan atau berniaga di sebelah petang atau malam untuk menambah pendapatan.



Felda Logo