SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label 'Air Ikan Haruan; oleh kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang tidak diisytiharkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia telah mengesan dexamethasone, sejenis ubatan barat yang berbahaya dalam perubatan tradisional.
Ia menyatakan dexamethasone adalah dadah preskripsi yang biasa digunakan bagi merawat penyakit radang seperti arthritis.
Penggunaan dexamethasone secara berterusan dan tanpa penyeliaan boleh menyebabkan reaksi negatif yang serius seperti degupan jantung tidak tetap, peningkatan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, dan kedatangan haid tidak menentu, kerosakan otot dan tulang, sawan dan gangguan mental dan perasaan.
HSA berkata ubat berkenaan tidak ditemui di kedai runcit tempatan tetapi ia bimbang mungkin ada orang ramai yang membeli produk itu dari seberang laut dan dengan tidak sengaja terdedah kepada bahaya kesihatan yang serius disebabkan oleh produk tercemar itu. - Bernama
Inilah masaalahnya, kita sering memuji-muji perubatan tradisional, kononya ianya lebih baik dari perubatan moden, telah ramai yang menjadi mangsa, cuma tidak dihebohkan sahaja.
Perubatan tradisional pada zaman dahulu diusahakan secara ikhlas dan tidak bertujuan mencari keuntungan seperti hari ini, maka bahan yang digunakan adalah bahan yang benar-benar asli, tetapi hari ini bahan perubatan tradisional telah dicampur aduk dengan bahan moden, malah ada kalanya di campurkan dengan racun berjadual dan lain-lain bahan supaya cepat berkesan.
Akhirnya yang menjadi mangsa adalah peminat perubatan tradisional itu sendiri, oleh itu anda adalah diingatkan supaya berhati-hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan