13 Mei 2009

Benarkah penemuan benih baru bakal meningkatkan hidup peneroka felda ?

Saya tertarik dengan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bahawa Penemuan benih sawit baru oleh Sime Darby boleh meningkatkan pendapatan peneroka felda .

Menurut berita tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baka baru itu agak unik kerana ia boleh menghasilkan buah sawit dan perahan minyak lebih banyak serta mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

"Kita akan berbincang dengan Sime Darby ketika Felda membuat penanaman semula nanti untuk menggunakan benih baru ini.

"Dari segi pengeluaran kita boleh menggandakan hasil dengan jumlah keluasan sedia ada supaya terdapat peningkatan dalam produktiviti 100 peratus," kata beliau.

Sebenarnya bagi kita para peneroka felda yang telah pun selesai melakukan penanaman semula kebun masing-masing sejak tiga atau empat tahun lepas, berita-berita begini telah tidak memberikan apa-apa makna lagi, tetapi kepada kawasan-kawasan baru yang belum lagi bertanam semula, munkin bolehlah menaruh sedikit harapan.

Tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang pekebun yang berminat dengan kemunculan benih baru sawit yang diwar-warkan bermutu tinggi, namun setelah di cuba ternyata ianya berakhir dengan kekecewaan.

Perkara ini pernah berlaku di tempat saya yang kebetulan kedudukannya berhampiran dengan pusat penyelidikan pertanian yang di namakan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak ( PPPTR) Tekam, milik felda.

Kisahnya bermula apabila seorang rakan saya, sangat berminat dengan keluaran benih baru sawit yang di keluarkan oleh bahagian penyelidikan PPPTR tersebut, yang dikatakan akan meningkatkan pendapatan dua kali ganda dari pengeluaran biasa.

Benih tersebut dikatakan diambil dari pucuk sawit atau dipanggil tisu sawit dan diadun didalam makmal sehingga melahirkan benuh bermutu tinggi yang belum pernah kita temui lagi sebelum ini.

Maka rakan saya itu pun membelinya dengan harga RM15.00 sepokok, walaupun benih biasa lain di ketika itu hanyalah berharga RM3.50 ke RM5.00 sepokok, setelah ditanam dan membesar sehingga berumur 10 tahun sekarang, didapati pokok tersebut mempunyi beberapa kelemahannya.

Di antara kelemahannya ialah, benar pokok tersebut banyak mengeluarkan buah, tetapi buahnya kecil-kecil dan ringan, betul benih tersebut banyak mengeluarkan minyak, tetapi kilang sawit yang membeli buah sawit pekebun dimana-mana pun, tidak mengira banyak atau sedikit buah sawit mengeluarkan minyaknya, sebaliknya yang di kira ialah beratnya.

Makin berat buah sawit, maka makin banyaklah pekebun tersebut mendapat wang, itulah realitinya.

Satu lagi kelemahan benih tersebut ialah, masa melawasnya terlalu lama, akhirnya jawapan yang pasti ialah merugikan dan rakan saya itu telah membuat keputusan untuk menebang pokok sawit tersebut dan menggantikan dengan pokok baru.

Walau pun berita yang saya petik diatas, iaitu berkaitan dengan penemuan terbaru benih tersebut adalah ditemui oleh SIME DARBY dan bukannya oleh PPPTR, seperti yang saya ceritakan, namun oleh kerana ada berlaku kes seperti yang saya paparkan itu, maka kita sebagai peneroka perlulah berhati-hati.

Bagaimana pun adalah di harapkan penemuan hasil kajian tersebut kali ini, benar-benar boleh memberikankan satu sinar baru kepada kehidupan para pekebun sawit secara amnya dan para peneroka felda khasnya.

Felda Logo

1 ulasan:

Mooncake berkata...

alahai...entah maner kawan hang dok pakai benih tu..entah maner cina dok tipu kawan hang tu.

entah maner kawan hang kelentong hang..orang buat sendiri macam tu lah gayer nyer, biler tak baik..hah mase tulah nak salah kan orang..

macam nie, biler kiter nak keluarkan barang mesti dipeternkan dan diakui. entah kawan hang pakai baja taik lembu kut..tak pun garam beli kat kedai runcit..memanglah tak der buah.

baja setahun sekali ..pas tu dok pulun hasil..pokok tau sakit gak..
kawan hang tu tak betul caranyer.. kalau betul tak der hal lah..FELDA bukan setahun jagung..kawan hang tu tengah bersunat dah ader FELDA.

wassalam...

p/s: Member hang takut malu sebabb buat tak menjadi..hohoho