31 Mei 2010

Kisah mangsa yang takutkan pencuri

Apa yang nak saya kisahkan kali ini adalah satu perkara yang benar-benar berlaku di Felda Kota Gelanggi 01, kisahnya ialah mengenai pencuri yang tidak takutkan mangsanya, sebaliknya mangsanya pula yang takut kepada pencuri.

Semuanya bermula kira-kira 3 tahun lepas apabila kelapa sawit yang sudah di tanam semula mula mengeluarkan hasil, ketika itu kebanyakan kebun dibawah pentadbiran Felda Tecnoplant.

Pencuri ini sebenarnya juga adalah seorang peneroka dan kebunnya dia uruskan sendiri selepas tiga tahun dibawah pentadbiran felda Tecnoplant, masa itu dia mencuri hanya secara kecil-kecilan sahaja, sebulan dia curi adalah dua tiga lori buah sawit.

Namun setelah dia lihat tiada sebarang tindakkan boleh dibuat oleh pihak pengurusan felda dan masyarakat peneroka yang berkaitan, maka dia pun semakin berani, lantas akhirnya dia menjadikan kegiatan mencurinya sebagai kegiatan harian.

Munkin saudara-saudara tidak percaya kalau saya katakan bahawa dia mencuri 1 lori buah sawit setiap hari, bermakna dia mencuri 30 buah lori buah sawit sebulan, kiralah berapa puluh ribu pendapatannya setiap bulan.

Lapuran polis sudah dibuat, namun polis mahukan bukti, masaalahnya dia akan kata buah sawit yang diangkutnya 1 lori setiap hari tersebut adalah buahnya, kerana dia juga memiliki kebun dikawasan kecurian itu.

Akhirnya pihak ahli jawatan kuasa tanam semula felda membuat keputusan menggunakan felsco, iaitu polis bantuan felda, namun kecurian tetap juga berlaku, tambahan pula pihak pentadbiran felsco meminta RM10,000.00 setiap bulan sebagai bayaran tugasnya mengawal kebun peneroka, peneroka tak sanggup dan oleh itu kegiatan tersebut terus berleluasa.

Kelebihan pencuri ini ialah, setakat ini dia tidak mencuri dikebun orang yang urus sendiri, dia hanya mencuri di kebun peneroka yang di uruskan oleh pentadbiran felda Tecnoplant sahaja, namun adalah dipercayai apabila semua orang ambil aleh kebunnya dari pentadbiran felda Tecnoplant nanti, munkin dia akan curi juga dikawasan orang yang urus sendiri.

Tetapi bezanya diantara orang yang urus sendiri dengan orang yang serah kepada felda tecnoplant ialah, orang yang urus sendiri sanggup tidur dikebunnya sehingga buah sawitnya selesai dianggkut kekilang, manakala orang yang serah kepada felda tecnoplant tidak sanggup melakukan perkara yang sama.

Setakat ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh AJK tanam semula felda Tecnoplant, antaranya bacaan yaasin, sembahyang hajat, namun masih gagal membendung kegiatannya, adalah dipercayai puncanya kerana masing-masing peneroka yang dibawah pentadbiran felda tecnoplant ini tidak merasa tergugat oleh kecurian tersebut kerana pada setiap bulan peneroka tersebut mendapat bayaran penuh RM 2,100.00.

Kemunkinan lain ialah kebanyakan peneroka yang dibawah felda tecnoplant ini adalah janda-janda, anak-anak yatim dan golongan tua yang tidak berupaya lagi hatta untuk menjengok kebun pun mereka tidak mampu inilkan pula nak membendung kegiatan pencuri ini.

Maka sehingga sekarang, bermaharajalelalah sipencuri ini mencuri tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun.

Apakah pengajaran yang diperolehi dari kisah ini ?

Pada saya pengajarannya ialah, peneroka yang dibawah pentadbiran felda tecnoplant ini tidak bersatu, masing-masing menggangap itu bukan tugas mereka, itu tugas felda tecnoplant, kita sudah serahkan kebun kita kepada felda tecnoplant, maka tugas felda tecnoplantlah menghalangnya.

Di pihak felda tecnoplant pula berfikiran, alah....ini bukan harta aku, buat apa aku beriya-iya bergaduh dengan sipencuri itu, nanti kalau aku kena apa-apa bukannya ada orang yang nak simpati pun dengan aku.

Maka akibat dari berfikiran semacam inilah, sipencuri itu boleh terus menerukan kegiatannya....................







27 Mei 2010

Ini kes lagi teruk..................

PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.

Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.


Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.


Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.


Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.


Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.


Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.


Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.


Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.


Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.


“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya. (Berita sepenuhnya)


.

26 Mei 2010

Macam-macam: Lelaki sengsara punca perkahwinan bahagia


FRANKFURT: Satu penyelidikan di Jerman menunjukkan rahsia perkahwinan bahagia bagi lelaki ialah dengan hidup dalam kesengsaraan.

Kajian membabitkan beribu-ribu pasangan di Britain, Jerman dan Australia mendapati, semakin gembira kehidupan suami berbanding isteri, semakin mudah mereka bercerai.
“Lelaki perlu hidup dalam keadaan kurang gembira jika mahu bahagia dengan isteri, tetapi kebiasaannya, isteri yang mulakan prosiding cerai,” lapor kajian itu. – Agensi .

Waduh-waduh pak, betul ka kajian ni.........

19 Mei 2010

Kes macam ni pun ada juga......





Seorang wartawan sambilan membuat laporan polis terhadap sebuah bank utama yang didakwanya telah mengenakan bayaran balik untuk pinjaman perumahannya melebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda Hamzah, 45, dan ibu kepada lima orang anak, membuat aduan itu terhadap Malayan Banking Berhad pada 14 April lalu di balai polis Subang Jaya, Selangor.

Laporan polis itu diedarkan kepada para wartawan yang menghadiri sidang akhbar Hazlinda bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibunegara hari ini.

Dalam laporan tersebut, Hazlinda berkata, beliau mengambil pinjaman perumahan berjumlah RM375,000 pada 2000 daripada Maybank cawangan USJ 9, Subang Jaya untuk tempoh 19 tahun.

Katanya, menurut pihak bank, kadar keuntungan untuk pinjaman itu bagi tempoh dua tahun pertama ialah 5.5 peratus dan 17 tahun seterusnya pada kadar 8.25 peratus.

Menurut aduan itu lagi, pada bulan Mac 2010, beliau telah ke Bank Negara cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk membuat semakan perkiraan pinjaman tersebut.

Hazlinda berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa berdasarkan bayaran balik yang dikenakan ke atasnya untuk tempoh 19 tahun sebenaar dikira mengikut kadar 12.75 peratus secara keseluruhannya.

Sedangkan, katanya, dalam aduan itu lagi, purata kadar keuntungan yang dikenakan untuk pinjaman tersebut, telah dijanjikan oleh pihak bank pada kadar 7.96 peratus.

Menurut aduan itu lagi, Hazlinda berkata, setelah kiraan dibuat oleh wakil Bank Negara, didapati jumlah bayaran balik yang dikenakan terhadapnya mlebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda juga, dalam aduannya itu, berkata Maybank cawangan USJ 9 Subang Jaya - tempat beliau mengambil pinjaman tersebut - tidak lagi beroperasi sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar hari ini, Hazlinda berkata: "Kalau saya bayar, bermakna saya bersetuju untuk membayar dengan amaun yang salah. Saya akan kehilangan hak saya untuk mempertikaikannya."

Berikutan itu, Hazlinda mendakwa beliau kerugian lebih RM300,000 akibat menandatangani perjanjian pinjaman bagi tempoh 19 tahun dengan bank tersebut bermula tahun 2000.

Beliau mendakwa, berikutan itu, beliau berhenti menjelaskan bayaran bulanan sejak tahun 2001.

Mengulas lanjut, Hazlinda berharap supaya satu siasatan dijalankan ke atas bank tersebut bagi memeriksa sistem pengiraan bayaran balik pinjaman yang digunakan.

"Sekiranya (pihak bank) bersalah, mereka patut dihukum dan saya patut dibayar gantirugi," katanya. (Berita asal )

14 Mei 2010

Kerugian Sime Darby, Janganlah melarat kepada Felda pulak.


Lembaga Pengarah Sime Darby telah meminta Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid untuk bercuti berikutan dengan kerugian syarikat berkenaan yang melebihi RM1.63 billion.

Jumlah RM1.63 billion itu adalah satu jumlah yang amat besar jika dibandingkan dengan ekonomi negara kita yang kecil ini. Impaknya bukan sahaja boleh dirasakan di peringkat syarikat, tetapi di peringkat negara.

Persoalannya sekarang, adakah kerugian ini ada kaitan dengan kegagalan idea untuk menggabungkan tiga (3) konglomerat besar negara iaitu Sime Darby + Golden Hope + Guthrie yang melihat Golden Hope dan Guthrie "ditelan" oleh Sime Darby atas alasan penggabungan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Satu siasatan menyeluruh perlu dibuat untuk memastikan kenapa kerugian ini boleh berlaku. Adakah sebab kegagalan pengurusan atau pun kerana pergabungan ketiga-tiga gergasi tersebut yang melahirkan sebuah syarikat berkaitan pertanian terbesar dunia sehingga ianya gagal diuruskan dengan sempurna.

Siasatan ini perlulah dilakukan dengan segera kerana dalam masa yang sama sudah ada usaha digerakkan untuk menggabungkan FELDA + FELCRA + RISDA. Kita tidak mahu masalah yang sama dihadapi oleh Sime Darby akan berjangkit kepada gabungan FELDA + FELCRA + RISDA ini pula kelak.

06 Mei 2010

Jujurkah peneroka ?

Setelah genap sebulan saya tidak menulis berkaitan hal-hal peneroka felda, tiba-tiba hari ini saya terpandang kepada tulisan rakan sepeneroka saya iaitu Gaya peneroka dengan tajuk....

FELDA MENGUJI KEJUJURAN PENANAM SENDIRI


Felda Chini 01

Pehak pentadbiran Felda Chini 01 telah mengeluarkan baja sawit pada penanam sendiri bermula pada bulan ini,angaran seorang peneroka menerima 30 bag bagi satu pusingan dengan kadar harga bawah dari RM50.00. sebag.

Jualan baja secara hutang dengan 4 kali bayaran cara tunai…..

Diantara masaalah yang telah dapat diatasi di Felda Chini 01 ….

Suatu tindakan yang dikira bijak dan bertepatan dengan keadaan sekarang,yang mana sekarang penanam sendiri sangat-sangat memerlukan..

Persoalanya ..

Selama nama Felda dapat bertahan dengan program ini……

Berapa % peneroka sangup datang ke pejabat membawa duit untuk membayar baja….

Hakikatnya

Yang jujur dan perihatin pasti ramai……

Disebaliknya…

Ada Peneroka yang pajak ladang tetapi mengambil baja di pejabat….untuk apa…?..dari mana sumber pendapata untuk membayarnya…..?

Ada peneroka mengambil baja secara hutang tetapi dijual pada peneroka Chini lain secara tunai….

Mangapa kita sering mengambil kesempatan…..


Begitulah keluhan hati rakan saya berkaitan sikap rakan-rakan sepeneroka di Cini 01, bagi saya di Felda Kota Gelanggi 01 ini, kejadian seperti ini masih belum berlaku lagi, namun ini tidak menjamin ianya tidak berlaku juga.

Antara sebab-sebab saya berkata begitu ialah kerana, dari pemerhatian saya sejak akhir-akhir ini, saya dapati perbuatan mengambil alih kebun dari pentadbiran felda ini semakin berleluasa dan menjadi-jadi.

Saya dapati ada diantara yang mengambil alih sekarang ini adalah dari kalangan yang tidak berdisiplin, mereka hanyalah mengambil kesempatan mengambil alih kebun kerana harga kelapa sawit mahal, mereka juga terpengaruh dengan rakan-rakan, mereka bukan kaki kerja sebenarnya.

Saya berani berkata begitu adalah kerana, saya perhatikan terdapat beberapa rakan yang mengambil aleh ini sejak bulan Okt 09 lagi, tetapi sehingga sekarang, sebutir baja pun tidak ditabur lagi, begitu juga didalam bab meracun, sebatang pokok senduduk pun belum mati dek kerana racunnya.

Manusia species inilah nanti yang akan merosakan nama peneroka yang benar-benar boleh dan layak urus sendiri.

Didalam bab bayaran kembali hutang dan lain-lain potongan, ini satu lagi masaalah, sejak pertemuan dengan Pengurus Felda dahulu sampai sekarang ini, masalah penyata hutang sebenar yang diminta semasa di kemukakan didalam mesyuarat tersebut masih belum sampai.

Saya heran juga, kenapa payah sangat nak keluar penyata tu........ masaalahnya selagi tidak keluar penyata sebenar, kami sudah bertekad tidak akan membayar hutang, bila ini berlaku maka di pihak Felda akan mengatakan bahawa peneroka tidak mahu membayar hutang.

Di sini saya tegaskan bahawa peneroka sebenarnya tidak sabar lagi nak bayar hutang, cumanya cara bayaran tersebut biarlah telus dan teratur, setiap kali bayaran dibuat maka kita akan dapat melihat berapa baki lagi hutang kita dan begitulah seterusnya.

Begitulah lebih kurang masaalah yang dihadapi oleh peneroka dengan pentadbiran Felda, walau macam mana pun, saya dapati Felda kini, sangat mengambil berat berkaitan hidup peneroka.

Apa tidaknya, pinjaman perumahan di beri, selepas dapat pinjaman dan rumah pun dah siap, tiba-tiba peneroka tersebut mengambil aleh pula kebunnya..........eeeehhhhhhhh kesian juga kepada Felda.

Peneroka ini pun satu juga, kalau dah tahu nak ambil aleh kebun, kenapa dibuat pinjaman......
payah nak cakap.......

Jalan penyelesaiannya ialah, percepatkan pengeluaran penyata hutang sebenar, selepas itu bolehlah dibuat segala jenis potongan hutang, samada hutang pembangunan kebun, hutang rumah, baja, dan lain-lain.










01 Mei 2010

Pendakian Gunung Ais

Hari ini satu Expedisi meredah Hutan, Bukit dan Sungai dengan penyertaan oleh lebih dari 100 biji Motorcross dengan diseliakan oleh Kelab Motor Lasak Felda Kota Gelanggi 01.

Expedisi ini selama 2 hari 1 malam dengan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM80.00 bagi seorang peserta termasuk makan dan minum, di anjurkan oleh Kelab Motosikal Lasak Pahang (KMLP)



Tetapi oleh kerana anggota Kelab Motor Lasak Felda Kota Gelanggi 01 (KMLFKG 01) ini berpengalaman didalam selok belok hutan dan Bukit Bukau disekitar Hutan Simpan Tekam yang begitu luas, maka KMLP tersebut meminta KMLFKG 01 membantunya menyelia dan menjadi tuan rumah.

Penyertaan peserta memang meluas, meliputi dari Johor, Singapura, KL dan lain-lain Daerah. mereka berkumpul seawal jam 6.00 pagi dan berlepas tepat jam 10.00 pagi ini dan dijangka balik pada petang esok .

Mengikut keterangan yang diberikan oleh " marshal-mashal " dari Gelanggi 01, yang membuat tinjauan terhadap jalan-jalan yang bakal di lalui itu, mengatakan keadaan jalannya sangat mencabar, maklumlah bekas jalan balak.



Oleh kerana ada diantara jalan tersebut sudah tidak digunakan lagi, maka ada yang sudah diliputi dengan Semak dan Duri, malah ada di beberapa tempat para peserta akan terpaksa menyeberangi Sungai, Sungai tersebut pula ada yang kecil dan besar iaitu dihulu Sungai Tekal, malangnya Jambatan yang satu ketika dulu dibina oleh pembalak telah hanyut, bayangkan bagaimana mereka mahu menyeberangi Sungai itu.

Menurut " mashal " tersebut, mereka terpaksa menyediakan tali bagi menarik atau munkin memikul motor-motor tersebut bagi menolong mereka melepaskan diri menyeberangi Sungai itu.

Pada malam ini mereka di jadualkan bermalam di Jeram Jerami yang terkenal dengan ikan Kelah, mereka boleh memancing dan menembak ikan, jikalau dapat mereka boleh bakar dan cicah air asam, wow seronoknya.

Saya pernah bermalam dan memancing ikan di sini satu ketika dahulu, airnya sangat jernih dan separas dada sahaja, tetapi yang peliknya banyak terdapat ikan besar, pernah saya dapat ikan Kelah dan Kerai seberat 2 kg seekor disini dengan berumpankan buah sawit sahaja.

Pada pagi esok mereka terpaksa mendaki Bukit yang sangat tinggi, yang menurut ceritanya, apabila sampai diatas sana, telinga akan berdengung, namun itu semua akan terubat kerana peserta akan dapat melihat pemandangan yang sangat indah dari atas sana.



Walau pun begitu, satu lagi cabaran apabila mahu turun dari Bukit tersebut, silap-silap haribulan, boleh tercabut nyawa. Begitulah lebih kurang, cabaran yang bakal dihadapi oleh peserta motorcros tersebut.

Sayangnya mereka tidak menaja saya untuk turut sama pergi, jika tidak, pasti lebih banyak lapuran dan gambar yang bakal kita dapat saksikan tentang bagaimana cabaran sebenar yang terpaksa mereka tempuhi.

Walau macam mana pun saya berharap, diantara ramai-ramai peserta tersebut, terdapatlah seorang dua blogger, andainya jika terdapat blogger diantara peserta tersebut, maka kita munkin akan dapat mengikuti kisah mereka menghadapi cabaran pendakian "Gunung Ais. "

Mereka yang mengelar expedisi ini dengan nama pendakian Gunung Ais, saya pun tak tahu dimana Gunung Ais tersebut, namun saya rasa ini semua hanyalah gimik untuk menarik peserta sahaja, Gunung tersebut tidak wujud pun, munkin Gunung Ais itu dimaksudkan tempat sejuk agaknya.................................Wallahhua'lam.