31 Mei 2010

Kisah mangsa yang takutkan pencuri

Apa yang nak saya kisahkan kali ini adalah satu perkara yang benar-benar berlaku di Felda Kota Gelanggi 01, kisahnya ialah mengenai pencuri yang tidak takutkan mangsanya, sebaliknya mangsanya pula yang takut kepada pencuri.

Semuanya bermula kira-kira 3 tahun lepas apabila kelapa sawit yang sudah di tanam semula mula mengeluarkan hasil, ketika itu kebanyakan kebun dibawah pentadbiran Felda Tecnoplant.

Pencuri ini sebenarnya juga adalah seorang peneroka dan kebunnya dia uruskan sendiri selepas tiga tahun dibawah pentadbiran felda Tecnoplant, masa itu dia mencuri hanya secara kecil-kecilan sahaja, sebulan dia curi adalah dua tiga lori buah sawit.

Namun setelah dia lihat tiada sebarang tindakkan boleh dibuat oleh pihak pengurusan felda dan masyarakat peneroka yang berkaitan, maka dia pun semakin berani, lantas akhirnya dia menjadikan kegiatan mencurinya sebagai kegiatan harian.

Munkin saudara-saudara tidak percaya kalau saya katakan bahawa dia mencuri 1 lori buah sawit setiap hari, bermakna dia mencuri 30 buah lori buah sawit sebulan, kiralah berapa puluh ribu pendapatannya setiap bulan.

Lapuran polis sudah dibuat, namun polis mahukan bukti, masaalahnya dia akan kata buah sawit yang diangkutnya 1 lori setiap hari tersebut adalah buahnya, kerana dia juga memiliki kebun dikawasan kecurian itu.

Akhirnya pihak ahli jawatan kuasa tanam semula felda membuat keputusan menggunakan felsco, iaitu polis bantuan felda, namun kecurian tetap juga berlaku, tambahan pula pihak pentadbiran felsco meminta RM10,000.00 setiap bulan sebagai bayaran tugasnya mengawal kebun peneroka, peneroka tak sanggup dan oleh itu kegiatan tersebut terus berleluasa.

Kelebihan pencuri ini ialah, setakat ini dia tidak mencuri dikebun orang yang urus sendiri, dia hanya mencuri di kebun peneroka yang di uruskan oleh pentadbiran felda Tecnoplant sahaja, namun adalah dipercayai apabila semua orang ambil aleh kebunnya dari pentadbiran felda Tecnoplant nanti, munkin dia akan curi juga dikawasan orang yang urus sendiri.

Tetapi bezanya diantara orang yang urus sendiri dengan orang yang serah kepada felda tecnoplant ialah, orang yang urus sendiri sanggup tidur dikebunnya sehingga buah sawitnya selesai dianggkut kekilang, manakala orang yang serah kepada felda tecnoplant tidak sanggup melakukan perkara yang sama.

Setakat ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh AJK tanam semula felda Tecnoplant, antaranya bacaan yaasin, sembahyang hajat, namun masih gagal membendung kegiatannya, adalah dipercayai puncanya kerana masing-masing peneroka yang dibawah pentadbiran felda tecnoplant ini tidak merasa tergugat oleh kecurian tersebut kerana pada setiap bulan peneroka tersebut mendapat bayaran penuh RM 2,100.00.

Kemunkinan lain ialah kebanyakan peneroka yang dibawah felda tecnoplant ini adalah janda-janda, anak-anak yatim dan golongan tua yang tidak berupaya lagi hatta untuk menjengok kebun pun mereka tidak mampu inilkan pula nak membendung kegiatan pencuri ini.

Maka sehingga sekarang, bermaharajalelalah sipencuri ini mencuri tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun.

Apakah pengajaran yang diperolehi dari kisah ini ?

Pada saya pengajarannya ialah, peneroka yang dibawah pentadbiran felda tecnoplant ini tidak bersatu, masing-masing menggangap itu bukan tugas mereka, itu tugas felda tecnoplant, kita sudah serahkan kebun kita kepada felda tecnoplant, maka tugas felda tecnoplantlah menghalangnya.

Di pihak felda tecnoplant pula berfikiran, alah....ini bukan harta aku, buat apa aku beriya-iya bergaduh dengan sipencuri itu, nanti kalau aku kena apa-apa bukannya ada orang yang nak simpati pun dengan aku.

Maka akibat dari berfikiran semacam inilah, sipencuri itu boleh terus menerukan kegiatannya....................







2 ulasan:

lompinlai berkata...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.Pencuri ini jadi berani berkemungkinan di dalangi olih orang dalam Technoplant sendiri.Kalau tidak macam dia bolih
jadi raja pencuri.
Baguslah pencuri tu beri makan anak bini dengan duit HARAM.

LKTP1436 berkata...

Terima kasih lompinlai kerana ulasan, memang pencuri ni jenis dahsyat, tak peduli halal haram.