27 Februari 2010

Bantahan Potongan Tabung Tanam Semula ke - 2


Hari ini tiba-tiba Hj.Abdullah Razali, ketua PKPKM cawangan felda Kota Gelanggi 01 menalipon saya mengajak ke felda Jengka 10, jarak masa dari felda Kota Gelanggi 01, ke Jengka 10 melalui felda Sg. Tekam Getah hanya sekitar 20 minit sahaja.

Disana pada pagi ini diadakan Majlis Penerangan Hala Tuju Dan Matlamat Perjuangan PKPKM Bagi Mengatasi Masaalah-Masaalah Pekebun Kecil Felda Yang Urus Sendiri yang diadakan di Dewan JKKK felda Jengka 10.

Antara sebab di adakan majlis tersebut ialah kerana sejak Mesyuarat Agung PKPKM ke - 17 di Kuala Lumpur pada Okt 2009 yang lepas sehingga sekarang, PKPKM peringkat Negeri Pahang belum pun berpeluang bertemu ahli-ahli peringkat akar umbi untuk berdialog dan mendengar rintihan dan masaalah yang dihadapi oleh ahli-ahli.

Ditambah lagi sudah kedengaran suara-suara halus yang cuba menidakkan peranan yang dilakukan oleh PKPKM, sehingga ada sesetengah orang yang mendakwa tidak mengetahui apa itu PKPKM, oleh itu bagi mengelakkan perkara ini dari berlanjutan, maka pengerusi PKPKM bagi Negeri Pahang iaitu Md.Ali Musa telah mengambil inisiatif mengadakan road show bagi menemui ahli-ahli di seluruh negeri Pahang. Antara yang turut hadhir ialah Presiden PKPKM Malaysia, Dato' Aliasak bin Ambiak dan Tim. Pengerusi PKPKM Pahang, En.Sulaiman bin Abdullah.

Didalam majlis di Jengka 10 ini, antara perkara menarik yang telah di timbullkan ialah dari ketua cawangan PKPKM Sg.Tekam Utara, iaitu Hj.Badeon, yang juga ketua cawangan Umno disana yang telah memberitahu, bahawa pihak pentadbiran felda telah membuat potongan wang caruman tabung tanam semula sebanyak RM120.00 seorang peneroka yang urus sendiri pada jualan hasil bulan Feb sekarang ini.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan para peneroka yang urus sendiri dan masaalah ini telah di panjangkan ke pengawal wilayah malah kepengetahuan Datuk Sri Najib sendiri.

Para peneroka disana telah menuntut supaya wang tersebut di kembalikan, peneroka disana juga menuntut supaya wang insurance ladang juga di kembalikan, peneroka merasakan bahawa Insurance ladang adalah satu manipulasi felda untuk mengaut duit peneroka, sedangkan peneroka tidak pernah berpeluang membuat sebarang tuntutan insurance untuk apa juga hal yang berkaitan kebun mereka.

Berkaitan potongan caruman tabung tanam semula yang setiap peneroka dikenakan sebanyak RM120.00 sebulan, tabung ini sebenarnya tidak perlu diwujudkan semula, ini adalah kerana, dari pengalaman para peneroka yang mahu menguruskan sendiri kebun mereka selama ini.

Felda sebenarnya cuma memperalatkan sahaja tabung ini untuk mengumpul dana bagi kepentingan felda, ini adalah kerana dari pengalaman peneroka yang mahu urus sendiri kebun mereka dan memohon mahu mengeluarkan wang dari tabung ini bagi membiayai urusan penanaman semula didapati felda telah berdolak dalih dan menolaknya dengan berbagai alasan.

Akhirnya para peneroka yang bersemangat waja ini telah terpaksa mencagarkan kebun mereka kepada pihak Bank Pertanian (kini Agro Bank) bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos penanaman semula, sedangkan ini sepatutnya tidak perlu dilakukan memandangkan mereka sudah mempunyai wang tabung tanam semula yang sudah di wujudkan oleh felda sejak puluhan tahun yang lampau dan disimpan oleh felda.

Inilah senario yang berlaku didalam felda dan perkara ini semakin menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peneroka, kalau dahulu rasa tidak puas hati ini hanya dirasai oleh peneroka yang menyokong pembangkang sahaja, tetapi kini perkara ini telah merebak kepada peneroka yang selama ini menyokong Umno malah ketua Umno dan wanita Umno dan AJK Umno sendiri.

Itulah sebabnya kini felda semakin memusuhi NGO-NGO yang diwujudkan bagi membela para peneroka dan menuduh NGO ini dengan pelbagai tuduhan, tetapi anehnya semakin di musuhi, NGO ini semakin berkembang.

Berbalik kepada kisah tabung tanam semula yang saya coretkan diatas tadi, kini tabung tersebut langsung tidak perlu diwujudkan lagi, ini adalah kerana MPOB kini telah mengeluarkan dana bagi membantu para pekebun kecil dengan kadar RM6,000.00 sehektar, malah sanggup pula memberikan bantuan sara hidup sebanyak RM500.00 sebulan.

Munkin ada yang cuba mempertikaikan kenyataan saya ini, tetapi ini telah dinyatakan oleh pegawai MPOB sendiri semasa satu seminar di Kuala Lumpur yang saya hadiri dahulu, cuma syaratnya pekebun tersebut perlu memiliki lesen menjual buah sawit dari MPOB dan inilah yang sedang di perjuangkan oleh PKPKM sekarang ini.

Lagi pun kerajaan boleh, kalau dia mahu dengan mewujudkan satu tabung tanam semula melalui potongan ses sebagaimana yang di nikmati oleh pekebun kecil Getah sekarang ini, munkin ada masaalah, tetapi rasanya masaalah tersebut boleh diatasi.

Selain masaalah yang di timbulkan oleh wakil dari felda Sg. Tekam utara itu, wakil dari lain-lain tempat juga ada menyatakan masaalah mereka, tetapi masalah tersebut adalah sama sepertimana yang saya tulis di dalam entry saya yang lepas, oleh itu tidaklah perlu saya melapurkannya lagi..............................sekian.








24 Februari 2010

Sekali lagi - Mazlan Aliman

Hari ini Mazlan Aliman telah menyerahkan satu memorandum kepada Suhakam berkaitan apa yang didakwanya sebagai berlakunya penipuan oleh Felda................
Abdul Rahim Sabri | Feb 24, 10 7:05PM
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.












Didalam membicarakan apa yang di perjuangkan oleh Mazlan Aliman ini, saya sebagai seorang peneroka felda, sebenarnya seikhlas hati menyatakan perasaan saya bahawa saya sebenarnya serba salah.

Nak tak sokong, perjuangan Mazlan ini ada di tempatnya benar juga, nak sokong, ada di tempatnya tak betul pulak.

Disini saya memberi contoh berkaitan hutang peneroka, saya perhatikan ramai peneroka felda ini termasuk didalam golongan yang tak pandai urus diri sendiri, oleh itu jikalau felda tidak memberikan bantuan semasa tanam semula dahulu, susah juga rasanya.

Bila diberi bantuan sara hidup, mula-mula diberi RM20.00 seekar, tak cukup, tambah lagi, RM50.00 seekar, tak cukup, tambah lagi RM100.00 seekar, tak cukup juga, akhirnya beri RM150.00 seekar, diam.................masa tu diperingkat permulaan, hasil langsung tak ada.

Apabila masuk ditahun ketiga menerima bantuan sara hidup, pokok sawit baru belajar berbuah, buahnya masih kurang, tetapi bantuan sara hidup sudah mencapai tahap maksimum hasil dengan diberi bantuan RM150.00 seekar x berapa ekar yang dimiliki oleh peneroka terbabit, ini belum lagi masuk kos baja, racun dan lain-lain.

Apabila keadaan sedemikian rupa, hutang tentulah banyak ! ini yang susahnya.

Katalah, felda usah beri bantuan langsung, apabila sampai masa tanam semula, biarkan peneroka tanam sendiri, memang ada yang berjaya, tetapi saya yakin lebih ramai yang gagal.

Kegagalan ini banyak puncanya, ada yang pemalas, ada yang dapat duit, sayang nak laburkan balik kepada kebun tetapi tak sayang nak beli benda lain dan berbagai lagi ragam dan kerenahnya.

Didalam kes orang yang buat sendiri kebunnya dahulu, ada yang telah sampai ke peringkat telah gagal, kebun dibiarkan semak, ada yang beli anak sawit tetapi tanam pun tak habis dan terbiar, akhirnya mereka ini ambil keputusan angkat bendera putih, serah diri kepada felda dan dengan muka tebal, jumpa pengurus minta felda uruskan kembali kebun mereka, saya cakap ini bukan kosong, saya lihat sendiri.

Disinilah saya katakan diatas tadi, bahawa saya serba salah dengan perjuangan Mazlan Aliman, kerana didalam bab ni felda ada jasanya...................

Tetapi didalam bab perahan minyak sawit, bab tuntutan hutang yang tidak berkaitan, atau yang sengaja diada-adakan, ini juga ada berlaku dan disinilah relevannya perjuangan Mazlan Aliman.

Begitu juga berkaitan jalan pertanian dan berkaitan insuranca ladang, seperti yang saya sentuh didalam entry saya yang lepas, ini adalah contoh-contoh bahawa felda juga mengambil kesempatan keatas peneroka jika tidak ada orang yang seberani Mazlan Aliman yang berusaha menangkisnya, perkara ini akan berterusan.

Itu belum lagi disentuh pelbagai tender dan projek yang berkaitan peneroka yang dibolot oleh golongan tertentu didalam felda dan diagih-agihkan sesama mereka, contohnya felda teknoplant, begitu juga berkaitan hal perumahan generasi kedua, kata-kata Mazlan Aliman ada benarnya.

Dan benar juga dakwaan sesetengah pengkritik Mazlan yang mengatakan bahawa Mazlan sebenarnya lebih kepada perjuangan PAS, yang mengambil kesempatan mengkritik felda dan sekali gus mengkritik kerajaan BN serta berusaha untuk memenangi hati peneroka sebagai batu loncatan untuk memenangi kerusi Parlimen yang di tandinginya di kawasan felda, iaitu di Parlimen Bera.

Begitu juga benarnya, Datuk Sri Najib yang berusaha menawan hati peneroka dengan menawarkan pinjaman sara hidup yang tinggi dan memberi pula pinjaman perumahan yang mengakibatkan peneroka felda terjebak kedalam perangkap hutang ratusan ribu ringgit.

Akibat hutang yang begitu tinggi ini, tidak mustahil, disatu masa yang akan datang, tanah peneroka akan tergadai kepada felda dan generasi kedua, ketiga, malah keempat akan terpaksa menjadi buroh kasar mengantikan pekerja Indonesia diladang-ladang yang asalnya milik peneroka tetapi telah bertukar menjadi milik felda apabila peneroka asal telah berada dialam kubur.

Juga benar, jika ada yang mengatakan bahawa, didalam mengatasi masaalah peneroka ini, semuanya serba salah, di beri pinjaman hutang jadi banyak, tidak diberi pinjaman, nanti dikata mana peneroka nak maju pinjaman pun tak mahu diberi............jadilah serba salah, diberi salah, tak diberi salah.

Munkin ada yang akan marah dengan tulisan saya, tetapi saya tidak kisah dengan kemarahan orang, kerana apa yang saya kata dan sampaikan adalah benar, sekurang-kurangnya kebenaran tersebut adalah menurut naluri saya...............







20 Februari 2010

Konvensyen Peneroka Felda anjuran PKR

Hari ini saya menghadiri Konvensyen Peneroka Felda anjuran Parti Keadilan Rakyat yang di adakan di Dewan Pas Kawasan Jerantut di Kampung Temin.

Kehadirannya memuaskan dan saya rasa lebih beruntung kerana berpeluang untuk kali pertama bertemu rakan-rakan blogger, antara yang saya temui ialah Gaya Peneroka, selain itu saya juga berkesempatan bertemu dengan blogger terkenal, Cucu Mat Kilau yang juga hadhir membuat liputan.


Antara pembentang kertas kerja yang paling popular ialah Presiden " Anak " Mazlan Aliman

dan peguam peneroka Felda Kemahang 3 iaitu Wan Rohimi Wan Daud.








Oleh kerana Pahang Daily Online sudah membuat lapurannya,maka saya malaslah nak ulas lagi, memadailah di sini saya perturunkan sahaja Laporan Dari Konvensyen Peneroka Dan Generasi Ke-2 Felda Kebangsaan Di Jerantut !! yang di buat oleh Cucu Mat Kilau tersebut.

Sekian.




Berikut adalah sedutan dari dua kertas kerja.

(1) Kertas kerja Mazlan Aliman di Konvensyen Peneroka ...

(2) Kertas kerja ke 2 dari Dr Syed Husin Ali

Felda Logo

19 Februari 2010

Kenapa asyik tak tahu ni.................

Hari semalam saya menghadiri satu mesyuarat diantara AJK urus sendiri kebun dengan pengurus felda kota gelanggi 01, antara objektif utama mesyuarat tersebut ialah bagi mendapat persetujuan dari ahli yang urus sendiri kebunnya, untuk di buat potongan semasa pambayaran dari penjualan hasil sawit sebanyak 10 atau 20 % dari kos keseluruhan jualan.

Antara tujuan penting di buat potongan tersebut ialah untuk membuat satu tabung simpanan bagi tujuan bayaran kembali hutang peneroka yang telah mengambil semula kebunnya dari pengurusan felda.

Masaalah kedua yang di kemukakan oleh pengurus felda ialah berkaitan potongan insurance ladang bagi setiap peneroka felda yang setiap orang dikenakan sebanyak RM11.59 sebulan dan potongan keceriaan kampung RM5.00 sebulan dan potongan untuk buat jalan pertanian.

Dan masaalah ketiga, di beritahu kepada peneroka yang urus sendiri bahawa dengan menghantar buah sawit masuk akaun felda, peneroka tersebut layak untuk mendapat manfaat insurance kamatian sebanyak RM10,000.00, dimana pecahannya iaitu untuk urusan pengkebumian RM3,000.00 dan bagi mengurangkan kehibaan RM7,000.00.

Setelah selesai pengurus memberikan penjelasannya, maka saya bangun memberikan cadangan balas, saya kata tidak perlu di buat potongan sama ada 10 atau 20 % peratus, tetapi hendaklah di buat potongan berdasarkan jadual sebenar hutang peneroka, jika hutang peneroka tersebut perlu dibayar misalnya RM450.00 sebulan, maka di buatlah potongan sebanyak itu serta dicampur dengan insurance ladang dan keceriaan kampung serta potongan jalan pertanian.

Pengurus kata, masaalahnya, penyata hutang yang ada sekarang ini adalah penyata hutang sementara dan tidak tahu bila akan keluar penyata hutang sebenar, saya kata, didalam pertemuan di progrem mesra felda baru-baru ini, saya ada mengunjungi kaunter penerangan hutang dan saya tanya bila hutang sebenar akan di keluarkan, pegawai kewangan terbabit memberi jaminan bahawa penyata hutang sebenar akan di keluarkan didalam masa terdekat, oleh itu kita tunggulah penyata sebenar keluar dan barulah di buat potongan.

Jikalau lambat keluar maka lambatlah boleh dibuat potongan, lagi pun, ini boleh dijadikan sebagai satu kuasa tawar menawar diantara peneroka dengan bahagian kewangan felda, agar pihak bahagian kewangan felda menyegerakan pengeluaran penyata hutang sebenar peneroka yang ambil alih kebunnya, jika lambat dibuat, maka lambatlah boleh di kutip hutang peneroka.

Satu lagi kelebihannya kata saya, apabila penyata sebenar hutang peneroka telah ada, maka setiap kali bayaran kembali hutang di buat oleh peneroka, pasti akan di tolak di dalam penyata bulan berikutnya, dan peneroka akan boleh melihat berapa lagi bakinya hutang mereka untuk bulan berikutnya dan begitulah seterusnya.

Akhirnya semua AJK dan Pengurus felda kota gelanggi 01 bersetuju dengan cadangan saya dan membatalkan cadangan awal untuk membuat potongan secara borong dari hasil jualan sawit peneroka yang urus sendiri sebanyak 10 atau 20% serta bersedia menunggu sehingga keluar penyata sebenar dari felda barulah di buat potongan.

Berkaitan masaalah kedua iaitu insurance ladang berjumlah RM11.59 sebulan bagi setiap peneroka, apakah manfaat yang bakal di perolehi oleh peneroka dengan bayaran sebanyak itu, betul jumlah tersebut tidak banyak iaitu cuma RM11.59 sebulan, tetapi jika di campur dengan jumlah semua peneroka iaitu 366 orang di kota gelanggi 01 sahaja, jumlahnya RM50,903.28 setahun.

Cuba campurkan RM50,903.28 bagi satu felda x 317 skim felda di seluruh negara, jumlahnya ialah RM16,136,339.76 untuk satu tahun, hai, berapa tu......kalau tak silap saya, 16 juta, 136 ribu, 339 ringgit dan 76 sen, betul ke tu.......saya ni peneroka, mana nak reti kira juta-juta ni.....

Bayangkan dengan jumlah kutipan sebanyak itu untuk satu tahun, sedangkan tidak pernah pun peneroka berpeluang membuat tuntutan, di tambah lagi pengurus felda sendiri apabila di tanya apakah perkara dan seminima mana boleh di buat tuntutan, beliau sendiri pun tidak tahu................................

Saya kata, bolehkah dua pokok sawit saya yang kena petir ini di buat tuntutan ?



Saja saya nak acah je..... dia jawab tak tahu.............hai asyik tak tahu je...ni.......( jangan marah en. Hamid )

Saya rasa cukuplah setakat ini lapuran dari saya .......................sekian.






14 Februari 2010

Akibat joli katak

Saya memetik satu berita dari Berita Harian yang membuatkan saya termenung seketika, puncanya ialah mahu berjimat.........

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.


Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.


Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya. (di petik dari sini)


Kenapakah begini jadinya....................

Dahulu kita berbelanja, seolah-olah kita ni kaya sangat..................kini kita berbelanja seolah-olah kita sudah papa kedana, ya...lah, kalau dah sampai duit poket untuk sekolah anak pun kita potong, apalah maknanya lagi hidup kita .......

Inilah akibatnya apabila kita mengambil sikap " biar papa asal bergaya " di ketika yang lepas, ayah yang joli, anak-anak yang menerima padahnya....................

Tu...lah, orang dah pesan.....masa mengundi tu ...pangkahlah di tempat yang betul, ni dak.... pangkah di tempat yang salah....... sekarang .....nak salahkan siapa lagi......terima je...lah......


Berita tambahan.


12 Februari 2010

Rupanya, terbeli kapal selam buruk....................

Hari ini saya mahu mencerahkan minda sedikit, tak kanlah mentang-mentang kita ni peneroka felda, maka apa juga yang di bicarakan, hanyalah berkaitan kelapa sawit dan getah sahaja.

Hari ini saya mahu menarik perhatian sdr-sdr semua tentang satu perkara yang saya anggap sudah keterlaluan iaitu "penyelewengan".

Penyelewengan didalam apa juga bentuk wajar kita benci...benci...benci...benci...benci...dan...benci.

Saya petik pendedahan ini dari blog MSO, Ikuti kisah seterusnya..................

Kapal Selam KD Tuanku Abdul Rahman, Belum Guna Sudah Rosak!

BELUM pun sempat beroperasi kapal selam KD Tunaku Abdul Rahman sudah rosak dan tersadai. Walaupun rosaknya kecil saja kata Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar tetapi ia dipanggil rosak juga. Tentulah kerosokan kecil itu menyebabkan kapal itu tidak sempurna dan tidak boleh dipakai.

Apa lagi peralatan perang cukup sesnsitif dan perlu dalam keadaan sempurna dari semua segi. Bayangkan bagaimana kalau tiba-tiba negara kita diserang, ibarat kata tinggal tersadai di pengkalan sajalah kapal itu. RM 1 billion hangus begitu saja tidak boleh dijadikan perisai menyelamat dan mempertahankan negara. Jawabnya terpaksalah guna meriam buluh dan perahu saja untuk menghadapi musuh.

Kapal itu baru saja dibeli dan tiba di negara ini September tahun lepas. Bukan main lagi ianya ditepong tawar pada hari ketibaannya. Kalau tak silap dibuat telecast ketibaannya. Seluruh rakyat Malaysia dari segenap corok melihat acara berkenaan. Tujuannya supaya rasa merasa agah dan bangga negaranya sudah ada kapal selam canggih.

Menurut Abdul Aziz, sebelum ini kapal itu juga sudah dikenal pasti mengalami keroskakan. Kerosakan kecil juga. Tetapi sudah pun diperbaiki. Erti dan maknanya sudah dua kali kapal itu rosak.

Saya rasa bukan saja saya, orang lain juga hairan dan tertanya-tenya kenapa kapal selam jenis Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol itu boleh rosak atau telah rosak. Walhal kapal itu dikatakan tercanggih didunia pada masa ini dan terbaru. Entah-entah bukan baru kok, takut yang scond hand.

Kementerian Pertahanan manalah tahu baru atau scond hand, mereka hanya tahu terima saja. Manakala syarikat yang menjadi consultant pula tidak peduli ia sempurna atau tidak, yang penting komisyen saja. Tengoklah apa jadi dengan dua enjin F5E sampai dicuri pun tidak disedari. Dah, menteri pertahan pula terkial-kial nak buat penjelasan sampai terpaksa Peguam Negara membantu untuk meredakan keadaan.

Apakah isu komisyen pembelian kapal selam membabitkan lebih RM800 juta dulu ada kena mengena dengan kapal selam yang rosak itu? Barang kali mungkin.

Sama-samalah kita dengar apa ulasan dan penjelasan lanjut menteri pertahanan mengenai hal ini. Apakah kerosakan itu serius dan apakah puncanya. Atau apakah akan ada kerosakan lain pula ditemui selepas ini. Dan kalau boleh Zahid Hamidi jelaskan juga berhubung dengan komisyennya seperti mana digembar gemburkan dulu benar atau tidak angka itu dan siapa yang menerimanya. Sebagai menteri pertahanan kita percaya Zaid tentu ada maklumat terperinchi mengenainya.

Kesediaan Zahid mendedahkan butiran itu menunjukkan wibawa Zahid sebagai seorang menteri yang dikira mempunyai intergriti lebih sedikit berbanding dengan sesetengah menteri lain




Kita ikuti juga lapuran dari lain-lain blog -


(1) KAPAL SELAM MALAYSIA TAK BOLEH MENYELAM

(2) Kapal selam jadi bot?

(3) Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam

(4) Kerosakan kapal selam hanya alat bernilai $12 ( dari blog Aduka Taruna)








08 Februari 2010

Alahai Tan Aminuddin.

Hari ini dan semalam felda telah mengadakan " Program mesra bersama felda " dan felda Kota Gelanggi 01 telah menjadi tuan rumah untuk gelanggi 01 dan 03.

Untuk progrem semalam, selain gotong royong membersihkan kawasan perkampungan, juga diadakan pada paginya senamrobik manakala pada petangnya diadakan sukaneka yang dihadiri beliawanis, isteri peneroka dan kanak-kanak.



Pada hari ini pada paginya, diadakan progrem khidmat kaunter, pelbagai kaunter dibuka dari berkaitan tanam semula. kilang sawit, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Aku mengambil kesempatan di masa yang berharga ini untuk menyelesaikan masaalah hutang aku yang pernah aku tulis beberapa bulan yang lepas .

Hutang tersebut tertera berjumlah RM 60,578.03, tetapi setelah aku komplen dengan mengatakan bahawa aku tidak mengambil sara hidup, pembetulan pun dilakukan dan hutang sebenar hanyalah sekitar RM 36,000.00 lebih sahaja.

Aku juga mengambil kesempatan bertanyakan tentang jalan pertanian di dalam ladang felda yang bernilai RM 800,000.00 tetapi hanya mampu bertahan hanya 3 bulan sahaja.(Klik di sini)

Pegawai terbabit tidak dapat menjawabnya dan mencadangkan supaya aku bertanya secara pribadi kemudian nanti serta beliau memberikan kad nama beliau kepada aku.

Majlis ini sebenarnya tiada langsung didalam senarai untuk diadakan di felda kota gelanggi 01, didalam masa terdekat ini, akan tetapi oleh kerana Masaalah ini, dan lagi haru disini,
maka felda wilayah pun terpaksalah mengadakan di felda kota gelanggi 01 dahulu.

Begitulah kaedah dan jalan penyelesaian yang dilaksanakan oleh mereka-mereka yang berkuasa didalam menghadapi pergolakan permasaalahan didalam felda.

Pada petangnya tibalah giliran Tan Aminuddin (exco felda) menyampaikan ucapannya, beliau lebih banyak berucap mengingatkan peneroka bahawa felda banyak berjasa kepada peneroka dan jangan sesekali melawan felda.

Beliau juga ada menyentuh berkaitan kes peneroka dengan felda, di Kemahang 3, Kelantan, yang lucunya beliau berkata, bahawa kemenangan kumpulan peneroka terbabit adalah kerana konspirasi diantara peguam felda dengan peguam peneroka iaitu dengan memastikan peguam felda tidak hadhir di hari perbicaraan, sebab itulah peneroka menang katanya dan bukan sangat kerana hujjah yang di kemukakan........kah..kah..kah...memang pandir betul lah Tan Aminuddin ni.


Kalaulah cakapnya ini di rakam dan disampaikan kepada kumpulan peguam yang mewakili felda, iaitu Ceril Abraham & co, rasa aku, pasti Tan Aminuddin ni kena saman..........ais...ais...ais,... ais...... memang teroklah Tan Aminuddin ni.....orang macam ni pun boleh dipilih sebagai exco felda.........kah...kah...kah...

Semasa beliau berucap selama kira-kira 1 jam, aku toleh kiri kanan, kebanyakkan peneroka semacam muak dan mula membuat bising di belakang.

Aku menunggu sampai habis dengan harapan di beri peluang untuk mengemukakan beberapa soalan, namun hampa apabila beliau, siap sahaja berucap terus di minta oleh pengerusi majlis menyampaikan hadiah dan kedewan untuk minum petang.

Aku cukup geram, sepatutnya beliau memberi peluang untuk para hidirin mengemukakan beberapa soalan atau memberi maklum balas, kenapa timbulnya isu peneroka marah felda.

Kalau inilah kaedah yang dipilih oleh beliau didalam perjumpaan dengan peneroka felda dengan menganggap bahawa peneroka felda ini adalah golongan bodoh dan perlu dilayan sedemikian rupa, maka sia-sialah Datuk sri Adnan Yaakop melantik beliau sebagai exco felda.

Kalau di beri peluang aku mahu menimbulkan isu jalan pertanian yang aku kemukakan diatas, adakah patut duit peneroka sebanyak RM 800,000.00 di buat jalan pertanian hanya boleh bertahan selama 3 bulan sahaja ?

Tendernya pula di beri kepada Felda Engineering Services Sdn Bhd, sepatutnya berilah kepada koperasi peneroka felda k.gel 01, inilah masaalahnya, kalau Mazlan Aliman kata felda dulu tolong, sekarang along, Marah !!!!! ini yang payahnya.

Akhirnya majlis tersebut berakhir dengan tiada apa-apa perkembangan yang memuaskan, walau macam mana pun di sebalik beberapa masaalah yang aku kemukakan tadi, aku sangat berterima kasih kepada staf-staf felda yang bertungkus lumus, cuba menyelesaikan beberapa perkara berkaitan peneroka dan diharap majlis yang sedemikian rupa boleh diadakan dilain kali............................sekali lagi terima kasih kepada pegawai-pegawai felda yang jujur dan ikhlas. ..................sekian.







"Kalau tak suka tinggal dalam felda, sila keluar kata datuk tan di petik dari blog Hj.Suhaimi Said