01 Oktober 2009

Mesyuarat Agung PKPKM ke - 17 di Kuala Lumpur

Lebih dari dua minggu saya tidak menulis apa-apa dan oleh kerana semalam saya telah menghadiri mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PKPKM yang ke- 17, di Dewan Teateret, Bangunan Lembaga Getah Malaysia, 148, Jalan Ampang, Kuala lumpur, (berhadapan Menara berkembar Petronas) maka elok benarlah jika saya mencoretkan serba sedikit berkaitan persekitaran majlis tersebut untuk tatapan kita bersama.

Kehadiran saya adalah sebagai salah seorang perwakilan yang berjumlah 2 orang bagi satu cawangan, dan saya adalah wakil dari Felda Kota Gelanggi 01, dari Pahang, dan Pahang menghantar seramai 30 orang perwakilan, termasuk saya.

Perwakilan keseluruhan adalah seramai 186 orang, dengan pecahan-pecahan seperti berikut - negeri kedah 11, Negeri Perak 30, Negeri Selangor 11, Negeri Sembilan 29, Negeri Melaka 5,

Johor 30, Pahang 30, Trengganu 12, Kelantan 10, dan dari Ahli Majlis Tertinggi seramai 19 orang, namun 10 orang gagal hadhir menyebabkan jumlah kehadiran ialah 176 orang.

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan 3 orang Naib Presiden, setelah selesai pengiraan undi di sekitar jam 12.00 tengah hari, keputusan adalah seperti berikut - Presiden Dato' Haji Aliasak Haji Ambia, Tim.Presiden, Haji Yusof Haji Ismail dan 3 orang Naib Presiden iaitu Haji Daud Itam Raffar, Haji wan Hassan Wan Ahmad, dan En. Mat Ali Musa.


Sebenarnya sebagai pertubuhan yang tidak popular seperti PKPKM ini, orang ramai tidak berminat sangat untuk mengetahui siapa yang mahu bertanding dan apa jawatan yang

ditandinginya, tidak seperti jika ada pertandingan didalam parti-parti politik yang suasananya cukup meriah.

Walau macammana pun saya ada pengalaman yang cukup menggelikan hati, ketika saya menghadiri mesyuarat agung bagi peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Bangunan Tabung Haji, Temerloh, beberapa tahun yang lepas.

Di tahun tersebut ada pemilihan kepimpinan di peringkat negeri Pahang dan ada pertandingan dua penjuru diantara Ust Kadir dari felda Bukit Pucung, Triang, melawan Hj. Razali Ahmad dari Felda Kota gelanggi 02 ( telah meninggal dunia)

Ust Kadir ini telah berkempen bersungguh-sungguh sehingga sanggup menyewa satu dewan kecil di Hotel Sri Malaysia juga di Temerloh disebelah pagi dan memberikan taklimat kepada perwakilan kenapa kepimpinan PKPKM bagi Negeri Pahang perlu diubah.

Setelah selesai taklimat, beliau menganjurkan pula jamuan makan tengah hari di Hotel tersebut, saya seperti juga orang lain, dengan berselera sekali menikmati gulai ikan Patin masak tempoyak dan aneka lagi lauk pauk, beliau dikatakan menghabiskan perbelanjaan sehingga RM3,000.00 untuk majlis tersebut.

Maka setelah jam 2.30 petang barulah diadakan pemilihan sebenar di Dewan Lembaga Tabung Haji Temerloh, malangnya walaupun beliau berbelanja agak besar bagi sebuah pertubuhan yang tidak terkenal seperti PKPKM ini, namun beliau tewas juga kepada penyandang jawatan pada masa itu iaitu Hj.Razali Ahmad.

Begitulah lebih kurang nostalgia saya berkaitan pemilihan kepimpinan didalam pertubuhan PKPKM yang kadang-kadang dicap sebagai pengacau oleh kalangan sesetengah penyokong Kerajaan, walaupun pertubuhan ini diwakili juga oleh orang-orang Umno.

Ok ......saya menyambung kembali kisah saya menghadiri Mesyuarat PKPKM di Kuala Lumpur ini, saya bertolak dari rumah pada 29.09.09 jam 2.00 ptg, iaitu sehari lebih awal dan terpaksa bermalam di Hotel Kok Ping dekat jalan Chow kit, K L, walau pun hotel tersebut adalah jenis bajet rendah iaitu semalam hanya RM55.00 sahaja, namun kami tidak kisah kerana menyedari

bahawa kos Hotel ditanggung oleh persatuan dan persatuan pula adalah dimiliki oleh para pekebun kecil yang rata-ratanya bukan orang kaya, oleh itu sebagai langkah untuk berjimat, maka satu bilik hotel kami berkongsi 4 orang.

Manakala untuk makan malam, kami pakat bayar sikit-sikit seorang, makanan pun ala kadar je..........cuba tengok di bawah tu........., pucuk ubi dan jantung pisang di cecah sambal belacan dan budu, adalah sedikit ikan dan ayam goreng, tetapi masing-masing sangat berselera sekali makan....................... munkin perut tengah lapar kot.




Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi, oleh kerana kami bermalam di KL, maka tiadalah masaalah tentang pendaftaran seawal itu, setelah selesai mendaftar, dihulurkan pula oleh kerani di meja pendaftaran sebuah sampul kecil, setelah dibuka rupa-rupanya ada duit berjumlah RM250.00, lepaslah duit minyak dan makan-makan di tengan jalan.

Mesyuarat dimulakan pada jam 9.00 pg, dengan ucapan perasmian, jam 10.30 pagi kami berehat seketika untuk minum teh,


Mesyuarat diteruskan semula jam 11.00 pg dengan agenda pemilihan kepimpinan baru bagi sesei 2010 - 2011.


Setelah selesai, beberapa lagi agenda dibentangkan, beberapa orang perwakilan bangun mengambil kesempatan menyatakan ketidak puasan hati terhadap beberapa perkara, ada yang memberikan cadangan untuk menambaik dan memperkenalkan lagi persatuan dikalangan

masyarakat, disamping ada juga yang mengucapkan tahniah diatas kesungguhan kepimpinan menyelesaikan beberapa masaalah ahli.

Akhirnya disekitar jam 1.30 ptg, pengerusi mesyuarat mengumumkan penangguhan mesyuarat untuk kali ini dan sekelian yang hadhir dipersilakan kedewan makan untuk makan

tengahari dan bersurai.




Ada yang mengambil kesempatan meneliti barang-barang yang dipemerkan sempena majlis
tersebut oleh anak-anak syarikat PKPKM sendiri,










dan ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan Presiden diluar Dewan sebelum berpisah dan pulang ke Kampung halaman masing-masing.



Sekian lapuran saya untuk kali ini, sampai berjumpa dilain kali......................













2 ulasan:

O J O L A L Y berkata...

maaf tumpang lalu dan ingin bertanya, bila ditubuhkan Felda Kota Gelanggi ni?

LKTP1328 berkata...

Terima kasih kpd sdri " OJOLALY " kerana sudi menjengok blog saya.

Felda Kota Gelanggi 01 di buka pada tahun 1975 dan dimasukkan peneroka pada tahun 1977, saya masuk pada tahun 1983 menggantikan peneroka asal yang "lari" balik kampung akibat tidak tahan dengan cabaran kesusahan yg dihadapi semasa peringkat awal menjadi peneroka felda.