17 Oktober 2009

Apakah jaminan keselamatan kita ?

Ketika membaca akhbar, saya tertarik dengan dua berita yang disiarkan, berita pertama ialah mengenai Pengawal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) membelasah pelawat, didalam berita tersebut, dinyatakan bahawa dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, seorang peniaga, Mohd. Nazar Mohd. Ali, 28, cedera dibelasah sekumpulan pengawal keselamatan di pintu lif HTAA tersebut.

Katanya, dia tiba di HTAA bersama abangnya, Mohd. Amiruddin, 38, pada pukul 7 malam untuk menghantar kerusi malas kepada saudara lelakinya yang menemani bapa saudara yang dirawat di Wad 8 hospital tersebut.

"Kerusi malas itu untuk dijadikan tempat tidur adik kakak ipar saya yang menemani bapanya di wad. Semasa di pintu lif, kami ditahan seorang pengawal keselamatan yang meminta surat kebenaran dengan nada kurang sopan.

"Kami beritahu surat itu ada bersama saudara kami di wad dan kami akan tunjukkan surat itu kemudian," jelasnya.

Jelas Nazar, pengawal keselamatan itu tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu menumbuk hidungnya.

"Saya terjatuh ke lantai dengan hidung dan mulut saya berdarah.

"Orang ramai yang berada di dalam lif segera bawa saya masuk ke dalam lif selepas mereka melihat pengawal keselamatan itu semakin ganas," katanya.

Di beritakan juga bahawa ini adalah kejadian kedua yang berlaku di Hospital tersebut selepas insiden sekumpulan pengawal keselamatan membelasah dua pelawat di HTAA ini pada 25 Jun lalu.

Manakala berita kedua yang turut menggamit saya untuk terus menatapnya dan membuat saya termenung seketika ialah mengenai seorang pekerja insurans yang maut ditikam ketika halang komputer riba dari dicuri, kejadian berlaku diluar sebuah restoran makanan segera di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur di awal pagi ini.

Mangsa, Lee Sui Leong, 30, mati ketika dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah cedera parah akibat ditikam.

Ketika kejadian pukul 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang melayari Internet di dalam restoran terbabit yang beroperasi 24 jam.

Menurut jurucakap polis, dia kemudian duduk di ruang luar restoran itu untuk memudahkannya mengecas komputer riba tersebut.

Katanya, ketika asyik melayari Internet, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an muncul dan merampas komputer riba mangsa.

"Mangsa kemudian mengejar suspek namun seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek muncul dan menikam Sui Leong dari arah belakang menggunakan objek tajam.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri bersama komputer riba milik mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu bagi mengenal pasti suspek.

Berdasarkan dua berita diatas menggambarkan betapa kurang selamatnya kita ketika kita berada samaada didalam rumah atau di luar rumah kita.

Didalam rumah sepatutnya adalah tempat yang paling selamat, tetapi turut juga menjadi tempat yang tidak selamat, bukan sedikit berita kejadian rompakan dan sebagainya yang berlaku ketika kita sedang berada didalm rumah.

Apatah lagi kejadian sepertimana yang berlaku seperti berita diatas, oleh itu sebagai rakyat yang turut membayar cukai kepada Kerajaan, adalah menjadi harapan kita semua agar perkara seperti ini boleh di bendung.

Sewaktu diakhir perkhidmatan Pak Lah selaku Perdana Menteri tempoh hari, beliau telah menubuhkan satu suruhan jaya penambahbaikan pasukan Polis, didalam usaha penambah baikan tersebut, antara objektifnya ialah mengurangkan kadar kejadian jenayah di negara kita.

Kita tidak tahu sejauh mana usaha penambahbaikan tersebut berjalan, namun sebagai orang awam, kita sangatlah mengharapkan usaha tersebut beroleh kejayaan........................................






Tiada ulasan: