KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.
|
|
Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya.
"Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.
Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya.
"Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq.
Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir di sini meluahkan hasratnya itu ketika melawat adiknya, Mohd. Ikmal Rizal, 8, dan Aisyah Nabila yang dirawat di HSNZ.
Sementara itu, Ikmal ketika ditemui berkata, dia sangat rindu ayahnya dan mahu cepat berjumpa dengannya.
Ikmal sehingga semalam belum mengetahui kematian ibu bapanya bersama seorang adik dan neneknya.
Cerita Ikmal, ayahnya yang cedera dalam kemalangan ketika itu menyerahkan telefon bimbit kepadanya dan menyuruh dia menghubungi ambulans kerana ketika itu hanya dia yang mampu bergerak.
Benar derma simpati akan mencurah-curah datang, tetapi lazimnya, ianya hanya didalam
jangka waktu sewaktu berita tersebut masih panas sahaja, apabila berita telah menjadi sejuk dan hari-hari semakin lama berlalu, maka penderma pun semakin berkurangan, malah jika nasib kurang baik, terus dilupakan.
Oleh itu kerajaan perlu mengambil inisiatif bagi menubuhkan satu tabung khas untuk mengatasi masaalah-masaalah seperti ini.
Kejadian kematian mengejut ibu dan bapa di ketika anak-anak masih tidak tahu mencari kehidupan sendiri, ketika anak-anak masih bersekolah, adik beradik pula ramai, adalah sesuatu yang sangat berat untuk di pikul .
Benar, kita sudah ada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi peruntukkan JKM untuk kes-kes seperti ini hanyalah sedikit sahaja, bayangkan kemampuan JKM memberi bantuan untuk satu keluarga hanyalah di dalam linkungan RM500 kebawah sahaja.
Sedangkan untuk anak-anak seperti ini menjalani kehidupan yang agak selesa, memerlukan kos munkin RM1,500 sebulan, termasuk perbelanjaan persekolahan mereka.
Betul, munkin sesetengah keluarga ada mempunyai pendapatan tersendiri, tetapi kita bercakap ini bagi pihak yang tidak mempunyai pendapatan langsung, tidak mempunyai perlindungan Insurance, ibu bapanya tidak mempunyai pencen, manakala kemalangan yang melibatkan kematian ketua keluarga ini, berlaku didalam pelbagai bentuk, bukan sahaja kemalangan kereta, tetapi didalam berbagai-bagai hal lagi.
Munkin kita boleh mewajibkan ketua keluarga membeli Insurance, tetapi bagaimana jika ketua keluarga tersebut tidak mampu membayar Insurance ?
Oleh itu di pihak kerajaan sangat perlu mewujudkan " skim perlindungan ketua keluarga " agar peristiwa anak-anak yang kematian " teraju utama kekuarga" masih boleh meneruskan persekolahan mereka.
Kita sering terbaca di akhbar tentang bagaimana anak-anak yang bernasib seperti ini, terumbang ambing kehidupannya tanpa mendapat pembelaan dari orang ramai dan kerajaan.
Kita selalu mendengar kerajaan sering mengeluarkan perbelanjaan yang besar-besar untuk peruntukan lain-lain yang kurang perlu jika dibandingkan dengan skim perlindungan ketua keluarga ini yang dirasakan lebih penting.
Semoga cadangan ini mendapat perhatian......................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan