02 November 2009

Cabaran kehidupan ................................

Didalam menjalani kehidupan dialam fana ini, kita akan menempuh pelbagai cabaran kehidupan, apa yang lebih memeritkan ialah, jika kita seorang perempuan yang kehidupannya adalah bergantung semata-mata kepada seorang lelaki.

Apa yang ingin saya kongsikan didalam posting saya kali ini ialah berkaitan kisah kenalan saya yang pada pendapat saya, ianya adalah lumrah dihadapi, terutama kepada para isteri yang bergantung sepenuhnya kehidupannya kepada suaminya.

Samsiah atau kita panggil Siah (bukan nama sebenar) telah berkahwin dengan Abd.Rahman atau kita panggil Man (juga bukan nama sebenar) kira-kira 18 tahun yang lampau, selama ini kehidupan mereka adalah bahagia.

Siah ini adalah lepasan Sek. Men. Vokasional Puteri di Temerloh, Pahang, dan murid-murid di sekolah ini semuanya pelajar perempuan, dia mengambil jurusan sains rumah tangga, bahagian khususannya adalah jahitan.

Setelah berkahwin dengan Man seorang lepasan sekolah Pondok di Kelantan yang mengamalkan corak hidup yang pada pendapatnya adalah suatu ajaran Islam, pada hal itu hanyalah satu ijtihad dari sesetengah ulamak sahaja.


Apa yang saya maksudkan ialah cara pakaian yang dipakai oleh Siah ini yang sudah tentu atas arahan si Man, iaitu jenis tutup seluruh badan dan muka sehingga nampak mata dua butir sahaja.

Pada mulanya Siah ini ada mengambil upah menjahit baju sebagai pekerjaan sambilannya, selain mengurus rumah tangganya, setelah beberapa lama dan pelanggannya sudah agak ramai, tiba-tiba suaminya mengarahkan supaya dia berhenti dari mengambil upah menjahit.

Alasan suaminya ialah haram kita mengambil upah membuat baju-baju yang berfesyen-fesyen ini, oleh itu dia pun berhentilah dari mengambil upah menjahit, sejak itu Siah hanyalah menjadi suri rumah sepenuh masa.

Suaminya bekerja sebagai Imam Masjid di sebuah Masjid di Kelantan dan mereka tinggal berhampiran Masjid tersebut juga, di sebuah rumah yang kebetulannya tuan rumah tersebut telah meninggal dunia, oleh kerana semua anak-anaknya sudah mempunyai rumah sendiri, maka mereka pun mengizinkan Man sekeluarga tinggal dirumah mereka tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Begitulah kehidupan mereka selama beberapa tahun sehingga memperolehi sembilan orang anak.

Kini anak-anaknya ada yang sudah besar dan ada yang masih kecil, yang besar sudah berada di Kolej, Politiknik, Sek Men dan Sek Keb manakala yang kecil ada yang masih menyusu.

Masaalah bermula apabila baru-baru ini, si Man ini didalam diam-diam sudah berkahwin seorang lagi, khabarnya isteri mudanya adalah seorang janda berumur 50 tahun, nyatalah janda ini lebih tua dari Siah yang didalam lingkungan umur 40an.

Masaalahnya, si Siah ini didalam kehidupan sehariannya sentiasa bergelumang dengan anak-anak, menyebabkan dia tiada masa untuk bersolek, untuk bergaya lagilah jauhnya, ditambah lagi dengan pegangan hidup suaminya si Man yang menyuruh isterinya menutup muka sehingga nampak dua butir mata sahaja.

Bajunya pula hanyalah berwarna Hitam, tudung hitam, tutup muka hitam.........pendek kata semuanya hitam, setiap hari hanyalah duduk dirumah sahaja, tiada tv, tiada radio, tiada akhbar dan dia tertutup dari dunia luar, begitulah penghidupannya seharian.

Maka jika dilihat, si Siah ini seolah-olahnya berumur 50an, itulah sebabnya apabila si Man ini terjumpa dengan janda yang berumur 50an pun, dia tertarik, tambahan pula si janda ini pandai bergaya, siap bersolek, gincu di bibir merah menyala, lenggok pula bergaya.

Rupa-rupanya orang yang berpegang dengan ijtihad ulamak yang berminat mengurung isteri dibawah tudung hitam sehingga nampak mata dua butir, yang sentiasa berkain pelikat kehulu kehilir, kini berminat pula kepada perempuan cantik, perempuan bergincu, entah-entah pakai seluar pulak................adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............tak tahu nak cakaplah.

Begitulah dunia .......................................................................................

Berbalik kita kepada cerita si Siah tadi, apabila dia menyedari bahawa suaminya telah berkahwin seorang lagi, maka dia pun mengadulah kepada abang dan kakaknya.

Berbagai-bagailah pendapat dan nasihat dari abang dan kakaknya, ada yang turut marah kepada si Man yang boleh di ibaratkan seperti cuba mencurahkan minyak kedalam unggun api.

Namun salah seorang dari abangnya memberi nasihat yang berlainan sedikit, kata abangnya, " ini adalah pilihan Su (abangnya memanggil si Siah ini Su, kerana Siah ini, anak yang bungsu didalam keluarganya) Su suka kepada orang yang alim (pada pandangan kebanyakkan org melayu, apabila seseorg itu memakai serban, berjubah, berjanggut, dia akan dikira org alim) orang alim ni, dari dulu pun kebanyakkannya suka kahwin ramai, contohnya kumpulan Al-Arqam dulu, pemimpin mereka, semuanya kahwin dua, malah tiga, dan empat pun ada, maka Su terpaksa menerima hakikat bahawa suami Su telah berkahwin seorang lagi, oleh itu terimalah hakikat ini ."

" Cuma satu yang perlu Su pastikan, Man tetap menyara hidup Su seperti biasa, tanpa mengurangkan sedikit pun, persekolahan anak-anak di pastikan tidak tergendala, masa depan di pastikan terbela " abangnya cuba mengingatkan tanggung jawab seorang suami yang perlu dipikul oleh iparnya, kepada adiknya itu.

Masaalah utama yang menaikkan darah abangnya itu ialah, si Man ini masih belum barjaya menyediakan sebuah rumah untuk kehidupan keluarganya, masih menumpang di rumah orang, nasib baik ada orang yang sudi membenarkan dia tinggal dirumahnya, tetapi ada hati nak kahwin dua, itu yang abangnya sakit hati tu................................

Kalau dia mampu menyediakan semua keperluan asasnya dengan baik, lantaklah dia nak kahwin berapa pun..................................... fikir abangnya.

Adiknya menjawab perlahan, " abang boleh cakaplah sebab abang orang lelaki "........................

" Yalah.......... nak buat macammana, si Man tu dah kahwin, biarkanlah, yang penting jangan dia mengabaikan rumah tangganya, " ............. bebel abangnya tidak sudah-sudah.

" Yang dibimbangkan, bila dah dapat isteri baru, lama kelamaan dia melupakan terus tanggung jawabnya sebagai seorang suami didalam menyediakan nafkah kepada keluarga" abangnya menyambung lagi bebelannya.

" Perkara tu tak jadi masaalah, sebab janda tu cakap, dia hanya nak tumpang Man sebagai suaminya sahaja, sebab hidup tanpa suami banyak cabarannya, lagi pun janda tu cakap, dia mintak Man datang seminggu sekali pun cukuplah" Siah memberikan penerangannya pula, munkin alasan ini diperolehi dari Man yang cuba menghalalkan tindakkannya, apabila hal yang berkaitan nafkah di bangkitkan oleh Siah.

" Kalau gitu biarlah dia kawin, yang penting sara hidup tetap diberikan macam biasa" abangnya membalas.

" Tu...lah, abang Man tu dah pandai menampar " Siah cuba membongkar rahsia yang selama ini terpendam, aiiiiii.............ini sudah lebih.........fikir abangnya.

Abangnya termenung seketika ........" Sebab tu sabarlah, janganlah membebel, biarkan dia kahwin, kalau dia tak beri sara hidup nanti kita mengadu kat pejabat Agama " abangnya memujuk, macamlah si Siah tu budak kecil umur dua tahun .

Begitulah kisah yang saya perolehi dari kenalan saya, walau pun apa yang saya coretkan diatas, agak tidak sempurna, maklumlah saya ni, bukannya penulis novel............................ namun apa yang berlaku membuatkan saya terfikir dan menbuat kesimpulan, bahawa orang perempuan sangat perlu mempunyai pekerjaan sendiri .

Tanpa pekerjaan sendiri, akan membuatkan seseorang perempuan itu terumbang ambing didalam hidupnya, macam-macam boleh berlaku, kematian suami, perceraian dan sebagainya manakala anak pula ramai.

Itulah sebabnya di zaman modern ini, untuk mempunyai anak pun, perlu diukur dengan pendapatan, macam kita nak beli kereta juga, kalau gaji kecil, pakai kereta kecil, kalau gaji besar, bolehlah pakai kereta yang lebih besar.

Tetapi yang peliknya, orang yang bergaji besar, berpangkat besar jarang mempunyai anak ramai, tetapi sebaliknya orang yang bergaji kecil, malah tiada pekerjaan langsung pulak yang mempunyai ramai anak .

Mamang betul ! rezeki itu Allah yang beri, tetapi yang mencarinya ialah ketua keluarga, kalau dah anak terlampau ramai, sedangkan yang mencarinya seorang, manakala yang nak ditanggung pulak ramai, mana nak tertampung, mana nak larat........................................





Tiada ulasan: