24 November 2009

Khenduri kesyukuran pekebun yang urus sendiri


Jika tiada aral melintang pada 30.11.09 (Isnin) ini, satu majlis kesyukuran yang di anjurkan oleh peneroka yang urus sendiri kebunnya akan diadakan di tapak Pekan Sehari felda Kota Gelanggi 01.

Khemah yang dipasang nanti betul-betul berhampiran dengan khemah yang di pasang semasa saya mengadakan khenduri dua tiga hari yang lepas, tidak mustahil nanti, bagi orang yang tidak tahu akan mengatakan saya khenduri sekali lagi.................

Sebenarnya di tapak pekan sahari ini, yang mengadakan khenduri disitu hanyalah saya dan tiga empat orang sahaja, ini kerana tapak tersebut betul-betul berada dihadapan rumah saya, yang kebetulan kedai saya dihadapan dan saya menjadikan bahagian belakang kedai tersebut rumah saya.

Apa lagilah! panjangnya, dari depan kebelakang berukuran 150 kaki, sehingga ramai yang mengatakan macam gerabak keretapi.

Sebenarnya idea mengadakan khenduri kesyukuran ini datangnya dari salah seorang yang telah lama menguruskan kebunnya, oleh kerana sepanjang dua tahun ini harga kelapa sawit agak baik, buahnya pula boleh tahan, maka secara tidak langsung pendapatan pun agak selesa.

Oleh kerana kegembiraan dengan pendapatan yang agak baik inilah maka datang idea mahu mengadakan khenduri kesyukuran ini.

Orang yang urus sendiri sehingga terkini seramai 132 orang, lalu diadakan usaha mengumpulkan semua orang yang urus sendiri ini dan mengadakan mesyuarat, keputusan di buat untuk mengadakan khenduri kesyukuran dan kutipan wang pun di lakukan dengan ditetapkan seorang menyumbang RM50.00 atau lebih.

Saya pula dilantik sebagai bendahari, terpaksalah saya bertugas mengutip wang, sehingga kini kutipan telah hampir mencapai target iaitu RM5,000.00, kutipan kini adalah RM4,000.00 lebih.

Yang menggembirakan ialah, ada diantara ahli yang secara sukarela menyumbang RM100.00 melebihi dari yang diminta..................kira ok lah tu......

Masakkannya pula dicadangkan nasi minyak sebanyak 4 kawah, serta di sembelih kerbau seekor.....................wow .......hebat jugak ye.......

Jemputan pula terbuka kepada semua penduduk Felda Kota Gelanggi 01 tanpa mengira samada dia urus sendiri atau serah kepada felda, selain itu staf felda, kaki tangan kilang sawit serta guru-guru juga di jemput.

Antara VIP yang di jemput ialah exco felda, Datuk Tan Aminuddin, Wakil Rakyat Pulau Tawar, Pengawal wilayah, serta Pengurus felda.

Antara matlamat lain mengadakan khenduri kesyukuran ini ialah, untuk merapatkan Saliturrahim sesama ahli dan masyarakat felda kota gelanggi 01 serta pengurusan felda.

Sebenarnya selama ini felda telah tersalah anggap, mereka menganggap kumpulan yang mahu urus sendiri kebunnya sebagai penderhaka, tidak mengenang budi dan berbagai-bagai tanggapan lagi, sehingga pernah di satu ketika semasa diawal penanaman dahulu, kami mahu beli benih sawit dari PPPTR (satu pusat penyelidikan sawit yang menggunakan nama tokoh terkenal, Tun Abdul Razak ) tidak dibenarkan.

Sesuatu yang tidak patut dilakukan, ini telah menyebabkan ada diantara sebilangan peneroka yang urus sendiri ini yang masih menyimpan dendam dengan felda, ini dapat saya kesan apabila diketika saya membuat kutipan ini dan menjelaskan matlamatnya, ada diantara kumpulan ini yang masih marah apabila di sebut mahu menjemput Pengawal wilayah dan pengurus felda.

Saya terpaksa mengunakan diplomasi memujuk dan menerangkan kepada mereka bahawa kita tidak boleh terus berdendam, kerana cara tersebut akan merugikan kumpulan kita sendiri ...... barulah mereka boleh terima.............saya kata mereka boleh terima, kerana mereka hulur duit RM50.00 .........dalam hati mereka, mana saya tahu.................

Sesunguhnya bagi saya, masaalah tidak mengenang budi, tidak timbul, orang yang nak urus sendiri ini mahu berdikari, biarkanlah mereka..............

Lagi pun mereka juga menjual buah sawit kekilang felda, bukannya ketempat lain, lagi satu masaalah, felda telnoplant macam kurang upaya menguruskan kebun peneroka, pendapatan sebenar yang diperolehi oleh peneroka yang serah kepada teknoplant sangat kurang jika dibandingkan dengan yang urus sendiri, hutang pula semakin meningkat.

Saya perhatikan setakat ini, kebun yang diuruskan sendiri oleh peneroka yang adalah empat lima orang yang boleh dikategorikan sebagai kurang memuaskan, dengan semaknya, dengan baja kurangnya, tetapi dari segi hasilnya masih kalah teknoplant.

Inilah yang menyebabkan semakin ramai yang berazam mahu mengambil aleh, masing-masing hanya tunggu keluar bonos di hujung tahun ini je..........

Itu pun ada sesetengahnya dah tak sabar lagi, bulan Okt dan Nov ni pun, ada yang ambil juga, walau pun hujung tahun hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi.

Begitulah coretan saya untuk kali ini, kepada yang sokong felda tu.......jangan lah marah, saya pun sokong juga felda, buktinya sejak dari tarikh pengambilan kebun pada 01.01.08 sehingga sekarang, saya tidak pernah jual buah sawit saya kekilang swasta di luar felda................saya tetap juga jual kepada kilang felda................kira sokonglah tu..................nak sokong macam mana lagi................








6 ulasan:

DIARI PKGMEN berkata...

Sokong jangan tak sokong

DIARI PKGMEN berkata...

FELDA memamg suka Menjana Masyarakat Yang Berhutang dan suka masyarakat yang tak cerdik

rohaida berkata...

salam en..
xnak jemput pembaca blog en..dr kota gelanggi 2 ke..hehe..
kebetulan cuti raye aji kan.. :-)

LKTP1436 berkata...

Kepada DIARI PKGMEN,

Tak tau nak cakap, tetapi semakin ramai peneroka yang mahu ambil aleh kebun mereka....itu yang sudah pasti.

Kepada rohaida.

Dengan segala hormatnya di persilakan, cuma saya nak jemput nanti org tak sudi pulak.

Juga kepada semua pembaca blog ini, Kalau ada masa di persilakan semua hadhir, jangan risau gulai dan nasi banyak......

Masa jamuan bermula dari jam 12.00tnghari sehingga jam 2.00ptg.

Kalau datang sila cari saya.....terima kasih.

merah_s berkata...

Salam AidulAdha, semoga engkau sihat n gembira selalu...

Mooncake berkata...

Assalamualaikum...

Memang baik lah memebuat kenduri kesukuran tu sebab banyak dapat duit.. sebab urus sendiri..
tapi kena ingat jika kita mendapat keuntungan daripada daya usaha orang lain yang bertungkus dan mengeluarkan wang ringgit untuk membaik infrastruktur di ladang supaya hasil masing-masing dapat dikeluarkan dengan baik tanpa ganguan dan mereka-meraka ini terus menangung kos nyer...

ahh biarkan felda technoplant tu uruskan jalan musim hujan nie.. memang senang cakap...kosnyer tetap ditangung olaeh peneroka yang masih setia pada felda..yang maner mereka tidak berkemampuan untuk mengusahakan sendiri. kesian mereka... dah lah ditindas oleh felda.. peneroka usaha sendiri kebun pun tindas mereka.. apelah nasib yer..

orang ternak lembu sampai beratus ekor,, jika tidak mendapat keizinan tuan ladang dimana lembu tersebut meragut rumput untuk membesar dengan sempurna.. adakah ternakan itu diberkati.. wallahualam.. Allah sajer yang mengetahuinyer.

sekian..