31 Ogos 2010

Pantai Timur Di Ketepikan...........

Ogos 31, 10 2:56PM
Pengurus Besar Perkhidmatan KTMB Antarabandar Mohd Zain Mat Taha berkata perkhidmatan itu akan diperkenalkan di laluan Seremban ke Gemas dan Ipoh ke Padang Besar.
Setelah menatap berita disebelah, sebagai orang dari Pantai Timur, terasa sayu juga rasa dihati, apa tidaknya, di sebelah Pantai Barat, pelbagai kemajuan telah dikecapi termasuk perkhidmatan Kereta Api dengan landasan berkembarnya, kini di Pantai Barat di berikan pula Kereta Api letrik, tetapi di Pantai Timur masih dok tang tu.......... jugak.

Ingatkan setelah Najib menjadi PM dapatlah menumpang tuah, rupanya masih jauh lagi...... masih lagi terpaksa menaiki kereta melalui jalan yang berliku-liku, entahlah .....munkin diakhir umur aku yang dah " TUA " ini tidak akan dapat menyaksikan kemajuan tersebut........begitulah nasib badan..................


Nah.....itu berita semalam, hari ini keluar berita ini pulak.......


KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini menolak projek untuk membaik pulih jalan raya yang menghubungkan Seremban, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan selepas Unit Perancang ...



Sampai merajuk Adnan Yaakop, marah kerana cadangan utama di ubah........ kan aku dah kata, Pantai Timur ni memang di ketepikan...............






27 Ogos 2010

Usah cuba mencari Kambing Hitam


Setelah tewas berkaitan kes yang dibawa oleh para peneroka Kemahang 3 di Kelantan ke Mahkamah yang berlarutan bertahun-tahun, Hari ini muncul lagi dakwaan yang mengatakan kononya Peguam gagal hadir punca Felda tewas (sila klik),

Aku tak tahu nak cakaplah tentang perkara ini, nak percaya cakap Yusop Noor ke...... atau percaya bahawa kegagalan kehadiran peguam felda tersebut kerana mereka mati hujjah disebabkan oleh bukti kukuh yang dikemukakan oleh peguam peneroka tersebut.

Para peguam peneroka tersebut yang pada peringkat awalnya di sifatkan sebagai masih beringus telah berusaha bersungguh-sungguh dengan sanggup menghadiri kursus pengeredding buah sawit bagi memahami bagaimana cara penggereding sebenar buah sawit yang dilakukan oleh kilang felda.

Di peringkat awal semasa kes ini mahu dibawa keMahkamah, dikatakan bahawa kumpulan peneroka ini telah kehulu kehilir menemui peguam tetapi tidak ada yang sanggup mengambil kes ini sehinggalah mereka menemui peguam muda Wan Rohaimi dan rakan-rakannya.

Wan Rohaimi dan rakan-rakannya pada masa itu pun kurang yakin terhadap kejayaan kes ini disebabkan mereka juga tidak faham bagaimana proses penggereding buah itu dilakukan, namun setelah belajar dengan cara melalui kursus seperti yang di sebutkan itu, barulah keyakinan timbul.

Oleh itu dakwaan Yusof Noor tersebut bagi aku hanyalah sebagai nak tutup malu felda sahaja, selain dari itu ada juga aku dengar (sila klik) tuduhan bahawa kononya peguam felda ini berpakat dengan peguam peneroka supaya peguam felda tidak hadhir bagi mempastikan kes ini berpihak kepada peneroka.

Ini bagi aku satu lagi dakwaan mengarut, kita kena faham bahawa peguam yang mewakili felda tersebut bukan calang-calang peguam, maklumlah felda banyak duit dan mampu mengupah peguam yang terbaik, maka pada pendapat akulah, mustahil peguam yang terkenal mahu berpakat dengan peguam yang beringus seperti Wan Rohaimi dan Rakan-rakannya itu.

Oleh itu felda usahlah cuba mencari kambing hitam untuk dijadikan penutup malunya, belajarlah mengakui kesalahan sendiri dengan memastikan perkara seperti ini jangan berulang dimasa hadapan.

Sifat tamak dengan cara cuba menipu para peneroka yang lemah adalah satu perbuatan jijik yang perlu dihindari .......................................... sekian.







26 Ogos 2010

Akhirnya peneroka berjaya mendapat keadilan.

Mahkamah mengekalkan keputusan awal bahawa felda didapati menipu penerokanya dan dikehendaki membayar RM11 juta..............muktamad.....noktah.

Eh..eh...eh...... kesian..........betul ke keputusan Mahkamah ni ? jangan-jangan ada pakatan diantara peguam peneroka dengan peguam felda tak.....sapa cakap macam tu ? Tan Aminuddin...........


Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. ( sumber asal )







24 Ogos 2010

Hai macam nak bangkrap je......

Aku panjangkan berita dibawah ini dari blog Haji Suhaimi Said, jadi kalau kau orang nak saman pun samanlah Hj Suhaimi Said, dia lawyer, aku peneroka felda je...........

Beritanya agak menggemparkan juga......

Pagi ini seorang yang tidak diketahui telah menalipon saya memberitahu bahawa Felda Plantation di sebuah rancangan di Negeri Pahang telah membuat pinjaman wang dari Tabung Amanah Ikhtiar dan KWSP untuk membayar gaji pegawai dan kakitangan Rancangan itu.

Inilah persoalan saya kepada Felda Plantation: Betulkah berita yang disampaikan kepada saya ini? Menurut yang memberitahu saya itu bahawa duit Felda Plantation sudah habis digunakan oleh pihak-pihak tertentu sejak 2007 dan 2008. Betulkah?

Sumber yang sama itu juga memberitahu saya bahawa wang deposit Felda di Lembaga Tabung Haji sudah habis dikeluarkan untuk di inject ke dalam Sime Darby. Benarkah berita ini?

Saya membuat dua pertanyaan itu, dan saya harap Felda dan Felda Plantation memberikan jawapan, dan kalau boleh Tabung Amanah Ikhtiar, KWSP dan Tabung Haji juga membuat jawapan agar tidak ada yang tersalah tafsir
. ( sumber asal )






23 Ogos 2010

Tindakkan Keterlaluan Rakyat Indonesia

Ogos 23, 10 6:13PM
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.


Sebenarnya ini bukanlah kali pertama insiden seperti ini berlaku di Indonesia tetapi buat yang berpuluh kali.

Peliknya kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) ini begitu membenci Malaysia dan menganggap orang Malaysia begitu zalim kepada mereka, walhalnya kalau di perhatikan di felda Kota Gelanggi 01 ini, warga Indon ini dilayan seperti adik beradik sendiri, malah ada peneroka yang tolol telah menjadikan budak Indon ini sebagai anak angkat mereka, malah yang lebih bahalol, sanggup pula menjadikan mereka ini menantu.

Oleh itu disini saya mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya menyenarai hitamkan ahli-ahli kumpulan " Bendera " ini dari memasuki Malaysia, kita tidak perlukan orang-orang ganas seperti ini berkunjung ke Malaysia.............

Satu lagi perkara yang perlu difikirkan ialah mengurangkan kebergantungan kepada buruh Indonesia dan sebagai alternatif kita import pekerja Bagladesh, dari pengalaman saya sendiri, didalam kerja-kerja ladang, saya dapati mutu kerja pekerja Bagladesh adalah setanding kalau pun tidak berani nak mengatakan lebih baik dari pekerja Indonesia didalam bab kerja-kerja ladang.


Sebagai contoh ketika saya mengupah pekerja Bagladesh ini memotong buah, mereka hanya memetik buah yang di kira masak sahaja, tidak seperti pekerja Indon yang oleh kerana tamak, sangat gemar memotong buah muda, akibatnya apabila sampai dikilang, buah di reject dan kita juga yang rugi.



( Maaf, gambar Bagla sedang makan diatas bukan diambil semasa bulan puasa ini, tetapi sebelum puasa.)

Didalam bab meracun rumput atau menyembur baja air juga mereka sudah berkemahiran dan lebih cermat, setiap lorong yang sudah mereka sembur racun atau membaja air, saya perhatikan mereka akan menandakan dengan cara memetik hujung daun sawit dan meletakkan di lorong yang sudah mereka racun atau baja sebagai tanda bahawa lorong tersebut sudah mereka kerja, diatas sikap ini saya dapati keseluruhan kawasan yang di racun atau dibaja tidak perlu lagi di ulang .


Memanglah diperingkat awal dahulu mereka dianggap malas dan sebagainya, tetapi apabila mereka benar-benar faham tentang cara-cara kerja didapati mereka sebenarnya boleh kerja dan boleh diharapkan.



Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia











18 Ogos 2010

Boleh ke Yang Mati Hidup Balik ?

Saya tertarik dengan berita di bawah ini ...........kenapa ?

KULIM 17 Ogos - Kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang berunding dengan kerajaan Kedah untuk mengekalkan pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) selepas 2011.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, Keda masih diperlukan dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan tegar di luar bandar di samping melahirkan lebih ramai usahawan muda di Kedah.

Kewujudan Keda sejak tiga dekad lalu jelas berjaya membantu penduduk luar bandar khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Keda Haji Mohamad Said di Kampung Air Puteh, Serdang dekat sini hari ini.- ( Sumber asal )


Setelah membaca berita diatas, saya teringat kepada DARA dan LKWJ di Pahang, akibat dari taatnya orang Pahang menjadi pengundi setia Barisan Nasional telah dibalas dengan penamatan kedua-dua badan yang banyak membantu penduduk luar bandar di Pahang itu.

Sedangkan badan atau agensi yang sama di Kelantan iaitu " Kesedar " dan Terengganu " Ketengah " masih dikekalkan sampai kehari ini, antara punca penamatan DARA dan LKWJ ialah untuk berjimat kononnya. Ini semua berlaku di zaman pemerintahan Datuk Sri (sekarang TUN) Dr.Mahathir Mohamad.

Yang peliknya penjimatan tersebut tidak pula dipanjangkan kepada "Kesedar "dan "Ketengah", puncanya adalah dipercayai kerana di Kelantan dan Terengganu Pas kuat, Maka kerajaan pusat tidak berani bertindak menamatkan kedua-dua agensi tersebut kerana takut dijadikan modal oleh pembangkang Pas.

Di Pahang oleh kerana BN terlalu kuat, maka kebimbangan isu ini dijadikan modal pembangkang tidak berbangkit, begitu juga di Kedah seperti berita diatas, oleh kerana PAS kuat disana, maka soal mahu " Keda " di tutup langsung tidak berbangkit, malah Kerajaan Pusat pergi berunding pula dengan Kerajaan Negeri untuk mengekalkannya.

Akibat penamatan LKWJ di Pahang itu, peruntukan pembangunan untuk Wilayah Jengka terpaksa menumpang peruntukan dari Parlimen Maran atau Parlimen Kuala Krau, sedangkan kawasan Parlimen Maran dan Kuala Krau sendiri sangat luas.

Kesannya, jikalau anda berada di wilayah Jengka, akan nampak sangat ketaranya, antaranya jika anda berjalan di Bandar Jengka akan kedapatan lalang tumbuh di tengah Bandar, iaitu di atas benteng jalan, mana ada bandar lain ada lalang di tengah Bandar.

Keduanya, jalan dari susur keluar dari Tol Cenor ke Bandar Jengka dan dari Jambatan baru Kuala Krau ke Bandar Jengka sangatlah sempitnya, kalau kita berselisih dengan kenderaan besar memang menggerunkan, nak ketepi, benting tinggi, mengekalkan di atas jalan bimbang di sapu oleh Lori atau Bas, memang menyeksakan.

Apa salahnya jikalau jalan tersebut di lebarkan, tetapi oleh kerana LKWJ telah tiada, maka peruntukan pun tiada lagi, maka jalan tersebut pun terbiar sampai sekarang dan setiap kali saya lalu dijalan tersebut, saya akan menyumpah terhadap sikap kerajaan pusat menamatkan LKWJ tetapi tidak melakukan perkara yang sama terhadap agensi-agensi yang sama di negeri lain.

Memang ada usul supaya DARA dan LKWJ di hidupkan kembali, tetapi maklumlah benda yang dah mati, payahlah nak hidup balik, malah mustahil yang mati boleh hidup balik, tapi tak tahulah kalau orang Pahang boleh berjaya menghidupkan balik benda yang dah mati.....Kalau berjaya melakukannya, memang hebat orang Pahang ni..........




17 Ogos 2010

Apa Bezanya Diantara Telefon Biasa Dengan BlackBerry


depan: Ketua Jalur lebar bergerak Celcom Axiata Bhd., Harcharan Singh, Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengurus Produk Celcom Axiata, Effendi Rodzi (Product Manager) dan Eksekutif Kanan Komunikasi Pemasaran Celcom Axiata, Beverly Ong bersama kakitangan syarikat itu menunjukkan pelan pra bayar baru Xpax untuk pengguna BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Ogos – Celcom Axiata Bhd. (Celcom), menerusi pelan pra bayar Xpax untuk para pengguna BlackBerry, menyasarkan asas pelanggannya meningkat dua kali ganda sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran BlackBerry tempatan.

Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berharap jumlah pelanggan untuk pelan terbaharu yang dilancarkan itu akan mencatat peningkatan sebelum akhir tahun ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pelanggan BlackBerry di bawah talian Celcom berikutan adanya perjanjian antara syarikat itu dengan pengeluar BlackBerry, Research In Motion yang berpengkalan di Kanada.

“Dengan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penggunaan BlackBerry, Celcom percaya pelan yang ditawarkan untuk pakej prabayar akan meningkatkan lagi bilangan asas pelanggan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pelan prabayar Messenger BlackBerry Xpax di sini hari ini.

Mulai hari ini semua pengguna prabayar Celcom yang memiliki telefon BlackBerry tetapi tidak mempunyai perkhidmatan BlackBerry Messenger (BBM) kini boleh melanggan perkhidmatan itu pada kadar 50 sen sehari.

Pelan BBM ini juga melengkapkan pelan prabayar BlackBerry Celcom yang lain iaitu BlackBerry Advance dan BlackBerry Social selain tiada perubahan dibuat untuk perkhidmatan BBM pelanggan pasca bayar mengikut pelan yang didaftarkan setiap pengguna BlackBerry.

Menurut Zalman Aefendy, pengenalan pakej prabayar ini juga telah menjadikan Celcom sebagai operator pertama di Asia Pasifik yang menawarkan pakej sedemikian.

Katanya, pertumbuhan penggunaan BlackBerry di negara begitu memberangsangkan walaupun negara-negara lain di rantau ini mencatatkan pertumbuhan mendadak.

Sebagai contoh katanya, Indonesia mencatatkan pertumbuhan lebih 400 peratus penggunaan Blackberry di negara tersebut.

“Pasaran BlackBerry merupakan satu segmen yang menyumbang kepada pertumbuhan positif kepada Celcom dan kami sentiasa mendahului pesaing kami dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya. ( sumber asal)


Setelah membaca berita diatas saya tertanya-tanya......................

Saya percaya selain saya, mungkin ada orang lain yang juga tidak faham, apa bezanya diantara Telefon BlackBerry dengan Telefon biasa, oleh itu bagi meleraikan persoalan tersebut saya merayau di google dan ketemu fakta ini.......


Telefon mudah alih atau telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang terpenting pada masa kini. Ia juga menjadi satu trend bagi masyarakat seluruh dunia.

Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia seperti Nokia, sony, Apple dan lain-lain syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model-model terbaru dengan pengunaan aplikasi yang lebih mantap.

Jika kita lihat pada suatu ketika muncul cerita mengatakan isyarat gelombang dari telefon bimbit mampu merosakkan sel otak pengguna. Maka terciptalah alat bebas tangan atau “handsfree” dan juga “bluetooth” untuk menangani masalah tersebut.

Tetapi kini muncul pula sebuah lagi gajet yang dikenali sebagai Blackberry, iaitu sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.

Lain pula cerita mengenai Blackberry, bukan mengenai mengancam nyawa tetapi ianya dikatakan mengancam keselamatan negara. Setakat ini Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka

Alasan utama ialah kerana aspek keselamatan, negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

• Semua telefon mudah alih menggunakan “local provider” tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai “server” sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

• Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan block tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak boleh block laman web tersebut.Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.

• Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati , dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.

P/S: sekiranya Malaysia mengharamkan penggunaan Blackberry apa akan terjadi pada syarikat yang bertanggungjawab membawa Blackberry masuk ke
Malaysia iaitu CELCOM. Fikirkanlah.

INFO TENTANG BLACKBERRY

SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu. Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih. Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.

Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain. Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia.

Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih. Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan.

Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu. Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS. Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.

"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya.

"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.

Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut.

Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja. Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.

Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry. Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry. Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.

Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.
Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.

Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM). BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar.

Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain?Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara.


Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain. Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia. Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian. Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan. Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.

"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.

"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.

Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.

"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan.

Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.

"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.

Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.

Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.





16 Ogos 2010

Saman Terhadap Suara Keadilan Bermula



Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings memfailkan saman malu RM200 juta terhadap enam defendan berikutan penyiaran artikel "Felda bangkrap" dalam akhbar Suara Keadilan.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 3.11 petang tadi. Mereka yang dinamakan sebagai defenden ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Hussin Ali, pencetak dan penerbit Suara Keadilan. ( Berita selanjutnya )


Setelah riuh rendah berkaitan hasrat felda mahu menyaman Suara Keadilan sejak beberapa minggu yang lepas, maka hari ini hasrat tersebut telah di tunaikan oleh felda sepertimana berita terkini diatas.

Bagi saya, berdasarkan pengalaman yang lepas, berdasarkan trend penghakiman yang dikenakan kepada puak-puak pembangkang selama ini, saya sangat yakin bahawa Suara Keadilan akan dihukum membayar RM200 juta seperti mana yang dituntut.

Apabila hukuman ini dilaksanakan, maka Parti Keadilan Rakyat pasti akan lumpuh, maka secara tidak langsung suara-suara yang mengkritik felda pun akan senyap.

Maka akan adalah suara-suara yang mengatakan " Padan muka nak mengata felda bangkrap sangat ......."

Itu hanya andaian saya sahaja, apakah saudara-saudara juga memiliki dan mempunyai pemikiran yang sama seperti saya ?





15 Ogos 2010

Boleh Percaya ke...............

Apabila terpandang berita ini (Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan) yang disiarkan oleh MalaysiaKini membuatkan saya tertarik untuk menulis sesuatu mengenainya, antara isi berita tersebut ialah =

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Begitulah hujah N Surendran iaitu peguam yang di lantik Suara keadilan,

Persoalan pertama ialah apakah benar apa yang dikatakan oleh peguam Suara Keadilan ini.......

Bagi saya apa yang dikatakan oleh N Surendran adalah angan-angannya semata-mata, ini adalah kerana kalau kita ikuti keputusan Mahkamah sejak selepas kes tahun 1998 sehingga kini, tidak pernah kes yang melibatkan kepentingan kerajaan akan tewas didalam keputusan Mahkamah.

Kalau ada kemenangan di pihak pembangkang pun hanyalah kemenangan sementara seperti kes Nizar Jamaluddin lwn Zambry Abd kadir atau kes Abd Malik Husin lwn ISA .

Oleh itu kita sebagai rakyat biasa usahlah dibuai dengan angan-angan bahawa itu dan ini akan berlaku dan kononya rakyat akan mencapai kemenangan...................


Pesanan =

Jika anda membaca tulisan saya ini, jangan lah anda membaca secara lurus, ini adalah kerana saya adalah merupakan salah seorang dari rakyat Malaysia yang merindui KEADILAN.

Memetik kata-kata Abd Malik Husin diatas ulasanya berkaitan keputusan Mahkamah terhadap kesnya......



"Badan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah.

"(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” kata Abd Malik Husin








13 Ogos 2010

Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 01 dapat sijil RSPO

Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor berkata ada masanya Felda perlu bersikap 'degil' dalam berdepan dengan cabaran dan kritikan pihak tertentu yang mahukan industri sawit ditutup.

"Lebih banyak perkara negatif kepada Felda, lebih kuat (kita) bekerja. Ia (Felda) tidak peduli (dengan) orang marah, (Felda) teruskan kerja secara profesional dan bertanggungjawab.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Felda. Ada masa degil ini diperlukan," katanya.

Beliau mendakwa terdapat pelbagai tohamahan dan andaian terhadap industri perladangan sawit di Malaysia.

"Ada di kalangan mereka yang bergembira sekiranya industri sawit ini ditutup," katanya di majlis penyerahan Sijil Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Mapan (RSPO) di Wisma Felda di ibunegara hari ini.

Bagaimanapun pihaknya dapat mempertahankan industri tersebut dengan memperolehi pengiktirafan yang lain melalui keedah tertentu, antaranya mendapat ISO9000, ISO1400 dan ISO18000.

Sehubungan itu, Yusof menegaskan bahawa penganugerahan sijil RSPO kepada kedua-dua kilang tersebut "bukan sahaja memulih imej atau pentadbiran, malah telah menaikkan imej negara".

"Ini kerana Felda terletak di Malaysia dan ladang-ladang berkaitan mendapat sijil di Malaysia. Bukankah itu menaikkan imej negara?" katanya.

Katanya, Felda adalah agensi pekebun kecil pertama di dunia yang mendapat RSPO.

Sijil bertarikh 22 Jun 2010 itu diberikan kepada dua kompleks sawit iaitu Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 1 dan Kilang Sawit Utara 6 di Pahang dan 11 rancangan Felda yang menghantar hasil sawit ke kilang ini.

Kesemua ladang yang terlibat merangkumi 22,268 hektar.

Menurut Yusof, sijil tersebut diharap menjadi pembuka jalan kepada lebih 60 kilang yang lain untuk memperolehi sijil yang sama.

"Perkara itu tidak mustahil, dan tidak mustahil (tempoh) itu dapat dipendekkan.

"Sekiranya kita mendapat RSPO, ia dapat membuka mata agensi lain terhadap Felda dan (mereka) lebih menghargai Felda. (Dan) bukan menyatakan Felda bankrap seperti yang disifatkan oleh sesetengah orang.

"Hanya orang yang tidak bermoral, yang ada agenda politik, yang berkata demikian," tegasnya.

Menurut Yusof lagi, kejayaan yang diperolehi Felda bukan bertujuan untuk mengangkat diri sendiri, tetapi sebaliknya untuk meningkatkan lagi kekuatan agensi kerajaan itu. '( Sumber Asal )


Munkin ramai dari masyarakat umum dan masyarakat peneroka felda sendiri yang tidak faham apa itu RSPO, setelah puas saya memujuk abang Google agar menerangkan apakah maksudnya, maka inilah sahaja yang saya perolehi.............

1- FELDA sasar sijil RSPO 70 kilang menjelang 2017

2- apa itu RSPO ?

3-
Sertifikasi RSPO untuk Petani Sawit

4- Berita berkaitan dari Utusan Malaysia










12 Ogos 2010

Bazar Ramadhan di Felda Kota Gelanggi 01, 2010

Hari ini adalah hari kedua kita umat islam berpuasa, seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini para peniaga yang terdiri dari peniaga tahunan, yang berniaga hanya setahun sekali pun sibuk membuka gerai masing-masing, kali ini seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan mengisi ruangan ini dengan gambar-gambar yang diambil disekitar bazar ramadhan tahun ini.


Oleh itu kepada anak-anak muda yang merantau nun jauh dari kampung, bolehlah anda membandingkan diantara kueh mueh yang di jual dibazar ramadhan di kampung anda dengan kueh mueh yang di jual ditempat anda merantau serta suasana herok pekok dan hingar bingar di perantauan dengan herok pekok di tempat anda....................


Apakah benar seperti kata pepatah, hujan emas di tempat orang, hujan batu di kampung sendiri, baik lagi dikampung sendiri..............betul ke.......?

Walau apa pun, hanya inilah sahaja yang ada di jual di kampung anda, munkin penjualnya terdiri dari kawan-kawan, adik beradik, saudara mara, jiran atau paling tidak kenalan anda, malah kalau bernasib baik didapati rupanya, diantara penjual tersebut adalah ibu bapa anda sendiri.......tak kisahlah kan....................... inilah yang dinamakan kehidupan.

Namun untuk pengetahuan anda, didalam ramai-ramai peniaga ini, telah berlaku kekurangan seorang, beliau yang saya maksudkan ialah Allahyarham Puad...........pada tahun lepas dia ada berniaga dengan menantunya............namun tahun ini tiada lagi.......dah meninggal dunia.(gambar dibawah)

07 Ogos 2010

Jangan Cakap Tak Serupa Bikin ............................

Oleh kerana tiada apa untuk di isi, maka bagi saya cukup sekadar memuatkan keratan akhbar yang memetik kenyataan PM Datuk Sri Najib Tun Razak, yang bagi saya kalau benar apa dikata, dan bukan sekadar manis dibibir sahaja, alangkah baik dan makmurnya Malaysia................(azinang)

PM jamin kerajaan laksana perbelanjaan berhemah


NAJIB TUN RAZAK


KUALA LUMPUR 6 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan bijaksana agar pembangunan yang dirancang benar- benar memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, atas kesedaran itu kerajaan sedang meninjau projek-projek yang menjadi keutamaan rakyat seperti mana yang telah dilaksanakan dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Saya sedar dengan harapan rakyat dan bersetuju bahawa kerajaan perlu berbelanja secara berhemah dan bijak kerana kami menggunakan wang rakyat,” katanya dalam blognya di www.1malaysia. com.my.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas komen seorang pengirim yang memberi pandangan bahawa kerajaan perlu menilai Pulangan Bagi Pelaburan (ROI) dari segi nilai sosial, modal insan dan kesihatan sebelum memperuntukkan bajet untuk sebarang program.

Tambah pengirim itu, jika semua aspek tersebut diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat, maka, tiada siapa yang boleh mempersoalkan tindakan yang diputuskan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memberitahu, dalam melaksanakan perbelanjaan berhemah, kerajaan pada masa sama juga harus memastikan agar ekonomi negara terus berkembang.

Bagi tujuan itu, Najib berkata, kerajaan telah meluluskan Dana Fasiliti berjumlah RM20 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi mengalakkan sektor swasta untuk melabur di negara ini.

“Melalui penggunaan sebahagian kecil wang awam, kerajaan yakin kita mampu mengurus dan meningkatkan jumlah pelaburan sektor swasta. Kerajaan sedar mengenai hal ini dan berharap dapat memenuhi kehendak rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengenal pasti antara projek yang menjadi keutamaan rakyat adalah pembasmian kemiskinan dan menambah baik sistem pengangkutan awam.

Selain itu, jelas Najib, rakyat juga mahu melihat, penurunan kadar jenayah dan rasuah, peluang pendidikan berkualiti selain mahu kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik. ( sumber asal )

02 Ogos 2010

Kini Maxis pula pasang 3G

Kalau dulu, Celcom memasang sistem 3G di pencawang pemancar telekomunikasi di Felda Kota Gelanggi 01, hari ini Maxis pula tidak mahu ketingalan/kalah dengan memasang juga sistem 3G nya .

Cumanya didalam kerancakkan perlumbaan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini, kalau di sesetengah tempat, terutama di kampung-kampung tradisional, sewaan tapak tanah untuk pencawang ini di perolehi terus oleh tuan tanah, jumlah sewaannya agak lumayan juga, khabarnya RM 2,000.00 sebulan.


Namun didalam kawasan felda saya percaya sewaan ini di bolot oleh Felda, oleh itu saya mencadangkan kepada ahli jawatan kuasa kemajuan kampung (JKKK) supaya apabila bermesyuarat, mengusulkan/mendesak kepada felda agar wang ini di masukkan kedalam tabung JKKK dikawasan pemancar itu didirikan, boleh juga di buat untuk menambah pelbagai bayaran di dalam rancangan.

Alaaaah....kan felda banyak duit, buat apalah hasil sumber tempatan macam sewaan pencawang itu pun mahu dikaut oleh felda juga.

Walau macam mana pun, munkin ini tidak salah felda, maklumlah selama ini munkin tidak ada cadangan dari mana-mana pihak agar duit sewaan itu dimasukkan kedalam tabung JKKK setempat.

Oleh itu selepas ini bolehlah ajk JKKK yang ada mempunyai pencawang telekomunikasi di tempatnya, membuat usul ini. ( saya bukan ajk JKKK di tempat saya, munkin Omar Sahlan (gaya peneroka ) boleh bawa usul ini )