|
depan: Ketua Jalur lebar bergerak Celcom Axiata Bhd., Harcharan Singh, Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengurus Produk Celcom Axiata, Effendi Rodzi (Product Manager) dan Eksekutif Kanan Komunikasi Pemasaran Celcom Axiata, Beverly Ong bersama kakitangan syarikat itu menunjukkan pelan pra bayar baru Xpax untuk pengguna BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Celcom Axiata Bhd. (Celcom), menerusi pelan pra bayar Xpax untuk para pengguna BlackBerry, menyasarkan asas pelanggannya meningkat dua kali ganda sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran BlackBerry tempatan.
Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berharap jumlah pelanggan untuk pelan terbaharu yang dilancarkan itu akan mencatat peningkatan sebelum akhir tahun ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pelanggan BlackBerry di bawah talian Celcom berikutan adanya perjanjian antara syarikat itu dengan pengeluar BlackBerry, Research In Motion yang berpengkalan di Kanada.
“Dengan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penggunaan BlackBerry, Celcom percaya pelan yang ditawarkan untuk pakej prabayar akan meningkatkan lagi bilangan asas pelanggan ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan pelan prabayar Messenger BlackBerry Xpax di sini hari ini.
Mulai hari ini semua pengguna prabayar Celcom yang memiliki telefon BlackBerry tetapi tidak mempunyai perkhidmatan BlackBerry Messenger (BBM) kini boleh melanggan perkhidmatan itu pada kadar 50 sen sehari.
Pelan BBM ini juga melengkapkan pelan prabayar BlackBerry Celcom yang lain iaitu BlackBerry Advance dan BlackBerry Social selain tiada perubahan dibuat untuk perkhidmatan BBM pelanggan pasca bayar mengikut pelan yang didaftarkan setiap pengguna BlackBerry.
Menurut Zalman Aefendy, pengenalan pakej prabayar ini juga telah menjadikan Celcom sebagai operator pertama di Asia Pasifik yang menawarkan pakej sedemikian.
Katanya, pertumbuhan penggunaan BlackBerry di negara begitu memberangsangkan walaupun negara-negara lain di rantau ini mencatatkan pertumbuhan mendadak.
Sebagai contoh katanya, Indonesia mencatatkan pertumbuhan lebih 400 peratus penggunaan Blackberry di negara tersebut.
“Pasaran BlackBerry merupakan satu segmen yang menyumbang kepada pertumbuhan positif kepada Celcom dan kami sentiasa mendahului pesaing kami dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya. ( sumber asal)
Setelah membaca berita diatas saya tertanya-tanya......................
Saya percaya selain saya, mungkin ada orang lain yang juga tidak faham, apa bezanya diantara Telefon BlackBerry dengan Telefon biasa, oleh itu bagi meleraikan persoalan tersebut saya merayau di google dan ketemu fakta ini.......
Telefon mudah alih atau telefon bimbit menjadi alat perhubungan yang terpenting pada masa kini. Ia juga menjadi satu trend bagi masyarakat seluruh dunia.
Tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia seperti Nokia, sony, Apple dan lain-lain syarikat berlumba-lumba mengeluarkan model-model terbaru dengan pengunaan aplikasi yang lebih mantap.
Jika kita lihat pada suatu ketika muncul cerita mengatakan isyarat gelombang dari telefon bimbit mampu merosakkan sel otak pengguna. Maka terciptalah alat bebas tangan atau “handsfree” dan juga “bluetooth” untuk menangani masalah tersebut.
Tetapi kini muncul pula sebuah lagi gajet yang dikenali sebagai Blackberry, iaitu sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.
Lain pula cerita mengenai Blackberry, bukan mengenai mengancam nyawa tetapi ianya dikatakan mengancam keselamatan negara. Setakat ini Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka
Alasan utama ialah kerana aspek keselamatan, negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.
Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?
• Semua telefon mudah alih menggunakan “local provider” tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai “server” sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.
• Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan block tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak boleh block laman web tersebut.Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.
• Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati , dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.
Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.
P/S: sekiranya Malaysia mengharamkan penggunaan Blackberry apa akan terjadi pada syarikat yang bertanggungjawab membawa Blackberry masuk ke
Malaysia iaitu CELCOM. Fikirkanlah.
INFO TENTANG BLACKBERRY
SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu. Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih. Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.
Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain. Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia.
Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih. Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan.
Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu. Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS. Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.
"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya.
"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.
Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut.
Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja. Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.
Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry. Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry. Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.
Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.
Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.
Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM). BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar.
Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain?Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara.
Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain. Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia. Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.
Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian. Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan. Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.
"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.
"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.
Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.
"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan.
Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.
"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.
Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.
Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan