18 Ogos 2010

Boleh ke Yang Mati Hidup Balik ?

Saya tertarik dengan berita di bawah ini ...........kenapa ?

KULIM 17 Ogos - Kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang berunding dengan kerajaan Kedah untuk mengekalkan pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) selepas 2011.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, Keda masih diperlukan dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan tegar di luar bandar di samping melahirkan lebih ramai usahawan muda di Kedah.

Kewujudan Keda sejak tiga dekad lalu jelas berjaya membantu penduduk luar bandar khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Keda Haji Mohamad Said di Kampung Air Puteh, Serdang dekat sini hari ini.- ( Sumber asal )


Setelah membaca berita diatas, saya teringat kepada DARA dan LKWJ di Pahang, akibat dari taatnya orang Pahang menjadi pengundi setia Barisan Nasional telah dibalas dengan penamatan kedua-dua badan yang banyak membantu penduduk luar bandar di Pahang itu.

Sedangkan badan atau agensi yang sama di Kelantan iaitu " Kesedar " dan Terengganu " Ketengah " masih dikekalkan sampai kehari ini, antara punca penamatan DARA dan LKWJ ialah untuk berjimat kononnya. Ini semua berlaku di zaman pemerintahan Datuk Sri (sekarang TUN) Dr.Mahathir Mohamad.

Yang peliknya penjimatan tersebut tidak pula dipanjangkan kepada "Kesedar "dan "Ketengah", puncanya adalah dipercayai kerana di Kelantan dan Terengganu Pas kuat, Maka kerajaan pusat tidak berani bertindak menamatkan kedua-dua agensi tersebut kerana takut dijadikan modal oleh pembangkang Pas.

Di Pahang oleh kerana BN terlalu kuat, maka kebimbangan isu ini dijadikan modal pembangkang tidak berbangkit, begitu juga di Kedah seperti berita diatas, oleh kerana PAS kuat disana, maka soal mahu " Keda " di tutup langsung tidak berbangkit, malah Kerajaan Pusat pergi berunding pula dengan Kerajaan Negeri untuk mengekalkannya.

Akibat penamatan LKWJ di Pahang itu, peruntukan pembangunan untuk Wilayah Jengka terpaksa menumpang peruntukan dari Parlimen Maran atau Parlimen Kuala Krau, sedangkan kawasan Parlimen Maran dan Kuala Krau sendiri sangat luas.

Kesannya, jikalau anda berada di wilayah Jengka, akan nampak sangat ketaranya, antaranya jika anda berjalan di Bandar Jengka akan kedapatan lalang tumbuh di tengah Bandar, iaitu di atas benteng jalan, mana ada bandar lain ada lalang di tengah Bandar.

Keduanya, jalan dari susur keluar dari Tol Cenor ke Bandar Jengka dan dari Jambatan baru Kuala Krau ke Bandar Jengka sangatlah sempitnya, kalau kita berselisih dengan kenderaan besar memang menggerunkan, nak ketepi, benting tinggi, mengekalkan di atas jalan bimbang di sapu oleh Lori atau Bas, memang menyeksakan.

Apa salahnya jikalau jalan tersebut di lebarkan, tetapi oleh kerana LKWJ telah tiada, maka peruntukan pun tiada lagi, maka jalan tersebut pun terbiar sampai sekarang dan setiap kali saya lalu dijalan tersebut, saya akan menyumpah terhadap sikap kerajaan pusat menamatkan LKWJ tetapi tidak melakukan perkara yang sama terhadap agensi-agensi yang sama di negeri lain.

Memang ada usul supaya DARA dan LKWJ di hidupkan kembali, tetapi maklumlah benda yang dah mati, payahlah nak hidup balik, malah mustahil yang mati boleh hidup balik, tapi tak tahulah kalau orang Pahang boleh berjaya menghidupkan balik benda yang dah mati.....Kalau berjaya melakukannya, memang hebat orang Pahang ni..........




4 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Orang mati idup balik banyok koi jumpe.Yang mati ter mati la.Tingge de kubor.Orang hidup balik dia weh.Tak tau la koi kala ande yang nok bermalam de situ...Haha..

LKTP1436 berkata...

Yang mati hidup balik ada sebenornya, tapi koi malu nak sebut, koi rasa orang jantan mesti tau mende tu......kah..kah..kah.

Gaya peneroka berkata...

bagus artikal ini kekadang tak terperasan aku perkara ini

LKTP1436 berkata...

Terima Kasih....