27 Oktober 2011

Benarkah, Pelaburan melebihi had: FELDA terdedah kepada risiko ?

 
Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya - kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.

Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA.  Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan."

Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA.

FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991).  Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum.  Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta.

Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA.

Lebihi had untuk tiga tahun berturut-turut

"Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun FELDA pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%," menurut Laporan Ketua Audit.
Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008.

Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%).

Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga.  Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka.

Tiada pakar pelabur

Analisis Audit mendapati pelaburan saham siar harga FELDA berjumlah RM891.34 pada tahun 2010 meningkat sejumlah RM106.45 juta atau 13.6% berbanding sejumlah RM784.89 juta pada tahun 2009.  Nilai pasaran pelaburan saham siar harga pada tahun 2010 adalah RM4.43 bilion dengan keuntungan tidak nyata berjumlah RM3.54 bilion atau 397.1%.  FELDA telah memperoleh pendapatan dividen pada tahun 2010 berjumlah RM166.14 juta 18.6%, tahun 2009 berjumlah RM101.15 juta atau 12.9% dan RM138.62 juta atau 20% daripada jumlah pelaburan.

FELDA juga telah mengalami kerugian tidak nyata terkumpul yang berjumlah RM50.14 juta melibatkan 12 kaunter saham bagi tempoh 31 Disember 2008 hingga 30 November 2010.  Daripada kerugian tersebut, sebanyak empat kaunter saham iaitu Syarikat PK Resources Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad telah mengalami kerugian berterusan sejak tahun 2008.

Bagaimanapun, lapan daripada 12 kaunter telah membayar dividen kepada FELDA berjumlah RM33.11 juta bagi tahun 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Ketua Audit mengingatkan bahawa pengasingan tugas merupakan mekanisme kawalan dalaman yang penting bagi memastikan wujudnya kawalan dalam proses urus niaga saham.  Semakan Audit mendapati FELDA tidak mempunyai pengasingan tugas yang jelas bagi urus niaga saham selaras dengan amalan yang baik.

Selain itu, FELDA tidak mempunyai pegawai pelaburan atau pegawai penyelidik pelaburan yang mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk membuat analisis prestasi pelaburan FELDA.  "Ini adalah penting bagi memastikan kajian dan pemantauan pelaburan dapat dibuat secara menyeluruh," menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 25 Oktober 2011.

Rencana diatas di petik dari akhbar internet Merdeka Review




Catitan Penulis -


Sebagai seorang peneroka, sudah tentulah saya terlibat sama dengan projek penyenaraian Felda Global Ventures  yang akan berlangsung tidak berapa bulan lagi itu,  oleh kerana peneroka ini bukanlah tergolong dikalangan orang yang pandai, maka terpaksalah kita berusaha mencari maklumat tambahan dari lain-lain sumber dan tidak boleh bergantung kepada penerangan dari akhbar, tv dan media perdana lainnya  selain  dari penerangan kakitangan felda .


Wakau macam mana pun saya sedar bahawa saya tidak boleh mempercayai semua berita yang sampai, baik dari pihak felda, mahu pun dari kalangan pihak pembangkang.


Ini adalah kerana mereka semua ada peranan dan kepentingan masing-masing, apakah benar setelah penyenaraian nanti, kehidupan peneroka felda akan lebih baik ?


Bagi saya pengalaman sudah memberikan pengajaran bahawa kehidupan peneroka banyak bergantung kepada kitaran harga buah kelapa sawit atau getah, jikalau baik harga kedua-dua bahan komoditi tersebut maka baikklah pendapatan bulanan peneroka, jika tidak, alamat melepeklah para peneroka menghadapi kehidupan mereka.


Didalam menghadapi keadaan ini, saya berharap agar para pemimpin kita, terutama Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, di jauhi dari bersifat buruk yang mahu menjadikan felda sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-cita peribadi, seperti yang di gembar-gemburkan oleh parti pembangkang.


Walau macam mana pun, amaran cerdik pandai dari parti pembangkang tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana sejarah juga menunjukkan bahawa kebimbangan mereka ada kebenarannya.


Begitu juga, sejarah pernah menunjukan bahawa telahan pembangkang pernah ada yang tersasar jauh dari sasarannya, begitulah hakikat manusia, kita berusaha dan tuhan juga yang menentukannya.........wallahhuaqlam.









21 Oktober 2011

Apakah Benar Penyenaraian Felda Global Boleh Memberi Manfaat Kepada Peneroka ?

Saya adalah salah seorang peneroka felda, saya juga ada memiliki pelaburan saham di dalam Koperasi Permodalan Felda ( KPF )

Persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya ialah, munkinkah benar telahan dan perancangan pihak tertinggi pengurusan felda bahawa dengan penyenarian Felda Global Ventures di Bursa Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup para peneroka ?


Apakah tidak akan berlaku ketirisan dan salah urus sepertimana yang sering berlaku kepada badan-badan korporat yang besar seperti sime darby dan yang lain-lain nanti ?



Di bawah saya petik sedikit penerangan berkaitan penyenaraian tersebut....

IPO FELDA Mac depan untungkan peneroka, kukuhkan ekonomi Melayu, Bhg 1

Idea mengapungkan unit komersial kumpulan Felda, FELDA Holdings Bhd, telah menjadi isu yang tergantung dan tidak diputuskan sejak sekian lama, sebenarnya ia diilhamkan kali pertama oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan Bajet 2004 lagi. Ianya bertujuan untuk mengkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan memberi taburan peluang lebih besar keatas sebahagian dari kek ekonomi untuk masyarakat luar bandar.

Ini merupakan fasa kedua merealisasikan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan genap 40 tahun lampau. Lapan tahun kemudian, selepas beberapa percubaan sia-sia dan dua pusingan perubahan pengurusan atasan di kumpulan FELDA, cadangan tawaran awam permulaan (IPO) tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja sebagai idea. 

Kini, ternyata bahawa gerak-kerja tersebut kembali di landasan yang betul, walaupun dengan calon dan pemacu yang berbeza setelah berlaku proses penstrukturan semula  iaitu FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Ketua Eksekutif FELDA Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. Dato’ Sabri Ahmad menyatakan 112,000 peneroka akan beroleh banyak menafaat secara langsung dan tidak langsung dari gerak-kerja korporat penyenaraian ini “Strategi pertumbuhan kami termasuk untuk membuka sepenuhnya nilai-nilai dalam perniagaan-agrotani”.

Ianya telah pun melalui kitaran penuh kajian sebelum ianya diputuskan untuk diteruskan semula, sejak tergantung pada tahun 2004.

Gerak-kerja korporatnya amat mudah dan tersusun. Lembaga Felda sebagai agensi Kerajaan Pusat akan menumpukan usaha-usaha pembangunan dan penyusunan semula masyarakat, manakala semua operasi perniagaan FELDA akan dilakukan oleh FELDA Global Venture Holdings, yang dijangka akan disenaraikan Mac 2012.

Minggu lepas, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak didalam ucapan Bajet 2012, beliau telah mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Bursa Malaysia. Dia juga telah menetapkan jangka masa, beliau memberitahu bahawa penyenaraian itu akan berlaku menjelang pertengahan tahun depan. 

Tujuannya, adalah untuk mengumpul dana bagi syarikat itu untuk menjadi sebuah konglomerat global. “Penyenaraian akan mewujudkan sebuah lagi syarikat perladangan mewah di samping menarik pelabur antarabangsa kepada Bursa Malaysia,” katanya.

Pada masa yang sama, PM Najib memberi jaminan bahawa hak-hak dan kepentingan lebih 112,000 peneroka Felda akan terus dilindungi oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF), yang telah bersedia untuk menjadi pemegang saham tunggal terbesar FELDA Global Ventures selepas penyenaraian. 

Pengumuman Najib mengenai gerak-kerja korporat FELDA yang telah tiba ini sebenaranya tidak menjadi kejutan besar. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran modal telah dibanjiri oleh bisikan bahawa FELDA tidak lama lagi akan kembali ke laluan IPO selepas kejayaan penyenaraian pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings Bhd, pada Jun tahun ini.

Pemerhati pasaran secara amnya teruja mengenai prospek bursa saham mengalu-alukan FELDA Global Ventures, yang disebut-sebut berpotensi sebagai kumpulan terbesar di dunia perladangan yang tersenarai. 

Dengan bank tanah ladang yang luas, 880,000 ha, kumpulan FELDA Global menghasilkan kira-kira 3 juta tan minyak sawit mentah (MSM) setahun, dengan itu menyumbang kira-kira 8% daripada pengeluaran MSM dunia. Kumpulan itu terdiri daripada Felda Global Ventures dan Felda Holdings, yang akhirnya dimiliki oleh Persekutuan Tanah Kerajaan dan Lembaga Kemajuan (Federal Landa Development Authority – FELDA).


Struktur Organisasi FELDA

Banyak perniagaan Global kumpulan FELDA diletakkan di bawah FELDA Holdings, yang 49% dimiliki oleh FELDA Global Ventures. Koperasi Permodalan Felda memegang ekuiti di Felda Holdings yang lain, manakala Menteri Kewangan Inc mempunyai satu golden share.

Apakah para peneroka akan resah ? Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia, kunci kepada penyenaraian lancar FELDA Global Ventures terletak pada bagaimana pengurusan kumpulan FELDA Global menangani isu-isu sensitif seperti hak milik tanah peneroka, dan pegagangan saham mereka dalam Koperasi Permodalan FELDA, apakah mereka akan meraih pulangan yang baik daripada penyenaraian FELDA Global Venture tersebut.
Datuk Aliasak Ambia di tengah bertali leher bersama peneroka felda
Beliau percaya bahawa, untuk peneroka FELDA boleh menikmati keuntungan secara tidak langsung melalui kepentingan mereka dalam Koperasi Permodalan FELDA, Kerajaan perlu mempastikan bahawa setiap peneroka perlu memiliki sekurang-kurangnya 30,000 hingga 40,000 unit saham dalam koperasi tersebut.

Pada masa ini, purata saham-saham yang dimiliki oleh para peneroka adalah didalam lingkongan RM6,000.00 sahaja, Sumbangan tahunan daripada perniagaan yang menguntungkan kumpulan FELDA Global telah mengubah koperasi FELDA ke dalam kedudukan kecairan yang amat baik dan mampu membayar dividen 14% setiap tahun kepada ahli-ahlinya sepanjang 31 tahun yang lalu. Kadang-kala ianya mencecah  setinggi 16%. Ahli-ahli koperasi adalah termasuk peneroka FELDA dan keluarga mereka, serta kakitangan FELDA. 

Menurut sumber dalaman, Kumpulan FELDA Global telah menjalani penyusunan semula dalaman yang agak komprehensif di bawah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sbelum ini, Datuk Mohamed Bakke Salleh (yang semenjak pertengahan tahun lepas telah berpindah sebagai Presiden dan CEO Sime Darby Bhd).

FELDA Global Ventures CEO Datuk Sabri Ahmad

Ini telah membuka jalan kepada penggantinya, Datuk Sabri Ahmad, untuk mengambil kumpulan ke tahap dinamism yang lebih tinggi di bawah program transformasi berterusan yang akan meletakan kedudukan kumpulan sebagai yang terbesar dalam dunia konglomerat pelbagai perniagaan pertanian pada masa hadapan. 

Sabri sebelum ini adalah seorang Pengarah Urusan yang amat berjaya bagi syarikat perladangan milik PNB yang tersenerai, Golden Hopes Plantation Bhd.

Oleh itu, penyenaraian FELDA Ventures Global dirancang secara berhati hati dan diuruskan supaya sesuai dengan kepentingan pelbagai pihak berkepentingan, terutamanya peneroka (melalui koperasi Permodalan FELDA), FELDA sendiri dan Kerajaan. 

Buat masa ini, fokus pada kumpulan FELDA Global memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh Perdana Menteri. “Mungkin, IPO boleh siap seawal sebagai suku pertama tahun depan. Saya percaya ada pelan permainan untuk membuka nilai tanah peneroka besar-besaran, “kata sumber itu.

“Tambahan pula, kebanyakan peneroka ‘mempunyai peratusan tanah yang tinggi dan pokok tua’ pokok kelapa sawit sangat memerlukan penanaman semula, memandangkan hasil yang rendah. Tetapi kerana harga CPO masih baik, yang kini melebihi RM2, 500 satu tan, peneroka FELDA tidak berminat untuk tanam semula”. 

Hasil daripada IPO FELDA Global Ventures boleh membantu menangani isu ini; ia berkemungkinan bahawa peneroka akan diberikan elaun bulanan yang agak baik sebagai pampasan apabila tanah mereka sedang ditanam semula. 

IPO yang dicadangkan akan direka bentuk untuk menangani keperluan komuniti pelaburan, seperti keutamaan untuk kehadiran para pemegang saham lain yang terkemuka, yang akan meningkatkan kecairan dalam dagangan entiti yang baru tersenarai.
Dalam temu bual dengan sebuah akhbar Mei lepas, Sabri berkata, salah satu daripada sasaran program transformasi kumpulan FELDA Global adalah untuk menggandakan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2015. 

Pada tahun 2010, FELDA Global Ventures dan FELDA Holdings mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM 366 juta dan RM 760 juta masing-masing. Beliau menambah bahawa sebahagian yang lebih besar (kira-kira 30%) hasil FELDA Global akan datang dari produk tambah nilai seperti marjerin, derivatif oleokimia dan lemak khusus dan bukannya pergantungan berat ke atas operasi huluan.

Maybank Investment Bank menganggarkan bahawa keuntungan FELDA Holdings ‘tahun ini boleh mencapai RM1 bilion, memandangkan minyak sawit mentah yang lebih kukuh harga berbanding dengan harga tahun lepas. 

FELDA Holdings adalah salah satu perusahaan yang terbesar di Malaysia berasaskan pertanian pelbagai, dengan perolehan sebanyak RM 14.9 billion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 760 juta pada tahun 2010.

Gerak-kerja korporat menyenaraikan FELDA merupakan tindakan paling bijak untuk terus mengukuhkan ekonomi orang Melayu dan meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat luar bandar, selepas ‘Dawn Raid‘ oleh PNB genap 30 tahun lampau dan unit unit saham dalam Amanah Saham Nasional mula dijual kepada orang Melayu dalam tahun yang sama.

IPO FELDA Mac depan untungkan peneroka, kukuhkan ekonomi Melayu (Bhg 2)

Kumpulan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) yang ditubuhkan pada 1956 akan menyaksikan transformasi kearah kemajuan dan peningkatan apabila FELDA Global Ventures Holding Sdn. Bhd. akan disenarai di Bursa Malaysia seawal Mac 2012. 

Walaupun kumpulan konglomerat berasaskan perladangan dan agro-tani berasaskan komoditi seperti kelapa sawit ini akan menjadi syarikat yang disenarailkan (public listed company), tujuan dan roh asal penubuhan organisasi pembangunan ini tidak akan diabaikan.

Malah, ianya akan diperkukuhkan lagi agar peranan dan kemampuan sebagai agen transformasi rakyat terutama golongan luar bandar dan bergantung kepada industri agro-tani berasaskan perladangan kelapa sawit akan mendapat menafaat secara langsung.

Untuk makluman, FELDA sebagai agen transformasi masyarakat Kerajaan Persekutuan sudah tidak menerima apa apa peruntukan dari Kerajaan Persekutuan semenjak 1996. Ini bermakna, semua projek dan aktiviti FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan telah dijana dari dalaman sepenuhnya. Peranan asal FELDA diteruskan tanpa menberi apa apa bebanan kewangan dari Bajet tahunan Kerajaan Persekutuan.

Struktur pegangan organisasi Kumpulan FELDA

Pada masa ini, modal pembiayaan operasi FELDA sebagai agensi Kerajaan datangnya dari hasil yang dijana dari aktiviti ekonomi Kumpulan FELDA sendiri. Dalam struktur sediada, pegangan FELDA Holdings dimilik oleh Koperasi Permodalan FELDA (51%) dan FELDA sebagai agensi (49%), melalui FELDA Global ventures Holdings yang diujudkan pada 2009 untuk menyeleras semua operasi dan perancangan perdangan Kumpulan FELDA. Buat masa ini, peranan FELDA Global Ventures Holdings hanya sebagai sebuah syarikat pengurusan. semua aktiviti perdangan.

Pendapatan keseluruhan FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan ialah pada RM 1.4 billion setahun.
Pecahan pegagangan saham FELDA Global Ventures Holding pada masa gerak-kerja penyenaraian (IPO) dipercayai akan diperuntukan kepada KPF (30%), Kerajaan Kerjaaan Negeri (20%), institiusi dan agensi pelaburan (20%), rakankongsi strategik antarabangsa 10-15% dan selebihnya dipasaran terbuka,

Pra dan Pasca Penyenaraian

Gerak-kerja penyeneraian IPO ini akan menyelaras dan mejuruskan semua aktiviti dan operasi Kumpulan Felda .  FELDA Global Ventures Holdings akan memajak tanah dari FELDA dan peneroka melalui sistem konsessi jangka panjang (99 tahun) dan mengurus tadbir semua aktiviti perniagaan dan pengkommersialan dari asset ini tanpa melenyapkan hak pemilikan asalnya yang masih lagi kekal sebagaimana pra-penyenenaraian IPO.

Untuk hujah bahawa, FELDA Global Ventures Holdings tidak perlu disenarai kerana kedudukan kewangan dan kecairan Kumpulan FELDA adalah cukup kukuh dan tidak perlu modal tambahan dari pasaran modal dan saham.

Sebenarnya gerak-kerja penyenaraian IPO tidak bertujuan untuk menghimpun dana tambahan, Ianya bertujuan untuk memberikan peluang kepada pemegang hak (stakeholders) seperti Kerajaan Negeri dimana terdapat ladang-ladang FELDA dan institiusi pelaburan seperti EPF, PNB dan sebagainya mempunyai pegangan dalam perniagaan Kumpulan FELDA.

Rakankongsi strategik antarabangsa juga akan diberi peluang pelaburan. Ini akan menentukan kepentingan jaringan perdagangan FELDA dipersada antarabangsa terpelihara dan berkembang, sejajar dengan rancangan menaik tambah-nilai FELDA dan pengkommersialan jangkapanjang hasil dan pelaburan kumpulan. Pelaburan awam dan runcit juga akan berpeluang untuk mendapat sebahagian dari hasil ini apabila saham saham ini didagang dalam bursa.

Penyeneraian IPO ini akan secara automatiknya ‘membebas-kunci’ potensi kommersial dalam satu konglomerat yang diberikan amanah untuk membangun, mengurus0tadbir dan menilai tambah asset organisasi perladangan yang diaggregatekan sebanyak 850,000 hektar itu.

Struktur FELDA selepas penyenaraian IPO dan 5 divisyen utama kegiatan ekonomi

Bagi warga FELDA terutama dikalangan peneroka, mereka kini berpeluang sepenuhnya untuk memiliki sebahagian dari hasil perniagaan Kumpulan FELDA. Buat masa ini, purata pelaburan warga FELDA dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) adalah pada kadar RM 6,000 seorang sedangkan nilai pelaburan maksimum yang dibenarkan ialah pada tahap RM 250,000. Hanya 62 orang warga FELDA melabur sehingga had maksimum walaupun pulangan yang diberikan ialah pada kadar 14% setahun.

Sekiranya kesemua warga peneroka FELDA melabur sepenuhnya dalam KPF, dana sebanyak RM 28.16 billion akan dikumpul. Pada pulangan 14% setahun, pelaburan sebanyak ini akan membuahkan hasil sekurang kurangnya RM 4.2 billion setiap tahun. 

Hari ini, nilai asset Kumpulan FELDA dinilai pada RM 8 billion, walaupun nilai sebenar masih lagi ‘dikunci’. Sekiranya nilai ini di’bebas’kan dan potensi kommersial penuh dapat direalisasikan, nilai kepada pemilik secara automatik akan bertambah.

Hari ini, luas aggregat ladang Kumpulan FELDA ialah pada 850,000 hektar. Dari jumlah ini, 500,000 hektar merupakan pegangan peneroka dan bakinya adalah milik FELDA sebagai lembaga pembangunan tanah. Pegangan hakmilik tanah peneroka tidak akan berubah dan akan terus kekal walaupun selepas penyenaraian IPO.

FELDA Global Ventures Holdings memberi jaminan bahawa FELDA sebagai agensi Kerajaan akan menerima RM 1 billion setiap tahun bagi meneruskan operasi dan projek projek pembangunan dan transformasi masyarakat. 

Program program CSR biasa akan diteruskan. Bezanya, sekarang ianya akan melalui proses urus tadbir yang lebih cekap dan teratur, agar pembaziran dapat diminimakan.

Setelah selesai penstrukturan semula semua syarikat bawah FELDA, ianya sebagai konglomerat perladangan akan memberi tumpuan kepada liam divisyen iaitu kelapa sawit, gula, pelbagai tanaman, logistik dan nilai penghataran dan paling penting, perniagaan hiliran. 

Dijangkakan FELDA Global Ventures Holdings akan mampu menjana jualan terkumpul sebanyak RM 31 billion setahun manakala keuntungan sebelum cukai dianggarkan pada RM 2 billion setahun selepas penyenaraian. 

Dijangkakan, dengan usaha peningkatan operasi, tambah nilai asset, ‘bebas kunci’ potensi dan jaringan dari pelaburan termasuk diperingkat antarabangsa, ianya akan meningkat sehingga tiga kali ganda dalam lima tahun pertama.

Ini akan membuatkan Kumpulan FELDA sebagai gagasan konglomerat berasaskan kelapa sawit paling besar dan berjaya dalam dunia.

Nilai nilai asset FELDA Gobal Ventures Holding samada yang akan disuntik atau diberikan konsessi untuk terus dioperasi dan urus dipercayai akan ‘dibebas-kunci’kan untuk merelasikan nilai sebenar menurut pasaran dan arus kommersial. Nilai tambah yang dipercayai akan direalisai selepas gerak-kerja penyeneraian IPO ini ialah RM 5-6 billion.

Ini bermakna nilai aggregat FELDA akan bermilai sekitar RM 14-15 billion pada masa ini tahun hadapan.
Anggaran pendapatan FELDA Global Ventures Holdings pula ialah pada RM 2 billion, walaupun penghasilan (yield ) bagi hasil perladangan ialah pada tahap 19% berbanding dengan amalan terbaik industri pada 24%. Ianya merupakan jumlah yang amat substantif memandangkan orgnanisai ini pada asalnya ditubuhkan sebagai agensi Kerajaan Pusat untuk program penstrukturan program pembangunan tanah. Ini kerana hal ehwal mengenai tanah adalah milik mutlak kerajaan negeri.

Jadual menunjukan penghasilan ladang FELDA berbanding pemain lain

FELDA Global Ventures Holdings akan menyelaraskan semua aktiviti aktiviti pembangunan perladangan Kumpulan FELDA walaupun sifat mereka adalah sebagai syarikat pemegang konsessi (pajakan 99 tahun) dan bukan pemilik tanah. Ini merangkum program penanaman semula pokok pokok dimana lebih 66% dari kesemua ladang mereka berusia lebih dari 18 tahun. Penjanaan semula pokok ini akan meningkatkan penghasilan.

Amalan amalan dan proses baru untuk meningkat produktiviti akan dirancang dan laksanakan. FELDA Global Ventures Holdings akan mengambil alih semua program penanaman semula yang selama ini diusaha dan kawal oleh FELDA sebagai agensi, untuk menentukan keadaan dan keududkan ladang boleh dimaksimakan, menurut perancangan berkala dan beradasarkan permintaan pasaran. 

Setelah semua syarikat syarikat yang selama ini bernaungan bawah KPF dan semua yang mendapat kontrak terus dari FELDA sebagai agensi akan diselaraskan sepenuhnya, maka gerak =-kerja korporat berbetuk penambah nilai melalui urus tadbir yang lebih baik dan mantap akan dilaksanakan.

Ini bermakna, proses ketirisan akan mula berkurangan. Produktiviti bukan sahaj ditingkatkan, tetapi kos pengeluaran dan operasi juga akan diminimakan, untuk merealisasi keuntungan lebih. Ini sebahagian dari usaha ‘membebas-kunci’ (unlocking) nilai sebenar asset FELDA dan peneroka.

Jelas struktur dan mekanism keseluruhan Kumpulan FELDA  akan berubah bagi menentukan usaha penamban-nilai dan konsolidasi penjaaan pendapatan akan terus meningkat. FELDA Global Ventures Holdings merupakan konglomerat “Oleh Melayu, Untuk Melayu, Demi Melayu” dan jelas akan membawa 112,000 keluarga peneroka ketahap naik-tambah pelaburan sediada mereka.