28 Jun 2010

Apakah benar felda akan bankrap ?

Setelah lama membisu, hari ini terlintas dihati saya untuk menulis sedikit berkaitan isu felda akan bankrap sepertimana yang didakwa dan disiarkan oleh Suara Keadilan, akhbar resmi Parti Keadilan.

Persoalannya, apakah benar felda akan bankrap ?

Dari penjelasan Menteri berkaitan, dinyatakan bahawa memang benar nilai tunai felda bekurangan, tetapi nilai hartanya bertambah, itu penjelasan dari pihak yang kena tuduh.

Dakwaan dari pihak yang menuduh pula menyatakan bahawa antara perkara yang di muskhilkan didalam pengurusan wang felda tersebut ialah .....

1. RM2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sarahidup dan pendahuluan hasil,

2. RM603 juta untuk pinjaman rumah,

3. RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah,

4. RM662 juta untuk Bangunan baru Felda

Pada pandangan saya, berkaitan perkara 1. dan 2. tiada masaalah, malah diucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Sri Najib Tun Ab.Razak diatas keberanian dan keperihatinan beliau membela nasib para peneroka felda semasa mengharungi saat getir dimasa penanaman semula Kelapa Sawit beberapa tahun yang lepas.

Walaupun beban yang dihadapi oleh para peneroka dari perlaksanaan perkara 1. dan 2. tersebut, mengakibatkan hutang para peneroka begitu banyak, tetapi jika Datuk Sri Najib tidak membantu diwaktu itu, kehidupan para peneroka sangatlah dhaifnya.

Begitu juga didalam perkara 2., jika tiada bantuan perumahan, munkin masih banyak kelihatan rumah-rumah buruk didalam perkampungan felda, kini jika kita berpusing-pusing dimana-mana didalam kawasan felda, sudah begitu banyak perubahan, nampak lebih ceria dan menarik.

Perkara 3. saya tak tahu nak ulas, sebab saya tak faham keadaan di Sabah.

Namun didalam perkara 4. saya agak bersetuju dengan dakwaan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Keporasi Dr Tan Kee Kwong yang bertanggungjawab ke atas Felda sehingga tahun 2004, yang mendakwa bahawa, bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya, telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004. "Tender untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka,"


"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi. Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662 juta, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

Maka jika dakwaan Dr Tan Kee Kwong seperti diatas benar, dan saya percaya benar, sudah tentulah, perkara-perkara seperti ini yang boleh menyebabkan felda boleh bankrap.

Perkara-perkara pembaziran seperti ini bukan tidak pernah berlaku, kalau saudara-saudara tidak lupa, Risda satu ketika dahulu pernah terpaksa menghentikan sementara bantuan tanam semula kepada para pekebun kecil akibat dari salah urus kewangannya sehingga mengakibatkan kantong kewangannya kering, lantas mengakibatkan para petani yang menerima akibatnya.

Oleh itu tidak mustahil, jika salah urus dan pembaziran didalam felda tidak di bendung, boleh mengakibatkan kesan kepada para peneroka di kemudian hari.....................

20 Jun 2010

Najib pertahan pelantikan Mohd. Bakke


KUALA LUMPUR 19 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pelantikan Datuk Mohd. Bakke Salleh sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (GCE) Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang baru dengan menegaskan ia dibuat atas faktor kelayakan.

Perdana Menteri berkata, Lembaga Pengarah Sime Darby telah membuat penilaian dalaman selain menggunakan khidmat head hunters (pencari pekerja profesional) untuk menentukan tahap profesionalisme calon jawatan berkenaan.

Tegasnya, pemilihan itu juga dibuat daripada beberapa nama calon yang disenarai pendek untuk menerajui Sime Darby.

"Ada beberapa nama disenarai pendek dan Lembaga Pengarah berpendapat inilah nama yang berada pada senarai teratas untuk mengambil alih (teraju) Sime Darby.

"Dan kalau berdasarkan pengalaman dan trek rekod, memang Mohd. Bakke mempunyai kemampuan untuk memulihkan Sime Darby," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP) Ke-57, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip mempersoalkan pelantikan Mohd. Bakke yang didakwanya dibuat secara tergesa-gesa tanpa menunggu keputusan forensik audit seolah-olah mahu menutup kelemahan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian konglomerat tersebut.

Sime Darby yang merupakan syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia mengalami kerugian dianggar mencecah RM1.63 bilion.

Mohd. Zahid turut mendakwa Mohd. Bakke pernah dikaitkan dengan kerugian pelaburan Felda Global Ventures (FGV) di Amerika Syarikat dan Arab Saudi yang dikatakan berjumlah hampir RM250 juta.

Mohd. Bakke, 56, sebelum ini telah berkhidmat di pelbagai kapasiti dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan antaranya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd., Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan Pengarah Divisyen Hartanah Pengurusan Danaharta Bhd.

Dalam Perkembangan berkaitan, Perdana Menteri dengan tegas menafikan pelantikan Mohd. Bakke dibuat secara tergesa-gesa.

Katanya, jika kekosongan jawatan itu dibiarkan terlalu lama, masyarakat akan beranggapan pihak Lembaga Pengarah tidak responsif.

"Sebenarnya tidak tergesa-gesa sebab sudah dilakukan proses penilaian dalaman termasuklah oleh pihak ketiga (head hunters).

"Saya nafikan ia dibuat secara tergesa-gesa dan saya berharap semua pihak memberi peluang kepada Mohd. Bakke menjalankan tugas beliau sebab bukan mudah untuk menyelesai dan memulihkan keadaan di Sime Darby," katanya. (teks asal)


Terfikir kita, kalau Mohd Bakke ni bagus sangat, kenapa Felda Global Ventures boleh rugi RM250 juta ?

Ada terdengar kononya kebijaksanaan yang di miliki oleh Mohd Bakke ini ialah, beliau pandai menyembunyikan fakta penyelewengan, sehingga yang terserlah dan mampu dilihat oleh para-para juru audit ialah kerugian biasa yang biasa-biasa dialami oleh mana-mana syarikat, sehingga tidak memunkinkan sebarang tindakan boleh diambil terhadapnya.

Apakah kerana kebijaksanaan ini maka beliau dipilih ?

Kalaulah benar seperti apa yang di bisikkan itu, maka tak tahu nak cakap apa lagilah...............

Bak kata pak pandir moden, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam............




19 Jun 2010

Berita pendek - Celcom 3G mula beroperasi


Bermula hari ini Celcom3G mula beroperasi di Felda Kota Gelanggi 01, oleh itu kepada anak-anak Felda Kota Gelanggi 01 dan 03 yang bertaburan merantau di seluruh negara dan memiliki Broadband Celcom bolehlah terus menggunakannya apabila kembali nanti.

Saya sendiri sebenarnya tidak pernah menggunakan perkhidmatan 3G Celcom ini, saya sekarang menggunakan Streamyx, oleh itu saya tidak dapat memberikan ulasan lanjut tentang perbezaan diantara Celcom3G dengan Streamyx.

Namun dengan terlancarnya Celcom3G ini diharapkan masaalah ganguan kelancaran Internet di Kota Gelanggi 01 dan 03 ini akan berkurangan dan yang bagusnya pengguna Internet ada pilihan.

Cumanya Maxis3G dan DIGI3G masih belum beroperasi, kalau kedua-duanya beroperasi, tentulah para pengguna mempunyai lebih banyak pilihan, biar mereka berperang harga, kita dapat guna Internet murah sikit...............





18 Jun 2010

Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu.

Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.

Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.

Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri yang kementeriannya bertanggungjawab ke atas Felda berkata bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tender untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan. (Teks asal)



16 Jun 2010

K'jaan akui aliran tunai Felda menjunam

Kerajaan menolak dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan (Felda) walaupun mengakui sumber kewangan agensi berkenaan merudum dengan mendadak.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sekalipun ia jatuh, nilai aset Felda pada hakikatnya cukup membanggakan.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

"Kerajaan tidak menggelapkan wang tersebut, (tetapi) ia disumbangkan untuk kebajikan masyarakat," kata Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian, menjawab soalan dari kerajaan dan wakil pembangkang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Beliau berkata perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion. ( sumber asal)







Anda juga sepatutnya berani melakukan seperti ini




Guru tampar ahli sindiket gores dan menang


KUALA LUMPUR 15 Jun - Seorang guru wanita yang diperdaya sebanyak RM4,000 oleh sindiket 'gores dan menang' bukan sahaja berjaya menuntut semula wangnya malah sempat melepaskan geramnya dengan menampar seorang kakitangan syarikat berkenaan.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ong, 54, dikatakan berbuat demikian setelah hilang sabar ketika rundingan diadakan di pejabat syarikat terbabit di Taman Perindustrian Kuchai Lama, petang semalam.

Kejadian itu turut mengejutkan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Wilayah Persekutuan, Benny Chin dan tiga pembantunya yang menemani mangsa untuk membuat tuntutan itu.

''Penolong pengurus syarikat yang berunding dengan kami berjanji untuk mengembalikan wang kepada mangsa tetapi hanya RM3,000 sahaja. Dia juga meminta supaya diberikan tempoh dua jam.

''Mangsa bagaimanapun berang lalu tiba-tiba menampar muka lelaki itu. Ia berlaku dalam sekelip mata saja dan di luar dugaan kami," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di ini hari ini.

Benny memberitahu, insiden itu dipercayai akibat sikap lelaki terbabit yang disifatkan cuba berdolak dalik.

Ong, yang berasal daripada Taiping, Perak, membuat aduan kepada Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, kelmarin, selepas menyedari dirinya ditipu kononnya memenangi cabutan bertuah sebuah tilam dan dapur digital bernilai RM9,000.

Terdahulu, mangsa didatangi dua lelaki di stesen LRT Bukit Jalil yang memintanya untuk membuat cabutan bertuah.

Selepas melakukannya, mangsa dimaklum bahawa dia memenangi hadiah ke-13 bernilai kira-kira RM9,000, namun diminta untuk membayar RM4,000 sebelum boleh menuntut hadiah-hadiah berkenaan.

Menurut Benny, ahli kumpulan itu pandai memujuk sehingga sanggup menyerahkan Mykad milik mereka untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka bukan penipu.

''Ong kemudian mengeluarkan wang di mesin ATM (mesin juruwang automatik) untuk diserahkan kepada dua lelaki itu di pejabat syarikatnya di Kuchai Lama.

''Mangsa selepas itu diberi sekeping resit yang tercatat dua hadiah kemenangan dan diberitahu ia akan dihantar ke rumahnya. Tanpa disedari, mangsa sebenarnya telah terperangkap," jelas Benny.