30 Ogos 2009

Kegemukkan adalah musuh utama kita.......

Di zaman modern dan ekonomi yang baik sekarang ini, antara masaalah paling besar dihadapi oleh kebanyakan penduduk Dunia dan tidak terkecuali di Malaysia waima penduduk Felda Kota Gelanggi 01 sekali pun ialah kegemukkan.

Kegemukkan adalah musuh paling utama yang sangat hampir dengan kita tetapi sangat sukar untuk di jauhi .

Kalau di zaman dulu-dulu, tidak banyak kita jumpa orang kampung yang gemuk-gemuk, tetapi di zaman serba mewah sekarang ini, bukan perkara pelik lagi kalau kita jumpa orang kampung terutama dari felda yang gemok .

Antara punca kegemukkan ialah makan terlalu banyak, kurang bekerja atau bersenam, setelah menjadi gemuk, bukan mudah pula untuk menguruskan kembali badan kita.

Dibawah ini disertakan artikel berkaitan mengawal kegemukkan......


Belon intragastrik

Prosedur belon intragastik sudah dikenali sejak 1980. Berbanding pembedahan 'gastrik banding', prosedur ini bersifat sementara dan dianggap sebagai terapi menurunkan berat badan.

"Belon intragastik tidak membabitkan pembedahan. Sebaliknya, satu belon silikon akan dimasukkan ke bahagian perut dalam prosedur ringkas yang mengambil masa sekitar 30 minit," katanya.

Dalam prosedur ini, belon yang dibuat daripada silikon lembut akan dimasukkan ke dalam perut melalui mulut berpandukan kamera endoskopik. Bius am digunakan (atau sedation 'bius separa' boleh digunakan), membantu otot lebih rehat dan memudahkan prosedur.

Apabila belon dimasukkan, ia akan diisi dengan saline (cecair) bersteril menerusi tiub kecil yang dilekat bersama belon. Belon mampu menampung cecair antara 400 cc hingga 700 cc bergantung kepada kesesuaian pesakit) yang mengisi sebahagian besar ruang perut. Disebabkan prosedur yang singkat, pesakit juga boleh pulang ke rumah selepas 24 jam.

"Bagaimanapun, belon tidak boleh lama berada dalam perut untuk mengelak komplikasi pecah jika digunakan selama lebih daripada enam bulan. Selepas itu, ia akan dikeluarkan dalam satu lagi prosedur ringkas. Ia adalah teknik pilihan, terutama kanak-kanak obes," katanya.

Kata Dr Lukman, belon yang mengisi sebahagian perut menyebabkan pesakit berasa kenyang dan kurang berselera makan. Tanpa pembedahan, prosedur ini hanya menyelaraskan diet dan mengubahsuai tingkah laku.

Dalam tempoh enam bulan, seseorang itu mampu menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram. Malah dalam dua minggu pertama, pesakit mampu mengurangkan hingga empat kilogram.

"Sebenarnya mengekalkan berat badan itu yang lebih sukar berbanding menurunkan berat badan. Walaupun belon akan dikeluarkan selepas enam bulan, tetapi mereka yang berdisiplin mampu mengekalkan berat badan. Mereka akan memperoleh berat badan ideal dan mempertahankannya tanpa bantuan belon," katanya.

Pembedahan ikat perut (gastrik banding)

Pembedahan ikat perut ialah satu lagi prosedur pembedahan mengawal berat badan yang popular. Tidak seperti belon intragastrik, prosedur ini membabitkan pembedahan dan memakan masa antara satu ke dua jam.

"Bagaimanapun, prosedur ini disarankan kepada mereka yang mengalami masalah morbid obesiti dan mengelak komplikasi penyakit yang berkaitan dengan obesiti. Ia bukan pembedahan kosmetik," katanya.

Kata Dr Lukman, morbid obesiti mahupun obesiti adalah ancaman kesihatan yang membawa kepada komplikasi penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan masalah berdengkur atau pernafasan. Malah, kemandulan juga boleh dikaitkan dengan morbid obesiti.

Justeru, ia seharusnya tidak disalah guna oleh mereka yang tidak sepatutnya. Misalnya, model yang ingin kekal kurus.

Dalam prosedur pembedahan ikat perut, gegelung silikon penyekat akan diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit.

Ini membuatkan pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan. Malah dalam sesetengah kes, jika pesakit itu masih menikmati makanan sesuka hati, dia akan termuntah. Namun, prosedur begini memerlukan kerjasama dan disiplin pesakit.

Dr Lukman berkata, walaupun makanan pejal tidak boleh melepasi ikatan perut tetapi makanan dalam bentuk cecair boleh melepasinya. Justeru, pembedahan ini tidak akan mencapai sasaran jika pesakit masih mengambil minuman dengan kadar kalsium atau karbohidrat yang tinggi.

Dalam prosedur ini, bahagian atas perut akan diikat tetapi kedua-dua bahagian akan disambungkan ruang saluran kecil. Makanan akan melalui ruang ini daripada bahagian atas perut dengan lebih perlahan menyebabkan rasa kenyang lebih lama.

Gegelung yang mengikat bahagian perut boleh dilaraskan kerana bahagian permukaan dalamnya boleh diisi dengan larutan bergaram atau dikempiskan untuk mengubah saiz ruang, seperti gelung tekanan darah.

Ia disambungkan menerusi tiub ke takungan larut garam yang diletakkan di bawah kulit dan lemak ketika pembedahan. Takungan ini tidak boleh dilihat tetapi dirasai apabila anda menekan abdomen. Selepas pembedahan, doktor boleh mengawal larutan bergaram dalam gegelung memasukkan jarum halus menerusi kulit.

Pembedahan ini membantu pesakit menurunkan hingga 40 peratus berat badannya. Bagaimanapun, jumlah itu berbeza untuk setiap orang. Ikatan pada perut juga boleh dibuka jika pesakit sudah mendapatkan berat badan yang sesuai atau berubah fikiran.

Kata Dr Lukman, berbanding belon intragastrik, prosedur ini agak mahal bergantung pada pusat rawatan yang dipilih pesakit.

INFO: Obesiti dan prosedur ikat perut

  • Senaman, diet dan pil kurus bukan jawapan terbaik untuk anda yang mengalami morbid obesiti

  • Prosedur menurunkan berat badan boleh dilakukan sekiranya BMI anda melebihi 30

  • Belon intragastrik adalah prosedur tanpa bedah dan dilakukan dalam masa 30 minit

  • Belon intragastrik bagaimanapun bukan prosedur kekal. Belon perlu dikeluarkan enam bulan selepas prosedur.

  • Pembedahan ikat perut adalah prosedur popular menurunkan berat badan bagi mereka yang morbid obesiti.

  • Pembedahan ini membabitkan jerutan bahagian atas perut dengan gegelung boleh laras

  • Selepas pembedahan, pesakit perlu mematuhi diet yang disarankan dan membuat rawatan susulan.

  • Felda Logo

    26 Ogos 2009

    Puasa dulu - dulu

    Oleh kerana saya orang lama ( tak mau mengaku tua tu....) maka tentulah banyak nostalgia dulu-dulu kalau mahu di coretkan.

    Orang dulu-dulu (sekitar awal tahun 60an) berbuka berpuasa tidak sama dengan orang-orang sekarang Puasa, dulu berbuka Puasa dengan kueh-kueh kampung je, pulak tu sebelum nak buat kueh, bukan main seksanya, apa tidaknya, beras pulut ke, beras gansar ke ( org Pahang panggil beras biasa yg kita makan sekarang " beras gansar " ) sebelum boleh di buat kueh, kena kisar dulu, pulak tu pengisarnya di perbuat dari batu, masa mengisarnya makan masa sejam juga, setelah siap di kisar, ditapis pulak dengan kain putih, setelah itu barulah melalui proses seperti sekarang.

    Tetapi seksanya masih belum tamat, masak pakai kayu api, nak menghidupkan api bukannya mudah macam kita pakai gas sekarang, sekali petik je dah menyala, dulu kena racik kayu api tersebut kecil-kecil, selepas tu di bakar sesuatu seperti getah sekerap ke, atau apa sahaja yang mudah menyala sebagai penghidup api tersebut, setelah itu kena tiup pulak kearah api, puas meniup menggunakan buluh yang berlubang barulah menyala, pendek kata proses memasak memakan masa yang lama dan menyeksakan.

    Beras pulak kalau nak dimasak nasi, bukannya boleh diambil dari dalam kampit dan dicurah terus kedalam periok, padinya kena tumbuk dulu didalam lesung, tentu orang sekarang akan tanya apa itu lesung ? susah nak cerita, (nasib baik saya tanya encik google dan dia ada memberikan gambarnya di sini )

    Sebelum ditumbuk padi tersebut kena jemur dipanas matahari terlebih dahulu, kalau cuaca tak panas contohnya di musim hujan kena salai pulak, oi.....nak makan nasi bukannya mudah.

    Lauk pulak kena cari dan tangkap sendiri, kalau di tepi Sungai Pahang, kena pakai tajor, aran, setapu dan aneka jenis lagi alat tangkapan tradisional yang saya sendiri nak menyebut pun tak tahu.

    Kalau rumah tepi paya, tangkaplah ikan paya seperti ikan ruan, keli, puyu, sepat dan lain-lain lagi, dengan menggunakan serkap, bubu, candik dan sebagainya.

    Tentang keseronokan menagkap ikan ini susah nak digambarkan, tetapi cukup kalau saya katakan sangat seronok, masa itu ikan sangat banyak dan mudah mendapatkannya kalau kena musimnya, tetapi bila diluar musim, alamat makan nasi dengan ikan kering dan sambal lada sahajalah.

    Masa nak berbuka, bagi yang ada Radio bolehlah mendengar Azan melalui Radio, tetapi bagi yang tiada Radio, kena tengok bulu roma, jika tak nampak bulu roma barulah boleh berbuka, masa tu rumah dikampung-kampung antara sebuah rumah dengan rumah yang lain bukannya dekat, munkin jaraknya 500meter atau 1 km sekarang.

    Bersahur begitu juga, kadang-kadang munkin akibat berjaga sikit, terus tertidur sehingga siang, langsung tidak sempat bersahur, jam loceng masa tu tak ramai yang memilikinya walau pun jam loceng sudah ada.

    Begitulah lebih kurang kisah orang dulu-dulu berpuasa dan bersahur .....







    25 Ogos 2009

    Patin oh Patin

    Saya tertarik dengan berita ini

    Patin 'Luar' Dijual Di Temerloh

    TEMERLOH, 25 Ogos (Bernama) -- Ikan patin dari luar Temerloh didapati dijual di daerah ini sebagai satu cubaan segelintir pengusaha untuk mengambil kesempatan daripada populariti patin tempatan, kata Anggota Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah.

    Katanya ikan patin dari luar Temerloh adalah lebih murah tetapi dijual di daerah itu pada harga RM14 sekilogram.

    "Sikap mahu untung cepat ini mampu membunuh industri patin jika ia berterusan kerana rasa dan kualiti ikan patin dari luar Temerloh jauh berbeza," katanya kepada Bernama di sini.

    Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata tindakan pengusaha membawa patin dari luar untuk dijual di Temerloh mungkin juga disebabkan kekurangan bekalan ikan berkenaan di sini.

    Katanya penternak ikan patin di Temerloh hanya mampu mengeluarkan sebanyak 40 tan metrik sebulan sedangkan permintaan di pasaran melebihi 80 tan metrik.

    "Ikan patin Temerloh sudah menembusi pasaran di London dan Arab Saudi kerana isinya lazat dan lembut," katanya.

    -- BERNAMA
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9pAkZJNpghwJi8_il8SMshprUOztknblev58mrcI9oqDmDxCjRy_U_20Ghopk9Wjka132NfLhFZngUsnPwguPu-jTsQHDQXjWYoh5ll3L-mpIoGvc1Zjgqr75zpW6TjrmVVSIk-_5imkT/s320/patinmasak.jpg

    Sesungguhnya memang wujud segelintir peniaga tamak yang cuba menipu pelanggan terutama bagi orang dari luar Pahang yang tidak dapat membezakan antara ikan patin yang diternak didalam sangkar di sungai Pahang dengan ikan Patin yang diternak didalam kolam.

    Perbezaan diantara keduanya sangat ketara ketika kita memakannya setelah dimasak, yang diternak didalam sangkar di sungai Pahang tiada rasa hanyir atau sebarang rasa yang tidak enak tetapi yang diternak didalam kolam ada rasa lumpur serta rasa yang tidak selesa.

    Harganya pula sangat jauh berbeza, yang diternak didalam sangkar sungai sekilo RM14.00 tetapi yang diternak didalam kolam sekilo RM 4.00.

    Itulah sebabnya jika ada peniaga yang tamak, dia akan menjual ikan Patin kolam sama harganya dengan harga Patin sangkar sungai Pahang.

    Oleh itu anda perlu berhati-hati supaya jangan tertipu......



    Cerita tambahan

    Ikan sungai ke pasaran dunia



    23 Ogos 2009

    PM cadangkan Felda, Felcra, Risda berkerjasama .....

    PEKAN 23 Ogos – Tiga agensi perladangan terbesar di negara ini – Felda, Risda dan Felcra disaran bergabung mewujudkan satu konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi pada masa akan datang.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan cadangan tersebut yakin jalinan kerjasama itu nanti mampu memberi keuntungan yang berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan.

    Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang bakal dilaksanakan.

    ‘‘Ketiga-tiga agensi masih boleh kekal dengan entiti masing-masing tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dengan mewujudkan satu konsortium.

    ‘‘Saya telah minta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketiga-tiga agensi ini berbincang dan apabila bersedia, mereka boleh berjumpa dengan saya atau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita buat satu ketetapan bagaimana konsep gabungan itu dilaksanakan,” katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

    Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

    Najib menjelaskan, banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda, Risda dan Felcra termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang.

    Ini kerana, kata beliau, projek-projek yang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi itu mempunyai banyak persamaan dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.

    Beliau memberi contoh, ketiga-tiga agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja untuk sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda, Felcra dan peserta Risda.

    ‘‘Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau sawit, kita akan dapat nikmat ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.

    ‘‘Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi ini menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang ini lebih maju berbanding setiap agensi mempunyai kilang masing-masing di ladang masing-masing.

    ‘‘Keuntungan yang lebih besar juga dinikmati oleh para peneroka dan peserta sesebuah ladang tersebut,” jelasnya.

    Najib menganggap cadangan itu tidak tidak mustahil memandangkan agensi-agensi terbabit mampu mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk melaksanakan projek-projek tertentu.

    ‘‘Jika kita boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara, mengapa tidak dengan agensi-agensi yang dimiliki oleh kerajaan walaupun terletak dalam kementerian yang berbeza.

    ‘‘Kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama dan kekuatan dalaman untuk menguasai ekonomi,” katanya.

    Terdahulu dalam ucapannya, Najib memberitahu, kerajaan sedang merumuskan satu model ekonomi baru yang memberi penekanan kepada nilai tambah tinggi dalam projek-projek yang dijalankan.

    Dalam sektor pertanian misalnya, kata beliau, kerajaan merancang meningkatkan lagi industri ternakan burung layang-layang atau walit dan rumput laut yang berpotensi dimajukan.

    Kerajaan juga, jelas beliau, menerusi Felda akan menjalankan projek ternakan lembu selepas membeli tanah seluas lapan juta hektar di Australia bagi tujuan tersebut.

    ‘‘Lembu-lembu itu kemudian akan dibawa ke Malaysia untuk dibesarkan dan menerusi haiwan tersebut kita mampu mencipta 28 lagi projek hiliran yang lebih menguntungkan berbanding hasil dagingnya semata-mata,” jelasnya.





    Sebenarnya lapuran Utusan Malaysia ini tidak betul dengan tajuknya
    (PM syor Felda, Risda, Felcra bergabung) yang dimaksudkan oleh PM ialah bekerjasama, bukannya bergabung diantara ketiga-tiga badan tersebut............. memang bengonglah pengarang Utusan Malaysia ni......









    22 Ogos 2009

    Bazar Ramadhan di Felda Kota Gelanggi 01, 2009


    Hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa, dan seperti biasa di mana-mana pun, samada dikampung atau di Bandar malah tidak terkecuali di penempatan Felda akan wujud bazar-bazar Ramadhan umpama cendawan tumbuh dimusim hujan, satu perkembangan sihat bagi para individu yang ingin belajar untuk memulakan perniagaan.

    Di Felda Kota Gelanggi 01 tidak terkecuali dari mengalami suasana yang sama, munculnya peniaga-peniaga baru di sulami dengan peniaga-peniaga lama tetap memeriahkan suasana setiap tahun, menambahkan lagi keceriaan di petang Ramadhan.

    Yang menariknya dikawasan pekan sehari yang dijadikan tapak bazar Ramadhan di Kota Gelanggi 01 yang di kongsi bersama dengan peniaga dari Kota Gelanggi 03, ialah dengan penggabungan kedua-dua puak peniaga dari dua perkampungan ini telah berjaya membuatkan keadaan menjadi lebih hingar bingar.

    Ini ditambah lagi dengan kewujudan tiga buah wakaf, yang asalnya di buat dengan bertujuan untuk dijadikan tempat bagi orang ramai menunggu Bas, malangnya ia telah berukar menjadi tempat orang yang berminat untuk lepak-lepak sementara menunggu waktu berbuka puasa.

    Pada sebelah malamnya pula, sebagaimana yang dialami di Masjid-masjid lain, di Masjid kota gelanggi barat juga tidak terkecuali mengalami keadaan yang sama iaitu diawal Ramadhan ini, sembahyang tarawikhnya dihadiri tidak kurang 10 hingga 15 saf yang setiap safnya mengandungi 40 orang.

    Tetapi seperti biasa apabila puasa semakin mengakhiri penghujungnya, maka para jemaahnya pun akan turut berkurangan.

    Begitulah lebih kurang lapuran yang dapat saya sampaikan untuk tahun ini dan sebenarnya pada tahun lepas saya belum lagi menulis blog, jadi inilah lapuran pertama saya dibulan puasa..............







    12 Ogos 2009

    Sejarah Penubuhan Sek. Men. Ugama Kota Gelanggi 03 & 01

    Saya ingin menyambung entry saya yang lepas bertajuk " kisah dulu-dulu," diakhir tulisan saya itu, saya ada menyebut ............

    Akibat tidak berpandangan jauh serta lebih mementingkan diri sendirinya itu, maka berterusanlah anak-anak dan cucu, cicit peneroka felda kota gelanggi 01 dan 03 menaiki bas untuk ke sekolah menengah dari dulu sampailah kehari ini dan sampai ..................................?

    Didalam entry saya yang lepas, saya tidak menyebut bahawa di Felda Kota Gelanggi 01 dan 03 sebenarnya ada sebuah Sekolah Menengah Ugama Rakyat, ianya berpunca dari Sekolah Menengah Ugama tersebut pernah ditutup beberapa tahun yang lepas, dan ianya baru sahaja dibuka semula baru-baru ini, sebab-sebab penutupannya dan susur galur sejarahnya akan saya huraikan nanti.

    Dari maklumat terbaru yang saya terima bahawa Sek. Men. Ugama Rakyat yang di beri nafas baru itu telah pun menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan berjumlah puluhan ribu ringgit untuk membayar gaji guru-guru dan lain-lain keperluan, malah khabarnya peruntukkan ratusan ribu ringgit sedang di pertimbangkan bagi dibina bangunan baru.

    Sebenarnya sepertimana sejarah semua Sekolah Ugama Rakyat di Pahang khasnya dan seluruh Malaysia am-nya, mempunyai sejarah yang tersendiri dengan mecoretkan segala kepayahan, kesukaran dan pengorbanan dari tokoh penerajunya serta masyarakat setempat.

    Sekolah menengah agama rakyat Felda Kota Gelanggi 01 dan 03 juga tidak terkecuali dari mempunyai sejarah seperti itu, bilamana ianya mula-mula ditubuhkan ialah diatas kesedaran untuk meningkatkan pengetahuan agama, disamping mengatasi masaalah keciciran persekolahan dikalangan anak-anak peneroka.

    Maklumlah disatu ketika dulu kehidupan peneroka Felda sangatlah dhaif, sehingga ada sesetengahnya tidak mampu lagi menghantar anaknya keSekolah Menengah Kerajaan yang jaraknya jauh serta kena bayar tambang bas dan lain-lain keperluan.

    Akibat masaalah tersebut, ada dikalangan peneroka yang mengambil jalan mudah dengan tidak menghantar anaknya kesekolah atau yang sedang bersekolah, menghentikan terus persekolahan anak -anak mereka.

    Munkin diatas kesedaran tersebutlah, maka ada usaha dari beberapa individu untuk menubuhkan Sekolah Menengah Ugama Rakyat, orang yang mula-mula menggerakkan usaha murni tersebut ialah Ustaz Abdul Wahab Bin Taha atau lebih popular dengan panggilan Ust. Wahab atau Imam Wahab.

    Ustaz Wahab ini mempunyai sejarah yang tersendiri, sebelum memasuki Felda sebagai peneroka, beliau pernah menjadi Bilal (1966) Khatib (1967) dan Imam (1969-1978) di Masjid Bandar Temerloh.

    Beliau meletakkan jawatannya sebagai Imam dan memasuki Felda sebagai peneroka pada tahun 1978, beliau berkelulusan Sekolah Pondok dari Kelantan ditahun 60an.

    Didalam Felda beliau bergerak sebagai aktivis parti PAS, malah beliau memegang jawatan sebagai ketua PAS cawangan dari dulu sampailah sekarang ini disamping AJK dewan Ulamak PAS Pahang.

    Ditahun 1990 beliau telah menubuhkan Pasti iaitu pusat asuhan kanak-kanak sehingga disatu ketika mencapai jumlah 86 orang murid dengan dibantu beberapa orang guru, beliau mengoperasikan Sekolahnya dibawah rumahnya yang diangkat menjadi dua tingkat.

    Pada tahun 1991 beliau menubuhkan pula Sek.Men.Ugama dengan nama Madrasah Annidzomiah Al-Islamiah, memulakan kelas peralihan juga dibawah rumahnya tetapi di sebelah petang, dengan murid seramai 28 orang, manakala ditahun 1992 dengan memulakan pangajian di tingkatan 1 seramai 58 orang, begitulah seterusnya setiap tahun sehingga pernah mencapai murid seramai hampir 100 orang.

    Disamping mengurus sek Pasti dan menengah tersebut beliau juga di sebelah malam pergi memberi kuliah di merata Masjid didalam Felda dan badan-badan berkanun antaranya, Jengka 4, 5, 9,10,11, Sg.Tekam Getah,Lepar Utara, PPPTR, TNB B.Pusat, TNB J'tut, TNB T'loh LKWJ, Jengka dan lain-lain, disamping itu beliau ada juga memberikan kuliahnya kepada kaum ibu dimasa-masa tertentu diatas rumahnya.

    Malang nya disangka panas sampai kepetang, rupanya hujan  ditengah hari, begitulah juga nasib yang menimpa Pasti dan Sek .Men. Ugama kelolaan Ust.Wahab, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapinya, beliau menghadapi masaalah dengan AJK sekolahnya yang akhirnya memaksa beliau menghentikan terus operasi Sekolahnya dari rumah beliau.

    Oleh kerana kecewa dengan apa yang berlaku serta kebetulan pula beliau mendapat tawaran bekerja sebagai Pegawai Dakwah Baheis di J.P.M dan dihantar berdakwah ke Sabah selama beberapa tahun, membuatkan beliau menyepi diri buat seketika, namun beliau tetap dikenang sebagai orang yang berjasa, orang yang memulakan idea menubuhkan Sek.Ugama tersebut.

    Setelah apa yang berlaku itu, AJK Sek. Men.Ugama tersebut membuat keputusan memindahkan operasi Sek. Men. Ugama tersebut ke dekat kawasan Tanah Perkuburan Felda Kota Gelanggi 03 yang berkongsi Tanah Perkuburannya dengan Felda Kota Gelanggi 01 dengan nama baru Sek .Men. Ugama Kota Gelanggi 3 .

    Dari sana sekolah tersebut beroperasi dengan pengurusan yang baru iaitu Ust. Saifuddin lulusan dari UM dengan AJK tetap yang lama, bermula dari tiada apa-apa, bermula dengan tiang sebatang, dengan semuanya dilakukan dan dibiayai secara gotong royong oleh AJK dengan dibantu oleh penduduk tempatan, tanpa dibayar apa-apa, semuanya secara sukarela.

    Berkat usaha bersepadu dari mereka yang bersimpati dengan perjuangan Ugama, akhirnya Sek. Men. Ugama tersebut berkembang begitu pesat sehingga mendapat pengiktirafan dari kementerian pelajaran dengan diberikan bantuan gaji guru dan buku teks malah murid-muridnya pernah mencapai sehingga 280 orang serta mendapat tempat no.3 terbaik dikalangan Sek.Men. Ugama rakyat seluruh negeri Pahang.

    Namun seperti yang dialami kali pertama, masaalah kali kedua ini juga tidak kurang peritnya, kali ini ujiannya datang didalam bentuk pemberhentian bantuan perkapita dari kerajaan pusat kepada Sek. Agama Rakyat di seluruh negara dimasa pemerintahan Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad.

    Akibat perberhentian bantuan tersebut, gaji guru-guru tidak dapat dibayar dan banyak akviti tidak dapat dijalankan dan memberi masaalah besar kepada pihak pengurusan sekolah.

    Sekali lagi Sek.Ugama ini terpaksa ditutup akibat semua guru-gurunya dan murid-muridnya menerima tawaran dari kerajaan untuk diserap ke Sekolah Kerajaan.

    Setelah ditutup beberapa lama, tiba-tiba datang ustaz Jamaluddin dari felda Jengka 14 minta kepada AJK mahu menubuhkan Sek .Ugama Swasta, setelah diberi kebenaran, diluar dugaan beliau bertindak membubarkan AJK lama sebaliknya melantik semua AJK baru yang dianggotai oleh semua orang luar dan bukan penduduk Kota Gelanggi 01 dan 03.

    Setelah beroperasi selama 2 tahun, banyak sekali perkara yang dilaksanakan menimbulkan konstreversi penduduk tempatan serta membuat rasa tidak puas hati dikalangan Guru-Guru, yang mana akhirnya mengundang pihak pengurusan Felda Kota Gelanggi 03, sebagai pihak yang mempunyai hak keatas tapak tanah Sek. Men Ugama tersebut campur tangan.

    Pihak pengurusan Felda Kota Gelanggi 03 telah membuat keputusan membubarkan AJK yang dilantik oleh Ust. Jamaluddin serta seterusnya memecat Ust Jamaluddin dari pengurusan Sekolah itu.

    Pengurus Felda Kota Gelanggi 03 bertindak mengambil alih Jawatan Kuasa Penaja, serta menubuhkan Jawatan Kuasa yang baru, dengan melibatkan semua Ahli Jawatan Kuasa lama yang diwarisi sejak penubuhan dari Rumah Ust Wahab dahulu, ditambah dengan penyertaan Ketua Masyarakat dari Felda Kota Gelanggi o1 dan 03.

    Akhirnya pentadbiran yang baru yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Kota Gelanggi 03 itu berjaya mendapatkan kelulusan dan pengiktirafan dari kerajaan dan satu MOU sudah ditanda tangani diantara pihak pentadbiran dengan kementerian pelajaran dan bersetuju Sek.Men. Ugama tersebut di letakkan dibawah Sek. Agama Bantuan Kerajaan.

    Terkini diberitakan Sek.Men. Ugama Kota Gelanggi 03 yang asalnya dari Sek Men.Ugama Rakyat itu akan mendapat bangunan baru sepenuhnya didalam masa terdekat, semoga sekolah tersebut dapat maju sebagai tempat belajar yang selesa bagi anak, cucu, cicit, ciat peneroka dan masyarakat sekitar di alaf akan datang .......................amin.



    Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ust Wahab, selaku mantan Pengetua Sekolah, kepada Samsuri bin Din, selaku salah seorang AJK lama dan terkini yang banyak berjasa kepada penubuhan asal sekolah, diatas segala maklumat yang diberikan dan gambar-gambar lama dari simpanan serta mengizinkan saya menyiarkannya di dalam blog ini, tanpa kerjasama anda semua saya tidak dapat menulis artikel ini. .............. sekali lagi terima kasih.



    Lawati juga laman web Sek ugama k.Gel 03 tersebut iaitu
    SMAKG 03, laman web ini di usahakan oleh seorang guru disana dan saya postingkan diblog ini pada 04.05.2010........











    08 Ogos 2009

    Kisah dulu-dulu.......

    Setelah lama saya tidak menulis hal-hal yang berkaitan dengan felda kota gelanggi, maka hari ini saya akan sentuh sedikit tentang perkampungan ini dan persekitarannya.

    Felda kota gelanggi 01 adalah berjiran dengan felda kota gelanggi 03, sehingga sembahyang Jumaat pun di satu Mesjid, penduduknya lebih kurang sama ramainya, iaitu 366 buah rumah, cuma keluasan kebun sawit Felda kota gelanggi 03 lebih luas dari kawasan kebun felda kota gelanggi 01.

    Puncanya kawasan ladang gelanggi 03, banyak berbukit bukau, oleh itu diketika diawal penempatan dahulu, ramai peneroka tidak sanggup untuk meneruskan kerjaya sebagai peneroka terutama di peringkat 3, felda kota gelanggi 03. lalu mereka mengambil keputusan balik kampung.

    Oleh itu felda terpaksa menjadikan kawasan tersebut sebagai milik felda plantation, apa nak buat, dah peneroka banyak yang lari balik kampung, tak tahan dengan jaraknya yang jauh dari perkampungan serta berbukit .

    Kelebihan felda kota gelanggi 01 dan 03 dengan rancangan felda lain di Malaysia ialah, ianya di khususkan untuk anak-anak Pahang, itulah sebabnya gelanggi 01 dan 03 dapat 14 ekar.

    Malangnya anak-anak Pahang pada masa dulu kurang berminat dan tahan lasak untuk menjadi peneroka, maklumlah pada masa itu jadi peneroka sangatlah dhaifnya, pendapatan sedikit, prasarana tiada serta berbagai kesulitan lagi.

    Lagipun orang Pahang kalau tak tahan boleh lari balik kampung sebab kampungnya dekat, maka tambangnya murah, tetapi orang luar Pahang, mahu tidak mahu terpaksa tunggu, maklumlah nak balik kampung, jauh, dan tambangnya mahal, terpaksalah hadapi dan redha dengan apa keadaan sekali pun.

    Oleh itu hanya gelanggi 01 sahaja yang dapat memenuhi hasrat felda khusus untuk anak Pahang, itu pun hanya sekitar 90%, manakala gelanggi 03 hanya mampu di isi oleh anak Pahang di sekitar 40% sahaja, selebihnya terpaksa diisi oleh orang-orang luar Pahang, walau macammana pun peruntukan 14 ekar di teruskan juga untuk felda kota gelanggi 03.

    Sebenarnya banyak orang dari luar yang keliru berkenaan kedudukan diantara felda kota gelanggi 01 dan 03 dengan kedudukan felda kota gelanggi 02 dan 04. Bagi mereka kenapa tidak gelanggi 01 dan 02, manakala gelanggi 03 dan 04.

    Kekeliruan ini dapat di kesan semasa permohonan untuk mendapatkan pencawang pemancar telefon mudah alih tempoh hari, semasa pihak pengurusan rancangan merayu bagi mendapatkan kemudahan tersebut, pihak pengurusan Celcom di Kuantan kehairanan kerana menyangka Felda kota gelanggi 01 berhampiran felda kota gelanggi 02 yang telah lama memiliki pencawang tersebut.

    Dia hairan kerana pencawang pemancar telefon telah wujud di felda kota gelanggi 02 yang sangkanya berhampiran dengan felda kota gelanggi 01, oleh itu pada perkiraannya apa perlunya di wujudkan satu lagi pencawang ?

    Setelah penjelasan diberikan, barulah dia faham, dan kelulusan serta merta diberikan, rupa-rupanya itulah puncanya kenapa felda kota gelanggi 01 dan 03 adalah penempatan perkampungan terakhir didalam felda yang menerima kemudahan tersebut, aduhai ! malangnya nasib penduduk felda kota gelanggi 01 dan 03.

    Satu lagi nasib malang yang menimpa penduduk gelanggi 01 dan 03 ialah, anak-anak peneroka terpaksa berulang alik untuk ke sekolah menengah yang jaraknya lebih kurang 25 km iaitu ke sek men. Pulau Tawar, PPPTR atau ke sek men felda kota gelanggi 02.

    Para peneroka terpaksa membayar tambang bas RM45.00 ke RM50.00 bagi setiap orang anak atau cucu mereka.

    Yang lucunya, disatu ketika dahulu, iaitu kira-kira 28 tahun lampau, di war-warkan kononnya sek. men akan di bina di felda kota gelanggi 01, entah macammana tiba-tiba akhirnya beberapa tahun yang lalu, dibina di felda kota gelanggi 02.

    Ada yang meriwayatkan kononnya bahawa semua ini berlaku adalah disebabkan naib pengerusi JKKR pada masa tersebut berhajat untuk berniaga Bas Sekolah, oleh kerana hajat tersebut maka beliau menolak pembinaan sek. men difelda kota gelanggi 01.

    Memang benar pun naib pengerusi tersebut membuka syarikat bas sekolah dengan berkongsi bersama beberapa orang rakannya, tetapi oleh kerana dia tiada bakat didalam bidang perniagaan, maka perniagaan bas sekolahnya lingkup tidak berapa lama kemudian.

    Akibat tidak berpandangan jauh serta lebih mementingkan diri sendirinya itu, maka berterusanlah anak-anak dan cucu, cicit peneroka felda kota gelanggi 01 dan 03 menaiki bas untuk ke sekolah menengah dari dulu sampailah kehari ini dan sampai ..................................?





    03 Ogos 2009

    Tak mahu susah

    Dalam sehari dua ini, banyak sungguh kisah mengenai perarakan menentang Isa yang dipaparkan didalam blog, banyak sekali blog yang menceritakan pelbagai kisah, ada yang secara langsung dari tempat kejadian dan ada yang menceritakan pengalamannya kemudian, siap dengan gambarnya sekali.

    Saya yang mengambil pendekatan berkecuali didalam hal ini, tetapi tetap merasa kasihan juga terhadap rakan -rakan yang menerima penangan peluru getah, belantan, bom asap pemedih mata dan meriam air yang mengandungi cecair bewarna serta menyebabkan gatal dan pedih.


    Semasa berbual dengan rakan-rakan, ada diantara mereka yang menganggap bahawa menunjuk perasaan dijalanan adalah perbuatan bodoh, menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan pengguna lain.

    Itu adalah suara-suara yang tidak dapat memahami kenapa tunjuk perasaan perlu dilakukan, sedangkan kerajaan bersedia dan sedang memproses pindaan terhadap akta ISA yang di pertikaikan.

    Manakala di pihak yang melakukan tunjuk perasaan, merasakan sudah tidak sabar lagi menunggu hasil yang dijanjikan, tetapi masih juga tidak kunjung tiba pindaan yang diharapkan malah mereka minta lebih lagi iaitu dimansuhkan terus ISA, sesuatu yang kerajaan tidak bersedia melakukannya.

    Memang diakui, apabila diadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran seperti ini, pasti mengundang kesusahan kepada banyak pihak, penguna jalan raya, peniaga dan orang awam yang tidak terlibat dengan upacara sebegini.

    Tetapi tunjuk perasaan secara aman adalah perkara yang lumrah dilakukan oleh kebanyakan rakyat dimana-mana negara pun sebagai satu cara menzahirkan bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan yang tidak di sukai oleh orang ramai.

    Tunjuk perasaan juga adalah lambang kebebasan didalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

    Ada diantara tuntutan penunjuk perasaan ini yang berjaya di perolehi, tetapi yang banyaknya adalah berakhir dengan kegagalan, tetapi tunjuk perasaan tetap dilakukan juga, munkin kerana tiada pilihan setelah tuntutan melalui saluran lain telah gagal membuahkan hasil.

    Oleh itu munkin sudah sampai masanya kerajaan membenarkan tunjuk perasaan diadakan tetapi perlulah dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti di Stadium misalnya yang boleh dibenarkan sekali pemimpin-pemimpin tertentu menyampaikan pidatonya.

    Masaalahnya di pihak kerajaan selalunya tidak suka di pihak lawannya memperolehi peluang untuk menunjulkan dirinya, memberi peluang kepada lawan untuk menemui rakyat seramai munkin adalah seumpama memberi pedang kepada lawan yang tidak bersenjata.

    Sebenarnya sikap begini adalah lumrah kepada mana-mana pihak yang berpeluang menjadi pemerintah.

    Tambahan pula banyak tunjuk perasaan sememangnya dianjurkan oleh pihak pembangkang, maka mengharapkan kerjasama dari pihak kerajaan didalam hal seperti ini , samalah seperti mengharapkan kerajaan menyerahkan kuasanya kepada pembangkang secara relahati, sesuatu yang tidak munkin terjadi.

    Munkin atas sebab-sebab inilah maka penunjuk perasaan dimana-mana negara pun akan memilih jalanraya di pusat bandar yang sibuk dan ramai orang sebagai lapangan untuk menunjuk perasaan, serta berdepan dengan Polis pencegah rusuhan adalah sesuatu yang dijangkakan.

    Lagi pun, tujuan tunjuk perasaan diadakan adalah untuk menunjukkan kepada umum bahawa kumpulan mereka mendapat sokongan terbanyak, oleh itu mereka mengharapkan bantahan tersebut akan di berikan perhatian oleh pihak yang sedang memerintah serta menunaikan hajat mereka.

    Atas dasar yang difahami bersama itu, maka apabila para penunjuk perasaan dihujani dengan meriam air, dengan gas pemedih mata, dengan belantan dengan peluru getah dan sebagainya, perlulah diterima dengan redha kerana semua ini sudah dijangkakan sejak sedari awal sebelum menyertai tunjuk perasaan lagi.

    Semua kesulitan yang diperolehi tersebut adalah sebagai pengorbanan yang terpaksa diterima untuk mencapai sesuatu hasrat, tanpa pengorbanan adalah tidak munkin diperolehi sesuatu yang dihajatkan.

    Kepada rakyat yang mengambil sikap berkecuali seperti saya, adalah jenis yang mahu terima perubahan tetapi tidak mahu berkorban, tidak mahu susah, apakah boleh mencapai apa yang dihajati ?