08 Ogos 2009

Kisah dulu-dulu.......

Setelah lama saya tidak menulis hal-hal yang berkaitan dengan felda kota gelanggi, maka hari ini saya akan sentuh sedikit tentang perkampungan ini dan persekitarannya.

Felda kota gelanggi 01 adalah berjiran dengan felda kota gelanggi 03, sehingga sembahyang Jumaat pun di satu Mesjid, penduduknya lebih kurang sama ramainya, iaitu 366 buah rumah, cuma keluasan kebun sawit Felda kota gelanggi 03 lebih luas dari kawasan kebun felda kota gelanggi 01.

Puncanya kawasan ladang gelanggi 03, banyak berbukit bukau, oleh itu diketika diawal penempatan dahulu, ramai peneroka tidak sanggup untuk meneruskan kerjaya sebagai peneroka terutama di peringkat 3, felda kota gelanggi 03. lalu mereka mengambil keputusan balik kampung.

Oleh itu felda terpaksa menjadikan kawasan tersebut sebagai milik felda plantation, apa nak buat, dah peneroka banyak yang lari balik kampung, tak tahan dengan jaraknya yang jauh dari perkampungan serta berbukit .

Kelebihan felda kota gelanggi 01 dan 03 dengan rancangan felda lain di Malaysia ialah, ianya di khususkan untuk anak-anak Pahang, itulah sebabnya gelanggi 01 dan 03 dapat 14 ekar.

Malangnya anak-anak Pahang pada masa dulu kurang berminat dan tahan lasak untuk menjadi peneroka, maklumlah pada masa itu jadi peneroka sangatlah dhaifnya, pendapatan sedikit, prasarana tiada serta berbagai kesulitan lagi.

Lagipun orang Pahang kalau tak tahan boleh lari balik kampung sebab kampungnya dekat, maka tambangnya murah, tetapi orang luar Pahang, mahu tidak mahu terpaksa tunggu, maklumlah nak balik kampung, jauh, dan tambangnya mahal, terpaksalah hadapi dan redha dengan apa keadaan sekali pun.

Oleh itu hanya gelanggi 01 sahaja yang dapat memenuhi hasrat felda khusus untuk anak Pahang, itu pun hanya sekitar 90%, manakala gelanggi 03 hanya mampu di isi oleh anak Pahang di sekitar 40% sahaja, selebihnya terpaksa diisi oleh orang-orang luar Pahang, walau macammana pun peruntukan 14 ekar di teruskan juga untuk felda kota gelanggi 03.

Sebenarnya banyak orang dari luar yang keliru berkenaan kedudukan diantara felda kota gelanggi 01 dan 03 dengan kedudukan felda kota gelanggi 02 dan 04. Bagi mereka kenapa tidak gelanggi 01 dan 02, manakala gelanggi 03 dan 04.

Kekeliruan ini dapat di kesan semasa permohonan untuk mendapatkan pencawang pemancar telefon mudah alih tempoh hari, semasa pihak pengurusan rancangan merayu bagi mendapatkan kemudahan tersebut, pihak pengurusan Celcom di Kuantan kehairanan kerana menyangka Felda kota gelanggi 01 berhampiran felda kota gelanggi 02 yang telah lama memiliki pencawang tersebut.

Dia hairan kerana pencawang pemancar telefon telah wujud di felda kota gelanggi 02 yang sangkanya berhampiran dengan felda kota gelanggi 01, oleh itu pada perkiraannya apa perlunya di wujudkan satu lagi pencawang ?

Setelah penjelasan diberikan, barulah dia faham, dan kelulusan serta merta diberikan, rupa-rupanya itulah puncanya kenapa felda kota gelanggi 01 dan 03 adalah penempatan perkampungan terakhir didalam felda yang menerima kemudahan tersebut, aduhai ! malangnya nasib penduduk felda kota gelanggi 01 dan 03.

Satu lagi nasib malang yang menimpa penduduk gelanggi 01 dan 03 ialah, anak-anak peneroka terpaksa berulang alik untuk ke sekolah menengah yang jaraknya lebih kurang 25 km iaitu ke sek men. Pulau Tawar, PPPTR atau ke sek men felda kota gelanggi 02.

Para peneroka terpaksa membayar tambang bas RM45.00 ke RM50.00 bagi setiap orang anak atau cucu mereka.

Yang lucunya, disatu ketika dahulu, iaitu kira-kira 28 tahun lampau, di war-warkan kononnya sek. men akan di bina di felda kota gelanggi 01, entah macammana tiba-tiba akhirnya beberapa tahun yang lalu, dibina di felda kota gelanggi 02.

Ada yang meriwayatkan kononnya bahawa semua ini berlaku adalah disebabkan naib pengerusi JKKR pada masa tersebut berhajat untuk berniaga Bas Sekolah, oleh kerana hajat tersebut maka beliau menolak pembinaan sek. men difelda kota gelanggi 01.

Memang benar pun naib pengerusi tersebut membuka syarikat bas sekolah dengan berkongsi bersama beberapa orang rakannya, tetapi oleh kerana dia tiada bakat didalam bidang perniagaan, maka perniagaan bas sekolahnya lingkup tidak berapa lama kemudian.

Akibat tidak berpandangan jauh serta lebih mementingkan diri sendirinya itu, maka berterusanlah anak-anak dan cucu, cicit peneroka felda kota gelanggi 01 dan 03 menaiki bas untuk ke sekolah menengah dari dulu sampailah kehari ini dan sampai ..................................?





5 ulasan:

GayaPeneroka berkata...

Sampai .......bila-bila selagi ada orang dalam JKKK berkempentingan macam di chini 04 ini.

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Begitulah bila pehak yang diberi tanggungjawab untuk merancang sesuatu projek hanya melakar pelan di atas meja tanpa melawat tapak sebenar........

Pegawai-pegawai macam ini yang perlu diketepikan dulu kerana membuatkan rakyat marah kepada kerajaan.....

Dzulkarnain Mohamad berkata...

ramai juga budak2 dari felda lain pelik tanya koi kenapa kg1 dan kg3 je yang dpt 14 ekar. koi jawab lebih 4 ekar tu atas perkenan sultan..entah ye entah tidak jwpn koi..haha

banyak lg hal felda yg jadi misteri org luar contohnya kenapa penempatan/perumahan felda dibina ke dalam dan dikelilingi ladang dan bukannya dibuat di area jln besar. mcm felda kita yg masuk ke dalam dlu baru jumpa rumah.

tp pasal projek buat sekolah tu mmg ada koi dengar dlu masa kecik2..kata nak buat kat tanah kosong dekat masjid area dpn rumah tok imam wahab tu..tiba2 tak jadi..maklum la koi kecik g masa tu tamboh pulok bila sek men koi sek kat kuantan..

tp kalau betul la jkkk masa tu ada niat tak elok. utk kepentingan sndri, mmg buruk perangai..

Omen Necrofis berkata...

koi ingat lagi dulu2.. masa kecik2.. dulu lekrik diusahakan oleh pakcik Nasir, siap ada generator lagi kat simpang pejabat felda... bukak kul 3 ptg, then tutup kul 12 mlm... pada yg mampu bole cas bateri kat rumah kakitangan kilang KG 01. Line handset pun dah ader.. dulu pinjam yang riseh punyer.. kalu nak kol handset kene cari line kat simpang KG 01....

Tapi sedih la sbb x ada kemudahan pendidikan seperti Kolej komuniti ker.. Politeknik ker.. yang ader cuma sekolah tunas bakti jer...!!

LKTP1328 berkata...

Terima kasih diatas kunjungan sdr2 semua,

Saya akan sambung kisah dulu-dulu ini dengan kisah dan sejarah sekolah menengah agama rakyat kota gelanggi 3,

Sek ugama ini mempunyai sejarah unik, buka tutup, buka tutup, buka.....

Saya tunggu printer saya elok untuk scan gambar2 lama yg saya perolehi dari sumber.

Kisah yg bakal saya paparkan itu semoga boleh dijadikan bahan sejarah sekolah tersebut dimasa akan datang
kerana tidak semua orang tahu kisah sebenar sekolah tersebut sejak dari asal mulanya.