28 Februari 2009

KOLAM MEMANCING SATU AKTIVITI YANG MELEKAKAN ...............







Kolam pancing berbayar, adalah suatu nama baru bagi orang dulu-dulu, ini adalah kerana pada masa dulu tidak pernah wujud kolam pancing berbayar, yang ada ialah paya, tasik, dan sungai, tetapi memancing disana tidak perlu berbayar pun.

Tetapi zaman berubah, masa berlalu, maka suasana pun bertukar, manusia semakin ramai, oleh itu untuk memenuhi masa lapang, maka pelbagai aktiviti direka, maka terciptalah kolam pancing berbayar .

Mula-mula kewujudannya adalah dimonopoli oleh orang -orang Cina, tetapi kini ianya telah menular sampai kekampung-kampung dan ke felda-felda .

Masaalah kegilaan memancing ini, penulis istilahkan sebagai kegilaan, adalah kerana, penulis perhatikan mereka yang dihinggapi sindrom ini, telah tidak mempedulikan apa-apa lagi disekeliling mereka, asal ada duit sahaja, walau pun untuk keperluan lain mereka tiada, tetapi untuk memancing mereka tetap utamakan juga .

Kolam memancing ini, pada mata kasar, memangnya tiada masaalah, tiap-tiap hari memancing akan dikenakan bayaran sebanyak RM13.00 untuk 3 jam, cuma masaalahnya yang timbul ialah
ikan-ikan yang dipancing itu, bukannya hendak dimakan, rasanya tidak sedap, dijual pun kurang laku .

Diantara faktor yang menyebabkan rasanya tidak sedap, ialah keadaan persekitaran kolam tersebut yang dipenuhi lumpur, serta jenis pemakanan yang tidak elok diberikan kepada ikan tersebut, dan yang paling teruk sekali ialah, ikan tersebut diperolehi dari pembekal orang Cina.

Masihkah anda ingat setahun yang lepas, dihebohkan bahawa pengusaha ikan kolam dari Perak, yang di monopoli oleh orang Cina, yang mengusahakan kolamnya berhampiran kolam babi, manakala babi tersebut mati terus dibuang kedalam kolam dan dijadikan makanan ikan-ikan peliharaannya .

Dan dihebohkan juga, diantara pasaran ikan-ikan tersebut ialah kepada pengusaha-pengusaha kolam ikan disekitar Jengka .

Masaalahnya ialah diketika mula-mula dihebohkan dahulu, agak kurang seketika orang-orang memancing, tetapi bila lama, para pemancing ini sudah lupa, dan tabiat memancing diterus kan semula .

Satu lagi masaalah, ialah kolam memancing ini menganjurkan pertandingan memancing, yang di
dikenakan bayaran sehingga RM30.00 untuk satu joran dan diadakan hadiah wang tunai dan hamper bagi yang dapat ikan terbesar, manakala yang tidak dapat ikan, duit hilang ikan pun tidak dapat .

Seterusnya ada pula pada petang-petang atau malam dianjurkan pertandingan yang dinamakan cek pot, yang dikenakan bayaran RM16.00 untuk sekali memancing, selepas itu kepada yang dapat ikan terbesar diberi duit .

Sebenarnya semua pertandingan ini adalah satu jenis judi juga, dan diantara sebab utama kenapa kegilaan memancing ini, ialah kerana minat kepada judi tersebut, lantas menyebabkan sesetengah orang menjadi ketagih.............. ketagih memancing.

27 Februari 2009

JIKALAU TUHAN SUDAH MENTAKDIRKAN DIA AKAN JADI JUTAWAN

Hari ini penulis ingin menulis sesuatu yang tidak pernah disentuh oleh penulis, iaitu dunia artis, dunia ini adalah tidak sesuai bagi orang seumur seperti penulis, walaupun diakui semasa muda dahulu ada juga mengambil tahu berkaitan dunia ini .

Artis yang ingin disentuh oleh penulis ialah Mawi, dia adalah seorang pemuda biasa dikampung
yang hidupnya masih terumbang ambing sebelum menyertai akademi fantasia .

Inilah yang dinamakan takdir Tuhan, didalam sekelip mata, dia boleh menjadikan sesuatu perkara yang mustahil menjadi nyata, itulah yang berlaku kepada Asmawi Ani atau MAWI .

Mawi adalah anak peneroka felda yang memang bernasib baik, dari segi zahirnya, suara mawi tidaklah sesedap mana, banyak lagi artis lain yang lebih sedap suaranya, contohnya Akill hayy dan beberapa nama lagi dari Raihan dan Rabbani .


Banglo MAWI di bangi bernilai RM 1 juta
http://i198.photobucket.com/albums/aa214/KAKMARRY/rumahmawi.jpg
Tetapi sesuatu yang tidak menyenangkan hati penulis ialah, berkaitan dengan sikapnya terhadap bekas tunangnya Ina Naem, selepas menang sahaja akademi fantasia, terus Ina Naem diketepikan ......................itulah dunia .....

Manakala yang paling ajaib, didalam kes mawi ni...........ialah perubahan sikap MB Kelantan, TG Nik Aziz, dulunya Nik Aziz berpegang kepada prinsip, nyanyian tidak boleh, tetapi bila tiba giliran Mawi, tiba-tiba boleh, munkinlah kerana aura Mawi yang kononya , alim sedikit, wallah huaklam............... itulah dunia .........

Walau macam mana pun Mawi kini dah jadi jutawan, sekurang-kurangnya buat masa ini kehidupannya sangat selesa, walaupun persekolahannya tidaklah setinggi mana, tetapi dah rezeki dia.................itulah ragam dunia ............

Tetapi itulah takdir namanya, walau pun suaranya boleh di pertikaikan, tetapi minat dikalangan generasi muda, tua dan kanak-kanak, sangat luar biasa terhadapnya.

25 Februari 2009

APABILA KITA MAHU MELAKUKAN SESUATU, PELAJARILAH DARI ORANG YANG BETUL

Kisah ini berlaku kira-kira 18 tahun yang lampau, diketika itu di Felda Kota Gelanggi 01 ini ada seorang pegawai dari keturunan India, namanya Siva ( sudah tentu bukan nama sebenar) beliau adalah satu-satunya pegawai felda dari keturunan India manakala isterinya dari bangsa India juga dan bertugas sebagai guru, tetapi kelebihan si Siva ini ialah, dia sangat pandai bergaul dengan orang-orang Melayu, khasnya peneroka felda.
gambar ini hanyalah hiasan sahaja, tiada kena
mengena dengan kisah yang dipaparkan ini



Dimasa itu dia hanyalah penyelia biasa, apabila ada kelapangan, dia akan mengekori peneroka kemana sahaja, dalam hutan, kegua dan dan bermacam-macam aktiviti lagi .

Dikalangan sesama pegawai, hubungan dia pun baik juga, tiap-tiap petang dia akan bermain badminton bersama pegawai-pegawai tersebut .

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, entah macam mana, tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk menghadiahkan jirannya, juga seorang pegawai felda, berbangsa Melayu, bernama Ismail ( juga bukan nama sebenar) dengan seekor ayam, ayam tersebut adalah dari peliharaanya sendiri di belakang rumahnya .

Yang lucunya Si Siva ini, tidak pula menghadiahkan ayam itu hidup-hidup, sebaliknya dia sendiri yang menyembelih ayam tersebut, bagaimana dia menyembelihnya tidaklah diketahui, munkin dibantu oleh isterinya .

Apabila dia nampak si Ismail ini ada dirumah, dia pun pergi menghadiahkan ayam tersebut
yang sudah siap disembelih, si Ismail ini terkejutlah juga, tetapi dia pura-pura buat biasa sahaja, dan menerima ayam tersebut, serta menyimpannya .

Apabila hari sudah petang, si Ismail ini tentulah ingin melupuskan ayam itu dengan menanamkannya dibelakang rumah, malangnya semasa dia menjinjing ayam tersebut untuk ditanam, perbuatan tersebut rupa-rupanya diperhatikan oleh si Siva ini dari jauh tetapi tidak disedari oleh Ismail .

Apabila ke esokkan harinya, semasa bertemu dipejabat, si Siva ini telah bertanya kepada si Ismail ........." eh mail, apa pasal, ayam yang aku beri engkau semalam, engkau tanam dibelakang rumah ? " huh..............terkejutlah si Ismail, kerana dia tidak menyangka bahawa si Siva ini nampak perbuatannya menanam ayam itu .

Dia tergamam seketika, tak tahu nak kata apa ................. tiba-tiba si Siva menambah " itu ayam saya sembelih sendiri, sudah ikut aturan, saya sudah sembelih dileher, pisau tajam, halkum putus, dan saya baca bismillah jugak . "

Munkinlah agaknya ada seseorang yang memberitahu kepadanya tentang syarat-syarat penyembelihan mengikut peraturan Islam, cumanya orang tersebut terlupa untuk memberitahu
bahawa selain dari beberapa perkara yang dikatakannya itu, ada satu perkara lagi, yang tidak diberitahu oleh orang tersebut, iaitu mesti " Islam".

Pengajaran yang diperolehi dari kisah ini ialah, apabila kita mahu melakukan sesuatu, kita mesti mempelajari dari orang yang mempunyai kelayakkan, bukannya pakai dengar, dan ikut sahaja .

24 Februari 2009

BUKAN NYA MAHU LAWAN FELDA, TETAPI ...........................................

Jikalau tanya penulis, berkaitan berita dibawah ini, terutamanya tentang kononnya ''ada peneroka yang menangis mengadu kesusahan yang dihadapi akibat kejatuhan harga komoditi itu menyebabkan banyak barangan seperti kereta terpaksa dijual.

Serta cadangan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said kepada peneroka yang mengusahakan ladang secara persendirian membuang rasa malu dan menemui pengurus tanah rancangan untuk kembali bersama Felda.

Bagi penulis, penulis masih mencadangkan kepada peneroka yang urus sendiri, supaya berpegang kepada pepatah melayu GENGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG ......

Walau macam mana pun, dipihak pengurusan Felda, janganlah menuduh, bahawa penulis menghasut supaya peneroka yang urus sendiri agar melawan Felda .

Soal melawan Felda tidak timbul disini, yang penting semangat berdikari, penulis percaya, jika adalah peneroka dari kaum Cina, pasti mereka akan memilih untuk mengurus sendiri kebun mereka, kecuali peneroka yang sudah tidak berdaya lagi, atau yang ada kerja sampingan lain .

Di felda ini penulis perhatikan, jikalau sejak dari awal peneroka tersebut, bekerja bersungguh-sungguh, berjimat dan merancang corak kehidupannya dimasa depan, insyaalah mereka senang .

Masalahnya ada segelintir dari kalangan mereka, sejak dari mula masuk, tidak bekerja bersungguh-sungguh, tahunya, kalau baru-baru masuk dulu, bila terdesak saja menjual gula, beras, dan lain-lain yang diambil dari kantin felda .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtzclV9gS-GKG80kIZnccbvVuMWIDEfA0aFba-DNLpzG8REgoVBVQmsnmtquik1bQCjOCTfqoZ-_p8riDfIoQmdPsoJYu1T4Mblaltd79puROhA6u8dupuqzlw_dCed2PGre071L94AAE/s400/rumahfelda.jpg


Selepas itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lepak-lepak dikedai kopi, malah yang lebih teruk berjudi didalam ladang kelapa sawit .

Penulis tidaklah kisah, jika sekarang ini mereka lepak-lepak sebab mereka dah tua, cuma penulis ungkitkan ini, ialah semasa mereka muda-muda dulu ....................

BANDAR JENGKA 23 Feb. - Akibat tidak tahan dengan kejatuhan harga getah dan sawit yang mendadak di pasaran, ada peneroka yang mengusaha ladang secara persendirian, terpaksa menjual kereta untuk menampung perbelanjaan harian.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said terhadap kesan dialami sebahagian peneroka yang memperoleh pendapatan di bawah paras kemiskinan akibat kejatuhan harga komoditi tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengajak golongan peneroka terbabit kembali mengusahakan ladang bersama Felda kerana agensi itu menyalurkan pelbagai bantuan kepada mereka.

''Ada peneroka yang menangis mengadu kesusahan yang dihadapi akibat kejatuhan harga komoditi itu menyebabkan banyak barangan seperti kereta terpaksa dijual.

''Kemelesetan ekonomi global ini memberi peluang terbaik peneroka yang mengurus dan menanam sendiri ladang untuk kembali kepada pengurusan Felda, '' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-28 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di sini hari ini.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, ramai peneroka terutama yang mengusaha sendiri ladang mengeluh kerana pendapatan yang diperoleh tidak dapat menampung perbelanjaan harian akibat harga sawit dan getah yang merudum.

Katanya, kerja-kerja pengurusan ladang dan harga racun serta baja yang tinggi menambahkan lagi beban peneroka.

''Keadaan bertambah buruk apabila pengeluaran buah sawit yang berkurangan selain pokok getah kekurangan susu berikutan cuaca panas mempengaruhi hasil," jelasnya.

Bagi peneroka yang mengusahakan ladang bersama Felda, katanya, mereka mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan yang dapat meringankan beban perbelanjaan harian.

Sehubungan itu, Ismail menasihati peneroka yang mengusahakan ladang secara persendirian membuang rasa malu dan menemui pengurus tanah rancangan untuk kembali bersama Felda.

Menurut beliau, peneroka yang bersama Felda menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan agensi itu seperti skim pinjaman perumahan dan insentif pendapatan.

Di samping itu, katanya, peneroka terbabit turut menyumbang kepada pembangunan tanah rancangan melalui potongan pendapatan untuk keceriaan kampung dan projek infrastruktur.

Dalam pada itu, Ismail menegur kerenah segelintir peneroka yang mempertikaikan peraturan baru Felda yang mensyaratkan hanya pemilik ladang dibenarkan menjual komoditi sawit ke kilang agensi itu.

''Peraturan baru itu bertujuan menghalang peranan orang tengah yang mengaut keuntungan daripada peneroka," tegasnya.


Peneroka tuduh Felda seperti Israel dibidas


Kejatuhan komoditi, peneroka jual saham KPF


22 Februari 2009

Anda mahu tahu sejarah Wilayah Jengka dan sekitarnya ?


Jengka

Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Dengan adanya tanah-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.

Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.

Tetapi kini Bandar Jengka yang telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai yang telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Wilayah Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah.

Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.

Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.

Dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri, antaranya ialah felda kampong awah 1963, felda ulu jempol 1965, felda sungai nerek 1967.

Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga, sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

Penduduk

Para peneroka tersebut datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang.

Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing.

Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia.

Pelancongan

Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran kawasan jengka, antaranya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdul Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi  dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum.

Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancungan berasaskan air terjun, kawasan ini diberi nama Lubuk Yu, kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu, kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka.

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh.

Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN, terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini.

Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda, namun tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya, sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut.

Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang dengan menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan, tetapi terkini sebuah Jambatan telah dibina, dan  telah di buka dengan resminya oleh KDYMM Suitan Pahang dan boleh digunakan mulai  Mac 2010 .


2. Pekan Sungai Jerik

Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan Wilayah FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan "Tongkiat" bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis.



3. Kota Gelanggi

Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati, gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang.

Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar. Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.

Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan baja tanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.

Perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang.

Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang) menurut dakwaan lisan daripada penduduk tempatan, bahawa kononnya gua ini boleh dihubungkan dengan negeri-negeri lain diPantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan atau Siam, melalui sebuah terowong rahsia .

Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai, namun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan, kerana terowong tersebut tidak pernah ditemui .

Ada juga dakwaan daripada penduduk tempatan bahawa kononnya, Gua kota Gelanggi juga adalah merupakan perkampungan orang-orang bunian, iaitu sejenis makhluk yang mirip manusia, tetapi sangat kecil, yang kononnya tidak boleh dilihat oleh mata kasar .

Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau.

Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda kota Gelanggi, iaitu meliputi Felda Kota Gelanggi 01 (tempat bermastautinnya penulis), 02, 03, dan 04 .

Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut.

Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan, tetapi mujurlah kuari tersebut telah ditutup
beberapa tahun yang lampau .

Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Tun Razak Jengka.

Bandar Tun Razak Jengka


Bandar Tun Razak Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, adalah sebuah bandar utama ditengah-tengah segitiga Jengka Pahang, atau dikenali sebagai FELDA Jengka, Segitiga Jengka ini ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia .

Dibandar Tun Razak Jengka juga terdapat sebuah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM Jengka yang dihuni oleh lebih dari 3,000 orang pelajar dari seluruh Malaysia .

Senarai pembentukan FELDA di Segitiga Jengka


Jengka 1 FELDA Anggerik
Jengka 2 FELDA Cempaka
Jengka 3 FELDA Dahlia
Jengka 4 FELDA Kemboja
Jengka 5 FELDA Kekwa
Jengka 6 FELDA Keembung
Jengka 7 FELDA Kenanga
Jengka 8 FELDA Kesidang
Jengka 9 FELDA Kesumba
Jengka 10 FELDA Mawar
Jengka 11 FELDA Melati
Jengka 12 FELDA Melor
Jengka 13 FELDA Puteri Malu
Jengka 14 FELDA Raya
Jengka 15 FELDA Semarak
Jengka 16 FELDA Sena
Jengka 17 FELDA Seri Pagi
Jengka 18 FELDA Seroja
Jengka 19 FELDA Siantan
Jengka 20 FELDA Tanjung
Jengka 21 FELDA Teratai
Jengka 22 FELDA Terkis
Jengka 23 FELDA Tonkin
Jengka 24 FELDA ?
Jengka 25 FELDA ?

Lain-lain :

FELDA Ulu Jempol
FELDA Kampung Awah
FELDA Sungai Tekam




Info tambahan di bawah ......

Bandar Jengka -(sila klik)





21 Februari 2009

PENEROKA FELDA JUMPA WANG POUND STERLING BERSAMAAN RM 10,000

KUANTAN 20 Feb. - Disangka dadah, rupa-rupanya wang tunai berjumlah RM10,000.00

Itulah pengalaman yang berlaku ke atas seorang peneroka ketika dia menziarahi saudaranya yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Ahad lalu apabila terpandang sebuah bungkusan di kawasan letak kereta.

Mohamad Ibrahim, 46, dari Felda Selendang 1, Rompin terkejut apabila mendapati bungkusan tersebut mengandungi wang kertas pound sterling pelbagai not dianggarkan bernilai RM10,000.

http://photos-496.friendster.com/e1/photos/69/44/7624496/1_910443450l.jpg

''Kejadian pada pukul 8.30 malam itu memang mengejutkan saya. Saya pandang kiri dan kanan tetapi tiada siapa yang boleh saya syak sebagai pemilik wang tersebut.

''Saya nekad untuk mencari pemilik wang itu sendiri dan segera meletakkan nombor telefon saya pada sebuah kereta berhampiran wang itu dijumpai," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, apabila menemui pemilik kereta itu dia hampa kerana pemandu berkenaan menyatakan dia tidak kehilangan wang.

''Saya terpaksa tinggalkan nombor telefon di kaunter wad kecemasan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sebagai jalan terakhir mencari pemilik wang tersebut.

''Sehingga semalam, baru saya menerima panggilan daripada seorang wanita berusia 54 tahun, yang mengesahkan bahawa duit itu miliknya,'' jelasnya.

Rentetan daripada panggilan tersebut, satu pertemuan diatur di pejabat wanita tersebut di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini bagi menyerahkan wang tersebut.

''Saya lega dapat serahkan wang itu sendiri kepada pemiliknya kerana selama ini saya tidak beritahu sesiapa mengenainya.

''Malah, saya hanya menyimpan wang itu di bawah kerusi di dalam kereta saya,"ujarnya.

Sementara itu, wanita tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai F.K. Khoo melahirkan rasa lega kerana wang tersebut berjaya ditemui semula.

''Saya memang tak sangka akan dapat wang ini semula. Terima kasih kepada Mohamad kerana dia sangat jujur," katanya.

SEWA PERDANA PUTERA RM 3.2 JUTA SEBULAN

Saya menyalin keratan berita akhbar dibawah ini, adalah sebagai untuk ingatan sahaja, bukan nya nak komplen tentang mahalnya sewaan kompleks A di putra jaya tu ....... lagi pun saya sedar saya siapa, hanya peneroka felda, banyak sangat cakap buat apa, bukannya laku...........

http://lh4.ggpht.com/_tVOaE-T5Y2o/R8DpHGh3ArI/AAAAAAAAADc/ClMTdZuIh1c/IMG_0958.jpg


KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kos sewaan bangunan Perdana Putera (Kompleks A) dan Seri Satria di Putrajaya masing-masing ialah sebanyak RM3 juta dan RM200,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, kos penyenggaraan bagi Perdana Putera (Kompleks A) yang menempatkan pejabat Perdana Menteri pula ialah RM355,708 sebulan.

‘‘Penyenggaraan Seri Satria yang merupakan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri ialah sebanyak RM94,166 sebulan.

‘‘Kos pembinaan bangunan terbabit pula masing-masing berjumlah RM526.3 juta dan RM52.6 juta,” katanya dalam jawapan bertulis terhadap soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidang Dewan Rakyat hari ini.

Chin Tong bertanyakan objektif asal pembinaan bangunan terbabit, kos projek, nilai penyenggaraan dan kadar sewaan yang dibayar kepada Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.

Menurut Mohd. Johari, bilangan pelawat yang telah melawat Perdana Putera (Kompleks A) dari 2004 hingga sekarang ialah seramai 23,069 orang manakala di Seri Satria pada tahun 2008 ialah 2,054 orang.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), beliau berkata, tiada diskriminasi dalam soal kenaikan pangkat dan gred bagi jawatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya yang kedua-duanya terletak di bawah ketua perkhidmatan sama iaitu Peguam Negara.


20 Februari 2009

KARPAL MAHU SURUHANJAYA SIASAT KES TEMBAK ENAM LELAKI DI KULIM

Kini seolah-olah menjadi trend, setiap kematian penjenayah dikalangan orang India, akan disambut sebagai hero, dan pihak polis akan diragui kredibilitinya, malah akan dianggap sengaja mahu membunuh orang India .

Kadang-kadang kita kasihan juga kepada polis ni........ bila dia tidak bertindak kepada penjenayah, dianggap makan tidur sahaja, bila bertindak, akan dituduh menzalimi pula .

The image “http://mymassa.com/myvoice/media/1/20080516-karpal_anjing.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


KULIM: Pembangkang akan mengusulkan kepada Parlimen bagi ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes enam suspek ditembak mati oleh polis di Kampung Kemunting di sini empat hari lepas.


Tambahan pula kini, peguam terkemuka ramai dikalangan orang India, oleh itu bila ada kes yang berkaitan undang-undang, mereka mudah mendapatkan khidmat guaman, yang kadang-kadang adalah percuma .







17 Februari 2009

TEPUNG GANDUM JUGA MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BENZOYL PEROXIDE (BP)

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. Insya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel. Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya. Kakak saya ini sudah uzur maklumlah
usia sudah melebihi 60 tahun.



Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini. Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya
namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum. Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80.



Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini? Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk
membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini?? Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya.


Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.
Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore , mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya
dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini??



Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini. Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja. Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya. Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera "mengandungi Benzoyl
Peroxide". Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum.



Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset. Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah antara dapatan saya: 1. Dari <> http://getacnetreat ments.com/ review/benzoyl- peroxide/ Benzoyl Peroxide Benzoyl
Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter. Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin.


It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair. 2. Dari <> http://msds . chem.ox.ac . uk/BE/benzoyl_ peroxide. html Benzoyl Peroxide Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.
3. Dari <> http://pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521 Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity. 4. Dari <> http://ptcl . chem.ox.ac . uk /~hmc/hsci/ chemicals/ benzoyl_peroxide .html *** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.

Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material. Friction or grinding may
also be sufficient to make it explode. *** The compound is very flammable. *** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin. *** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.

Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah : · Bahan toksik · Bahan penggalak tumor · Boleh menyebabkan alahan pada kulit · Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan. · Bahan peluntur
kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini. Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih.

Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam
tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masakbenar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini.



Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada. Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya. In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide. Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi
menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide.


In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout. Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout. Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di <> http://emjayjb . multiply. com/journal/ item/75 . Pesakit
gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini. Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini. Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya. Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali Y***** mengalami ????. Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam
tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia . Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis............. Sekian wassalam

Dipetik dari blog

12 Februari 2009

GENGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG ..................



Nampaknya terkini, pihak pengurusan Felda dengan kerjasama MPOB telah bertindak nekad dengan menyekat 100% pihak pembeli luar dari membeli buah-buah kelapa sawit milik peneroka .

Tindakan tersebut dilaksanakan dengan cara menamatkan terus lesen pembelian dan penjualan yang selama ini diluluskan oleh MPOB sendiri.

Tetapi kepada peneroka yang mahukan duit segera, mereka masih ada jalan penyelesaian
tersendiri, iaitu menjualkan kepada sesama peneroka, dengan pengurangan harga sehingga RM10.00 ke RM 20.00 bagi satu metrik tan .

Oleh kerana duit yang dibayar menerusi penjualan melalui paysheet, lambat diperolehi, ada sesetengah peneroka sanggup menanggung kerugian, asalkan dapat duit segera .

Saya sendiri berpendapat, adalah wajar Felda memberikan pilihan kepada peneroka, sama ada
mahu menjualkan buah sawit mereka melalui paysheet atau secara tunai melalui pembeli berlesen, dengan galakan jika dijual melalui paysheet, harganya agak mahal sedikit .

Sehingga kini, duit pembayaran pendahuluan, masih dibayar seminggu sekali, walaupun baru-baru ini, ada kenyataan dari pengurusan Felda, kononnya mereka akan berusaha untuk membuat pembayaran secara dua kali seminggu .

Suatu perkara yang agak mendukacitakan saya ialah, berkaitan dengan cara peneroka yang mengambil aleh kebun mereka dari Felda semasa buah kelapa sawit mahal dahulu, kini saya dapati, kebun mereka semakin terbiar, dengan semak samun, dan langsung tidak dibaja .

Kalau harga kelapa sawit kekal murah seperti sekarang, saya yakin dalam setahun dua lagi, keadaan kebun mereka akan menjadi seperti hutan semula, dengan pokok sawit akan kekuningan kerana tidak dibaja .

Terkini saya ada mendapat maklumat dari beberapa orang peneroka yang mengambil alih kebun tersebut sebelum ini, telah berjumpa pihak pengurusan Felda, memohon supaya pihak Felda menguruskan kembali kebun mereka .

Tetapi sehingga kini, pihak pengurusan Felda belum memberikan kata putus mengenainya, malah ada desas desus, mengatakan pihak pengurusan Felda sengaja mahu melambat- lambatkan proses pengambil alehan, dengan hasrat mahu mengajar peneroka-peneroka terbabit .

Sebenarnya sebelum mereka mengambil aleh kebun mereka, ada diantara peneroka-peneroka
tersebut, berjumpa saya untuk mendapatkan pandangan, kerana memandangkan saya, pada pandangan mereka, ada sedikit pengetahuan, berkaitan pengurusan kebun kelapa sawit .

Ini adalah disebabkan, saya ada menguruskan kebun kelapa sawit selain dari yang didalam felda, juga yang saya beli di luar Felda, oleh itu, munkin pada pandangan mereka saya boleh memberikan sedikit nasihat .

Saya memang ada memberikan pandangan kepada mereka, bahawa bukan mudah untuk menguruskan kebun, kita perlu ada beberapa disiplin, diantaranya ialah =

(1) Mesti menyimpan beberapa peratus wang yang diperolehi dari hasil penjualan buah kelapa sawit, untuk membeli baja dan racun, jangan bila dapat duit dibelanjakan habis .

(2) Jangan sayang duit untuk membeli baja dan racun, terutama dimusim sekarang ini, yang harga baja dan racun sangat mahal, manakala pendapatan pula berkurangan kerana harga murah dan buah sawit pula kurang .

(3) Membuat catitan di buku dairy tentang pendapatan dan segala perbelanjaan untuk kebun tersebut, ianya perlu sebagai perbandingan pengeluaran hasil untuk rujukan dimasa hadapan .

(4) Jangan mengharapkan dari pendapatan hasil sawit semata-mata, terutama dengan harga sawit seperti sekarang, sangat perlu ada pendapatan lain, jika tidak, pokok-pokok sawit tidak akan dibaja dan kawasan kebun tidak akan di diracun .

Malangnya mereka tidak mahu menerima pandangan saya, munkin mereka ingat saya bergurau
agaknya, kini setelah baru empat bulan harga murah, mereka sudah menggelabah, sehingga mahu menyerahkan kembali kepada Felda .

Saya katakan kepada mereka, sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang, mereka kata saya cakap besar, bukan cakap besar, tetapi kenyataan............................

Malulah kepada Felda, kalau harga murah baru empat bulan, sudah mahu menyerah diri ........
dulu bila harga mahal, tak menyempat mahu ambil aleh, dengan berbagai-bagai alasan, kebun semaklah, buah tak potong habislah, tetapi kini setelah diurus sendiri, semaknya lagi teruk dari yang diurus oleh Felda, macam mana ni.........................

Berita terkini .....

India akan beli lebih banyak minyak sawit Malaysia

Baja asli vermikompos

04 Februari 2009

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH



Sedang saya termenung sendirian, apakah issue untuk ditulis, bagi mengisi blog saya kali ini, issue politik ? hoi...tak boleh, banyak sangat dah, orang menulisnya, penulis yang terror-terror pun berlambak, jengok saja di Blog Generasi felda, yang paling banyak dibicarakan ialah mengenai politik.

Hang jangan main-main dengan Generasi Felda, penulis yang hebat-hebat dari lulusan Mesir, Arab saudi, United kingdom dan lain-lain bersepah, itu yang dah terdaftar, yang belum, lagi banyak..............

Itu di Blog Generasi Felda, belum lagi di Debat Rakyat, di Himpunan Blog Pahang, Penggabung Suara, dan lain-lain lagi .

Akhirnya, terfikirlah saya untuk menulis tentang kenapa peneroka yang menyokong pembangkang, kebanyakkannya mengambil sikap memusuhi Felda .

Dari pemerhatian saya, kebanyakkannya adalah berpunca dari akibat salah faham dan silap tafsiran dan ditambah lagi dengan kebetulannya pengurusan felda terpaksa mengikut arahan kerajaan yang memerintah, jadi secara tidak langsung, banyak jugalah, arahan yang diterima adalah demi kepentingan pihak kerajaan, dan terpaksa menekan pihak peneroka yang menyokong pembangkang

Salah faham dan silap tafsiran yang saya maksudkan itu ialah, kalau kita perhatikan kebanyakannya berlaku, adalah diketika sebelum para peneroka mendapat surat hak milik, diketika itu, layanan pengurusan felda terhadap peneroka, adalah seperti majikan dengan pekerja .

Maklumlah, bukan senang untuk menguruskan peneroka yang datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai negeri, pelbagai budaya dan pelbagai perangai .

Peneroka ini pula ada yang jenis degil, melawan, dan ada juga yang mudah mengikut arahan,
kepelbagaian inilah yang mewarnai kehidupan peneroka di felda .

Semasa harga sawit sangat murah, peneroka masih tidak faham, kenapa mereka dapat wang lebihan yang sangat sedikit, puncanya diketika itu, dikampung asal mereka, masih belum ada
orang kampung yang menanam pokok kelapa sawit .

Jadi mereka tidak dapat membandingkan diantara pendapatan mereka dengan orang atau pekebun dikampung mereka, dikampung pula diketika itu kebanyakkannya orang menanam pokok getah, maka tiadalah contoh yang boleh dibuat .

Akibatnya mereka menyangka bahawa pendapatan mereka berkurangan adalah kerana felda menipu, prasangka ini berlarutan kerana, kebetulannya harga kelapa sawit memang selalu turun naik disepanjang masa, sama ada sebelum atau sesudah peneroka menerima surat hak milik mereka .

Akibatnya, apabila peneroka sudah menerima surat hak milik, ada diantaranya masih berdendam, dan bersumpah tidak akan menyerahkan tanah mereka untuk diuruskan oleh pihak felda .

Akibat salah faham dan dendam itu jugalah, maka sebahagian dari mereka membuat keputusan
untuk menanam dan mengurus sendiri kebunnya, selain dari jenis yang memang suka berdikari (macam saya)

Sebenarnya, apa yang kini dilaksanakan oleh felda, adalah sangat istimewa, contohnya diwaktu harga sawit merudum sekarang, tetapi felda tetap sanggup memberi pendahuluan hasil sebanyak RM 150.00 seekar, dan jikalau di felda kota gelanggi 01 ini. yang keluasan tanah milik penerokanya 14 ekar, maka peneroka dapat RM2,100.000 sebulan, tanpa mengira hasilnya, banyak atau sedikit .

Sebab itulah ada peneroka, yang tersenyum bangga, kerana kononnya mereka dapat pencen.....
tetapi untuk pengetahuan saudara-saudara, terutama yang diluar felda, sebenarnya, apabila harga sawit murah, buah sawit pula kurang, maka penerimaan RM2,100.00 sebulan tu................ adalah hutang .

Tetapi kebanyakkan peneroka adalah generasi tua, dah tak larat nak buat kerja ladang lagi dah......... maka bila dapat RM2,100.00 sebulan, kira ok lah............hutang belakang kira .

Tetapi saya sangat yakin, jikalau harga kelapa sawit berada sekitar sekarang, iaitu RM250 ke RM350 setan metrik, kalau setakat setahun, munkin felda masih boleh bertahan.......... tetapi jika berlarutan lebih lama, saya pasti felda pun tidak sanggup .
http://farm3.static.flickr.com/2153/2232135611_096e9890e7.jpg

Saya percaya felda akan menurunkan pendahuluannya kepada RM 75.00 seekar, atau RM1,000.00 lebih sahaja sebulan .

Tetapi walau macam mana pun, saya berharap harganya akan melonjak kembali ke RM400.00 setan metrik keatas, barulah kehidupan peneroka agak selesa .

Kesimpulannya, hubungan peneroka yang bertanam sendiri dengan felda, boleh dirapatkan kembali jika pengurusan felda mengambil sikap sebagai seorang ayah dengan anak-anaknya,
iaitu jangan dibeza-bezakan diantara satu anak dengan anak yang lain .

Semoga ianya akan menjadi kenyataan dimasa hadapan ..........................

01 Februari 2009

KERA DI HUTAN DI SUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN .......



Kisah kilang sawit felda membeli buah sawit luar, lebih mahal dari buah sawit yang dihantar oleh peneroka bersama felda, adalah kisah yang sudah lama diperjuangkan oleh wakli-wakli peneroka yang bersama felda .

Semasa kempen untuk menarik golongan yang urus sendiri tempoh hari, supaya menghantar buah sawit melalui paysheet felda, pengurus rancangan felda terbabit, telah menjanjikan, bahawa jika menghantar buah sawit melalui paysheet, harganya akan mahal sedikit, munkin RM15.00 bagi satu matrik tan .

Tetapi kini sebaliknya telah berlaku, dari tinjauan penulis kekilang felda, semasa dikuat kuasa peraturan, buah sawit mesti dihantar melalui paysheet beberapa hari yang lepas, ternyata buah sawit sangat berkurangan masuk kekilang felda, sebaliknya, banyak dikalangan peneroka menghantar buah sawitnya ke penimbang luar .

Penimbang luar ini diwujudkan, adalah bagi keperluan pekebun luar felda yang meliputi kampung-kampung tradisional dan sekitarnya .

Maka apabila dibuat peraturan bahawa peneroka felda mesti menghantar buah sawitnya melalui Paysheet, maka ramai jugalah dikalangan peneroka felda yang menguruskan sendiri kebunnya sejak sekian lama, memprotes dengan terus menghantar ke penimbang luar tersebut .

Kebetulan pula, ada diantara kebun peneroka terbabit, yang kedudukannya lebih hampir dengan penimbang luar ini, jika dibandingkan dengan menghantar ke kilang felda .

Cumanya selama ini, harga yang dibeli oleh penimbang luar, adalah lebih murah dari yang dibeli oleh kilang felda.

Tetapi setelah peraturan peneroka mesti menghantar buah sawit melalui paysheet, disebabkan
oleh peneroka tidak mempunyai lesen menjual, yang dikeluarkan oleh MPOB .

Kerana dibawah akta GSA, iaitu akta penempatan tanah berkelumpuk, peneroka tidak boleh memohon untuk memiliki lesen menjual secara individu, disebabkan oleh kekangan akta tersebut, sebaliknya lesen mengumpul, mengalih dan menjual hanya dikeluarkan secara berkelumpuk dan dipegang oleh felda sahaja .

Barulah peneroka-peneroka terbabit, menjual buah sawitnya kepenimbang luar, antara sebab-sebabnya ialah, setelah buah sawit tersebut dihantar melalui paysheet kekilang felda,
bayaran akan dibayar hanya disekitar 60 ke 70 % sahaja, manakala bakinya akan dibayar kebulan berikutnya, setelah dibuat pelbagai potongan .

Sebaliknya jika dihantar kepenimbang luar, bayarannya adalah secara tunai. Kepada sesetengah peneroka, yang sentiasa tidak berkecukupan duit, rugi pun tidak mengapa, yang penting selepas jual, terus dapat duit tunai semua .

Masaalahnya ialah, apabila protes ini berjalan sejak awal bulan Jan 09 ini, buah-buah sawit yang diperolehi, untuk diperoses oleh kilang sawit felda, sudah berkurangan, kerana penimbang -penimbang luar terbabit akan menghantar buah sawit yang dibelinya kekilang sawit swasta luar.

Kebetulannya pula sekarang adalah musim buah sawit melawas, iaitu putaran musim pokok- pokok sawit kurang mengeluarkan buah .

Oleh itu adalah dipercayai, sebagai strategi untuk menarik kembali supaya buah-buah sawit ini dihantar kekilang sawit felda semula, maka berlakulah sekali lagi, peristiwa, kera dihutan disusukan tetapi anak sendiri mati kelaparan ( baca mendapat harga yg murah )

Munkin pada perkiraan mereka-mereka ini, buah-buah sawit, yang dimiliki oleh peneroka yang bersama felda, tidak akan pergi kemana, tetapi sebaliknya buah-buah luar, perlu diberi sesuatu galakkan agar ianya masuk kekilang felda semula .

Oleh itu munkin antara pilihan yang ada, penulis mencadangkan supaya perundingan dahulu melalui naib pengerusi JKKR, melalui ketua kampung, dan terakhir sekali melalui protes beramai-ramai .

Masaalahnya, bukan mudah juga untuk mengadakan protes beramai-ramai tersebut, kerana
banyak juga peneroka ini, ambil tak kisah sahaja ...............yang penting mereka bulan-bulan dapat duit ............ murah ke...mahal ke .....dia bukannya peduli ...................