12 Februari 2009

GENGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG ..................



Nampaknya terkini, pihak pengurusan Felda dengan kerjasama MPOB telah bertindak nekad dengan menyekat 100% pihak pembeli luar dari membeli buah-buah kelapa sawit milik peneroka .

Tindakan tersebut dilaksanakan dengan cara menamatkan terus lesen pembelian dan penjualan yang selama ini diluluskan oleh MPOB sendiri.

Tetapi kepada peneroka yang mahukan duit segera, mereka masih ada jalan penyelesaian
tersendiri, iaitu menjualkan kepada sesama peneroka, dengan pengurangan harga sehingga RM10.00 ke RM 20.00 bagi satu metrik tan .

Oleh kerana duit yang dibayar menerusi penjualan melalui paysheet, lambat diperolehi, ada sesetengah peneroka sanggup menanggung kerugian, asalkan dapat duit segera .

Saya sendiri berpendapat, adalah wajar Felda memberikan pilihan kepada peneroka, sama ada
mahu menjualkan buah sawit mereka melalui paysheet atau secara tunai melalui pembeli berlesen, dengan galakan jika dijual melalui paysheet, harganya agak mahal sedikit .

Sehingga kini, duit pembayaran pendahuluan, masih dibayar seminggu sekali, walaupun baru-baru ini, ada kenyataan dari pengurusan Felda, kononnya mereka akan berusaha untuk membuat pembayaran secara dua kali seminggu .

Suatu perkara yang agak mendukacitakan saya ialah, berkaitan dengan cara peneroka yang mengambil aleh kebun mereka dari Felda semasa buah kelapa sawit mahal dahulu, kini saya dapati, kebun mereka semakin terbiar, dengan semak samun, dan langsung tidak dibaja .

Kalau harga kelapa sawit kekal murah seperti sekarang, saya yakin dalam setahun dua lagi, keadaan kebun mereka akan menjadi seperti hutan semula, dengan pokok sawit akan kekuningan kerana tidak dibaja .

Terkini saya ada mendapat maklumat dari beberapa orang peneroka yang mengambil alih kebun tersebut sebelum ini, telah berjumpa pihak pengurusan Felda, memohon supaya pihak Felda menguruskan kembali kebun mereka .

Tetapi sehingga kini, pihak pengurusan Felda belum memberikan kata putus mengenainya, malah ada desas desus, mengatakan pihak pengurusan Felda sengaja mahu melambat- lambatkan proses pengambil alehan, dengan hasrat mahu mengajar peneroka-peneroka terbabit .

Sebenarnya sebelum mereka mengambil aleh kebun mereka, ada diantara peneroka-peneroka
tersebut, berjumpa saya untuk mendapatkan pandangan, kerana memandangkan saya, pada pandangan mereka, ada sedikit pengetahuan, berkaitan pengurusan kebun kelapa sawit .

Ini adalah disebabkan, saya ada menguruskan kebun kelapa sawit selain dari yang didalam felda, juga yang saya beli di luar Felda, oleh itu, munkin pada pandangan mereka saya boleh memberikan sedikit nasihat .

Saya memang ada memberikan pandangan kepada mereka, bahawa bukan mudah untuk menguruskan kebun, kita perlu ada beberapa disiplin, diantaranya ialah =

(1) Mesti menyimpan beberapa peratus wang yang diperolehi dari hasil penjualan buah kelapa sawit, untuk membeli baja dan racun, jangan bila dapat duit dibelanjakan habis .

(2) Jangan sayang duit untuk membeli baja dan racun, terutama dimusim sekarang ini, yang harga baja dan racun sangat mahal, manakala pendapatan pula berkurangan kerana harga murah dan buah sawit pula kurang .

(3) Membuat catitan di buku dairy tentang pendapatan dan segala perbelanjaan untuk kebun tersebut, ianya perlu sebagai perbandingan pengeluaran hasil untuk rujukan dimasa hadapan .

(4) Jangan mengharapkan dari pendapatan hasil sawit semata-mata, terutama dengan harga sawit seperti sekarang, sangat perlu ada pendapatan lain, jika tidak, pokok-pokok sawit tidak akan dibaja dan kawasan kebun tidak akan di diracun .

Malangnya mereka tidak mahu menerima pandangan saya, munkin mereka ingat saya bergurau
agaknya, kini setelah baru empat bulan harga murah, mereka sudah menggelabah, sehingga mahu menyerahkan kembali kepada Felda .

Saya katakan kepada mereka, sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang, mereka kata saya cakap besar, bukan cakap besar, tetapi kenyataan............................

Malulah kepada Felda, kalau harga murah baru empat bulan, sudah mahu menyerah diri ........
dulu bila harga mahal, tak menyempat mahu ambil aleh, dengan berbagai-bagai alasan, kebun semaklah, buah tak potong habislah, tetapi kini setelah diurus sendiri, semaknya lagi teruk dari yang diurus oleh Felda, macam mana ni.........................

Berita terkini .....

India akan beli lebih banyak minyak sawit Malaysia

Baja asli vermikompos

Tiada ulasan: