Serta cadangan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said kepada peneroka yang mengusahakan ladang secara persendirian membuang rasa malu dan menemui pengurus tanah rancangan untuk kembali bersama Felda.
Bagi penulis, penulis masih mencadangkan kepada peneroka yang urus sendiri, supaya berpegang kepada pepatah melayu GENGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG ......
Walau macam mana pun, dipihak pengurusan Felda, janganlah menuduh, bahawa penulis menghasut supaya peneroka yang urus sendiri agar melawan Felda .
Soal melawan Felda tidak timbul disini, yang penting semangat berdikari, penulis percaya, jika adalah peneroka dari kaum Cina, pasti mereka akan memilih untuk mengurus sendiri kebun mereka, kecuali peneroka yang sudah tidak berdaya lagi, atau yang ada kerja sampingan lain .
Di felda ini penulis perhatikan, jikalau sejak dari awal peneroka tersebut, bekerja bersungguh-sungguh, berjimat dan merancang corak kehidupannya dimasa depan, insyaalah mereka senang .
Masalahnya ada segelintir dari kalangan mereka, sejak dari mula masuk, tidak bekerja bersungguh-sungguh, tahunya, kalau baru-baru masuk dulu, bila terdesak saja menjual gula, beras, dan lain-lain yang diambil dari kantin felda .
Selepas itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lepak-lepak dikedai kopi, malah yang lebih teruk berjudi didalam ladang kelapa sawit .
Penulis tidaklah kisah, jika sekarang ini mereka lepak-lepak sebab mereka dah tua, cuma penulis ungkitkan ini, ialah semasa mereka muda-muda dulu ....................
BANDAR JENGKA 23 Feb. - Akibat tidak tahan dengan kejatuhan harga getah dan sawit yang mendadak di pasaran, ada peneroka yang mengusaha ladang secara persendirian, terpaksa menjual kereta untuk menampung perbelanjaan harian.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said terhadap kesan dialami sebahagian peneroka yang memperoleh pendapatan di bawah paras kemiskinan akibat kejatuhan harga komoditi tersebut.
Sehubungan itu, beliau mengajak golongan peneroka terbabit kembali mengusahakan ladang bersama Felda kerana agensi itu menyalurkan pelbagai bantuan kepada mereka.
''Ada peneroka yang menangis mengadu kesusahan yang dihadapi akibat kejatuhan harga komoditi itu menyebabkan banyak barangan seperti kereta terpaksa dijual.
''Kemelesetan ekonomi global ini memberi peluang terbaik peneroka yang mengurus dan menanam sendiri ladang untuk kembali kepada pengurusan Felda, '' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-28 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di sini hari ini.
Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, ramai peneroka terutama yang mengusaha sendiri ladang mengeluh kerana pendapatan yang diperoleh tidak dapat menampung perbelanjaan harian akibat harga sawit dan getah yang merudum.
Katanya, kerja-kerja pengurusan ladang dan harga racun serta baja yang tinggi menambahkan lagi beban peneroka.
''Keadaan bertambah buruk apabila pengeluaran buah sawit yang berkurangan selain pokok getah kekurangan susu berikutan cuaca panas mempengaruhi hasil," jelasnya.
Bagi peneroka yang mengusahakan ladang bersama Felda, katanya, mereka mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan yang dapat meringankan beban perbelanjaan harian.
Sehubungan itu, Ismail menasihati peneroka yang mengusahakan ladang secara persendirian membuang rasa malu dan menemui pengurus tanah rancangan untuk kembali bersama Felda.
Menurut beliau, peneroka yang bersama Felda menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan agensi itu seperti skim pinjaman perumahan dan insentif pendapatan.
Di samping itu, katanya, peneroka terbabit turut menyumbang kepada pembangunan tanah rancangan melalui potongan pendapatan untuk keceriaan kampung dan projek infrastruktur.
Dalam pada itu, Ismail menegur kerenah segelintir peneroka yang mempertikaikan peraturan baru Felda yang mensyaratkan hanya pemilik ladang dibenarkan menjual komoditi sawit ke kilang agensi itu.
''Peraturan baru itu bertujuan menghalang peranan orang tengah yang mengaut keuntungan daripada peneroka," tegasnya.
• Peneroka tuduh Felda seperti Israel dibidas
Kejatuhan komoditi, peneroka jual saham KPF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan