Sedang saya termenung sendirian, apakah issue untuk ditulis, bagi mengisi blog saya kali ini, issue politik ? hoi...tak boleh, banyak sangat dah, orang menulisnya, penulis yang terror-terror pun berlambak, jengok saja di Blog Generasi felda, yang paling banyak dibicarakan ialah mengenai politik.
Hang jangan main-main dengan Generasi Felda, penulis yang hebat-hebat dari lulusan Mesir, Arab saudi, United kingdom dan lain-lain bersepah, itu yang dah terdaftar, yang belum, lagi banyak..............
Itu di Blog Generasi Felda, belum lagi di Debat Rakyat, di Himpunan Blog Pahang, Penggabung Suara, dan lain-lain lagi .
Akhirnya, terfikirlah saya untuk menulis tentang kenapa peneroka yang menyokong pembangkang, kebanyakkannya mengambil sikap memusuhi Felda .
Dari pemerhatian saya, kebanyakkannya adalah berpunca dari akibat salah faham dan silap tafsiran dan ditambah lagi dengan kebetulannya pengurusan felda terpaksa mengikut arahan kerajaan yang memerintah, jadi secara tidak langsung, banyak jugalah, arahan yang diterima adalah demi kepentingan pihak kerajaan, dan terpaksa menekan pihak peneroka yang menyokong pembangkang
Salah faham dan silap tafsiran yang saya maksudkan itu ialah, kalau kita perhatikan kebanyakannya berlaku, adalah diketika sebelum para peneroka mendapat surat hak milik, diketika itu, layanan pengurusan felda terhadap peneroka, adalah seperti majikan dengan pekerja .
Maklumlah, bukan senang untuk menguruskan peneroka yang datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai negeri, pelbagai budaya dan pelbagai perangai .
Peneroka ini pula ada yang jenis degil, melawan, dan ada juga yang mudah mengikut arahan,
kepelbagaian inilah yang mewarnai kehidupan peneroka di felda .
Semasa harga sawit sangat murah, peneroka masih tidak faham, kenapa mereka dapat wang lebihan yang sangat sedikit, puncanya diketika itu, dikampung asal mereka, masih belum ada
orang kampung yang menanam pokok kelapa sawit .
Jadi mereka tidak dapat membandingkan diantara pendapatan mereka dengan orang atau pekebun dikampung mereka, dikampung pula diketika itu kebanyakkannya orang menanam pokok getah, maka tiadalah contoh yang boleh dibuat .
Akibatnya mereka menyangka bahawa pendapatan mereka berkurangan adalah kerana felda menipu, prasangka ini berlarutan kerana, kebetulannya harga kelapa sawit memang selalu turun naik disepanjang masa, sama ada sebelum atau sesudah peneroka menerima surat hak milik mereka .
Akibatnya, apabila peneroka sudah menerima surat hak milik, ada diantaranya masih berdendam, dan bersumpah tidak akan menyerahkan tanah mereka untuk diuruskan oleh pihak felda .
Akibat salah faham dan dendam itu jugalah, maka sebahagian dari mereka membuat keputusan
untuk menanam dan mengurus sendiri kebunnya, selain dari jenis yang memang suka berdikari (macam saya)
Sebenarnya, apa yang kini dilaksanakan oleh felda, adalah sangat istimewa, contohnya diwaktu harga sawit merudum sekarang, tetapi felda tetap sanggup memberi pendahuluan hasil sebanyak RM 150.00 seekar, dan jikalau di felda kota gelanggi 01 ini. yang keluasan tanah milik penerokanya 14 ekar, maka peneroka dapat RM2,100.000 sebulan, tanpa mengira hasilnya, banyak atau sedikit .
Sebab itulah ada peneroka, yang tersenyum bangga, kerana kononnya mereka dapat pencen.....
tetapi untuk pengetahuan saudara-saudara, terutama yang diluar felda, sebenarnya, apabila harga sawit murah, buah sawit pula kurang, maka penerimaan RM2,100.00 sebulan tu................ adalah hutang .
Tetapi kebanyakkan peneroka adalah generasi tua, dah tak larat nak buat kerja ladang lagi dah......... maka bila dapat RM2,100.00 sebulan, kira ok lah............hutang belakang kira .
Tetapi saya sangat yakin, jikalau harga kelapa sawit berada sekitar sekarang, iaitu RM250 ke RM350 setan metrik, kalau setakat setahun, munkin felda masih boleh bertahan.......... tetapi jika berlarutan lebih lama, saya pasti felda pun tidak sanggup .
Saya percaya felda akan menurunkan pendahuluannya kepada RM 75.00 seekar, atau RM1,000.00 lebih sahaja sebulan .
Tetapi walau macam mana pun, saya berharap harganya akan melonjak kembali ke RM400.00 setan metrik keatas, barulah kehidupan peneroka agak selesa .
Kesimpulannya, hubungan peneroka yang bertanam sendiri dengan felda, boleh dirapatkan kembali jika pengurusan felda mengambil sikap sebagai seorang ayah dengan anak-anaknya,
iaitu jangan dibeza-bezakan diantara satu anak dengan anak yang lain .
Semoga ianya akan menjadi kenyataan dimasa hadapan ..........................
1 ulasan:
Tau tak apa
Catat Ulasan