Kisah ini berlaku kira-kira 18 tahun yang lampau, diketika itu di Felda Kota Gelanggi 01 ini ada seorang pegawai dari keturunan India, namanya Siva ( sudah tentu bukan nama sebenar) beliau adalah satu-satunya pegawai felda dari keturunan India manakala isterinya dari bangsa India juga dan bertugas sebagai guru, tetapi kelebihan si Siva ini ialah, dia sangat pandai bergaul dengan orang-orang Melayu, khasnya peneroka felda.
gambar ini hanyalah hiasan sahaja, tiada kena
mengena dengan kisah yang dipaparkan ini
Dimasa itu dia hanyalah penyelia biasa, apabila ada kelapangan, dia akan mengekori peneroka kemana sahaja, dalam hutan, kegua dan dan bermacam-macam aktiviti lagi .
Dikalangan sesama pegawai, hubungan dia pun baik juga, tiap-tiap petang dia akan bermain badminton bersama pegawai-pegawai tersebut .
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, entah macam mana, tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk menghadiahkan jirannya, juga seorang pegawai felda, berbangsa Melayu, bernama Ismail ( juga bukan nama sebenar) dengan seekor ayam, ayam tersebut adalah dari peliharaanya sendiri di belakang rumahnya .
Yang lucunya Si Siva ini, tidak pula menghadiahkan ayam itu hidup-hidup, sebaliknya dia sendiri yang menyembelih ayam tersebut, bagaimana dia menyembelihnya tidaklah diketahui, munkin dibantu oleh isterinya .
Apabila dia nampak si Ismail ini ada dirumah, dia pun pergi menghadiahkan ayam tersebut
yang sudah siap disembelih, si Ismail ini terkejutlah juga, tetapi dia pura-pura buat biasa sahaja, dan menerima ayam tersebut, serta menyimpannya .
Apabila hari sudah petang, si Ismail ini tentulah ingin melupuskan ayam itu dengan menanamkannya dibelakang rumah, malangnya semasa dia menjinjing ayam tersebut untuk ditanam, perbuatan tersebut rupa-rupanya diperhatikan oleh si Siva ini dari jauh tetapi tidak disedari oleh Ismail .
Apabila ke esokkan harinya, semasa bertemu dipejabat, si Siva ini telah bertanya kepada si Ismail ........." eh mail, apa pasal, ayam yang aku beri engkau semalam, engkau tanam dibelakang rumah ? " huh..............terkejutlah si Ismail, kerana dia tidak menyangka bahawa si Siva ini nampak perbuatannya menanam ayam itu .
Dia tergamam seketika, tak tahu nak kata apa ................. tiba-tiba si Siva menambah " itu ayam saya sembelih sendiri, sudah ikut aturan, saya sudah sembelih dileher, pisau tajam, halkum putus, dan saya baca bismillah jugak . "
Munkinlah agaknya ada seseorang yang memberitahu kepadanya tentang syarat-syarat penyembelihan mengikut peraturan Islam, cumanya orang tersebut terlupa untuk memberitahu
bahawa selain dari beberapa perkara yang dikatakannya itu, ada satu perkara lagi, yang tidak diberitahu oleh orang tersebut, iaitu mesti " Islam".
Pengajaran yang diperolehi dari kisah ini ialah, apabila kita mahu melakukan sesuatu, kita mesti mempelajari dari orang yang mempunyai kelayakkan, bukannya pakai dengar, dan ikut sahaja .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan