31 Januari 2009

BAGAIMANA BOLEH 50,0000 KAKI TANGAN AWAM TERJEBAK ?

Semuanya bermula untuk seronok-seronok sahaja, tetapi lama kelamaan ianya telah menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi, begitu lah kisah dan bagaimana mulanya terjadi sehingga
lebih 50,000 kakitangan awam terjebak skim cepat kaya sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh utusan malaysia hari ini .
Sebenarnya tarikan untuk menyertai skim ini sememangnya agak kuat, lebih-lebih lagi jika perasaan tamak telah menguasai diri, maka faktor hukum hakam baik didalam ugama atau
didalam perundangan negara tidak diambil kira lagi.

Penulis sendiri pernah terserempak dengan kejadian ini, semuanya bermula beberapa tahun yang lalu apabila penulis menghadiri usrah yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan ...... yang peliknya ustaz yang menjadi naqib usrah tersebut yang menjadi penganjurnya.

Kononnya skim tersebut berunsur Islam dan dianjurkan oleh anak saudara pemimpin ......
terkenal iaitu ......., maka ustaz tersebut pun menyelitkanlah didalam usrahnya tentang kelebihan jika menyertai skim anjurannya.

Maka adalah diantara hadirin yang bertanya tentang hukumnya skim itu dari segi ugama, sebab memandangkan keuntungan yang ditawarkan sangat tinggi iaitu 20% sebulan atau bersamaan 240% setahun dari nilai pelaburan .

Ustaz tersebut menjelaskan bahawa apa salahnya, kita berkongsi berniaga.............maka ramailah juga yang termakan dengan cakap ustaz tersebut, dan menyertainya, maklumlah usatz tersebut kuat juga pengaruhnya di dalam masyarakat .

Akhirnya setelah berjalan beberapa bulan, ianya mati begitu sahaja, maka marahlah pencarum-
pencarum terbabit kepada ustaz tersebut, tetapi apakan daya semuanya telah terlambat .

Sebenarnya skim cepat kaya ini telah lama wujud, ianya bermula dengan skim yang dikenali sebagai Labu Peram, Pak Man Telo, kemudian diikuti oleh lain-lain penganjur, setelah mendapati penganjur terawal berjaya menjadi jutawan didalam sekelip mata, maka lain-lain individu pun muncul menjadi penganjur, macam cendawan tumbuh dimusim hujan .

Dikala itu, yang terlibat adalah orang-orang biasa, tetapi apabila mangsanya telah habis dikalangan orang-orang biasa, maka pilihan seterusnya ialah orang-orang agama, kerana orang-orang agama ini, kebanyakannya tidak membaca akhbar arus perdana, maka mereka tidak tahu, apa itu skim cepat kaya, mudahlah mereka ini dikelentong .

Cumanya, yang agak kita terkilan sedikit, ialah apabila ada juga para ustaz, yang sanggup dijadikan alat oleh pihak yang berkepentingan untuk menipu orang ramai .

Para ustaz ini pula, peliknya tidak dapat membezakan diantara skim yang mengandungi riba dan sebaliknya .

Perniagaan apakah, yang boleh memberi keuntungan tetap 20% sebulan ? kalau betullah wujudnya perniagaan sebenar seperti itu, maka tidak payahlah kita susah-susah bekerja lagi .

Cukuplah kita melaburkan duit kita sebanyak RM10,000.00, maka kita akan dapat RM2,000.00 sebulan bersih, itu RM10,000.00, macam mana jika RM20,000.00, RM30,000.00 atau seterusnya........ wow....kayalah kita ......

Yang terakhir sekali, skim cepat kaya melalui internet, tetapi penganjurnya dari Malaysia juga,
memang hebat orang Malaysia ........ bab- bab kaya ni orang lain tak boleh lawan .

BNM Lain-lain

Pemikir Kaya

Buluhmas telah diserbu

Bank Negara Serbu



29 Januari 2009

kalau ada orang menawarkan anda kereta baru atau rumah besar percuma

ANDA membuka e-mel di komputer satu pagi, dan diberitahu bahawa anda telah memenangi AS1 juta dolar, menerusi cabutan bertuah yang dikendalikan oleh sebuah syarikat kewangan antarabangsa. Sejuta dolar atau kira-kira RM4 juta! Sekelip mata hari itu anda sudah bergelar jutawan. 

Apakah anda percaya dengan e-mel lunak seperti itu? Malangnya ada yang percaya. Ulang sekali lagi: ada yang percaya! Pesanan dari e-mel itu dijawab. Kemudian datang e-mel lanjutan, meminta si pemenang membayar RM5,000 sebagai kos pengurusan untuk memindahkan wang berjuta itu ke dalam akaun pemenang. 

Pemenang pun segera memasukkan RM5,000 tunai ke dalam akaun pengendali cabutan bertuah itu menerusi nombor akaun yang diberi. Dan wang RM5,000 hilang begitu sahaja. Tidak fasal-fasal bakal jutawan itu tiba-tiba pokai RM5,000. 

Bukan orang sembarangan, bukan orang tidak sekolah, bakal jutawan yang ditipu itu adalah seorang wanita, peguam muda. Kes ini dilaporkan kepada polis, dan menjadi berita menarik tidak lama dulu. Tentu sekali polis tidak dapat berbuat apa-apa. Maka yang RM5,000 kira hangus. Demikianlah hebatnya penyangak di era siber! 

Penipuan seperti ini juga berlaku di luar alam siber, termasuk di pusat-pusat membeli belah, di tempat letak kereta, di perhentian bas, hatta di mana sahaja. Itulah penipuan ‘gores & menang’ atau 'GNM' yang kini menjadi-jadi semula setelah senyap beberapa ketika. 

Hanya beberapa bulan lalu, seorang doktor muda (wanita juga!) didatangi oleh sekumpulan jurujual di tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Dia diberi satu sampul surat untuk digores. Setelah digores doktor muda itu diberitahu bahawa dia telah memenangi hadiah cepumas bernilai kira-kira RM100,000, termasuk sebuah kereta dan barang-barang elektrik. 

Mudahnya! Sebenarnya tidak semudah yang disangka. Untuk mendapatkan hadiah istimewa itu doktor tersebut diminta membuat pembayaran tunai RM3,500 untuk urusan pendaftaran dengan JPJ, cukai jalan dan sebagainya. Rezeki datang menggolek, dan doktor muda itu terus mengeluarkan wang dari ATM menyerahkan wang kepada jurujual itu. 

Petang itu seperti yang dipersetujui, doktor telah pergi ke pejabat seperti yang diberikan alamatnya oleh jurujual berkenaan. Apabila dia tiba, ternyata pejabat itu tidak wujud. Nombor telefon yang diberi oleh jurujual itu juga sudah tidak aktif. Barulah doktor muda itu sedar dia telah ditipu. Ini yang dipanggil ditipu hidup-hidup! 

Tidak sahaja di Kuala Lumpur, sindiket 'GNM' bergerak di mana-mana sahaja di seluruh negara. Selain di pusat-pusat membeli belah atau di tempat letak kereta, anggota sindiket ini juga mengunjungi rumah-rumah untuk memberikan tawaran paling menarik kepada sesiapa sahaja. Siapa tidak mahu hadiah percuma. Siapa tidak mahu kaya sekelip mata. 

Tentu sekali dalam keadaan meleset seperti sekarang, orang lebih mudah terpedaya dengan gula-gula yang tabur dengan kaedah yang amat meyakinkan itu. Ada kad kerja, ada kad nama, malah ada nombor akaun bank, alamat nombor telefon dan sebagainya. Siapa yang tidak percaya. 

Beribu-ribu orang telah menjadi mangsa penipuan di siang hari ini. Berjuta-juta ringgit telah disonglap oleh sindiket licik ini. Banyak laporan polis telah dibuat, banyak juga aduan kepada persatuan-persatuan pengguna telah dilakukan. Banyak juga perangkap telah dipasang oleh pihak berkuasa untuk mengesan sindiket. 

Bagi saya laporan polis boleh dibuat. Aduan kepada persatuan pengguna pun boleh. Kalau mahu buat aduan ke Jabatan Peguam Negara pun boleh. Hatta, sekiranya ada dukun ilmu hitam paling hebat pun boleh dibuat aduan. Tetapi, percayalah duit anda yang lesap itu pasti tidak akan kembali lagi. Tidak kira berapa ribu, anggaplah itu sebagai sedekah. Jangan garu kepala hingga botak, jangan juga hantukkan kepala ke dinding hingga berdarah. 

Jangan salahkan sindiket, jangan salahkan persatuan pengguna. Tidak patut juga menyalahkan dukun Siam yang meminta 'penggeras' tinggi itu sekiranya pengamal ilmu hitam itu gagal membusungkan perut anggota sindiket. 

Salahkan diri anda sendiri! Tidak kira anda seorang peguam, doktor atau apa sahaja profesion hebat-hebat, anda tetap tertipu sekiranya tidak berhati-hati. Betapa hebat pun tawaran, dan tidak kira bagaimana manisnya kata-kata si jurujual, jangan diterima secara bulat-bulat. Si penyangak itu akan ketawakan ada, sambil dalam hatinya bersorak: "Bodohnya orang ini!" 

Anda mungkin ditawarkan RM1 juta, mungkin mungkin juga dijanjikan banglo dua tingkat dan kereta mewah. Semuanya percuma. Gunakan akal, dan fikirlah secara logik: mana boleh kemewahan itu datang sekelip mata, percuma pula. 

Hanya lampu ajaib Aladin sahaja yang dapat menawarkan kemewahan itu secara percuma dalam sekelip mata. Tetapi ingatlah lampu Aladin itu hanya cerita dongeng, tidak terjadi di alam nyata mahupun alam siber! 

Jadi, kalau ada orang menawarkan anda kereta baru atau rumah besar percuma, jangan percaya. Dan jangan tamak. Tidak ada lagi yang percuma, sebab zaman sekarang semuanya berbayar, termasuk untuk kencing di tandas awam.


25 Januari 2009

KADANG - KADANG CEDUK DARI BLOG ORANG LAIN JUGA WEH .........

Kali ini saya menyiarkan suatu kisah yang saya petik dari blog orang lain, sekali sekala menyiarkan petikan dari blog orang lain tak pe kan ...........

Ini adalah suatu kisah yang dipetik dari blog MOUNTDWELLER, kisah nya menarik sekali.......
sila baca selanjutnya....................................


Semalam saya tengok satu program di TV9 berkenaan santau dan cara mengubatannya yang dihoskan oleh Aziz Desa dan tetamunya adalah seorang Ustaz murid kepada Dato' Harun Din. Jadi saya rasa elok juga saya buatkan satu n3 berkenaan pengalaman saya sendiri.

Ini kisah dulu-dulu yang hampir meragut nyawa terjadi kepada saya. Saya alaminya semasa saya masih remaja tua/ bujang. Bacalah kisah ini sebagai peringatan dan berjaga-jaga.

Suatu petang saya main takraw di satu gelanggang berhampiran dengan rumah saya bersama kawan-kawan. Sedang saya bermain saya tampan satu smash dari regu lawan dengan dada.

Seketika kamudian saya rasa tekak saya geli dan saya batuk. Dua kali batuk, tidak ada apa yang keluar walau pun kahak. Kering saja rasa tekak. Batuk yang ke tiga saya rasa semacam kahak dan saya ludah, sebenarnya bukan kahak yang keluar tetapi darah.

Saya batuk lagi, darah lagi dan saya termuntah. Muntah juga keluar darah yang fresh. Saya fikir dalaman saya luka akibat menampan bola tadi. Tapi sedikit pun saya tidak merasa sakit sama ada tekak atau dada. Saya terus balik ke rumah, bersihkan badan dan terus ke hospital.

Di hospital, selepas diperiksa doktor saya dimasukkan ke ward. Malam itu saya muntah lagi dengan darah yang fresh juga sehingga doktor perpaksa tadah mangkuk. Anihnya saya tidak merasakan apa-apa.

Malam itu juga saya dixray, diambil darah, najis diambil, dimasukkan camera. Esoknya saya disuntik dengan entah apa jenis ejen yang sekiranya terdapat kuman Tibi badan akan berikan reaksi. Orang medikal tahulah kot?

Segala anggota diperiksa termasuklah kuku dan mata. Saya hanya diberikan vitamin dan satu injeksen. Ubat apa saya tidak tahu dan tidak juga ambil tahu.

Saya tanya doktor kenapa semua diperiksa? Doktor kata mengikut imej xray paru-paru saya luka tetapi mesti ada sebab lain. Kalau setakat menampan bola takraw, paru-paru tidak akan terluka.

Bahagian dalaman perut saya juga ok, ada gestrik tetapi tidak melukakan. Jadi satu lagi perkara yang disyaki adalah Tibi atau apa-apa penyakit yang berkaitan paru-paru.

Di dalam ward saya macam VIP sebab doktor yang bertugas adalah school mate dan salah seorang jururawat adalah anak saudara boss saya. Jadi jururawat lain pun melayan saya lebih sikitlah.

Saya ditahan selama seminggu dengan hanya diberikan vitamin. Setelah keputusan kajian penyakit didapati nagetif, saya keluar ward juga dengan bekalan vitamin.

Bila saya dirumah, ada masanya saya batuk darah dan kadang-kadang muntah ketika gosok gigi pun keluar darah. Dalam saya berfikir apa yang patut saya buat, saya teringatkan seorang kawan arwah ayah saya yang mengamalkan tarekat dan boleh berdukun. Saya buat keputusan berjumpa beliau. Saya bahasakan beliau Wak (sekarang sudah arwah).

Jadi pada satu petang saya ke rumah Wak tadi. Saya diberitahu sekiranya begitulah simptomnya saya terkena santau. Saya diberikan air penawar untuk diminum sebelum tidur pada malamnya nanti dan pada pagi esoknya saya diminta ke rumahnya sebelum makan apa-apa makanan.

Pagi esoknya saya sekali lagi ke rumah Wak dan saya diminta minum segelas air penawar dan diminta saya meniarap dengan mendongakkan kepala. Seluruh badan saya ditepuk-tepuk dan leher serta tengkuk saya digosok dengan tangannya.

Di atas lantai di bawah dada, leher dan dagu saya dilapikkan daun pisang muda. Sedang Wak gosok leher dan tengkuk itu saya dapati sesuatu macam pasir jatuh di atas daun pisang tadi. Wak suruh saya tengok benda itu dan saya dapati bermacam jenis benda halus seperti miang buluh, serbuk kaca, rambut dan entah apa-apa lagi.

Kira-kira setengah jam Wak menyapu dan gosok tengkuk dan leher saya, benda-benda itu tidak ada lagi keluar. Wak berhenti dan minta saya bangun dan bersila. Kemudian Wak membaca sesuatu dan berdoa serta sambil menepuk dahi dan dada saya. Bila semuanya selesai saya dibekalkan dengan air penawar yang beliau doakan. Selepas itu, saya masih lagi batuk tetapi tidak teruk dan darah tidak keluar lagi.

Selepas beberapa ketika saya dibawa oleh seorang teman menemui seorang lagi pengamal tarekat yang menggelarkan dirinya Tok Ayah (sekarang sudah meninggal). Saya diberikan air penawar yang didoakan khas untuk itu. Saya minum, seketika saya muntah. Yang herannya muntah tanpa makanan tetapi yang keluar adalah semacam minyak yang berkeladak seperti minyak selepas goreng ikan kering.

Muntah dan muntah lagi. Bila rasa nak muntah sudah tidak ada, Tok Ayah suruh saya berkumur dan diberikan lagi air penawar. Saya rasa segar semula. Kata Tok Ayah itu adalah minyak orang mati dibunuh/minyak dagu yang dicampur dengan bahan kotor. Biasanya ini kerja bomoh siam.

Kata Tok Ayah, penangan minyak dagu dan santau sudah lebih dari cukup untuk membawa manusia ke kubur. Tapi alhamdulillah, terkena pada saya yang kuat dalaman berkat salawat tafrijiyah yang saya amalkan. Rupanya dia tahu amalan saya walau pun itulah kali pertama kami bertemu!

Selepas itu saya beransur pulih dan alhamdulillah sihat sehingga sekarang. Saya cukup bersyukur kerana Allah selamatkan saya dan dengan peristiwa sakit inilah juga saya berusaha menggali ilmu dan membawa saya bertemu dengan bekas murid Almarhum Kiyai Salleh dan Guru Tarekat dan Tasawuf. Rupanya inilah hikmahnya dan sakit yang membawa nikmat!

Sehingga sekarang saya tidak tahu apa salah saya dan siapa kenakan saya. Saya rasa saya disenangi ramai dan ramai kawan dan kenalan. Saya rasa saya juga jenis yang komited kepada tugas dan tidak suka menjaga tepi kain orang. Lantaklah orang lain nak naik ke langit dan terjun turun pun saya tidak peduli. Itu hal peribadi mereka.





21 Januari 2009

KELEBIHAN INTERNET DAN LAMAN BLOG DI ABAD INI

Diantara kelebihan medan blog, ialah selain kita boleh meluahkan isi hati kita berkaitan berbagai-bagai perkara, kita juga boleh menyimpan berbagai- bagai gambar sebagai album, kita boleh menyimpan berbagai-bagai keratan akhbar, malah menjadikan Blog sebagai album berita-berita pilihan kita .

Itulah kelebihan dan keistimewaan Blog, sayangnya tidak ramai diantara kita terutamanya peneroka felda , yang tahu memanfaatkannya...................

Ikutilah himpunan senarai berita-berita mengenai sawit yang dipetik dari berita harian
......................Perihal Berita Sawit selamat membaca ..............



20 Januari 2009

NAK TAHU APA DIA PERATURAN GILA BABI ?

Belum pernah lagi aku ( tak sesuai, kalau cakap kasar menggunakan perkataan, saya ) sebelum ini, menggunakan kata-kata kesat, semasa menulis didalam blog, tetapi bila sampai bab undang-undang pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, terlintas pulak aku untuk menggunakannya, apa dia ? Peraturan gila babi, apa dia ? Peraturan gila babi .

Bertambah-tambah lagi bila ada member yang mengapi-apikannya, member kita tu pulak bukan sembarangan orang, dia sekarang adalah ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, merangkap menantu Perdana Menteri pula, siapa dia ? Khairi Jamaluddin. dialah yang cakap macam tu............

Beliau sekarang didalam proses pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia, Khairi Jamaluddin ni, kalau saudara-saudara nak tahu, di segi keberanian, agak ganjil orangnya.

Apa sebab, aku cakap macam tu................ Oooooooo......sebabnya dia boleh istiharkan didalam blognya SUKJ tu, siapa musuh utamanya, katanya musuh utamanya ialah Musuh Politik No.1 Tun Dr.Mahathir , dia juga mempromosi dirinya dengan " KJ - Pemimpin Global masa depan,"
Beginikah adat & budaya Melayu?
Layakkah orang seperti ini menjadi Pemimpin
negara di masa depan? Lupa diri ketika berkuasa.
[Sentiasa klik gambar di atas]

Dia juga sanggup mengkritik lawan politiknya (Khir Toyo) dan lain-lain lagi .............. nak tahu lebih lanjut, carilah sendiri .

Apakah Khairi Jamaluddin akan mencapai cita-citanya untuk menjadi ketua pemuda UMNO mac nanti ? tunggu dan lihat .

Dibawah adalah catitan petikan dari blognya...................

Apa ? malas nak klik diatas, nak baca terus.........................o k baca terus, nak lebih lagi kena lah
klik juga weh .............

Saman tiada tali pinggang belakang boleh dibatalkan

KUALA LUMPUR 16 Jan. — Pemandu kenderaan yang disaman polis atau pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memasang tali pinggang keledar belakang pada kenderaan boleh melaporkan kes itu kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi membolehkan saman itu dibatalkan. [Rujuk]

[Ulasan Sukj]

1) Undang-undang 'bidan terjun'. Disebabkan masa sekarang isu babi masih panas, maka lebih simbolik jika ia dipanggil 'peraturan gila babi'.

2) Hanya tahu buat peraturan, tetapi tidak tahu menyelesaikan masalah.

3) Jika ada 4 penumpang belakang, hanya 3 penumpang sahaja yang wajib pakai. Habis adakah nyawa penumpang ke-4 itu sama taraf nyawa babi.

4) Warga asing/kenderaan asing dikecualikan daripada peraturan ini.[Lagi banyak babi]

5) Sedangkan masalah 'Mat Rempit'(babi gila) termasuk yang terang-terang memandu secara 'sonsang'...pun tidak mampu untuk selesaikannya.

6) Jika tak tahu menyelesaikan masalah, buatkan sahaja peraturan seperti berikut:

a. Setiap pasangan yang baru berkahwin dibenarkan mempunyai 3 orang anak sahaja.

b. Jika mahu anak 5 orang, sila tanda tangan persetujuan mampu membeli kereta MPV(7 penumpang). Buktikan dengan 'penyata bank'.

Nah dah puashati ? ......................................


19 Januari 2009

MANA LEBIH BAIK, SAMA ADA SERAH KEPADA FELDA ATAU URUS SENDIRI







Apabila kita berbual-bual dengan orang dari luar felda dan ditanyakan apakah kebun saya yang didalam felda diuruskan sendiri atau diserahkan kepada felda untuk menguruskannya, juga ditanyakan mana lebih baik sama ada diserahkan kepada felda atau diuruskan sendiri

Saya biasanya terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk menjelaskannya, saya katakan, bahawa persoalan ini sebenarnya mengikut keadaan personaliti seseorang .

Jika seseorang itu jenis yang rajin, kuat berusaha, masa pun ada dan kewangan pula baik,
maka dia layak untuk menguruskan kebunnya sendiri, tetapi jika seseorang itu agak malas, badan pula kurang sihat, masa tak ada, sentiasa sibuk dengan urusan lain, ditambah lagi kewangan kurang baik pula, maka lebih baiklah dia serahkan sahaja kebunnya di uruskan oleh felda .

Tetapi saya pula termasuk didalam kumpulan, masa tidak ada, kerja kebun agak liat sedikit (bukan malas, hai tak mau mengaku tu....) tetapi lebih seronok nak urus tadbir sendiri, oleh itu semua pakai upah, sama juga macam felda, saya upah, felda pun upah juga ...................

Kelebihannya kaedah yang saya pilih, jika dibandingkan dengan orang yang serah kepada felda
ialah saya boleh memantau seratus peratus, semua kerja yang dilakukan oleh pekerja saya.

Maka hasilnya juga jauh lebih meningkat, jika dibandingkan dengan orang yang serah kepada felda, almaklumlah, yang diurustadbir oleh felda, kawasan jagaannya luas, ditambah dengan kerenah pekerja yang pelbagai dan banyak juga kawasan yang tidak berapa subur, berpaya, dan sebagainya, yang hasilnya juga kurang, tetapi dibahagi sama rata mengikut sistem blok .

Oleh itu jawapannya ialah, menang-menang, maksudnya, ada ketikanya memihak kepada orang yang serah kepada felda dan ada ketikanya memihak kepada orang yang urus sendiri, semuanya
bergantung kepada siapa orang tersebut, dan bagaimana keadaan dia menguruskan kebunnya .

Tetapi jikalau kebun seperti gambar sebelah ini, lebih baiklah serah aje kepada felda . Buat malu kepada kumpulan urus sendiri je........... begitu juga dengan yang pokok tinggi tu............ sampai bila nak biar macam tu.........

Ha.......kalau yang bersih tu........batang sawit pun besar-besar.............tandanya baja cukup lah tu oi......barulah boleh nak urus sendiri pun.......betul tak....





























16 Januari 2009

TERSILAP LANGKAH AKHIRNYA KECEWA SEUMUR HIDUP

ZAITON menenangkan suaminya, Muda selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu .

KUALA TERENGGANU - Hilang tanah kepada 'cucu saudara'.
Itulah yang dialami pasangan Muda Mat Zin, 80, dan isterinya, Zaiton Ishak, 69, selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak tuntutan terhadap sebidang tanah mereka yang dipindah milik kepada seorang lelaki, Mamat Ross Bakar pada Mac 2005.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim ketika membuat keputusan itu berkata, selepas meneliti keterangan semua saksi, beliau mendapati tanah tersebut dipindah milik dengan cara sah walaupun mereka mendakwa sebaliknya.

Ujarnya, ini berdasarkan keterangan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Kuala Terengganu semasa perbicaraan sebelum ini bahawa pemilik tanah iaitu Muda menyatakan dia faham dan setuju untuk memindah milik tanah seluas 1.031 hektar itu.

Katanya, keterangan pasangan tersebut bahawa berlaku penipuan dan mendakwa Mamat Ross yang berusia 51 tahun bukan cucu saudara mereka juga telah gagal dibuktikan.

Jelasnya, berdasarkan keterangan beberapa saksi semasa perbicaraan kes menunjukkan bahawa mereka memang mempunyai pertalian saudara.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila pada borang 14A (pindah hak milik) turut tertulis penyerahan hak milik tanah dibuat daripada 'toki (datuk) saudara kepada cucu saudara.'

"(Lagipun) adalah tidak munasabah untuk melakukan pindah milik tanah tanpa sebarang ikatan persaudaraan," kata Ahmad Zaidi dalam keputusannya di sini semalam.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 2006, kedua-dua warga emas itu meminta status pindah milik tanah di Bukit Rawa, Batu Rakit dibatalkan dan aset itu dikembalikan kepada mereka.

Itulah yang berlaku apabila sepasang suami isteri, Muda Mat Zin, dan isterinya, Zaiton Ishak, yang tidak mempunyai anak, lantas terlalu mengharapkan kepada cucu saudaranya, agar menjaganya dihari tua.

Semasa belum berlaku pertukaran nama tanah tersebut kepada cucu saudaranya Mamat Ross Bakar, cucu saudaranya itu sangat mengambil berat terhadap kesihatan, kewangan, dan makan minum pasangan terbabit.

Malangnya apabila selesai pertukaran nama tanah tersebut, cucu saudaranya itu telah berubah sikap, dan lebih teruk lagi, terus menghilangkan diri dan menyebabkan pasangan terbabit merasa tertipu .

Apa yang berlaku kepada pasangan tua ini, munkin boleh dijadikan ikhtibar kepada semua peneroka Felda diseluruh negara, terutama yang tidak mempunyai anak, agar berhati-hati dengan lakunan yang kadang-kadang nampak seperti benar-benar ikhlas.

Janganlah terlalu mudah, memindah milik tanah, kepada sesiapa pun, selagi hayat masih ada, munkin kaedah, membuat wasiat melalui Amanah Raya, sebagai salah satu cara, mengatasi masaalah yang berlaku seperti diatas.

Oleh kerana terlanjur sedang membincangkan tentang pertukaran nama tanah, maka penulis teringat satu kisah benar yang terjadi di Felda kota gelanggi 01, iaitu kampung penulis sendiri .

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lampau, kisah bermula, apabila si ayah, Ahmad ( bukan nama sebenar ) yang telah pun kematian Isteri beberapa tahun yang lalu dan sedang sakit tenat, telah bertindak menukarkan nama tanahnya yang seluas 14 ekar itu, yang baru sahaja menerima hak milik dari Felda, kepada salah seorang anaknya Ali (bukan nama sebenar) yang paling boleh diharap.

Tidak beberapa lama selepas itu, sibapa tadi, telah meninggal dunia, kebetulannya, Ali yang menerima hak milk tanah tersebut, memang seorang yang betul-betul amanah, dia telah pun bekeluarga dan mempunyai tiga orang anak.

Ali yang menerima hak milik tadi telah menjalankan tugasnya dengan cukup berdidikasi dan bertimbang rasa, semua adik beradiknya yang seramai lima orang, telah menerima habuan hasil kelapa sawit dari tanah tersebut, yang diuruskannya, dan dibahagi secara sama rata, termasuk dirinya.

Memang tidak silap lagi, bapanya memilih dia sebagai penerima hak milik tanah itu. Masa berlalu begitu pantas, nak dijadikan cerita, si Ali pula yang meninggal dunia.

Selepas sebulan, pewaris tanah tadi, iaitu janda simati, Esah (bukan nama sebenar) telah kepejabat tanah dan membuat tuntutan pertukaran nama dari nama simati kepada namanya.

Mulai dari tarikh tersebut, hak milik tanah itu bukan lagi, hak milik simati (Ali) dan adik beradiknya yang lima orang itu tidak berhak lagi terhadap tanah tersebut .

Pengajaran yang diperolehi dari kisah ini ialah, sibapa (Ahmad) sepatutnya, kalau pun terpaksa menukarkan nama tanahnya kepada si Ali, sepatutnya, dipanggil dahulu semua anaknya, menantunya, dan beberapa orang lagi yang boleh dijadikan saksi.

Diberi penerangan, bahawa, walaupun tanah ini akan ditukar nama kepada Ali, tetapi Ali hanya sebagai pemegang amanah sahaja, andaikata jika si Ali meninggal dunia, maka pemegang amanah tersebut, perlulah ditukar kepada yang difikirkan layak diantara adik beradik Ali yang lain.

Sebaik-baiknya, dibuat surat pengistiharan dengan ditanda tangani oleh dua orang saksi dan salinannya dipegang oleh semua adik beradik Ali yang lima orang itu, lebih cantik lagi jika dimatikan stem di pejabat Daerah .

Jika ini dilaksanakan, tidaklah berlaku, adik beradik aruah Ali berputih mata kerana melihat harta pusakanya terlepas ketangan bekas iparnya yang kebetulannya memang sudah senang, jika dibandingkan dengan adik beradik aruah Ali itu .

Untuk menambah parah, bekas iparnya itu telah pun berkahwin lain, dan kini telah pun mempunyai anak .........

Sekian untuk kali ini, sampai jumpa lagi............



14 Januari 2009

ORANG MELAYU MASIH TEWAS DI BIDANG PERNIAGAAN


Pernahkah anda ke bandar Jerantut, ? jika tidak pernah, maka perlulah saya menerangkan serba sedikit, tentang keadaan bandar tersebut.

Bandar Jerantut , adalah sebuah bandar yang dikelilingi oleh industri pertanian, kilang yang ada pun hanyalah kilang plywood dan sawmill yang memproses balak, kilang eletronik atau yang seumpamanya langsung tiada sebuah pun.

Kampung yang mengelilinginya, adalah kampung-kampung tradisional dan Penempatan Felda, oleh itu nadi utama yang menggerakkan ekonominya ialah pertanian yang berasaskan kelapa sawit dan getah.

Kerana itu usahlah hairan, jika harga kelapa sawit dan getah naik, maka pergerakkan ekonominya pun turut mengalami peningkatan dan jika sebaliknya, maka keadaan persekitarannya pun turut suram.

Walau macam mana pun, kalau anda pernah datang ke Jerantut 20 tahun yang lampau, maka jika anda datang sekarang, terkejut juga dibuatnya, kerana keadaan bandarnya yang sudah sangat pesat membangun .

Tetapi siapakah sebenarnya yang membangunkan bandar Jerantut ? sebetulnya bukan kerajaan yang membangunkan bandar Jerantut, tetapi pihak tuan punya tanah yang kebetulannya dimiliki oleh orang-orang Cina, merekalah yang membina kedai dan kawasan perumahan disekitar bandar Jerantut.

Seperti biasalah, sama seperti keadaan dibandar-bandar lain diseluruh Malaysia, perniagaan di monopoli sepenuhnya oleh orang-orang Cina, orang Melayu hanya berniaga kedai makanan dan warung-warung sahaja, jika ada pun yang berniaga jenis lain, bilangannya tersangat kecil.

Antara sebab-sebab utama yang telah dikenal pasti, ialah pembekal pelbagai barangan keperluan perniagaan adalah orang Cina, walau macam mana pun, mereka akan tetap bersikap perkauman, maka akan ada perbezaan harga, diantara barang yang ditolak kekedai yang dikendalikan oleh orang Cina, jika di bandingkan dengan harga yang ditolak kepada kedai yang dikendalikan oleh orang melayu.

Bila keadaan sedemikian maka harga jualan pun turut berbeza, kerana harga pembelian akan mempengaruhi harga jualan.

Itu belum lagi kita membincangkan tentang sikap pembeli, pembeli dari kalangan orang Melayu, munkin kerana telah beratus-ratus tahun, sudah biasa dengan keadaan dimana perniagaan biasanya dikendalikan oleh orang Cina, maka keyakinan mereka tetap kepada orang Cina juga.

Munkin orang dulu-dulu atau khasnya semasa zaman British menjajah tanah Melayu, tidak lupa kepada pantun lama, Buai laju-laju, Sampai pucuk sena, Beli baju baru , Dari kedai Cina, yang diajar di sekolah-sekolah dizaman tersebut, munkinlah pesanan pantun tersebut masih melekat
dijiwa orang Melayu, dan diwariskan kepada generasi demi generasi, agaknya...............

Lagi satu masaalah, dari pengalaman penulis, bila kita cuba bersemangat Melayu, maka kita pun pergilah kekedai Melayu, contohnya untuk memperbaiki kereta, yang jelas servisnya tidak sama dengan yang diberikan oleh pengendali bengkel orang Cina..................... Jadi susah nak ceritalah kalau macam ni ............

Yang paling menghairankan, ialah tentang peningkatan perniagaan dari kalangan orang India, kalau kita pergi kemana-mana pun, kita akan terjumpa dengan kedai yang dikendalikan oleh kalangan orang India, walaupun dikawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu.

Satu kelebihan dikalangan masyarakat orang India, ialah, mereka walau macam mana pun, akan cuba membeli dikedai bangsa mereka juga, walau pun agak mahal sedikit, inilah antara puncanya
kenapa kedai dari bangsa mereka tetap hidup, walaupun bersaing dengan kedai orang Cina atau Melayu dan walau pun bilangan orang mereka adalah sedikit .

Penulis bukanlah cuba membangkitkan semangat perkauman, tetapi cuma cuba untuk menyelami dan merungkai masaalah, buat renungan bersama, kenapa orang Melayu gagal dibidang perniagaan, selain dari kedai makanan.

Orang Melayu berjaya dibidang menjual makanan pun, bukan kerana kehebatan atau pandai dibidang tersebut, tetapi lebih berkait rapat dengan masalah halal, haram makanan yang disajikan, yang majoriti orang Islam masih mengambil kira hal tersebut.

Sekian sahajalah celoteh penulis untuk kali ini, sampai jumpa lagi dilain kali............

11 Januari 2009

BERKUKUK BIARLAH SEPERTI AYAM JANTAN, JANGAN SEPERTI AYAM BETINA

Saya sebenarnya berazam pada diri sendiri dan pernah menyatakan kepada anak saudara saya, ketika dia menyatakan bahawa, dia pernah melayari blog saya yang satu lagi iaitu ababina 328
yang ada disenaraikan didalam kumpulan Debat Rakyat dibawah kelolaan nobisha

Bahawa didalam blog LKTP1328 ini, saya tidak akan menulis tentang hal-hal berkaitan dengan politik negara, cukuplah hal-hal berkaitan politik hanya dibicarakan didalam blog ababina328 sahaja, manakala LKTP1328 ini khusus untuk membicarakan tentang hal-hal berkaitan peneroka Felda dan hal-hal lain yang bukan politik.

Akan tetapi apabila saya terpandang tajuk berita Melayu Perak perlu tuntut pajakan 999 tahun
maka azam saya tersebut, terpaksa ditangguhkan, kerana walau pun ianya berkaitan hal politik
tetapi masih berkaitan dengan hal-hal peneroka.

Didalam berita tersebut dikatakan bahawa Ibrahim Ali, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun, agar menuntut kepada kerajaan negeri itu untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka kepada 999 tahun. ( Sila klik disini > MB Nizar untuk penjelasan lanjut dari MB Perak )


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.

Saya tertarik kepada berita ini kerana mengenangkan, nasib yang bakal dialami oleh peneroka Felda, adalah sama dengan yang dialami oleh tuan punya tanah diseluruh Malaysia, yang hanya diberi hak milik pajakan selama 99 tahun sahaja.

Saya juga geram kepada Ibrahim Ali yang digelar raja katak, yang menang di Parlimen Pasir Mas, Kelantan diatas ihsan PAS, tetapi sekarang berkukuk lebih dari ahli Parlimen Barisan Nasional, mengutuk Pakatan Rakyat, baik didalam Parlimen atau di luar Parlimen.

Sebenarnya kata-kata Ibrahim Ali tersebut, tidak lebih dari untuk menarik perhatian Datuk Sri Najib Tun Razak, yang dijadualkan akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada bulan Mac 2009 ini sahaja, hajatnya apabila dia asyik mengutuk Pakatan Rakyat, maka dia dikira menentang Pakatan Rakyat, maka bolehlah Datuk Sri Najib, apabila berkuasa kelak menerimanya masuk UMNO semula .

Saya berkata begitu, kerana jika benarlah Ibrahim Ali mahu memperjuangkan nasib orang Melayu seluruhnya, kenapa mencadangkan kepada orang Melayu di Perak sahaja, cadangkanlah juga kepada semua kerajaan negeri, samada yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau yang sedang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasiaonal, barulah betul.

Bila sudah terlanjur bercakap tentang tanah pajakan 99 tahun ini, maka saya teringat kepada satu peristiwa yang berlaku puluhan tahun yang lampau, kisahnya ialah tentang tanah pajakan milik persatuan pengakap Negeri Selangor, yang semasa kes itu berlaku, dibawah kepimpinan ? ( saya minta maaf banyak-banyak, sebab saya tidak ingat dibawah kepimpinan siapa semasa peristiwa itu berlaku, maklumlah sudah lama.................)

Semasa pengurniaan tanah tersebut, tanah itu terletak jauh dari bandar Kuala Lumpur, tetapi setelah masa berlalu, maka tempoh pajakan 99 tahun pun tamat

Setelah tamat, maka ( ????? ) pun sebagai pemimpin persatuan pengakap pada masa itu, mengemukakan permohonan baru kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar ? ( lupa lagi ) malangnya permohonan tersebut ditolak, dengan alasan tanah tersebut, mahu dibangunkan dengan projek kerajaan negeri.

Sebenarnya tanah tersebut telah berubah taraf, dari dulunya berada diluar bandar, setelah tamat tempuh pajakan, tanah tersebut telah berada ditengah bandaraya Kuala Lumpur, maka nilainya juga turut meningkat berganda-ganda.

Sebagai gantinya, maka diberilah tanah lain pula yang terletak jauh dari Kuala Lumpur, itupun setelah kes tersebut heboh diperkatakan didalam akhbar dan campur tangan Sultan Selangor .

Itu kisah tanah milik persatuan pengakap Negeri Selangor, bagaimana pula jika milik peneroka Felda .

Cuba anda bayangkan, tanah milik peneroka, semasa awalnya berada jauh ke dalam hutan, setelah masa berlalu, masa pajakan pun tamat, iaitu 99 tahun, ada di setengah-tengah tempat, tanah tersebut telah pun berada dipinggir bandar, malah munkin ditengah bandar.

Apakah yang akan terjadi dimasa itu ? apakah kerajaan negeri akan memperbaharui masa pajakan, atau akan dikurniakan tanah baru ............. nun jauh kedalam hutan pula ......

Kepada Ibrahim Ali, kalau ya pun nak berkukuk, berkukuklah seperti ayam jantan, jangan berkukuk seperti ayam betina, yang tujuannya hanya untuk menarik perhatian ayam jantan.

Sekian untuk kali ini ...................









09 Januari 2009

PENEROKA DIUGUT OLEH PENGURUSAN FELDA

PUTRAJAYA 8 Jan. – Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pernah didakwa mengugut untuk mengusir 354 orang peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan daripada tanah rancangan itu jika mereka mengambil tindakan yang boleh menjejaskan reputasi agensi kerajaan tersebut.

Peguam Yusfarizal Yusof berhujah, ugutan itu dibuat dalam satu pertemuan antara pengurusan tertinggi Felda dengan pihak peneroka pada pukul 9.30 malam, 1 November 2002 di Pusat Kegiatan Ummah Felda Kemahang Tiga.

Beliau yang mewakili kumpulan peneroka tersebut menyatakan, perjumpaan itu turut dihadiri oleh Datuk Mustapa Mohamed yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jeli. Turut hadir, Naib Pengerusi Felda Kemahang Tiga, Aziz Zakaria.

Yusfarizal berhujah, berikutan ugutan itu, peneroka-peneroka tersebut membuat laporan polis, dua hari kemudian.

Menurut peguam, pada 13 Oktober 2001, mereka pernah membuat laporan polis lain setelah mengesyaki wujud unsur-unsur penipuan dan konspirasi terhadap sistem timbangan kelapa sawit bagi mengurangkan mutu hasil tanaman itu bermula tahun 1997 hingga 2002.

Penipuan itu disedari apabila salah seorang peneroka menemui salinan asal ‘Akuan Penerimaan BTS’ (berat timbang sawit) yang dikeluarkan itu mengandungi cop ‘penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (kadar perahan gred) 18 peratus’ sedangkan ia bercanggah dengan mutu perahan sawit yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Peneroka mendakwa, penipuan itu menyebabkan mutu KPG buah/hasil sawit susut nilai antara dua dan tiga peratus KPG bagi setiap tan menyebabkan mereka kerugian di antara RM30 dan RM50 setiap tan buah yang dijual.

Peguam itu berhujah, pihak peneroka kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi selepas mereka diugut untuk diusir dari kawasan penempatan itu berikutan penyerahan memo kepada seorang pegawai Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menolak rayuan Felda terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang tidak membenarkan permohonan agensi itu untuk membatalkan penghakiman ingkar selepas ia diperintah membayar RM7.8 juta kepada 354 peneroka itu.

‘‘Mereka telah menunggu selama enam tahun supaya kes mereka didengar dan hingga kini seramai 54 peneroka telah meninggal dunia dan dikhuatiri hak mereka untuk menuntut keadilan akan dinafikan,” ujar Yusfarizal.



Bahawa sesungguhnya saya sangat sedih mengikuti kisah yang dialami oleh 354 orang peneroka di Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan diatas.

Bagaimanakah ianya boleh berlaku, dan adakah peristiwa yang sama juga berlaku di tempat lain ? tak tahulah, tetapi kes ini setahu saya, tiada berlaku di tempat saya di felda kota gelanggi 01.

Nilai pampasan yang perlu dibayar oleh felda adalah sebanyak RM7.8 juta, banyak juga tu......... kalau dibahagikan untuk seramai 354 orang, dapat juga ratusan ribu seorang .

Yang menghairankan kenapa pihak pengurusan tertinggi felda cuba mengugut Peneroka didalam percubaan mereka menyembunyikan kes tersebut .

Persoalannya ialah kenapa perlu disembunyikan, tidakkah ini bermakna pihak pengurusan di ibu pejabat felda turut sama bersekongkol dengan mereka ? dan adakah tindakan telah diambil terhadap pengurus tersebut.

Inilah jadinya jika amanah di berikan kepada orang yang tidak bertanggung jawab, sanggup seorang pengurus bersekongkol dan menipu orang-orang yang dhaif ............... semoga ianya boleh menjadi pengajaran kepada felda dimasa depan dan sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah S.W.T supaya para peneroka di felda kemahang tiga memenangi kes tersebut.







08 Januari 2009

JANGAN BUAT PERATURAN YANG BOLEH MENGELIRUKAN ORANG



Setelah hampir satu jam memandu dari Felda kota gelanggi 01, maka aku pun memasuki kawasan Hospital Pakar Temerloh, aku cuba mencari tempat untuk meletak kereta.

Setelah mengelilingi untuk kali kedua ditempat parking tersebut, lantas aku ternampak satu kekosongan, ada lambang kerusi roda di petak parking, aku fikir ini memang dikhususkan bagi orang-orang yang menggunakan kerusi rodalah agaknya, aku pun terus parking di situ .

Kebetulan pula aku memang sedang membawa anak aku Khairil Anwar yang mengalami kemalangan, akibat terjatuh dari atas siling setinggi 18 kaki, semasa mahu membaiki tangki air dirumah sewanya, di Pasir Gudang, Johor, kira-kira satu bulan setengah yang lalu.

Kaki kirinya patah tiga dan terpaksa dimasukkan besi, sementara kaki kanannya mengalami kerosakan teruk di buku lali dan tulang belakangnya juga ada sedikit kecederaan akibat hentakan kuat, sungguh pun tidaklah serious.



Sejak peristiwa tersebut, maka dia terpaksalah menggunakan kerusi roda, tetapi hanya untuk
kehospital, kalau di rumah dia terbaring saja diatas katil.

Ini adalah kali pertama aku membawanya ke Hospital Temerloh, untuk x-ray dan lain-lain rawatan susulan, setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Pakar, Sultan Ismail Johor Bharu, yang terletak paling hampir dari tempat dia ditimpa kemalangan dahulu.

Setelah melalui proses pendaftaran, proses menunggu giliran untuk berjumpa Doktor, seterusnya proses x-ray, dan jumpa Doktor sekali lagi, ianya memakan masa kira-kira 4 jam.

Setelah semuanya selesai, jam menunjukkan pukul 1.30tnghari perut pun sudah berkeroncong,
aku yang ditemani seorang lagi anak aku Mohd.Hafiz, yang kebetulan sedang bercuti semester dari Politiknik, di seberang Prai, Pulau Pinang, menyorong Khairil Anwar ke kantin hospital untuk makan.

Setelah selesai makan, kami pun pergi ke kereta, aku ternampak sekeping kertas putih diselitkan diwaper, setelah di amati, rupanya kertas SAMAN. aduh...kena saman pulak dah..... kesalahannya ialah kerana meletak kereta di petak yang dikususkan kepada orang yang kurang upaya ( berkerusi rodalah )

Ai........... ini sudah lebih.......kan aku bawa orang yang berkerusi roda, tak kan salah pulak.........

Kerana aku tidak berpuas hati, aku pun ke Balai Polis Temerloh, tetapi diminta pula ke Balai Polis Mentakab, kerana segala saman trafik diuruskan oleh bahagian trafik yang beroperasi di Mentakab.

Aku pun menyatakan rasa tidak puas hati aku, kenapa kena saman, petugas dikaunter trafik yang juga seorang anggota polis trafik, menyatakan bahawa petak tersebut perlu sentiasa dikosongkan, hanya boleh digunakan semasa menurunkan penumpang sahaja.

Aku memprotes, kalau begitu kenapa tidak di letakkan papan tanda bertulis " hanya untuk menurunkan penumpang sahaja ? "

Akhirnya petugas tersebut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan saman tersebut, tetapi boleh dibatalkan oleh ketuanya, iaitu OCS dibalai Polis Temerloh.

Dia mencadangkan supaya aku ke balai Polis Temerloh sekali lagi untuk membatalkan saman tersebut atau pilihan kedua membayar saman yang dikurangkan daripada RM100.00 kepada RM30.00 di kaunternya.

Aku membuat pilihan kedua, kerana penat untuk kesana, kesini dan hari pun sudah lewat petang.

Pengajaran yang diperolehi disini ialah, setiap peraturan hendaklah jelas, jangan membuat peraturan, ikut suka hati sahaja kerana ianya boleh menyusahkan orang ramai.







06 Januari 2009

APAKAH YANG ANDA BUAT UNTUK MENGISI MASA LAPANG ?




Ya...............satu soalan yang mudah untuk anda, apakah yang anda buat untuk mengisi masa lapang ? ada orang suka memancing, ada orang suka bermain, tak kiralah main apa pun, ada orang suka membaca...........

Ya...........kalau anda minat membaca, dibawah ini saya hidangkan 21 tajuk rencana, yang dipetik dari akhbar-akhbar tempatan, anda tidak perlu tercari-cari lagi, dan ianya mencakupi pelbagai kisah...................anda cuma klik saja ......... selamat membaca ..........

1- Kenaf pengganti ideal tembakau

2- Rahsia keenakkan nasi kandar Kassim Mustafa

3- Telur Pindang dan telur merah pelengkap majlis perkahwinan

4- Anak nakal anak hiper

5- Restoran masakan tulin Malaysia semakin popular di New York

6- Gaji guru di Indonesia RM13.80 sebulan

7- Kahwin, cerai gaya hidup masa kini

8- Restoran Zenith sediakan masakan Cina halal

9- Sekelumit rasa terhiris

10- Beringat harga boleh memerangkap pekebun getah tamak

11- Kecurian berlaku di sana-sini

12- Resapan jin dalam tubuh

13- Kenapa kita gagal membina semula tamadun?

14- Cinta Tak Bertepi KL – Jakarta

15- Ideologi komunis berkubur

16- Banyak ceramah agama belum capai piawaian ilmu

17- Mengubah minda Melayu

18- Hilang nafsu berkahwin

19- Kiai Muhammad Ali Qaribun ulama Selangor

20- Teksi, teksi, di mana dikau?

21- Capati Tehel jadi tarikan

04 Januari 2009

PERLUKAN AZAM BARU SEMPENA TAHUN BARU 2009


Assalamualaikum, belum terlambat rasanya, untuk saya mencoretkan sesuatu sempena tahun
baru 2009 ini, hari ini masuk hari keempat kita menjalani kehidupan didunia yang Fana ini.

Tahun 2009 hanyalah berubah tahun, jika semangat dan jiwa kita masih tidak berubah. Sekarang ini kita tanyalah kepada ramai orang, apakah azam untuk tahun baru ini yang kebetulan berselang hari sahaja antara tahun Hijrah dan Masihi.

Masing-masing akan berkata dan berjanji yang elok-elok sahaja, tetapi mampukah kita berubah atau mampukah kita melunaskan janji yang telah dibuat?

Ada yang berjanji mahu menjadi lebih baik daripada tahun lalu. Baiklah, hari ini sudah hari keempat, sudahkah mula berubah? Atau masih menganggap baru empat hari... tak mengapalah, tunggu minggu depan atau bulan depan. Lalu pagi tadi, tengah hari ini dan malam nanti, berlalu sama sahaja seperti hari kelmarin. Oleh itu bolehkah anda berubah menjadi lebih baik pada esok hari?

Sepatutnya amal dan iman kita mesti sama-sama dipertingkatkan selaras meningkatnya usia kerana setiap langkah kita bermaksud kita semakin menghampiri destinasi terakhir.

Contohnya bertanya pada diri sendiri, aku sebagai pekerja apa mesti aku buat setiap hari masuk ke pejabat supaya menjadi lebih elok daripada semalam? Sekiranya ada pekerja lain yang buat perangai mestikah didiamkan sahaja dan kemudian kita sama-sama menjadi pembelot pada syarikat.

Masihkah suka membazir waktu atau masih leka dengan hal sendiri hingga usaha untuk memantapkan prestasi kerja masih di takuk lama. Atau kita mungkin berkata tak mengapa, esoklah aku mula berubah sebabnya buat apa kalau aku seorang sahaja berubah sedangkan orang lain masih tidak berubah.

Sebenarnya kita adalah diri kita sendiri. Tahun hanya berubah angka, kitalah yang semakin bertambah usia. Jadi tidak usahlah memeningkan kepala dengan azam tahun baru yang hanya retorik semata. Mahu yang baik-baik sedangkan kita langsung tidak berusaha untuk menjadi lebih baik atau masih terikut-ikut arus orang lain yang akhirnya membuatkan kita sama-sama hanyut.

Lebih banyak beribadah dan beramal adalah cita-cita paling mudah yang tidak memerlukan ringgit dan tenaga. Hal itu bukanlah payah cuma lebihkan usaha dan kuatkan semangat sahaja. Senyum kita adalah ibadah. Menyapa dan berprasangka baik, itu pun sudah dikira ibadah. Payahkah? Atau jika ada seseorang datang pada kita dan bertanyakan pendapat kita lalu kita berikan cadangan yang baik, itulah ibadah kita untuk hari itu. Begitu mudah.

Sebagai isteri apakah yang lebih baik untuk seorang suami? Bersyukur, bermanis muka dan bersabar serta merendahkan pertuturan bukannya memerlukan modal besar.

Itu sahaja sudah cukup untuk kita menambah ibadah pada tahun baru ini. Tidak perlu menunggu esok, sekarang ini pun cubalah menelefon suami dan berkatalah dengan sebaik-baik pertuturan dan sematkan itu adalah azam untuk tahun ini.

Dan sebagai suami, bukan payah untuk menghormati isteri. Bukannya payah juga untuk berlaku jujur pada isteri. Pandang wajah isteri dan tengok mata anak-anak, di situ anda akan temui erti tanggungjawab. Di situ ada erti dosa dan pahala.

Lebih banyak bersyukur, bersabar dan tabah dan lebih banyak memberikan kebahagiaan kepada orang lain semestinya akan mendapat balasan yang baik. Semoga kita dapat mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat tanpa sebarang modal besar.

Dan untuk memberi lebih pengertian kepada kehidupan kita, silalah jawab dengan jujur soalan-soalan ini: Aku sebagai pelajar apa mesti aku buat? Aku sebagai anak apa mesti aku buat? Aku sebagai adik apa mesti aku buat? Aku sebagai kakak apa mesti aku buat? Aku sebagai kawan apa mesti aku buat?

Akhir sekali sematkan dalam fikiran bahawa hijrah itu perpindahan yang memerlukan pengorbanan, tetapi tidaklah sampai berkorban nyawa dan darah. Cukuplah tangisan dan darah hanya ada di Palestin. Kita di Malaysia teruslah berkorban dengan cara kita asalkan semuanya
didalam keredaan Allah.





ARTIKEL TAMBAHAN UNTUK ANDA..............SILA BACA SETERUSNYA........
Kafe siber tumpuan pelajar ponteng
Daripada tidur dalam kelas lebih baik lepak
Denda rendah sukar banteras
Persepsi positif pelajar
Kafe Siber dari perspektif MPSJ, MPAJ
Ibu bapa bimbang perkara negatif
Perlukah blog dipantau ?



03 Januari 2009

PENGUMUMAN TENTANG KELAHIRAN KUMPULAN YANG DI NAMAKAN ....

BLOG GENERASI FELDA



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-BLOG GENERASI FELDA

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,
dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Adalah dimaklumkan, bahawa Blog Generasi Felda, telah diterbitkan, oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar blog mereka, bolehlah terus meninggalkan URL anda ...............di BLOG GENERASI FELDA



01 Januari 2009

BILAKAH PENEROKA FELDA BOLEH BERINTERAKSI MELALUI BLOG ?



Kadang-kadang saya membayangkan, disuatu masa nanti, masyarakat felda, boleh berinteraksi melalui medan baru yang canggih, iaitu blog. Melalui blog, kita boleh melapurkan
pelbagai aktiviti kemasyarakatan didalam felda, contohnya melapurkan keputusan mesyuarat JKKK, koperasi, atau lain-lain.

Melalui blog juga, kita boleh memberi pelbagai cadangan dan bantahan terhadap apa-apa juga yang di fikirkan perlu oleh masyarakat.

Dan yang paling istemewanya ialah, blog boleh diakses dari mana-mana sahaja, walau pun diketika anda berada di luar negeri, yang penting anda ada komputer, atau handphone dan sambungan internet, anda pergi ke google dan taip je blog mana yang anda mahu lawati .

Buktinya ialah saudari yang menamakan dirinya Kuyus dan blognya* LUKISAN ALAM * dari Jakarta telah menghubungi saya melalui blognya.

Malangnya kadar celik IT dikalangan peneroka, buat masa ini adalah 000.1% sahaja, munkin 10 tahun lagi, barulah medan ini boleh digunakan, sementara menunggu masa tersebut, terpaksalah kita menggunakan cara lama.................

Dibawah ini ada saya siarkan, pandangan dari Prof. Abdullah dari UPSI tentang BLOG..............bacalah kisah seterusnya.....


Blog melahirkan masyarakat madani!

Pagi-pagi lagi saya menerima mesej singkat daripada sahabat lama, Prof. Wan Zawawi, semasa di Universiti Sains Malaysia dahulu. Kini beliau bertugas di ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oleh sebab saya tidak dapat membacanya dalam TheStar Online, maka saya bergegas ke Bukit Tinggi mencari akhbar tersebut. Lazimnya hidup di Janda Baik tidak ada gangguan apa-apa.

Dalam menulis entri ini saya bergantung pada resensi yang dibuat oleh Prof. Johan Saravanamuttu, seorang rakan lama juga dari USM.

Menurut Prof. Johan, sememangnyalah buku Jun-E Tan dan Prof. Zawawi yang berjudul Blogging and Democratization in Malaysia memberi banyak maklumat yang mencabar fikiran dan dapat mengekalkan minat kita membacanya.

Blog adalah suatu bentuk media baru yang interaktif, yakni kita dapat membacanya dan memberi ulasan pula. Ini adalah media yang dapat menyaingi dominasi media cetak pada hari ini. Di samping itu blog pula terlepas daripada saringan ‘penjaga pintu’ yang diamalkan oleh semua akhbar, yakni semua berita disaring oleh Editor Umumnya.

Namun, pada masa ini penulis blog tidak dapat dikatakan terlepas daripada tidakan undang-undang sepenuhnya. Walaupun ada yang bebas menulis, tetapi tindakan undang-undang terhadap blogger seperti Jeff Ooi, Rocky Bru, Nat Tan, dan Kickdefella menunjukkan kebebasan itu adalah rapuh belaka.

Tangkapan dan tahanan Raja Petra di bawah ISA juga menunjukkan alam siber ini tidak sebebas yang dipersepsi. Malah Alliance of Bloggers juga belum berhasil mempertahankan ahlinya daripada ISA.

Apakah dapatan Jun-E Tan dan Prof. Wan Zawawi mengenai aktiviti menulis blog di Malaysia? Mereka membuat tinjauan dalam tahun 2006, dan mendapati bahawa majoriti pembaca blog di Malaysia adalah daripada kalangan muda berusia antara 19-23 tahun, dan ini dikuti oleh kelompok berusia 24-28 tahun. Mereka membentuk 80% daripada pembaca blog.

Saya terfikir pula, berapa ramai pula pembacanya datang daripada kelompok usia saya, 65 ke atas? Apakah teknologi maya ini menjadi kepunyaan orang muda sahaja?

Memang, kita dapat menduga bahawa pembaca blog ini datangnya daripada Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tetapi yang agak memeranjatkan juga, adalah bilangan pembaca blog dari Sarawak adalah lebih ramai daripada yang di Pulau Pinang.

Ditinjau daripada sisi jantina, wanita membentuk 44% daripada pembacanya. Tetapi sebagai diduga pecahan pembaca menurut kaum adalah seperti berikut: 78% Cina, 19% Melayu, 2% India, selebihnya 1% kaum lain-lain (Prof. Johan mencatatkannya sebagai 5%. Ini tidak mungkin sebab jumlah besarnya akan menjadi lebih daripada 100%)

Ini saya rasa memang benar. Buktinya, setiap kali saya berhadapan dengan pelajar sarjana daripada kalangan guru Melayu, saya mendapati mereka terkial-kial apabila diminta menghantarkan tugasan melalui emel atau memasukkannya ke dalam ruangan ulasan blog saya.

Malah ketiga-tiga calon Ph. D. saya dari Sabah, masih gagal menggunakan blog yang saya sediakan bagi menyelia tesis mereka, walaupun lima tahun sudah berlalu. Mereka masih belum celik internet.

Prof. Johan memberi maklumat penting melalui usahanya sendiri. Pengarang tidak memberi maklumat tentang sejauh mana aktiviti blog ini berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui Google, beliau mendapat maklumat daripada Internet World Stats, yang mengatakan jumlah rakyat Malaysia yang menggunakan internet adalah tinggi, dan meningkat. Pada tahun 2000, ada 3.7 juta pengguna internet di Malaysia. Ini meningkat menjadi 14.9 juta pada tahun 2008, iaitu satu daripada dua rakyat Malaysia menggunakan internet.

Ini termasuklah saya, isteri saya dan cucu saya. Cucu? Ya. Dalam cuti sekolah lalu, cucu saya datang melihat datuk dan neneknya di Janda Baik. Sebagai datuk, sama seperti datuk-datuk lain, saya membawa mereka mengelilingi kampung menaiki Nissan Navara pacuan empat roda.

Apabila lalu di tepi kampung orang asli, saya memberi ulasan selari laksana pemandu pelancong. “Ini Kampung Orang Asli Ulu Cemperuh.” kata saya.

“Orang Asli itu apa, Datuk?” Tanya Azman.

“Diamlah, nanti balik kita Google.” Kata kakaknya Ameerah.

Apabila pulang, diam-diam saya bergegas ke bilik pustaka dan membuka Google. Betul ada maklumat mengenai orang asli, banyak. Lebih daripada cukup. Rupa-rupanya, generasi baru ini memanglah generasi elektronik.

Sudahkah blog ini dapat mendemokrasikan rakyat Malaysia? Menurut Jun-E Tan dan Prof. Wan Zawawi, fenomena ini memang sudah berlaku. Buktinya adalah tsunami politik yang berlaku dalam Piliranraya ke-12 lalu. Kuasa blog tidak dapat dibendung.

Lalu Prof. Johan mengatakan bahawa blog ini menunjukkan kita sudah dapat mengatasi isu perkauman sebab undi rakyat memenangkan calon bukan daripada kaum sendiri. Sudah matangkah rakyat kita? Sudah madanikah rakyat kita?

Namun, pada kilas pertama memang begitulah kesimpulan yang wajar dibuat.

Atau, bagaimana pula kiranya kita berfikir sejenak. Rakyat yang menguasai internet itu adalah 78% Cina, 19% Melayu, 2% India, dan 1% lain-lain. Mungkin yang sudah menjadi demokratik itu pengundi Cina!

Bagaimana halnya dengan pengundi Melayu yang belum celik internet? Ada yang berubah, ada yang masih belum. Mungkin kita ajukan kepada kerajaan supaya membekalkan setiap orang di kampung dengan capaian internet.

Namun apapun, tahniah kepada Jun-E Tan dan Prof. Wan Zawawi, dan terima kasih juga kepada Prof. Johan atas sumbangan resensi Tuan. Saya memanfaatkan resensi yang Tuan tulis.