Bahawa didalam blog LKTP1328 ini, saya tidak akan menulis tentang hal-hal berkaitan dengan politik negara, cukuplah hal-hal berkaitan politik hanya dibicarakan didalam blog ababina328 sahaja, manakala LKTP1328 ini khusus untuk membicarakan tentang hal-hal berkaitan peneroka Felda dan hal-hal lain yang bukan politik.
Akan tetapi apabila saya terpandang tajuk berita Melayu Perak perlu tuntut pajakan 999 tahun
maka azam saya tersebut, terpaksa ditangguhkan, kerana walau pun ianya berkaitan hal politik
tetapi masih berkaitan dengan hal-hal peneroka.
Didalam berita tersebut dikatakan bahawa Ibrahim Ali, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun, agar menuntut kepada kerajaan negeri itu untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka kepada 999 tahun. ( Sila klik disini > MB Nizar untuk penjelasan lanjut dari MB Perak )
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.
Saya tertarik kepada berita ini kerana mengenangkan, nasib yang bakal dialami oleh peneroka Felda, adalah sama dengan yang dialami oleh tuan punya tanah diseluruh Malaysia, yang hanya diberi hak milik pajakan selama 99 tahun sahaja.
Saya juga geram kepada Ibrahim Ali yang digelar raja katak, yang menang di Parlimen Pasir Mas, Kelantan diatas ihsan PAS, tetapi sekarang berkukuk lebih dari ahli Parlimen Barisan Nasional, mengutuk Pakatan Rakyat, baik didalam Parlimen atau di luar Parlimen.
Sebenarnya kata-kata Ibrahim Ali tersebut, tidak lebih dari untuk menarik perhatian Datuk Sri Najib Tun Razak, yang dijadualkan akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada bulan Mac 2009 ini sahaja, hajatnya apabila dia asyik mengutuk Pakatan Rakyat, maka dia dikira menentang Pakatan Rakyat, maka bolehlah Datuk Sri Najib, apabila berkuasa kelak menerimanya masuk UMNO semula .
Saya berkata begitu, kerana jika benarlah Ibrahim Ali mahu memperjuangkan nasib orang Melayu seluruhnya, kenapa mencadangkan kepada orang Melayu di Perak sahaja, cadangkanlah juga kepada semua kerajaan negeri, samada yang diperintah oleh Pakatan Rakyat atau yang sedang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasiaonal, barulah betul.
Bila sudah terlanjur bercakap tentang tanah pajakan 99 tahun ini, maka saya teringat kepada satu peristiwa yang berlaku puluhan tahun yang lampau, kisahnya ialah tentang tanah pajakan milik persatuan pengakap Negeri Selangor, yang semasa kes itu berlaku, dibawah kepimpinan ? ( saya minta maaf banyak-banyak, sebab saya tidak ingat dibawah kepimpinan siapa semasa peristiwa itu berlaku, maklumlah sudah lama.................)
Semasa pengurniaan tanah tersebut, tanah itu terletak jauh dari bandar Kuala Lumpur, tetapi setelah masa berlalu, maka tempoh pajakan 99 tahun pun tamat
Setelah tamat, maka ( ????? ) pun sebagai pemimpin persatuan pengakap pada masa itu, mengemukakan permohonan baru kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar ? ( lupa lagi ) malangnya permohonan tersebut ditolak, dengan alasan tanah tersebut, mahu dibangunkan dengan projek kerajaan negeri.
Sebenarnya tanah tersebut telah berubah taraf, dari dulunya berada diluar bandar, setelah tamat tempuh pajakan, tanah tersebut telah berada ditengah bandaraya Kuala Lumpur, maka nilainya juga turut meningkat berganda-ganda.
Sebagai gantinya, maka diberilah tanah lain pula yang terletak jauh dari Kuala Lumpur, itupun setelah kes tersebut heboh diperkatakan didalam akhbar dan campur tangan Sultan Selangor .
Itu kisah tanah milik persatuan pengakap Negeri Selangor, bagaimana pula jika milik peneroka Felda .
Cuba anda bayangkan, tanah milik peneroka, semasa awalnya berada jauh ke dalam hutan, setelah masa berlalu, masa pajakan pun tamat, iaitu 99 tahun, ada di setengah-tengah tempat, tanah tersebut telah pun berada dipinggir bandar, malah munkin ditengah bandar.
Apakah yang akan terjadi dimasa itu ? apakah kerajaan negeri akan memperbaharui masa pajakan, atau akan dikurniakan tanah baru ............. nun jauh kedalam hutan pula ......
Kepada Ibrahim Ali, kalau ya pun nak berkukuk, berkukuklah seperti ayam jantan, jangan berkukuk seperti ayam betina, yang tujuannya hanya untuk menarik perhatian ayam jantan.
Sekian untuk kali ini ...................
3 ulasan:
Mujur la Ibrahim Ali ada berkokok, harapkan PAS memang disenyapkan aje...biar habis semua tanah Melayu di Perak tu.
Takpe lain kali semua Melayu pakat senyap je bila boneka DAP kat Perak tu bagi semua tanah kepada Cina. Selama ni tak pun diberi walau 99 tahun pun. Takde hak milik pun Cina di Kampung Baru. PAS jadi penipu bila cakap British ada bagi hak milik.
Melayu tak payah nak bersuara....biarkan saja tanah Melayu dirompak DAP. Dan PAS jadi bonekanya..
Tanah di Palestin dirampas..tapi tanah di Perak diserahkan oleh si boneka PAS!
Tahniah! Teruskan memberi sedekah tanah kepada DAP!
Sdr Kembara Politik,
Terima kasih kerana sudi memberi komen diblog saya
Saya Sokong Pandangan Kembara Politik.
Catat Ulasan