03 Januari 2009

PENGUMUMAN TENTANG KELAHIRAN KUMPULAN YANG DI NAMAKAN ....

BLOG GENERASI FELDA



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua generasi Felda, sesungguhnya agak sukar juga jika kita mahu membaca blog-blog dari generasi Felda, ini adalah kerana kita tidak tahu atau mengenali, yang mana satu blog-BLOG GENERASI FELDA

Antara sebabnya ialah kebanyakan pemblog tidak memperkenalkan diri mereka kepada umum,
dan kerana itu menyukarkan kita untuk mengenali bahawa sesuatu blog itu kepunyaan generasi Felda. Oleh itu saya bercadang kalau boleh, saya ingin mengumpul kesemua blog-blog generasi Felda dari seluruh Malaysia.

Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh nobisha yang mengumpulkan sebahagian blog-blog didalam satu kumpulan blog-blog dari seluruh Malaysia yang dinamakan Debat Rakyat.

Antara pesertanya bolehlah dari kalangan peneroka Felda, anak peneroka, cucu peneroka, staf-staf Felda, anak-anak staf Felda dan sesiapa juga yang berkaitan dengan Felda.

Tiada syarat dikenakan, anda bebas menyatakan sebarang pandangan, samada politik atau apa sahaja, cuma anda diminta, tidak memasukkan unsur-unsur lucah, mencarut atau apa juga yang boleh di takrifkan sebagai tidak sopan.

Adalah dimaklumkan, bahawa Blog Generasi Felda, telah diterbitkan, oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar blog mereka, bolehlah terus meninggalkan URL anda ...............di BLOG GENERASI FELDA



7 ulasan:

GayaPeneroka berkata...

setuju 100%
dengan cadangan itu

Http://gayapeneroka.blogspot.com

Kuyus_is_cute berkata...

mampir meninggalkan alamat kalau begitu:
http://kuyus-lukisanalam.blogspot.com

salam kenal

LKTP1328 berkata...

Terima kasih kepada sdr Gayapeneroka dan sdri Kuyus diatas penyertaan anda, dan kepada sdri Kuyus, blog anda telah saya senaraikan didalam senarai blog luar felda.........TQ .

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

http://kembarapolitik.blogspot.com/

TQ.

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

Saya adalah anak peneroka FELDA.

TQ.

LKTP1328 berkata...

Terima kasih Kembara politik diatas penyertaan anda, Insyaallah bila sudah banyak pesertanya nanti, saya akan adakan blog khusus yg dinamakan ?????, buat masa ini hanya menumpang di senarai blog generasi felda di blog saya.

jomkefelda berkata...

assalamualaikum...tahniah saya ucapkan kepada saudara2 ku sekelian diatas wujudnya blog2 generasi felda.bertambah bangga lagi pada saya apabila saudara sekelian sudi mengaku sebagai generasi felda.kita harus memertabatkandan berbangga menjadi generasi felda seterusnyamenjadi kelompok rujukan kepada generasi seterusnya.

tahniah sekali lagi.

* saya akan mengetuai satu majalah khas utk generasi felda. dijangka terbit pada mac 2009.harap dapat sokongan dari anda semua.

hafizan hassan
timbalan presiden
pertubuhan usahawan generasi felda malaysia