23 November 2009

Pengalaman Pertama

Setelah lebih dari 2 minggu saya tidak mencoretkan apa-apa di blog ini, hari ini saya ingin memaparkan sedikit catitan mengenai pengalaman pertama saya mengadakan majlis perkahwinan.

Semalam iaitu 22.11.09, saya telah melangsungkan walimatul urus perkahwinan anak lelaki saya Lokman Hakim dengan Noorazrena yang berasal dari kg. Selabak, Teluk Intan, Perak.

Majlis tersebut berlangsung secara sederhana sahaja, ianya di jalankan secara gotong royong oleh kalangan ahli blok 4 peringkat 2 dan masyarakat felda Kota Gelanggi 01.

Setelah meneliti dan mengalami sendiri, saya dapati kerjasama masyarakat sangat baik malah boleh di katogerikan tersangat bagus.

Walau macammana pun saya tetap tidak terlepas dari merasai kepenatannya, terutama semasa membuat persiapan sebelum dan selepas khenduri, segala sampah sarap bertimbun terpaksa di bersihkan kembali.

Kerja-kerja sebegini terpaksa di uruskan sendiri, tidak dapat di elakkan jika kita memilih menjalan kerja secara gotong royong, kecuali kalau kita memilih menggunakan Katering.

Belanjanya juga agak besar, walau pun guna katering lagi lebih belanja, tetapi lebih mudah dan tidak memenatkan, oleh itu dari pengalaman tersebut, saya mencadangkan kalau kita tidak mahu susah, gunakan sahaja kaedah katering, senang ............tak kotor, tak penat.


Jemputan boleh dikatakan 90% hadhir, Alhamdulillah..............................................

Disini saya mengambil kesempatan mengucapakan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua tetamu yang sudi menghadirkan diri, juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang sanggup bertungkus lumus bergotong royong menjayakan majlis perkahwinan ini.

Sekali lagi terima kasih...................... sekian.

10 ulasan:

DIARI PKGMEN berkata...

Tahniah kerana dapat menantu.Moga tuan dirahmati Allah sentiasa.

DIARI PKGMEN berkata...

Seronoknya kenduri.Kekalkan semangat gotong royong warga FELDA.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, tahniah mendapat menantu..... syukurlah majlis dapat berjalan dengan lancar dan sempurna... semoga kedua pengantin baru dipanjangkan hayat sehingga ke anak cucu..... SELAMAT PENGANTIN BARU.

LKTP1436 berkata...

Terima kasih semua.............
Saya nak jemput pun tak tahu no. tel
maaflah ye....

Gaya peneroka berkata...

Salam ..selamat menyambut menantu..semoga kedua mempelai bahagia dan kekal hingga akhir hayat..minta maaf banyak-banyak di chini saya ada 3 program serentak yang harus saya kena pergi pada tarikh tersebut.hari ini baru free...esok ada lagi program perasmian AKKF di chini 03...aduhh...
kalau ada umur panjang kita jumpa.

dzul berkata...

maaf x dpt hadir..x cuti sbb kerja di kemaman..

LKTP1436 berkata...

Kepada Gaya Peneroka,

Terima kasih kerana ada azam, untuk berjumpa di lain kali, tak apa .....dah ada program serentak nak buat macam mana, itu bukan kehendak kita.

Kepada sdr Dzul,

Pak cik memang ada pergi kerumah emak Dzul sebelum khenduri tempoh hari, dia memang ada cakap Dzul tak dapat cuti...... tak apalah...Raya Haji nanti munkin kita boleh jumpa....

Walau macam mana pun terima kasih kepada semua kerana sudi menjengok blog ini.

zam berkata...

dah brape org menantu...

zam berkata...

mennantu keberapa tu...

LKTP1436 berkata...

Terima kasih sdr Zamry,
Ini adalah menantu yang pertama bagi saya.