24 Februari 2010

Sekali lagi - Mazlan Aliman

Hari ini Mazlan Aliman telah menyerahkan satu memorandum kepada Suhakam berkaitan apa yang didakwanya sebagai berlakunya penipuan oleh Felda................
Abdul Rahim Sabri | Feb 24, 10 7:05PM
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.












Didalam membicarakan apa yang di perjuangkan oleh Mazlan Aliman ini, saya sebagai seorang peneroka felda, sebenarnya seikhlas hati menyatakan perasaan saya bahawa saya sebenarnya serba salah.

Nak tak sokong, perjuangan Mazlan ini ada di tempatnya benar juga, nak sokong, ada di tempatnya tak betul pulak.

Disini saya memberi contoh berkaitan hutang peneroka, saya perhatikan ramai peneroka felda ini termasuk didalam golongan yang tak pandai urus diri sendiri, oleh itu jikalau felda tidak memberikan bantuan semasa tanam semula dahulu, susah juga rasanya.

Bila diberi bantuan sara hidup, mula-mula diberi RM20.00 seekar, tak cukup, tambah lagi, RM50.00 seekar, tak cukup, tambah lagi RM100.00 seekar, tak cukup juga, akhirnya beri RM150.00 seekar, diam.................masa tu diperingkat permulaan, hasil langsung tak ada.

Apabila masuk ditahun ketiga menerima bantuan sara hidup, pokok sawit baru belajar berbuah, buahnya masih kurang, tetapi bantuan sara hidup sudah mencapai tahap maksimum hasil dengan diberi bantuan RM150.00 seekar x berapa ekar yang dimiliki oleh peneroka terbabit, ini belum lagi masuk kos baja, racun dan lain-lain.

Apabila keadaan sedemikian rupa, hutang tentulah banyak ! ini yang susahnya.

Katalah, felda usah beri bantuan langsung, apabila sampai masa tanam semula, biarkan peneroka tanam sendiri, memang ada yang berjaya, tetapi saya yakin lebih ramai yang gagal.

Kegagalan ini banyak puncanya, ada yang pemalas, ada yang dapat duit, sayang nak laburkan balik kepada kebun tetapi tak sayang nak beli benda lain dan berbagai lagi ragam dan kerenahnya.

Didalam kes orang yang buat sendiri kebunnya dahulu, ada yang telah sampai ke peringkat telah gagal, kebun dibiarkan semak, ada yang beli anak sawit tetapi tanam pun tak habis dan terbiar, akhirnya mereka ini ambil keputusan angkat bendera putih, serah diri kepada felda dan dengan muka tebal, jumpa pengurus minta felda uruskan kembali kebun mereka, saya cakap ini bukan kosong, saya lihat sendiri.

Disinilah saya katakan diatas tadi, bahawa saya serba salah dengan perjuangan Mazlan Aliman, kerana didalam bab ni felda ada jasanya...................

Tetapi didalam bab perahan minyak sawit, bab tuntutan hutang yang tidak berkaitan, atau yang sengaja diada-adakan, ini juga ada berlaku dan disinilah relevannya perjuangan Mazlan Aliman.

Begitu juga berkaitan jalan pertanian dan berkaitan insuranca ladang, seperti yang saya sentuh didalam entry saya yang lepas, ini adalah contoh-contoh bahawa felda juga mengambil kesempatan keatas peneroka jika tidak ada orang yang seberani Mazlan Aliman yang berusaha menangkisnya, perkara ini akan berterusan.

Itu belum lagi disentuh pelbagai tender dan projek yang berkaitan peneroka yang dibolot oleh golongan tertentu didalam felda dan diagih-agihkan sesama mereka, contohnya felda teknoplant, begitu juga berkaitan hal perumahan generasi kedua, kata-kata Mazlan Aliman ada benarnya.

Dan benar juga dakwaan sesetengah pengkritik Mazlan yang mengatakan bahawa Mazlan sebenarnya lebih kepada perjuangan PAS, yang mengambil kesempatan mengkritik felda dan sekali gus mengkritik kerajaan BN serta berusaha untuk memenangi hati peneroka sebagai batu loncatan untuk memenangi kerusi Parlimen yang di tandinginya di kawasan felda, iaitu di Parlimen Bera.

Begitu juga benarnya, Datuk Sri Najib yang berusaha menawan hati peneroka dengan menawarkan pinjaman sara hidup yang tinggi dan memberi pula pinjaman perumahan yang mengakibatkan peneroka felda terjebak kedalam perangkap hutang ratusan ribu ringgit.

Akibat hutang yang begitu tinggi ini, tidak mustahil, disatu masa yang akan datang, tanah peneroka akan tergadai kepada felda dan generasi kedua, ketiga, malah keempat akan terpaksa menjadi buroh kasar mengantikan pekerja Indonesia diladang-ladang yang asalnya milik peneroka tetapi telah bertukar menjadi milik felda apabila peneroka asal telah berada dialam kubur.

Juga benar, jika ada yang mengatakan bahawa, didalam mengatasi masaalah peneroka ini, semuanya serba salah, di beri pinjaman hutang jadi banyak, tidak diberi pinjaman, nanti dikata mana peneroka nak maju pinjaman pun tak mahu diberi............jadilah serba salah, diberi salah, tak diberi salah.

Munkin ada yang akan marah dengan tulisan saya, tetapi saya tidak kisah dengan kemarahan orang, kerana apa yang saya kata dan sampaikan adalah benar, sekurang-kurangnya kebenaran tersebut adalah menurut naluri saya...............







Tiada ulasan: