14 Februari 2010

Akibat joli katak

Saya memetik satu berita dari Berita Harian yang membuatkan saya termenung seketika, puncanya ialah mahu berjimat.........

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.


Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.


Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya. (di petik dari sini)


Kenapakah begini jadinya....................

Dahulu kita berbelanja, seolah-olah kita ni kaya sangat..................kini kita berbelanja seolah-olah kita sudah papa kedana, ya...lah, kalau dah sampai duit poket untuk sekolah anak pun kita potong, apalah maknanya lagi hidup kita .......

Inilah akibatnya apabila kita mengambil sikap " biar papa asal bergaya " di ketika yang lepas, ayah yang joli, anak-anak yang menerima padahnya....................

Tu...lah, orang dah pesan.....masa mengundi tu ...pangkahlah di tempat yang betul, ni dak.... pangkah di tempat yang salah....... sekarang .....nak salahkan siapa lagi......terima je...lah......


Berita tambahan.


1 ulasan:

Redz da Tsar berkata...

Hehe.... Gone ke... Duit banyok perabih membayor komisen, bayor petrol pak-pak menteri dsb....

Hok rakyat dan tenaga pengajor nie la pulak yang berkorban... Hehe