27 Februari 2010

Bantahan Potongan Tabung Tanam Semula ke - 2


Hari ini tiba-tiba Hj.Abdullah Razali, ketua PKPKM cawangan felda Kota Gelanggi 01 menalipon saya mengajak ke felda Jengka 10, jarak masa dari felda Kota Gelanggi 01, ke Jengka 10 melalui felda Sg. Tekam Getah hanya sekitar 20 minit sahaja.

Disana pada pagi ini diadakan Majlis Penerangan Hala Tuju Dan Matlamat Perjuangan PKPKM Bagi Mengatasi Masaalah-Masaalah Pekebun Kecil Felda Yang Urus Sendiri yang diadakan di Dewan JKKK felda Jengka 10.

Antara sebab di adakan majlis tersebut ialah kerana sejak Mesyuarat Agung PKPKM ke - 17 di Kuala Lumpur pada Okt 2009 yang lepas sehingga sekarang, PKPKM peringkat Negeri Pahang belum pun berpeluang bertemu ahli-ahli peringkat akar umbi untuk berdialog dan mendengar rintihan dan masaalah yang dihadapi oleh ahli-ahli.

Ditambah lagi sudah kedengaran suara-suara halus yang cuba menidakkan peranan yang dilakukan oleh PKPKM, sehingga ada sesetengah orang yang mendakwa tidak mengetahui apa itu PKPKM, oleh itu bagi mengelakkan perkara ini dari berlanjutan, maka pengerusi PKPKM bagi Negeri Pahang iaitu Md.Ali Musa telah mengambil inisiatif mengadakan road show bagi menemui ahli-ahli di seluruh negeri Pahang. Antara yang turut hadhir ialah Presiden PKPKM Malaysia, Dato' Aliasak bin Ambiak dan Tim. Pengerusi PKPKM Pahang, En.Sulaiman bin Abdullah.

Didalam majlis di Jengka 10 ini, antara perkara menarik yang telah di timbullkan ialah dari ketua cawangan PKPKM Sg.Tekam Utara, iaitu Hj.Badeon, yang juga ketua cawangan Umno disana yang telah memberitahu, bahawa pihak pentadbiran felda telah membuat potongan wang caruman tabung tanam semula sebanyak RM120.00 seorang peneroka yang urus sendiri pada jualan hasil bulan Feb sekarang ini.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan para peneroka yang urus sendiri dan masaalah ini telah di panjangkan ke pengawal wilayah malah kepengetahuan Datuk Sri Najib sendiri.

Para peneroka disana telah menuntut supaya wang tersebut di kembalikan, peneroka disana juga menuntut supaya wang insurance ladang juga di kembalikan, peneroka merasakan bahawa Insurance ladang adalah satu manipulasi felda untuk mengaut duit peneroka, sedangkan peneroka tidak pernah berpeluang membuat sebarang tuntutan insurance untuk apa juga hal yang berkaitan kebun mereka.

Berkaitan potongan caruman tabung tanam semula yang setiap peneroka dikenakan sebanyak RM120.00 sebulan, tabung ini sebenarnya tidak perlu diwujudkan semula, ini adalah kerana, dari pengalaman para peneroka yang mahu menguruskan sendiri kebun mereka selama ini.

Felda sebenarnya cuma memperalatkan sahaja tabung ini untuk mengumpul dana bagi kepentingan felda, ini adalah kerana dari pengalaman peneroka yang mahu urus sendiri kebun mereka dan memohon mahu mengeluarkan wang dari tabung ini bagi membiayai urusan penanaman semula didapati felda telah berdolak dalih dan menolaknya dengan berbagai alasan.

Akhirnya para peneroka yang bersemangat waja ini telah terpaksa mencagarkan kebun mereka kepada pihak Bank Pertanian (kini Agro Bank) bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos penanaman semula, sedangkan ini sepatutnya tidak perlu dilakukan memandangkan mereka sudah mempunyai wang tabung tanam semula yang sudah di wujudkan oleh felda sejak puluhan tahun yang lampau dan disimpan oleh felda.

Inilah senario yang berlaku didalam felda dan perkara ini semakin menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peneroka, kalau dahulu rasa tidak puas hati ini hanya dirasai oleh peneroka yang menyokong pembangkang sahaja, tetapi kini perkara ini telah merebak kepada peneroka yang selama ini menyokong Umno malah ketua Umno dan wanita Umno dan AJK Umno sendiri.

Itulah sebabnya kini felda semakin memusuhi NGO-NGO yang diwujudkan bagi membela para peneroka dan menuduh NGO ini dengan pelbagai tuduhan, tetapi anehnya semakin di musuhi, NGO ini semakin berkembang.

Berbalik kepada kisah tabung tanam semula yang saya coretkan diatas tadi, kini tabung tersebut langsung tidak perlu diwujudkan lagi, ini adalah kerana MPOB kini telah mengeluarkan dana bagi membantu para pekebun kecil dengan kadar RM6,000.00 sehektar, malah sanggup pula memberikan bantuan sara hidup sebanyak RM500.00 sebulan.

Munkin ada yang cuba mempertikaikan kenyataan saya ini, tetapi ini telah dinyatakan oleh pegawai MPOB sendiri semasa satu seminar di Kuala Lumpur yang saya hadiri dahulu, cuma syaratnya pekebun tersebut perlu memiliki lesen menjual buah sawit dari MPOB dan inilah yang sedang di perjuangkan oleh PKPKM sekarang ini.

Lagi pun kerajaan boleh, kalau dia mahu dengan mewujudkan satu tabung tanam semula melalui potongan ses sebagaimana yang di nikmati oleh pekebun kecil Getah sekarang ini, munkin ada masaalah, tetapi rasanya masaalah tersebut boleh diatasi.

Selain masaalah yang di timbulkan oleh wakil dari felda Sg. Tekam utara itu, wakil dari lain-lain tempat juga ada menyatakan masaalah mereka, tetapi masalah tersebut adalah sama sepertimana yang saya tulis di dalam entry saya yang lepas, oleh itu tidaklah perlu saya melapurkannya lagi..............................sekian.








Tiada ulasan: