09 Mac 2010

Satu Cabaran

Didalam banyak-banyak berita, tiba-tiba saya sangat tertarik dengan berita ini, Perkahwinan Budak 11 Tahun, di beritakan bahawa peristiwa ini berlaku di kg.Jelawang Kuala Krai, Kelantan.

Seperti biasa, kes seperti ini berlaku dan dilakukan oleh kumpulan pengikut ajaran yang kononnya mengaku mengikut ajaran Islam sebenar. Didalam kes yang berlaku ini di beritakan bahawa kanak-kanak terbabit, Siti Nur Zubaidah, 11, dikahwinkan sendiri oleh bapanya, Hussin Mat Salleh, 54, kepada lelaki tabligh berusia 41 tahun selepas diperdaya bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalan yang berlegar di kepala kita ialah bahawa kalau mengikut ajaran Islam sebenar, perkahwinan ini adalah sah, cumanya didalam Enakmen Keluarga Islam Kelantan meletakkan syarat umur bagi pengantin lelaki ialah minimum 18 tahun, manakala perempuan pula mesti 16 tahun ke atas, maka secara otomatik perkahwinan ini tidak sah.

Apa yang berlaku ini, kalau mengikut perkiraan sekarang, langsung tidak boleh diterima, apa tidaknya, diketika kanak-kanak lain masih sibuk belajar disekolah, tiba-tiba Siti Nur Zubaidah terpaksa belajar menjadi suri rumah sepenuh masa dan terpaksa pula belajar melayan nafsu sexs suami yang berumur 41 tahun.

Termenung saya di buatnya, tetapi apa boleh dibuat, ini adalah kehendak bapanya sendiri yang kononya mengikut sunnah Nabi dan kebetulannya memang betul Nabi pernah berkahwin dengan Siti Aisyah yang diketika itu dikatakan berumur 6 tahun.

Kini dikatakan bahawa Hussin Mat Salleh iaitu bapa kanak-kanak yang kini bergelar isteri itu dan suaminya akan didakwa dimahkamah syariah, kerana menikahkan anaknya yang masih kanak-kanak lagi itu, persoalannya kalau mengikut undang-undang Islam sebenar, perkahwinan ini adalah sah, cumanya mengikut enakmen keluarga syariah Kelantan sahaja tidak sah.

Wah.......pening ni.......

Ini adalah satu cabaran kepada para ulamak diMalaysia terutama yang berada didalam parti PAS, samaada nak tegakkan undang-undang Islam sebenar ke atau nak tegakkan undang-undang Islam palsu.




Kahwin kanak-kanak umpama tindakan orang 'lapar' sunah Nabi

* kahwinkan anak berumur 10 tahun


'Shamsudin Ajaib' punca nikah budak?

JHEAIK sedang kesan dua lelaki

Kanak-kanak perempuan kembali ditempatkan di asrama madrasah

# Org mudah jadi bodoh bila dikaitkan dng ugama (Klik disini)






Tiada ulasan: