19 Mac 2009

Bertuahnya peneroka Felda sebagai anak emas kerajaan, betul ke ?

Sering kali apabila bercerita berkaitan Felda, maka gambaran yang diperolehi, terutama oleh orang luar felda, bahawa kononya, peneroka ini adalah anak emas kerajaan, kononnya semua kemudahan di sediakan oleh kerajaan .

Tetapi tahukah anda yang di luar felda sana, bahawa kami didalam felda ini, banyak kemudahan yang biasanya diperolehi, terutamanya kepada penduduk di kampung-kampung tradisional, kami tidak memperolehinya .

Sebagai contohnya, jalan-jalan pertanian, jambatan, baja, dan sebagainya, kami terpaksa keluar duit sendiri, melalui potongan yang dilakukan setiap bulan .

Sehingga kini duit kami untuk peruntukan jalan pertanian, bagi sessei sebelum tebang dahulu masih ada RM55,000, apabila dituntut, banyak helahnya, akhirnya kami bosan dan diam .

Kalau dikampung-kampung tradisional, jalan pertanian, kadang-kadang siap bertar, terus masuk jauh kedalam kebun-kebun getah, kelapa sawit dan sebagainya, kami jangankan yang bertar, yang berbatu kapur pun tiada kecuali.................... keluar duit sendiri .

Begitu juga baja, kami tidak pernah menerima baja subsidi, tetapi dikampung-kampung tradisional, baja-baja ini berlambak-lambak, sehingga reput dipangkal tiang rumah .

Apabila perkara ini ditimbulkan didalam mesyuarat JKKK, jawapannya ialah kemudahan ini tidak disediakan kepada masyarakat felda, kononnya didalam felda sudah banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan .....

Masaalahnya percaya atau tidak bahawa kami, khususnya di felda kota gelanggi 01 ini, pada penghujung tahun 2008, telah dikeluarkan tender membaiki jalan pertanian didalam kebun-kebun kami, meliputi peringkat 1 dan 2 sehingga hampir RM 1 juta ?

Dan peruntukan tersebut, dikira hutang dan kami terpaksa membayarnya secara bulanan, apabila tiba masanya nanti .

Sepatutnya dengan peruntukan sebanyak itu, jalan-jalan tersebut bolehlah bertahan sekurang-kurang 2 atau 3 tahun, tetapi apa yang berlaku, ialah dibulan Mac 09 ini, dilakukan sekali lagi pembaikian dengan dikenakan kos baru RM200,000.

Apakah puncanya, sehingga jalan yang kosnya sehingga hampir RM1 juta, hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja ? sebab utama ialah, cara pengendalian dan pembinaannya, hanya untuk kepentingan keuntungan semata-mata .

Sebagai contoh, sepatutnya ditempat yang asalnya, tanahnya sangat lembik dan berlubang, sepatutnya ditabur batu kapur yang besar-besar supaya tahan lama, tetapi apa yang dilakukan ialah, diceduk tanah biasa ditepi jalan tersebut, kemudian dikambus kedalam lubang, akibatnya apabila tiba musim hujan, keadaannya menjadi lebih teruk dari sebelum dibaiki dulu .

Yang menghairankan ialah, apabila semasa saya masih menjadi AJK tanam semula dahulu, iaitu sebelum saya mengambil alih, dan menggurus sendiri kebun .

Saya adalah, semasa didalam mesyuarat, mencadangkan supaya dilaksanakan kaedah, menabur disemua jalan-jalan utama dengan batu-batu kapur yang kasar-kasar dan dilapisi dengan batu-batu halus, setelah itu dibuat longkang-longkang, dan dibaiki semua culvert-culvert yang tersumbat, tetapi pihak pengurusan felda menjawab, kononya kaedah yang dicadangkan oleh saya tidak boleh dilaksanakan, sebab kosnya mahal .

Masaalahnya, apakah kaedah, ceduk tanah tepi dan di kambus ditempat berlubang ini praktikal,
saya memprotes kaedah ini, sebab ianya boleh menyebabkan perbelanjaan membaiki akan berlarutan dan kosnya lebih mahal disegi jangka panjang, lagi pun kalau diteliti, dengan kaedah
yang dilaksanakan itu pun kosnya tetap mahal, apa hampir RM1 juta tu tak mahal ke..............

Alangkah membazirnya duit peneroka, jalan dibuat cincai-cincai saja, tetapi kosnya hampir RM1 juta, yang kenyang kontraktor dan kuncu-kuncunya .

Apabila banyak komplen, dikata tidak mengenang budi, tak tahu berterima kasih, tak tahu bersyukur dan bermacam-macam ungkitan lagi, akhirnya penulis bosan, lantas buat surat pemberitahuan untuk mengurus sendiri kebun dan tidak mahu bersama felda lagi ........


Sekian .




Tiada ulasan: