18 Mac 2009

Telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah wajar di sokong ..........



Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan. Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Penulis yang juga seorang bapa, sangat bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran tersebut, cumanya adalah diharapkan ketegasan tersebut biarlah berterusan serta berkekalan.

Memang benar, remaja-remaja yang sedang belajar, apabila ada telefon ditangan akan leka, dengan menulis mesej, dan bertukar-tukar gambar, keadaan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan pelajaran mereka .

Walau pun jika anak-anak ada telefon, terutama yang tinggal diasrama, memang memudahkan bagi ibu bapa untuk menghubungi dan bertanya khabar, tetapi kerana memikirkan mudharat lebih banyak dari kebaikan, adalah lebih baik, digunakan sahaja telefon awam yang memang ada disediakan di asrama.

1 ulasan:

WANDA berkata...

Assalammualaikum

Tolong masukkan blog saya seperti berikut

Jurublog ; Wanda
Nama Blog: Kaqda
Alamat URL: http://kaqda.blogspot.com/
Kategori: Felda