28 Mei 2009

Along atau polong ?

Setelah lebih dari seminggu, blog ini tidak di updatekan, maka hari ini saya ingin mengulas hal berkaitan along seperti mana yang disiarkan oleh kebanyakkan akhbar-akhbar utama hari ini.

Kegiatan ah long atau along, telah lama berlaku, ianya mula di terokai oleh kumpulan gangster sebagai sambungan dari gerakkan mereka dan sebagai bidang baru pelaburan mereka.

Kebanyakkan along ini menggunakan wang dari hasil rompakkan atau samun mereka untuk menukar operasi dari kegiatan jenayah keras kepada jenayah lembut.

Jenayah lembut yang saya maksudkan ialah dengan memberikan pinjaman kepada peminjam maka kesalahannya adalah lebih ringan dari melakukan rompakkan, kecuali along tersebut melakukan kekerasan melampau terhadap pelanggan mereka seperti memukul atau membunuh.

Dari pengamatan saya di felda-felda, along ini sangat aktif beberapa tahun lalu tetapi sejak beberapa bulan ini saya tidak nampak lagi mereka beroperasi, antara kemunkinannya ialah sama ada mereka ini telah menghentikan kegiatan atau kebetulan tidak terjumpa dengan saya.

Kebanyakkan pelanggan along ini adalah dari kalangan kaki judi, peniaga yang disenarai hitamkan oleh bank atau orang yang terlalu mengikut kehendak hawa nafsu dan sedikit sahaja dari kalangan orang yang benar-benar terdesak dan tahu menguruskan hidup.

Kebanyakan pelanggan mereka tahu beban yang bakal mereka pikul, tetapi mereka meminjam juga oleh kerana yakin boleh membayar atau munkin benar-benar terdesak.

Oleh itu kita tidak perlu terlalu bersimpati kepada peminjam-peminjam along dari kategori pertama, kecuali mereka yang meminjam kerana benar-benar terdesak dan untuk mengetahui sama ada seseorang peminjam tersebut dari kategori mana, kita perlulah menyelidiki daripada jiran-jiran atau kawan-kawan rapatnya, tetapi kalau dibandar munkin susah juga, kerana tahap kejiranan di bandar terlalu longgar.

Kerajaan telah berikhtiar untuk mengatasi masaalah ini dengan mewujudkan sistem pinjaman tekun dan lain-lain jenis dengan kadar faedah yang berpatutan, malangnya sistem ini telah di salah gunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengenakan syarat yang tidak sepatutnya, dan ini telah menyebabkan ada sesetengah peminjam yang enggan atau tidak layak untuk mendapatkan pinjaman.

Satu lagi masaalah yang paling rumit untuk diatasi ialah sikap sesetengah peminjam yang terlalu liat untuk membayar hutang dan satu-satunya cara mengatasinya ialah dengan cara yang di lakukan oleh along tersebut, memanglah nampak zalim, tetapi kepada orang-orang yang tidak tahu menguruskan hidup dan terlalu mengikut hawa nafsu, itulah hukuman yang setimpal dengan mereka.

Cumanya kita kasihan kepada orang yang benar-benar susah dan tahu menguruskan kehidupan tetapi menghadapi kesukaran oleh kerana sesuatu masaalah dan kepada golongan inilah yang perlu dibantu .

Kita perlu bersimpati kepada golongan yang kedua tersebut, cuma cara untuk membantunya
masih belum di temui lagi .......................
Felda Logo

1 ulasan:

Mooncake berkata...

Yang maner lebih Along, FELDA ker atau Ah long.